MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Buat Apa Termampu, Dengan Apa Yang Ada

Dewan MBSA Paya Jaras – tempat berlangsungnya Sukan Mini PASTI Kawasan Subang 2008

“Askm Saharuddin. Malam ni ada persiapan untuk sukan pagi esok tak?”

“Ada. Jemput la datang ke Dewan MBSA Paya Jaras. Dalam 2o minit lagi kita jumpa kat sana.”

Jam 9.45 malam, saya bersiap, dan terus ke Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh. Janjinya nak jumpa di Pejabat MTD dulu, tapi saya sedikit terlewat. Saya terus ke dewan di mana akan berlangsungnya Sukan PASTI Kawasan Subang jam 8.00 pagi keesokkan harinya.

Tibanya di dewan, kelihatan Akhi Saharudin (Setiausaha) dan Akhi Zainurin (Pengerusi PASTI Kawasan) tengah menyusun kerusi dewan yang agak berhabuk itu.

Realiti Kerja Jemaah

Oh! Kesiannya mereka. Bermula dari merancang, menempah dewan, membuat garisan court bola jaring, hinggalah menyusun dan mengelap kerusi, semuanya mereka lakukan berdua. Merekalah ketua, mereka jugalah kulinya.

“Nasib baik aku gatal tangan bersms bertanya khabar tentang persiapan malam ni. Kalau tak, kesian mereka berdua”


Saya bercakap sendiri dalam hati.

Saya ingatkan, ramai yang turun bergotong royong. Kalau bukan dari kalangan pemuda pun, mungkin setiap PASTI ada wakilnya. Tetapi yang ada cuma mereka berdua sahaja.

Em, saya kesian pada mereka berdua. Betapa besarnya pengorbanan mereka. Disamping disibukkan dengan kerja dan keluarga seperti saya, mereka memantau 6 PASTI tanpa dibayar apa-apa. Bahkan duit dan masa mereka pula dikorbankan. Mereka tak banyak cakapnya, tetapi kuat kerjanya. Tak pernah pula saya dengar mereka berkeluh kesah, mengurus PASTI tanpa dibantu oleh para pemuda. Kerana pemuda, khabarnya semua sibuk-sibuk belaka.

Bantulah Sekadar Termampu

Saya terfikir, kalaulah saya yang mempunyai sedikit fikrah dakwah, tetapi sentiasa disibukkan dengan kerja, turun ke padang secara “on and off” untuk membantu, walaupun sekadar menyusun kerusi dan mengutip sampah di majlis-majlis anjuran jemaah, itupun sudah cukup baik. Cukup baik berbanding dengan tak berbuat apa-apa. Apa orang kata itu tak penting, yang paling penting “apa Tuhan kata”.

Bantu apa yang termampu, dengan apa yang ada. Sikit tak apa, tetapi jangan sampai tak berbuat apa-apa. Itulah prinsip saya.

Saya pernah diminta untuk menjawat jawatan Bendahari PASTI Kawasan, tetapi terpaksa menolaknya. Kerana masih terlalu mentah untuk menerima selonggok amanah sekaligus. Amanah sebagai Ketua Pemuda Cawangan masih belum saya sempurnakan. Jawatan Timbalan Bendahari Pemuda Kawasan juga sekadar nama. Memberi lebih tumpuan kepada PASTI kerana PASTI adalah program pemuda yang berjalan 7 hari seminggu.

Kualiti, Bukan Kuantiti

Namun saya amat bersyukur, kerana dibantu oleh pemuda-pemuda cawangan yang sangat komited. Walaupun bilangannya tidaklah begitu ramai, tetapi saya amat berbangga dengan mereka semua yang sangat proaktif. Mudah berkira dan baik-baik orangnya.

Mudah-mudahan, kami dapat menambahkan bilangan pemuda-pemuda yang komited untuk menggerakkan aktiviti dakwah di sini. Saya sendirian pastinya tak mampu, tetapi dengan sokongan pemuda yang ada, insyaallah impian akan menjadi kenyataan. Kami sedang berusaha ke arah itu. Moga Allah memberi kekuatan, dan membantu usaha kami yang tak seberapa ini.

Wallahu ‘alam.

Zulkifli
Damansara Damai
10 Mei 2008, 5.20 petang

Peserta Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI An-Nur bersama guru dan pembantu

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>