MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Novel "Ayat-ayat Cinta" – Ulasan 1

April 7, 2008

Pembacaan merehat minda

Saya tengah baca novel “Ayat-ayat Cinta” dah beberapa hari dah. Pinjam dari rakan sepejabat. Baca sekadar untuk merehatkan minda daripada pembacaan yang berat-berat. Baru baca separuh, sampai tajuk “Sepucuk Surat Cinta”.

“Benchmark” buat diri

Alhamdulillah

Banyak yang saya belajar daripada novel tersebut. Saya melihatnya dari sudut muhasabah diri untuk jadi muslim yang mukmin seperti “Fahri” – watak yang dominan dalam novel tersebut. Bahagianya orang seperti “Fahri” tu. Saya jadikan “benchmark” buat diri sendiri, sekurang-kurangnya jadi baik seperti Fahri kalau pun tak nampak kehidupan Nabi (di depan mata).

Buku: Rujukan masa depan

Saya ingat nak belilah buku tu. Saya masukkan ke dalam senarai buku-buku yang akan saya beli. Nanti lepas habis baca, nak buat “revision” untuk highlight point-point penting untuk dijadikan iktibar, pelajaran, renungan bagi muhasabah diri. Senang untuk refer balik pada masa depan.

(Biasanya, buku yang penting untuk rujukan dan muhasabah, saya akan berusaha untuk memilikinya. Mudah untuk rujuk balik. Kalau tak, pinjam saja daripada sesiapa. Ia lebih menjimatkan)

Nas-nas dekat dengan kehidupan harian

Saya tertarik dengan novel tersebut sebab dapat banyak ‘huraian’ Al-Quran, dan Hadis Nabi yang sangat dekat dengan kehidupan seharian kita. Al-Quran disertakan rujukan surah dan ayatnya. Kalau Hadis, disertakan sekali riwatnya, dan status hadis tersebut. Sangat bagus. Penulisnya pastinya orang yang sangat tinggi ilmunya. Watak dan jalan ceritanya betul-betul HIDUP. Rasa seperti turut berada di bumi Anbiyaa’, melihat kehidupan manusia di sana.

Iktibar daripada Novel…

Antara pelajaran utama yang saya dapat setakat ini ialah persoalan:

1. Jati diri seorang mukmin yang hidup dalam masyarakat moden.

2. Mukmin yang berwawasan.

3. Pembinaan ukhuwwah dan persahabatan.

4. Persoalan kejiranan dan hubungan seorang muslim dengan non-muslim dalam dunia moden mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah Nabi.

dan banyak lagi.

Saya sangat mencadangkan kepada semua sahabat membacanya. Mudah-mudahan ia dapat membantu meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Insyallah.

Oh! Teringin jadi orang yang baik seperti Fahri.

Mungkin lepas habis baca nanti, dan jika berkesempatan, saya akan buat perkongsian selanjutnya, insyallah. Sahabat yang dah habis baca, tentunya boleh buat perkongsian yang lebih baik saya rasa.

Wallahu ‘alam. Wassalamu a’laikum.

Zulkifli
Damansara Damai
5 Oktober 2007

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>