MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kotornya Bandar Kota Bharu?

October 21, 2008

Kota Bharu

Bersih atau kotornya bandar Kota Bharu adalah kerana orangnya. Lebih spesifik, sikap orangnya.

Sebelum solat jumaat tadi, saya terbaca satu diskusi dalam yahoogroups yang bertajuk lebih kurang begini “Kotornya Bandar KB”.

Em, rasa macam nak tambah komen sebab nampaknya ramai yang ‘memerah otak’ nak cari kaedah pelupusan sampah supaya bandar jadi bersih. Itulah yang saya faham dari diskusi itu. Tapi mungkin kefahaman saya silap sebab tak sempat ikuti keseluruhan diskusi.

Cuma, terdetik di hati untuk berkongsi idea tentang kebersihan.

Pada saya, bersih atau kotornya bandar kita bukan pada masalah kaedah pelupusan sampah samada recycle atau pun kaedah konvensional. Kotornya tempat kerana orangnya. Ia persoalan dalaman iaitu SIKAP orangnya.

Kotornya Persekitaran Kerana SIKAP Orangnya

Kalau seorang buang 1 sampah, 1000 orang dah 1000 sampah MPKB (Majlis Perbandaran Kota Bharu) kena kutip! Alasannya mudah, “ah, nanti MPKB kutip”. Kalau beginilah sikapnya, sampai bila pun bandar kita tak akan bersih.

Jadi, aspek yang perlu diberi lebih fokus bukannya KAEDAH, tetapi SIKAP dan rasa tanggungjawab masyarakat. Sikap itulah punca utama mengapa bandar dan kediaman kita jadi kotor.

Kalau kita buang 1 sampah, agaknya bila akan dikutip oleh orang lain? Esok? Lusa? Silap-silap tahun depan pun masih tak terkutip.

Itu sampah kita, macam mana dengan sampah orang? Lepas tu, MPKB disalahkan kerana tak kutip sampah. MPKB pula tentunya salahkan masyarakat kerana buang sampah merata-merata. Akhirnya, semua saling salah menyalah. Padahal kalau setiap orang kutip sampah masing-masing, 1001 masalah akan selesai dengan mudah…

Jangan buang merata-rata, jumpa sampah kutip… be proactive! Kalau semua orang fikir macam tu, semuanya selesai.

Promosikan Slogan Tok Guru

Saya amat bersetuju dengan slogan Tuan Guru Menteri Besar yang bunyinya lebih kurang “Jumpa Sampah Kutip“. Fuh!… Nampak simple, tapi slogan itu cukup baik untuk merubah minda dan sikap masyarakat. Kalau setiap orang kutip 1 sampah, saya percaya KB akan jadi bandar yang sangat BERSIH!

Itu kalau kutip 1, apa kata kutip 2, 3, 4 dan 5 sehari? Sekadar mengutip sambil berjalan-jalan ke tempat yang kita nak pergi.

Slogan tu sepatutnya dipromote habis-habisan dalam mana-mana program kerajaan dan agensi kerajaan. Sentiasa diperingatkan dalam mana-mana kuliah ilmu dan usrah. Kupas sikit HIKMAH slogan tersebut. Kupasan yang berkesan sudah tentunya dikaitkan dengan KEUNTUNGAN di sisi Tuhan sebab setiap manusia tetap akan kembali ke tempat asal mereka – iaitu Tuhan.

Mungkin slogan itu boleh dikreatifkan lagi, dan dinaikkan banner di seluruh negeri. Supaya masyarakat dan pengunjung Kota Bharu khususnya, diperingatkan sehari-hari hingga jadi TABIAT dalam diri. Kalau dah jadi tabiat, insyaAllah ianya jadi mudah.

Saya cukup percaya, bersihnya sesuatu tempat adalah kerana orangnya. Faktor lain, itu nombor 2, 3 dan seterusnya.

Jelik Dengan Sikap Si Pengotor

Em, saya cukup jelik dengan sikap si pengotor – membuang sampah merata-rata. “Ah tak apa, kulit gula-gula jer” katanya. Bila naik kereta, buang sampah (ikut tingkap) di jalanraya. Kalau di kampung, buang sampah di tali air (bahasa orang kampungnya ialah “alur”) dan dalam semak. Meludah atas lantai yang bersimen. Buang puntung rokok bawah meja, lepas tu pijak-pijak. Ish, rasa macam nak tegur direct jer. Tapi, apa boleh buat… Tak ada autoriti untuk menegur.

Hm, itulah masalah SIKAP orang. Mungkin kerana tak rasa bahawa ada kiraan dosa pahala di situ. Seolah-olah Tuhan ‘pejamkan mata’ saja. Sedangkan penilaian Tuhan itu merangkumi seluruh aspek zahir dan batin kita. Sangka buruk yang bersifat batin itu pun dikira, inikan pula buang sampah merata-rata…

Isu Kebersihan Manifestasi Kebersihan Hati

Bila teringatkan pesanan Nabi S.A.W yang mafhumnya membuang halangan di laluan orang (jalan) adalah tanda selemah-lemah iman, saya terfikir di mana pula iman orang yang buang sampah merata-rata, dan dengan sengaja!?

Ah, itu hal orang. Kita pula macam mana? Macam mana dengan kebersihan di rumah kita? Kenderaan kita? Pakaian kita? Bagi para suami, macam mana dengan kerja bersih membersih di rumah? Adakah semuanya ‘dianugerahkan’ kepada isteri? Kalau kotor kita dan anak-anak, isteri bersihkan semua, saya khuatir ada yang tak kena pada iman kita. Takut itu adalah petanda betapa kotornya hati kita.

Hm, tepuk dada tanyalah iman kerana kata Nabi S.A.W, “Kebersihan sebahagian (kesan) daripada iman (kepada Allah dan hari Akhirat)”

Wallahu a’lam. Sama-sama kita fikirkan.

Zulkifli
Damansara Heights
16 March 2007

(Artikel lama yang disemak semula pada 21 Oktober 2008)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>