MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Berbuka Awal Tapi Maghrib Lewat?

September 11, 2009

Berbuka awal

"Mungkin ada baiknya berbuka sikit dengan buah tamar dan terus solat"

Oh, rasa macam kena tempelak jer masa kuliah Ustaz Haslin Baharin tengahari semalam.

Antara peringatan yang Ustaz bagi ialah tentang solat maghrib lewat sebab berbuka. Syok sangat berbuka sampai Solat Fardhu Maghrib 'terlalai'. Berbuka pukul 7.20 lagi, tapi solat maghrib lepas pukul 8.00! Oh, takut-takut fadhilat berbuka awal diset-off oleh melewat-lewatkan solat.

Terabai Maghrib Kerana Berbuka?

Kekadang bukan sebab sengaja lewatkan solat, tapi bila berbuka dengan anak-anak, banyak la nak kena layan. Lepas makan nak kena kemas-kemas yang anak-anak makan, dan layan macam-macam request mereka. Akhir sekali, solat maghrib di akhir waktu!

 

Bila fikir pasal ni, mungkin ada baiknya berbuka sikit dengan buah tamar dan terus solat. Lepas solat barulah balun makanan sebagaimana di masjid-masjid. Semalam, kebetulan berbuka di Masjid Bandar Sunway. Memang macam tu lah rutinnya.

Semalam kiranya dah kali kedua berbuka di masjid tu. Ada lah lebih kurang 60 orang berbuka di situ tapi majoritinya bukan orang Malaysia. Yang ramai orang Bangla dan Indon. Penduduk tempatan ada lah sikit.

Tapi apapun alhamduillah... makanannya ok dan mungkin lebih berkat. Sebabnya berbuka di masjid ni dapat 2 dalam 1 iaitu berbuka free, kemudian dapat solat maghrib berjemaah di awal waktu! Alhamdulillah...

 

Selesaikan Masalah Bila Ikut Nabi

Em, antara point disampaikan oleh Ustaz Haslin semalam ialah tentang Dr. Edwin Nasution, seorang doktor Kristian yang pakar dalam bidang pemakanan dan banyak mengkaji persoalan pemakanan tetapi beliau sendiri ada masalah sembelit. Kemudian, beliau cuba tabiat Nabi S.A.W yang kunyah 40 kali baru telan dan alhamdulillah, masalah sembelitnya selesai dan beliau masuk Islam kerana itu.

Dari situ mungkin kita dapat ambik iktibar, apa yang diamalkan Nabi S.A.W semuanya adalah petunjuk dari Tuhan untuk seluruh ummat manusia. Ada 1001 hikmat di sebalik syariat, cuma kita saja yang tak tahu. Seluruh sunnah Nabi S.A.W dan syariat Tuhan semuanya untuk manfaat manusia. Cuma sesiapa yang terpilih, Tuhan bukakan hikmah atas setiap syariat Tuhan. Bila kita dapat hikmah tersebut, bertambahlah keyakinan dan keimanan kepada Tuhan.

Hidup Sempit Tanpa Tuhan

Dan satu lagi point penting yang saya dapat iaitu Ustaz huraikan orang yang ingkar dan buat-buat tak peduli pada Tuhan, Tuhan akan sempitkan hidup mereka. Hidup mereka akan jadi susah. Bahagia yang dicari tak pernah kunjung tiba walaupun hartanya berjuta. Ustaz bacakan Surah Toha ayat 124 - 127 yang maksudnya:

 

“Dan sesiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta.

 

Dia berkata, "Ya Tuhanku, mengapa Engkau kumpulkan aku dalam keadaan buta, padahal dahulu aku dapat melihat?".

 

Dia (Allah) berfirman, "Demikianlah, dahulu telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, dan kamu mengabaikannya, jadi begitu (pula) pada hari ini kamu diabaikan."

 

Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. Sesungguhnya, azab di akhirat itu lebih berat dan kekal.

 

[Toha 20: 124 - 127]

 

Zulkifli

Damansara Damai

9 September 2009

 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>