MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bercakaplah Dengan Nada Positif

December 31, 2009

“Along, jangan ponteng tuisyen. Nantikan tak dapat 5A!”

Mungkin itulah antara peringatan kita (ibubapa) kepada anak-anak yang nak ambil UPSR. Dengan penuh ikhlas, kita ingatkan anak supaya komited dengan kelas tuisyen. Mudah-mudahan dia dapat cemerlang dalam UPSR.

Success Principle: The Power of Spoken Words

Tapi, berdasarkan success principle yang diajar mentor kami dan ramai mereka yang berjaya di dunia, anak tu nanti susah nak dapat 5A. "Kuasa Percakapan" (The Power of Spoken Words) yang negatif tu tak membina mereka, sebaliknya menghalang mereka untuk cemerlang!

Saya sedar perkara ni sejak saya di sekolah menengah dulu. Saya sentiasa minta Mama dan Abah doakan kejayaan saya.

Masa di Kolej Islam (Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang) dulu, setiap kali saya dapat result yang kurang memberangsangkan, saya akan telefon Mama dan Abah supaya doakan kejayaan saya. Dan saya sentiasa berjanji untuk buat lebih baik dan terbaik.

Dan akhirnya keajaiban berlaku. Keputusan SPM saya jauh lebih baik dari apa yang saya jangka! Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.

Kesan Minda Separa Sedar

Lama-lama saya lupa "The Power of Spoken Words" tersebut hinggalah mentor saya ingatkan balik. "Bercakaplah apa yang kita nak, diamkan diri dari bercakap apa yang kita tak nak" sebab nanti akan beri kesan besar kepada subconcious minds (minda separa sedar) kita.

Saya sentiasa ingatkan diri saya dan isteri supaya sentiasa bercakap in positive way (dengan nada positif) terutamanya bila berhadapan dengan anak-anak. Seperti contoh saya di atas, ada baiknya kita bercakap begini:

“Along berlajar betul-betul dan rajin-rajin ke tuisyen yer. Papa dan Mama yakin Along boleh dapat 5A!”

Kesan Pada Fikiran dan Perasaan

Cuba bayangkan kita adalah "Along". Apa perasaan dan fikiran kita bila dengar nasihat ibubapa yang bercakap dengan nada negatif? Dan apa pula bezanya bila dengar nasihat dengan nada positif?

Tentunya berbeza, kan?

Nada nasihat tersebut, melahirkan dua perasaan dan fikiran berbeza pada diri kita.

Nasihat bernada positif membuatkan kita sentiasa berfikir yang positif. "Berjaya, berjaya dan berjaya". "Boleh, boleh dan boleh", insyaAllah. Fikiran “aku akan berjaya” sentiasa tersemat kukuh dalam fikiran kita.

Manakala nasihat bernada negatif pula kesannya adalah sebaliknya.

Nyatakan Harapan, Yakinkan Mereka

Jadi bila bercakap dengan anak-anak (dan juga isteri), saya sentiasa ingatkan mereka harapan dan apa yang saya nak tentang mereka, dan elakkan bercakap apa yang saya tak mahu tentang mereka. Sentiasa kongsikan dari hati ke hati yang saya yakin, mereka adalah anak yang baik, rajin, bertanggungjawab dan sebagainya.

Saya nak mereka percaya yang mereka adalah baik dan boleh jadi lebih baik walaupun ada beberapa perkara yang boleh dipertingkatkan. Kerana saya yakin, kata-kata ibubapa adalah satu doa buat mereka!

"Anak Bertuah!"

Sepertimana orang dulu-dulu, sentiasa cakap “Anak bertuah!” bila nak marahkan anak-anak. Mereka tak akan bercakap “Kenapa degil betul budak ni ha?”, ataupun “Kenapa susah sangat nak dengar cakap ha?”.

Jadi, sentiasalah bercakap (berdoa) yang baik-baik untuk anak-anak. InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
31 Disember 2009
14 Muharram 1431H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>