MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Beruntungnya Anak-anak Yang Bersekolah Agama

September 17, 2009

Orang beragama, akhirat dia 'dapat', dunia Tuhan pakejkan sekali.

Tengok Aisyah (anak sulong kami) dah boleh baca doa-doa harian, hafal beberapa surah lazim, alhamdullillah... Syukurnya rasa. Berbaloi rasanya hantar ke PASTI.

Walaupun doa-doa dan surah-surah tu kami pun tahu sebenarnya, tapi kalau harapkan kami memang tak dapat ajarkan Aisyah. Tak dapat nak luangkan waktu khusus untuk ajarkan dia.

Saya fikir, itulah penting ibubapa sekolahkan anak-anak ke sekolah agama dan sekolah yang berorientasikan pendidikan Islam. Bukan tak boleh didik sendiri, tapi kita tak ada masa untuk didik mereka secara disiplin - seperti ruangkan waktu khusus untuk dia menghafal dan sebagainya.

Yang mampu kita buat ialah jadi 'role model' kepada anak-anak. Apa yang diajarkan guru di sekolah, maka kitalah role-model bagaimana mempraktik apa yang guru ajar.

Skor "A" Tanpa Agama?

Mendidik anak-anak dengan agama bukan benda remeh. Ia benda besar yang ibubapa mesti ambil perhatian. Ia jauh lebih penting daripada skor A dalam exam. Kerana agama akan menentukan SIAPA dia.

Orang yang skor A, tapi tak ada agama, dia tak akan ke mana dan tak akan bermakna.

Bertambah liciknya penjenayah, penjahat, perasuah dan penyeleweng hari ini kerana mereka skor A tanpa agama. A dalam hal dunia, tapi F (gagal) dalam hal akhirat.

Integriti yang kita dok bising hari ni adalah bahana manusia bijak tanpa rasa berTuhan.

Kejar Akhir, Dunia Ikut Sekali

Ada seorang kakak tu tanya saya tentang sekolah menengah agama. Anak dia bakal naik ke tingkatan 1. Dia tak pasti sejauh mana potensi sekolah agama.

Bila saya explain, baru dia tahu sekolah agama ni sebenarnya satu kelebihan. Agama dapat, dan dunia tak ketinggalan. Bahkan boleh saya katakan produk sekolah agama ini lebih ramai yang berjaya dalam hidup.

Kenapa? Sebab orang beragama ni Tuhan suka. Bila Tuhan suka, manusia pun suka. Bila Tuhan dan manusia suka, insyaAllah dia akan berjaya dalam apa kerja yang dia buat. 

Masjid DiRaja Sultan Sulaiman bersebelahan Kolej Islam (KISAS) banyak meninggalkan kenangan manis pada saya.

Belajar Agama Satu Kelebihan

Bila saya cek kawan-kawan lama di Kolej Islam dulu, boleh saya katakan 90% teruskan pengajian ke bidang profesional - tak teruskan ke pengajian Islam. Mengaji agama, dan ditarbiyyah dalam suasana agama, merupakan satu kelebihan dan nilai tambah bagi mereka dalam hidup.

Orang ada agama, insyaAllah dia fokus bila belajar. Dia susah dirosakkan oleh gejala-gejala negatif yang sangat kronik di universiti  hari ini. Hidup dia seolah-olah kapal yang tertambat dengan suah aqidah. Ada jati diri. Dia tak akan hanyut, insyaAllah.

Saya perhati, kawan-kawan yang gagal di universiti bukan tak pandai mengaji, tapi sebab tak 'menjadi' - kurang beragama. Gejala-gejala di universiti itulah yang merosakkan mereka dan pengajian mereka di universiti. 

Orang Beragama Lebih Berdisiplin

Dan memang benar. Saya perhati, sahabat-sahabat sepengajian dulu yang lebih baik agamanya (akhlaknya), dia lebih cemerlang dalam pengajian dan kerjayanya. Seorang sahabat saya yang dulu sama-sama bermain (mengaji) di sekolah pondok masa menunggu result SPM, hari ni dah nak tamat buat Master bidang Perubatan di UK.

Ish... memang tak sangka.

Saya ingat dulu, dalam ramai kawan-kawan, dialah paling komited pergi menadah kitab (mengaji) dengan tok-tok guru. Bila mengaji, dialah duduk paling dekat mengadap guru. Orangnya nampak slow jer, tapi memang jenis orang baik. Tak sangka pulak dia sambung medic dan dah nak habis Master dah pun. 

Apabila Anak-anak Beragama

Bila saya realise benda ni, insyaAllah kami nak pastikan anak-anak kami turut ke sekolah berpendidikan Islam - sekolah agama. Kerana bila anak-anak beragama, manfaatnya akan berbalik kepada kita (ibubapa). Dia akan bermanfaat pada kita baik di dunia mahupun akhirat, insyaAllah.

Kata Nabi S.A.W, salah satu yang boleh beri pahala berterusan bila kita mati ialah anak soleh yang selalu mendoakan kita.

Allahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
31 Ogos 2009
10 Ramadhan 1430H

Pelajar kelas 5-12 – Aliran Agama (SPM 1997)

Kertas terakhir SPM 1997. Kalau hari ni, hari terakhir pelajar akan pecah cermin tingkap sekolah, tapi bagi kami hari kesyukuran. Semua pelajar lelaki pakai serban untuk kertas terakhir.

Lepas habis exam, kami ke Shah Alam. Jamuan perpisahan.

Kumpulan Nasyid Shoutul Mujahidin. Masa tu kami selalu berentap dengan All For Ummah (SMAPKL), Anugerah (SMAKL), Mirwana (Ma’ahad Hamidiah). Masa tu belum banyak sekolah yang ada kumpulan nasyid sendiri. Kami selalu dipanggil ke universiti area KL/ Selangor buat persembahan.

Bersama Ustaz Ameer Azeezy dan Akh Zarizi. Jalan kaki balik dari Bandar Klang. Bukan dekat tu untuk ke KISAS di Kg. Jawa. Ni masa bulan puasa. Hari yang sedikit terkilan sebab tak bangun tahajjud di malam ganjil Ramadhan. Cuaca siang hari tu agak tenang, sedikit suram seolah-olah lailatul qadar baru sahaja berlalu.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>