MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Muhibbah Dalam Musibah

December 17, 2009

Waktu CERGAS untuk kerja, waktu LETIH untuk keluarga? Kenapa jadi begitu? Ini yang sentiasa bermain difikiran saya tentang realiti kehidupan saya hari ini. Masa balik kampung sempena raya haji minggu lepas, anak-anak kami semuanya sakit. Entahlah sakit apa tapi simtomnya seperti penyakit taun - muntah-mutah yang teruk, cirit-birit dan demam. Saya tak pasti taun ataupun tidak, dan doktor pun tak bagi pengesahan. Tapi ciri-cirinya, mirip penyakit taun.

Bila anak sakit, saya tak dapat keluar rumah. Sekadar duduk di rumah walaupun kami tengah bercuti di Kelantan. Dan terpaksa sambung lagi empat hari sebab tak dapat travel balik ke KL. Anak berak-berak dan mutah-muntah.

Bila Anak-Anak Sakit

Yang pertama kena sakit ialah Anis. Anak kami yang ke-3 dan yang paling cute! (",). Terkejut bila saya bangun awal pagi, tilam tempat dia tidur habis kena muntah dan najis yang bocor dari pampers. Masa sakit, Anis jadi begitu pasif. Banyak tidur dan duduk diam. Kurang makan dan lebih merisaukan bila dia tak minum susu. Susu Dugro (Dumex) yang biasa tak boleh minum, doktor suruh minum susu non-lactose yang tak sedap tu.

Bila Anis sakit, sayalah yang kena jaga dia sebab seminggu dua sebelum tu Anis merajuk dengan mamanya. Tak tahu apa sebabnya, tapi memang dia tak nak mamanya. Kalau dia mengamuk, mamanya pujuk memang tak jalan. Kena saya juga yang pujuk baru dia jadi cool. Jadi, saya terpaksa jaga Anis sepenuh masa, siang dan malam. Tak boleh keluar ke mana-mana.

Mungkin masa sakit itulah Anis dapat benar-benar rasa perhatian dari saya yang selama ini masa untuk saya bersamanya serta anak-anak yang lain amat terhad. Keluar pagi, balik maghrib. Lepas solat maghrib keluar lagi untuk urusan bisnes dan aktiviti komuniti, lepas jam 11.00 malam baru balik rumah! Itulah rutin weekdays saya. Cuma hujung minggu sahaja dapat ruangkan masa bersama anak-anak. Itupun kalau tak ada apa-apa program dihujung minggu.

Waktu Berbaki Untuk Tersayang

Kesian juga bila fikirkan tentang anak-anak. Saya tak boleh bayangkan betapa tertekannya jiwa anak-anak kami kalau isteri saya juga turut bekerja macam saya. Pastinya mereka akan gersang dari perhatian kalau kami kedua-duanya jadi ibu dan bapa 'part-time'. Bekerja full-time, berkeluarga 'part-time'!

Waktu cergas dan bertenaga itu dihabiskan kesemuanya untuk kerja. Dan saki-baki waktu itulah waktu untuk bersama anak-anak (dan orang yang kita sayangi). Waktu yang berbaki itu, kita sudah letih dan anak-anak juga letih!

Merancang dan Bertindak Sekarang

Disebabkan waktu yang semakin hari semakin menghimpit inilah memaksa saya untuk merancang dan berbuat sesuatu demi masa depan kami sekeluarga. Moga 5 tahun akan datang, Allah berikan kelapangan supaya waktu-waktu prime-time saya boleh diruangkan untuk orang yang saya sayangi dan penting dalam hidup saya - ibubapa dan mertua, isteri dan anak-anak, insyaAllah.

"Big people have big dreams, and small people have small dreams. If you want to change who you are, begin by changing the size of your dream" - Robert T.Kiyosaki, The Business School For People Who Like Helping People.

Zulkifli
Damansara Damai
6 Disember 2009
19 Zulhijjah 1430H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • terima kasih kerana telah mewujudkan blog yg memaparkan pelbagai strategi kewangan sebagai panduan. saya masih belum pun habis membaca satu tajuk, namun terlebih dahulu sy ingin memohon izin memanjangkan ilmu yg sy peroleh dan sy minta utk dihalalkan segala yg terbit dari pembacaan dan penyiaran makluman/ilmu yg sy peroleh dari laman tuan. terima kasih Allah kerana mengutuskan kepada hamba guna membantu hamba mengatasi masalah kewangan sy. tq so much!!!

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >