MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Lawatan PASTI An-Nur ke Zoo Negara

November 11, 2008

Tiba di Zoo Negara sekitar jam 8.30 pagi. Zoo dibuka jam 9.00 pagi.

Alhamdulillah, puji-pujian kepada Tuhan kerana Lawatan Sambil Belajar PASTI An-Nur dapat dijayakan pada 1 November 2008 yang lalu. Dalam kesuntukan masa, satu per satu program yang sepatunya saya yang ‘supervise’ tetiba terlalu hampir, dan banyak urusan yang saya terlepas pandang.

Syukur kepada Allah, saya diingatkan dan dibantu oleh sahabat-sahabat AJK PASTI serta guru-guru yang proaktif. Terima kasih tak terhingga kepada semua guru, dan jawatankuasa yang menjayakannya. Semoga komitmen kalian dinilai oleh Allah sebagai amal yang soleh, insyaAllah.

Foto di bawah saya uploadkan sekadar mengarkibkan ‘dairi’ aktiviti saya untuk tatapan sahabat.

Ronda-ronda Zoo Negara dengan Train
Nakal betul… seekor rusa diludahnya… hm… (“,)

Penat meronda, kami menonton Animal Show – Anjing Laut dan Burung Nuri

Ketika lawatan ini, barulah saya tahu, bukan mudah menjadi guru tadika rupanya. Berkejaran ke sana ke sini, bergaduh, dan payah nak control anak-anak 5 dan 6 tahun. Habis program, saya dan AJK pengiring penat betul.

Kami keluar dari Zoo jam 1.00 tgh. Saya ada temu janji dengan peguam untuk tanda tangani loan agreement (pembelian rumah) di Bandar Baru Ampang jam 3.00 ptg. Kerana tak larat dan kepala rasa berdenyut disebabkan kepanasan, saya singgah di satu Petronas di kawasan Ampang. Solat zohor, dan tidur di surau. Tersedar jam 2.30tgh dan terus ke pejabat peguam.

Hari tu betul-betul penat, dan sakit kepala sampai ke malam. Muka rasa macam dah ‘terbakar’ jer. Hari-hari kerja dalam air-cond, tetiba berjemur, memang tak tahan.

Apapun syukur, satu lagi aktiviti PASTI kami dapat dijayakan. Alhamdulillah…

Zulkifli

Damansara Damai
1 November 2008
(Catatan pada 11 November 2008)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>