MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Nafkah Zahir dan Nafkah Batin

September 14, 2008

Muslim Marriage

"Kalau nafkah batin sekadar memenuhi tuntutan seksual, itu baru taraf haiwan memberikan nafkah batin kepada pasangannya"

Semalam saya terbaca blog Ummu Saif tentang isu poligami - "Poligami Rasulullah Bukan Ayat-ayat Cinta". Beberapa bulan lalu, Abu Saif juga ada menulis tentang isu poligami di bawah tajuk “Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Isteri”.

Pada saya, adalah lebih baik para ustaz dan ustazah berbicara soal bagaimana mendidik orang yang berpoligami mahupun monogami berbanding terlalu banyak berbicara soal penyalahgunaan poligami. Kerana ia hanya membuang masa.

Orang nak berpoligami, tetap akan berpoligami walauapapun hujah kita. Jadi, cakap banyak pun tak guna.

Tragedi beberapa bulan lalu, cukup membuatkan saya terfikir tentang isu mendidik orang yang berpoligami ini.

Mamat Beristeri Tiga

Mamat (bukan nama sebenar), seorang yang kurang baik akhlaknya, ‘busuk’ hatinya, tiada timbang rasa dan kelihatan berserabut air mukanya. Umurnya baru pertengahan 30-an, tetapi saya difahamkan dia beristeri tiga.

Kesian betul... Bukan kesian pada dia, tetapi saya kesiankan kepada anak-anak dan isteri-isterinya. Lebih kesian lagi kerana isteri pertama tak tahu dia bermadu dua dan tiga!

Suami yang ‘buruk’ akhlaknya, bagaimana nak didik tiga orang isterinya?

Ayah yang ‘busuk’ hatinya, bagaimana nak suburkan anak-anak dengan iman dan taqwa?

Ish... Seronok ker berumahtangga begitu? Saya berbual-bual bersama isteri.

Kurangnya Didikan Poligami

Dalam berbual-bual, kami berpendapat betapa kurangnya ilmu dan didikan untuk orang poligami seperti dia. Baik suami, mahupun isteri-isteri.

Lelaki berpoligami harus dididik.

Isteri yang dimadukan juga harus dididik.

Bagaimana peranan suami dan isteri-isteri supaya mereka masih boleh merasai betapa nikmatnya hidup berumahtangga. Tak kurang nikmatnya berbanding rumahtangga monogami seperti kita.

Jarang benar kita jumpa buku atau artikel “Panduan Rumahtangga Poligami”. Yang banyaknya, orang bercakap ‘keburukan’ poligami baik golongan seperti Sister In Islam, mahupun orang ‘agama’.

Padahal cakap-cakap sebegitu tak akan menghalang orang yang memang mahukan poligami.

Tangani Penyalahgunaan Poligami?

Pada kami, masalah sebenar yang patut diberi fokus ialah bagaimana mendidik rumahtangga poligami. Tak perlu dirisaukan dengan lelaki-lelaki ‘nakal’ yang suka cakap nak berpoligami, (termasuk juga golongan ustaz).

Itu cuma cakap-cakap mereka, tetapi tak berani tambah isteri...

Walaupun isu poligami diutarakan kononnya menangani penyalahgunaan poligami, pada saya itu cuma alasan. Tapi hakikatnya, perbincangan menjurus kepada keburukan poligami. Seolah-solah formula Tuhan itu membawa ‘musibah’ kepada manusia dan tak nampak hikmahnya.

Maka, perempuan simpananlah alternatifnya. Saya bimbang ianya menjejas RASA redha kita terhadap peraturan Tuhan itu.

(Kerisauan ini pernah saya coretkan dalam artikel “Poligami: Syariat Tuhan Yang Dianak-Tirikan”)

Isu Sebenar Poligami

Padahal, formula Tuhan itu pastinya untuk kebaikan manusia. Bahkan syariat poligami untuk ummat Muhammad S.AW itu sangat menguntungkan wanita.

Sebelum turunnya HAD poligami, ummat terdahulu dibenarkan kawin lebih daripada 4 isteri.

Masalah sebenar bukanlah pada poligami. Pasangan poligami mahupun monogami, semuanya boleh porak peranda rumahtangganya kalau dibina cuma bermodalkan NAFSU.

Walaupun Quran dan Hadis dipakai kononnya Islam membenarkan poligami, tetapi ianya masih diulas mengikut hawa nafsu.

Nafkah Zahir Nafkah Batin

Mampu ZAHIR dan BATIN katanya.

Zahir mungkin mudah difahami. Tetapi ramai yang gagal memahami maksud syarat batin.

Mampu batin difahami hanya sekadar SEKSUAL sahaja. Padahal itu baru taraf haiwan memberikan nafkah batin kepada pasangannya.

Syarat batin yang jauh lebih penting dan ramai terlepas pandang ialah syarat TAQWA. Syarat TAQWA inilah yang gagal dipenuhi oleh si lelaki yang gatal-gatal nak berpoligami.

Berpoligami cuma bermodalkan temberang, mana boleh bahagia. Itulah puncanya rumahtangga poligami banyak yang gagal mendapat rahmah dan mawaddah dalam berumahtangga.

Kalau isteri dan anak-anak sediada pun ‘gagal’ diinstall dengan iman dan TAQWA, dan gagal dibawa menuju ‘Syurga’, janganlah bermimpi untuk tambah yang KEDUA...

Oh, bimbangnya...

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” [Surah At-Tahriim 66: 6]

Zulkifli
Damansara Damai
13 September 2008

18 Ramadhan 1429H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Terima kasih di atas perkongsian.

    Menjelaskan penyalahgunaan poligami di blog saya bukanlah dengan maksud untuk menghalang poligami. Seperti yang disebut, kalau orang nak berpoligami, berpoligami jugalah ia. Akan tetapi menjelaskan penyalahgunaan poligami di dalam artikel ini adalah untuk mengambil langkah proaktif mencegah salah guna dan masalah, yang jauh lebih mudah berbanding mengubat dan merawat.

    Dalam erti kata lain, membimbing orang yang belum berpoligami agar berfikir dengan lebih tepat dan jelas, adalah lebih mudah berbanding membetulkan bengkang bengkok kehidupan rumahtangga poligami yang telah bermula dari titik yang salah.

    Sudah tentu, saya membuat catatan di artikel itu sebagai kesan mengendalikan kes-kes poligami bermasalah dan bukan hanya merumuskan teori di atas kertas.

    Maka

    Menjelaskan tentang keperluan poligami itu perlu.

    Menjelaskan tentang penyalahgunaan poligami juga perlu.

    Memberikan bimbingan kepada pasangan yang berpoligami juga amat perlu.

    Maka tidak harus untuk tiga perkara ini dikonflikkan dengan menyoal mana yang lebih utama. Keutamaan datang berdasarkan keperluan.

    Wallahu A’lam

    Salam ukhuwwah 🙂

    ABU SAIF

  • Ahlan ya ustaz… salam ukhuwwah..

    Terima kasih berkunjung ke ‘rumah’ saya yang tak seberapa. Rasa macam orang ‘besar’ datang teratak kecil yang serba kekurangan ini.

    Ustaz, saya rasa artikel ustaz tu tak boleh bertitik noktah di situ. Mesti disambung dengan ‘hikmah’ pensyariatan poligami itu sendiri. Barulah terasa indah syariat ciptaan Tuhan itu.

    Poligami sering dijadikan senjata oleh orientalis, dan kumpulan seperti Sister In Islam untuk menikam Islam. Jadi, artikel tulisan Ustaz dan Ummu Saif rasanya tak ‘balance’ dan tak lengkap tanpa sambungannya.

    Tanpa sambungan, mungkin kelihatan seperti suara “Ketua Dewan Muslimin Sister In Islam” la pulak… sbgmana ‘guraun’ ustaz dibahagian komen “Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Isteri”..

    Saya tunggu sambungannya…

    Wallahu a’lam.

    ZUL

  • Terima kasih kerana memberikan komen kepada komen saya.

    Jika ditanya kepada Haji Google.Com, nescaya beribu-ribulah artikel yang telah ditulis berkenaan dengan kebaikan poligami. Malah kisah driver berkahwin empat di Terengganu itu sampai keluar di dalam suratkhabar utama Jepun!

    Berkenaan dengan Sisters in Islam, ada sebahagian daripada tuntutan mereka tidak boleh kita tolak mentah-mentah hanya kerana mereka itu SIS. Ramai perempuan yang perkahwinannya tergantung kerana kelembapan sistem di Mahkamah Syariah. Ramai wanita dizalimi akibat kelemahan institusi Islam sendiri. Maka kita boleh memberikan pelbagai hujah untuk menutup mulut SIS, sebaliknya, nasib perempuan yang dizalimi kelembapan Mahkamah Syariah tetap berlarutan kerana masalahnya bukan Sisters in Islam, tetapi masalah kita sendiri.

    Ketika SS Mufti Perlis mengkritik beberapa isu di dalam masyarakat, pandangannya disokong oleh Sisters in Islam. Apakah ini bermakna Mufti sudah jadi Ketua Dewan Muslimat SIS? Tentu tidak.

    Jika kita bercakap tentang apa sekali pun, akan ada sentiasa ruang persamaan dan perbezaan.

    Bezanya saya dengan Sisters in Islam, ialah saya tidak menyalahkan Islam, sebaliknya meletakkan salah laku Muslim sebagai pencemar Islam!

  • Ustaz,

    Terima kasih kerana meruangkan masa lagi sekali ke blog saya yang tak seberapa ini.

    Saya faham maksud ustaz tu.

    Terkejut juga ustaz boleh sampai ke sini. Saya pernah ke kuliah ustaz di An-Nida’ tahun lepas.

    AJK surau company saya (di Dsara Height) bercadang nak jemput ustaz berkuliah di syarikat kami, tapi beberapa kali saya contact Ustaz tak dapat. Dan kamipun faham kesibukan Ustaz.

    Macam mana yer cara mudah nak ‘booking’ masa ustaz? Untuk kuliah zohor kul 1-2 tgh jer.

    ZUL

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >