MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Nilai Hartanah Naik 30%!

August 21, 2008

Sekadar makluman untuk sahabat, harga rumah sekarang ni telah naik sekurang-kurangnya 30% daripada harga asalnya. Ini disebabkan kenaikan kos binaan meningkat sebanyak 30% - 50% berikutan kenaikan harga minyak. Ini maklumat yang diberikan oleh kontraktor.

Syarikat-syarikat yang mempunyai hartanah sepatutnya kena buat nilaian semula hartanah yang dimiliki. Nilai yang diinsurankan perlu disemak semula. Ini kerana reconstruction cost yang lama dah tak relevan lagi. Sebagai perbandingan, kalau nilai dulu RM100,000, kos untuk buat rumah yang sama perlukan at least RM130,000.

Urusan Jual Beli Agak Perlahan

Sesiapa yang beli rumah sebelum bermulanya ‘gawat’ haritu memang beruntung. Nilai 'kekayaan' mereka telahpun meningkat. Walaupun begitu, masa sekarang bukan masa sesuai untuk berjual beli.

Penjual agak susah mendapatkan pembeli kerana pembeli semakin sukar membeli kerana Base Lending Rate (BLR) telahpun dinaikkan oleh Bank Negara. Maksudnya, kadar faedah pinjaman rumah telahpun meningkat. Ditambah pula dengan harga rumah yang meledak, ia mengurangkan lagi minat para pembeli.

“Desperate Seller” Bertambah

Pendapat saya, para pembeli yang mempunyai TUNAI, boleh bersiap sedia untuk membeli. “Desperate seller” mungkin akan bertambah dipasaran. Harga rumah yang akan dilelong juga turut akan bertambah kerana bank akan restructure pinjaman rumah yang sedia ada.

Sesiapa yang guna pinjaman berdasarkan floating rate, pasti akan terkena. Kalau dulu ansuran bulanan RM500, sekarang mungkin dinaikkan ke RM600.

Kalau siapa ada TUNAI, Memang boleh buat untung masa ni. Tapi, bukan ramai orang yang ada tunai untuk membeli rumah.

Sekadar berkongsi. Wallahu 'alam.

Zulkifli
Damansara Heights

14 Ogos 2008

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >