MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Manfaatkan Sukan Untuk Dakwah

Team pemuda Damansara Damai ke Futsal Tarbawi Subang 2008

Alhamdulillah… dengan izin Allah, Pemuda Kawasan Subang berjaya menganjurkan Futsal Tarbawi Pemuda Subang 2008 pada 29 Jun lalu, di court futsal Kg. Melayu Sungai Buloh. Program yang asal dijadualkan dua minggu sebelumnya terpaksa ditangguhkan kerana hujan. Court basah dan licin katanya.

Syukur, futsal kali ini lebih ramai penyertaan. Pemuda Damansara Damai dapat menghantar dua team yang kami namakan sebagai “Damai A”, dan “Damai B”. Damai B terdiri daripada pemuda di Apartmen Impian, manakala Damai A adalah campuran dari pelbagai apartmen.

Mengumpul Pendakwah Melalui Sukan

Perlawanan kali ini lebih meriah kerana turut disertai oleh dua team pemuda Selayang yang diketui oleh Ustaz Fauzan. Objektif untuk mengumpul tenaga pemuda nampaknya lebih berjaya melalui aktiviti sukan berbanding majlis-majlis usrah dan halaqah ilmu. Sambil bersukan, tazkirah diselitkan supaya ia bukan hanya menyihatkan jasmani, tetapi juga rohani para pemuda penggerak dan bakal penggerak dakwah.

Bagi pemuda Damansara Damai, saya rasa sangat bersyukur kerana mereka yang dapat turun lebih dari yang dijangkakan walaupun masih terdapat beberapa sahabat yang tak dapat turun. Saya dan Razani, terpaksa join team pemuda kawasan kerana kami terlebih pemain. Mereka yang juga turut sertai futsal kali ini ialah imam dan bilal Masjid Al-Muhtadiin, Damansara Damai.

Peluang Bersilaturrahim

Sambil bersukan, sempat juga saya berkenalan lebih dekat dengan sahabat pemuda Damansara Damai, terutamanya dari Apartmen Impian. Halim, Nazrul, dan Zani antara yang sempat saya duduk bersembang. Ketika di majlis Halaqah Pemuda dua minggu lalu, saya cuma sempat kenal namanya saja. Itupun terus lupa.

Sukan bermula jam 9.00 pagi, dan berakhir lebih kurang jam 1.00 tenghari. Ia berakhir dengan team Damai B merangkul Juara melalui sepakan penalti kerana cuaca yang tak mengizinkan. Tempat ke-2 dan ke-3 menjadi milik pemuda Permatang Pagar A, dan Permatang Pagar B.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Riduan Ismail (KP Subang) dan semua sahabat yang telah menjayakan program kali ini. Moga kerja kalian dinilai oleh Allah sebagai amal yang soleh.

InsyaAllah.

Zulkifli
Damansara Heights
7 Julai 2008

Sessi taklimat dan tazkirah sebelum perlawanan

Hari hujan menyebabkan perlawanan separuh akhir dan akhir di tamatkan dengan sepakan penalti. Juara menjadi milik pasukan Damai B (berjersi Oren).

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>