Kaya Tak Berduit

by on May 4, 2008

Post image for Kaya Tak Berduit

Beli TV mahal, tapi nak hidup bulan-bulan pun tak cukup. Pakai kereta besar, tapi hidup rasa sempit. Itulah realiti sebenar beberapa orang kawan rapat saya. Saya rasa masalah ni bukan kes terpencil, tapi ramai orang kat luar sana tu pun ada masalah  yang sama. Iaitu golongan yang boleh saya kelaskan sebagai “Kaya Tak Berduit”. Nampak bergaya, tapi poket ‘kosong’. Gaya dan cara dia berbelanja macam berduit, tetapi nak hidup bulan-bulan pun rasa sempit. Masih berkeluh kesah.

Ada seorang kenalan saya dok mengeluh tak cukup duit, sedangkan keretanya baru bertukar daripada sekecil Kancil kepada segagah Waja – yang saya sendiri pun tak mampu beli buat masa sekarang. Bulan lepas, dia sekeluarga datang ziarah ke rumah kami lepas hampir setahun tak jumpa sebab berpindah ke Kuantan. Dulu dia selalu masalah tak cukup duit. Walaupun sekarang keretanya makin membesar, handphonenya makin canggih tapi dia masih merungut “tak cukup duit”. Kesempitan yang dialami, di mana silap sebenarnya?

Sekecil Kancil, Segagah Waja

Suatu masa dulu, dia suami isteri pernah minta nasihat saya sebab dia nampak kami suami isteri boleh ‘hidup’ walaupun isteri saya tak bekerja. Dan gaji saya pun tak sebesar mana. Nasihat biasa saya, “bacalah buku Jutawan Dari Planet Jupiter oleh Azizi Ali tu” sebab banyak ilmu saya belajar dari situ. Yang membuatkan status ‘kewangan’ saya melonjak agak jauh lepas 3 tahun mengamalkannya prinsip-prinsip dalam buku tu. Saya pinjamkan buku tu beberapa bulan, tapi akhirnya dipulangkan balik tanpa dibaca!

Dua minggu lepas semasa dia datang dengan Waja barunya, saya fikir masalah kewangan dia dah selesai sepenuhnya. Tapi, rupa-rupanya belum. Entahlah. Pada saya, senang atau susah, kita sendiri yang pilih. Saya dah malas bagi apa-apa nasihat sebab ia bukan persoalan takdir, tapi soal tadbir.

Apa yang boleh saya nasihatkan lagi? Kancilnya telah bertukar menjadi segagah Waja selepas 2 tahun. Tetapi Nissan Sunny saya masih lagi Nissan Sunny sejak 4 tahun lepas. Saya ‘tak layak’ memberi nasihat.

Simpanan Bertukar TV Plasma

Si Faiz (bukan nama sebenar) pulak baru berkahwin 2 bulan lepas. Masa majlis aqad nikah hari tu, saya datang ke rumah dia dengan motosikal kapcai saya untuk join rombongan. Yang saya rasa takjub, ada sebuah TV Plasma tersergam megah di ruang tamu rumah sewa yang bakal dia duduk bersama isteri. “Wah… agak berduit dia ni”. Saya bercakap dalam hati.

Pagi tadi beliau telefon saya untuk minta nasihat tentang masalah kewangan. Saya terus teringatkan TV Plasma kat rumah dia yang mungkin berharga RM2,000 – RM3,000. Mana mungkin dia kesempitan duit. Tetapi tanggapan saya silap. Rupa-rupanya TV Plamanya berharga RM5,000! Duit simpanan dia sebelum kawin dah bertukar menjadi sebuah TV Plasma! Dan sekarang, beliau sedang kesempitan.

Ikutkan Hati, Mati

“Macam mana ko boleh beli TV mahal tu?” tanya saya sekadar nak tahu.

“Err… aku dah lama dah TERINGIN nak beli TV tu…”

Oh! sekadar KEINGINAN. Ia bukan benar-benar KEPERLUAN. Saya yang dah bekerja 3 tahun lebih lama daripada dia (dan mungkin gaji lebih besar) pun ‘tak mampu’ beli TV sehebat itu.

Kami, masa baru kawin dulu, tak pernah terfikir nak pakai barang semewah itu. Saya dan isteri menumpang di rumah nenek sebab belum mampu menyewa. TV Plasma jauh sekali. Yang kami ada hanyalah sebuah motosikal yang ayah saya beri pinjam sejak semester akhir diploma (dan saya gunakan hingga ke hari ni). TV tu hanya mampu kami beli lepas 2 tahun bekerja. Itu pun bukan berharga RM5,000, tetapi cuma RM500 sahaja.

Entahlah… Ramai orang ada masalah kesempitan wang. Kebanyakkannya bukan sebab benar-benar miskin, tapi diri sendiri yang ‘memilih’ untuk menjadi miskin.

Lulus Ujian, atau Repeat Paper

Kepada Faiz tadi, saya cuma nasihatkan supaya baca buku Azizi Ali. Nasihat saya lagi, kesempitan kewangan itu adalah pelajaran dari Tuhan. Kesusahan tak akan berpanjangan. Lepas susah ada kesenangan kalau kita ‘pass paper’ kehidupan tersebut. Kalau tak, kita terpaksa ‘repeat paper’ tersebut berulang-ulang kali hingga LULUS. Dan yang paling penting, benar-benar jaga hubungan dengan Tuhan sebab padaNya ada penyelesaian.

Wallahu a’lam.

Sekadar berkongsi moga ada manfaatnya.

Wassalam.

Zulkifli
Damansara Damai
6 Februari 2008
28 Muharram 1429

[Kredit foto : genxfinance]

{ 6 comments… read them below or add one }

1 Kembara Salik May 6, 2008 at 3:40 am

Duit oh duit…. tersenyum sendirian saya dibuatnya bila membaca artikel nih. Nak kaya? pilihan atau ketetapan? Apapun strategi perancangan kewangan kena betul. Keperluan atau keinginan? Ana rasa Akhi Zulkifli lebih arif untuk mengulas bab “financial planning”. Ke guane abe..

Reply

2 iSunik May 7, 2008 at 6:12 pm

Setuju sangat dengan komen kawan. Masalah yang banyak membelenggu ramai orang mungkin kerana tidak suka buat belanjawan rumah. Bukan sebab tidak tahu berbelanja tapi ‘pape bergaye’ ni sudah sebati dalam diri.

Reply

3 cat lover October 18, 2012 at 3:33 am

saya pun dulu pernah buat kesilapan bila tv rosak beli tv dan hifi baru guna kad kredit. Lepas tu menyesal dan cepat2 buat settelment. sekarang dah tak pakai kad kredit rasa lebih kaya..

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie October 18, 2012 at 4:17 am

Tak apa puan. Kesilapan tu sebahagian proses untuk berjaya. Orang berjaya ialah orang yang paling banyak buat silap, tapi dia belajar dari setiap kesilapan.

Reply

5 sh mohd aiezat June 24, 2015 at 11:48 am

as salam tuan,
mana boleh saya dapatkan buku yang tuan sebut d atas?saya dh cari di internet tetapi tiada stok.t.kasih.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie June 25, 2015 at 4:42 am

Wslm En. Aiezat,

Kalau buku tulisan Azizi Ali, boleh beli di http://www.millionairesplanet.com/ .

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: