MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

3 Nikmat Membuatkan Saya Seronok Travel

Perjalanan bersama keluarga yang memakan masa 6 - 8 jam setiap kali balik kampung atau travel ialah satu keseronokkan bagi kami. Bukan satu bebanan.

Malam tadi, kami sekeluarga balik dari Kuantan. Bertolak dari Damansara Damai petang Sabtu ke rumah adik saya (no. 3) bersama suaminya di Kuarters Pensyarah, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang.

Kami ke sana untuk ‘family gathering’ – jumpa Mama, Abah, adik no. 5 yang baru habis belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan adik bongsu yang akan berdaftar di Kolej Matrikulasi Pahang. Mereka semua baru balik dari Langkawi, ikut abah kendalikan kursus YADIM sambil makan angin sejak Khamis, 7 Mei 2009.

Family Gathering Di Kuantan

Perjalanan ke sana lebih kurang 3 jam setengah. Perjalanan balik semalam terfikir dan berbual dengan isteri, kenapa saya seronok travel?

"Ayang (panggilan saya kepada isteri) tahu tak kenapa Abang suka travel?"
"Em, sebab suka tengok alam yang Tuhan buat?" teka isteri saya.
"Betul, tapi ada lagi faktor yang lebih penting. Ayang tahu tak apa dia?" tanya saya balik.
"Ayang rasa... Sebab kita boleh sembang lama-lama. Betul tak?"

Ya, betul. Antara sebab saya suka travel jauh-jauh ialah sebab saya boleh sembang lama-lama dengan isteri. Macam-macam topik boleh sembang samada pasal anak-anak, keluarga, agama, dakwah, dan semasa.

Peluang 'Privacy' Bersama Isteri

Memang boleh dikatakan tak ada masa lain untuk kami sembang lama-lama selain dari waktu travel.

Di rumah, kami cuma sempat bersembang bersama dalam waktu-waktu berbaki – menjelang tidur yang cuma beberapa minit. Yang lain, habis untuk aktiviti dan rutin harian.

Kalau duduk di rumah pun, biasanya banyak masa dihabiskan untuk layan 4 orang anak kami yang masih kecil, dan mengurus rumah. Tak ada waktu khusus untuk bersembang.

Perjalanan yang memakan masa 7 ke 8 jam balik kampung – Kuala Terengganu atau Kota Bharu – adalah satu kesonokan bagi kami. Anak-anak biasanya akan tidur dalam perjalanan. Perjalanan yang sunyi memberi privacy pada kami untuk bersembang, bertukar-tukar pandangan, bermuhasabah atau mengalunkan lagu-lagu nasyid kesukaan saya bersama.

Pendek kata, faktor utama kenapa saya sangat excited bila berpeluang travel bersama isteri ialah peluang privacy bersama isteri.

Di rumah isteri sibuk dengan anak-anak. Waktu anak-anak tidur dalam kereta sepanjang travel, itulah waktu terbaik untuk kami berbual panjang.

Menikmati Keindahan Alam

Selain tu, ada lagi beberapa keseronokkan sampingan, dan peluang yang biasanya saya manfaatkan ketika travel iaitu:

Keduamenikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Panorama hutan, bukit bukau yang indah sepanjang jalan dapat redakan stress hidup di hutan batu metropolitan.

Pemandangan indah hutan dan bukit bukau berlatabelakangkan langit biru sepanjang Lebuhraya Pantai Timur (LPT) jadi terapi buat saya. Di KL, langit selalu berjerebu.

Aroma hutan dan kampung sepanjang perjalanan sangat menyegarkan. Ia mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak dan remaja. Sejak darjah 3, saya sangat obses dengan aktiviti berpengakap dalam hutan. Obses hingga layak ke ujian terakhir untuk mandapat “rambu” Pengakap Kanak-Kanak (pangkat tertinggi) peringkat Negeri Kelantan.

Zaman sekolah rendah juga banyak habis masa di kebun abah – tolong abah dan main dengan kawan-kawan ‘kampung boy’ dalam kebun.

Zaman remaja dan universiti biasa berkhemah dan bertamrin dalam hutan. Belajar dan berlatih dengan modul kepimpinan Islam sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan di kawasan jeram dan air terjun. Memang menarik.

Driving perjalanan yang panjang, waktu terbaik untuk saya berfikir dan tambah ilmu dengan mendengar rakam MP3 seminar atau ceramah. Selalunya akan dapat banyak idea-idea baharu.

Peluang Menilai Semula Kehidupan

Selalu sibuk dengan rutin harian menyebabkan saya selalu terlepas pandang tentang matlamat yang ingin dicapai dalam hidup. Matlamat keluarga, kerjaya dan kehidupan umumnya. Pejam celik pejam celik, dah 6 tahun duduk di KL. Matlamat yang dirancang 5 tahun lalu masih lagi tertangguh hingga ke hari ni.

Masa isteri dan anak-anak tidur dalam perjalanan balik kampung, itulah masa yang baik untuk berfikir dan menilai semula tentang kehidupan. Apa yang saya dapat hari ini, banyak dipengaruhi apa yang saya rancang dan buat 5 tahun yang lalu.

5 tahun akan datang? Bakal dipengaruhi apa yang saya rancang dan buat pada hari ini…

Zulkifli
Damansara Damai
11 Mei 2009
16 Jamadil Awwal 1430H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>