MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Rehlah Keluarga Pemuda Damai

August 25, 2008

Rehlah Keluarga Pemuda Damansara Damai, 26 Julai 2008
Mempersaudarakan Para Isteri

Setelah beberapa kali ditangguhkan, alhamdulillah akhirnya dapat juga mengadakan perkelahan anggota usrah Pemuda Damansara Damai di Hutan Lipur Sungai Tua 2, atau dikenali sebagai Ulu Yam. Sasarannya 10 keluarga, tetapi cuma 7 keluarga pemuda saja yang dapat sertai.

Aktivitinya cuma bersantai sambil bersilaturrahim – bbq, mandi-manda, memancing, makan-makan dan berfoto. Walaupun programnya cuma setengah hari, objektif mempersaudarakan sesama keluarga pemuda, terutamanya golongan isteri alhamdulillah boleh dikatakan berjaya.

Lepas ni insyaallah akan diadakan program susulan untuk para isteri, dengan harapan mereka ini bakal membantu menggerakkan saf muslimah di Damansara Damai.

Usrah Teori dan Realiti

Setelah kami mempersaudarakan sesama pemuda melalui halaqah ilmu bulanan, riadhah mingguan, dan minum-minum di ‘kedai kopi’ setiap dua minggu, tiba pula masanya mempersaudarakan sesama isteri. Supaya kami semua benar-benar menjadi sebuah usrah, iaitu unit keluarga ke-2 setelah keluarga.

Silaturrahim, salah satu elemen penting untuk mengukuhkan sesebuah organisasi. Setelah iman dan taqwa, kasih sayang sesama anggotalah yang perlu dititik-beratkan. Apabila dua perkara tu ‘beres’, barulah kesefahaman dan keselarasan fikrah menjadi lebih bermakna.

Di sini saya paparkan beberapa foto perkelahan kami untuk tatapan sahabat semua.

Wallahu ‘alam.

Zulkifli
Kemaman

16 Ogos 2008, 3.22 pagi

Sebahagian saf pemuda penggerak dakwah Damansara Damai

BBQ dah jadi aktiviti rutin mana-mana perkelahan

Zainan dan isterinya serta anak-anaknya

Anuar dan isterinya serta anak-anaknya

Razani dan isterinya Wan Nuraini

Pasangan pengantin baru, Al Izuddin dan isterinya Nani Mastina

Azfar yang masih bujang hadir bersama ibunya

Ustaz Fadhil, tetap hadir walaupun isterinya tak dapat hadir kerana sekolah ganti.

Keluarga saya

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>