Senangnya Ada DVR…

by on November 19, 2009



Dah Lama Saya Cari Recorder

Alhamdulillah, dua bulan lepas saya beli Digital Voice Recording (DVR), jenama Sony. Memang bagus dan puas hati. Kualiti recording dia pun bagus. Antara function/ features dia:

  1. Boleh rakam suara yang berkualiti dalam format MP3.

  2. Boleh jadi MP3 Player.


  3. Boleh terus pindah data ke PC, guna USB port.


  4. Dia bagi sekali Rechargable Battery AAA, boleh caj terus kat PC guna USB port.


  5. Storage capacity 1GB. Kalau rakam guna format MP3 128mhz, boleh rakam hingga 17 jam. Biasanya nak guna sekejap jer. Untuk rekod kuliah/ kelas lebih kurang sejam ke tiga jam jer. Bila balik rumah terus pindah data ke PC.


  6. Pakej: Recorder, Earphone, 1 Rechargeable Battery (AAA), Ext. USB Cable, Externai Mic.

Saya beli yang 1GB, harga RM399. Kalau yang 2GB, harganya RM469. Tapi fikir-fikir, tak perlu yang besar sangat sebab data dia senang nak pindah/ simpan ke PC.

Harga agak tinggi, tapi NILAI manfaat yang saya dapat juah lebih mahal daripada tu. Sebenarnya, saya nak guna Recorder untuk kelas, dan ke majlis ilmu/ ceramah. Takut tertinggal info-info penting. Mungkin sebab tak sempat catat dan tak sempat nak faham sebab sibuk mencatit nota!


Kekadang bila hadir ke majlis ilmu, dok sibuk layan/ tengok-tengokkan Aisyah dan Amal. Tak boleh nak fokus sangat dengar kuliah. Kekadang tu, letih sangat sampai tertidur dalam kuliah (“,)… Hadir kuliah sekadar ambil ‘berkat’…

Dua Jenis DVR di Pasaran

Untuk makluman sahabat, di pasaran, cuma ada dua jenis DVR iaitu jenama SONY dan OLYMPUS. Tak banyak kedai yang jual sebab pemintaan dia tak berapa tinggi.


Lama juga saya pergi survey dan fikir. Saya survey kat Digital Mall & Low Yat. Awal Ramadhan hari tu separuh hari saya survey benda tu. Fuh… penat pusing Low Yat sebab tak banyak kedai yang jual. Kat Low Yat Plaza tu, saya rasa ada lebih kurang 5 atau 6 kedai jer yang jual. Dan setiap kedai tu jauh-jauh. Ada duduk kat tingkat 1, ada kat tingkat 3 dan 4.

Lepas lama survey, untuk buat final decision, ana survey lebih detail kat internet pulak iaitu di website SONY dan OLYMPUS. Lepas buat decision nak beli model mana, barulah saya turun ke Low Yat beli satu – RM399 (1GB).

Alhamdulillah… saya pakai memang puas hati. Apa yang kita dengar di telinga masa kuliah/ kelas, itulah yang dapat di rekod oleh DVR. Memang clear. Tak ada bunyi bising.

DVR Betul-betul Bermanfaat

Setakat pakai dah dua bulan ni, memang banyak betul manfaat yang saya dapat. Saya dapat rekod banyak kuliah ilmu di syarikat, dan kelas-kelas bisnes yang saya hadir. Datanya saya simpan elok-elok dalam PC kat rumah. Yang mana saya rasa nak buat revision, saya boleh dengar balik. Alhamdulillah…

Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada sahabat yang bagi pendapat dan cadangan dalam portal hari tu. Senang saya buat keputusan dan pilihan. Moga Allah merahmati sahabat semua.

Wallahu ‘alam.

Zulkifli

Damansara Damai

18 November 2009

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: