MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Anak Kecil Hanya Tahu Dirinya

June 14, 2008

Kids

“Amal, meh makan dekat bawah ni, sayang... Tak nak makan atas tilam tu, nanti tumpah...”

Makanan tumpah, apa masalahnya untuk dia anak kecil? Anak umur dua tahun tu belum ada keupayaan tengok sesuatu perkara tu pada perspektif kita orang dewasa.

Kalau nak dia faham dan arahan kita tu berkesan, kena tukar cara kita explain. Supaya dia dapat tengok sesuatu pada perspektif dia sendiri. Perspektif anak kecil...

“Amal, meh sini. Cuba Amal tengok tu, semut makan keropok yang jatuh atas lantai. Kalau keropok tu jatuh atas tilam, nanti semut gigit Amal... Sakit...”, pesan saya pada dia.

“Okay Papa... Amal duduk sini” balasnya sambil makan keropok.

Dia turun dari tilam, dan duduk atas lantai untuk habiskan keropok tu. Saya tunjuk dia serpihan keropok yang jatuh tu dikelilingi semut.

“Baguuus anak Papa”, jawab saya sebagai penghargaan (ganjaran) sebab dia dengar cakap saya.

Amal Hayati, anak kedua kami umur 2 tahun lebih.

Anak kecil kita belum benar-benar faham kesan makanan tumpah atas tilam. Susah mamanya nak bersihkan dan nak mengemas, itu tak ada kena mengena dengan dia.

Yang dia tahu cuma diri dia sendiri...

Anak Kecil Hanya Tahu Dirinya

Sama jugalah kes anak-anak berebut mainan. Dia rebut mainan dari budak lain sebab dia nak mainan tu. Dia tak faham perasanan budak lain yang mainan tu kena rampas.

Dia tak faham betapa sedihnya perasaan budak lain yang mainan dia kena rampas.

Kita ibubapa kena tahu psikologi anak-anak ni. Anak-anak kecil cuma mampu fikir pasal diri dia sahaja. Dia tak boleh fikir apa yang orang lain fikir, dan apa perasaan orang lain.

Kalau kita bebel pun, dia tak faham kenapa kita larang (ataupun marah) dia. Apa salah dia kalau dia suka mainan tu? Tak salahkan? Itulah yang ada dalam fikiran dia...

Kita bebel dia, hukum dia, agak-agak apa yang anak kecil tu fikir?

Leteran Tak Bermanfaat Untuk Anak

Membebel pada anak-anak kecil sebenarnya sekadar puaskan hati kita sahaja, tetapi ia tak berkesan untuk mereka. Dia belum faham perspektif orang lain. Sebab memang itu sahajalah kemampuan dia.

Kita berleter dan hukum dia atas apa yang dia tak mampu faham, itu tak adil untuk mereka. Apa yang lebih buruk, dia anggap kita benci pada dia. Dia belum memahami kaitan antara hukuman dan kesalahan dia.

Kita sebagai ibubapa kena faham pasal psikologi ni. Supaya bila dikuasai emosi, kita masih ada timbang tara untuk jadi ibubapa yang cool... InsyaAllah...

Wallahu ‘alam.

Zulkifli
Damansara Damai
7 Jun 2008

2 Jamadil Akhir 1429H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • tiada bezanya mendidik seorang kanak-kanak atau seorang dewasa tetapi masih berjiwa/emosi anak-anak. Jiwa dan emosi/nafsu yang masih muda selalu meminta belaian seperti seorang kanak-kanak. Adakalanya sukar untuk berkomunikasi dengan bahasa toleransi melainkan sesekali perlu juga merasa “stick motivation”.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >