Tuesday, May 26, 2009

Nilai Sebuah Penghargaan

“Kalau energy level berkurang ke tahap 1, ia mungkin melonjak kembali ke tahap 10! Hanya dengan satu ucapan penghargaan”
Malam tadi bermulanya Liga Futsal Belia Subang. Saya ditugaskan mengurus gelanggang A di Paya Jaras. Gelanggang B diurus oleh Akhi Azuandi.

Tak Sihat

Sebenarnya dari pagi lagi badan rasa tak selesa. Sakit tekak, badan lemah, mulut kena ulcer, dan kepala sakit. Habis office hour, saya terus buka email pengarah program untuk tengok checklist tugasan saya pada malamnya. Kemudian contact semua petugas Gelanggang Paya Jaras, pengadil jemputan, dan semua ketua pasukan untuk ingatkan tentang perlawanan.

Selesai semua tugas, baru balik rumah. Sampai rumah dalam pukul 8.15 malam. Letih betul rasa badan. Sempat rebahkan badan dan letakkan kepala pangkuan isteri. Isteri sapukan minyak angin, dan picit-picit kepala. Anak-anak nakkan layanan, tapi saya tak dapat layan – tak larat.

Sukan Jambatan Dakwah

Kuatkan badan, isi perut dengan makan malam sikit. Lepas tu terus siap-siap untuk ke gelanggang. Kalau ikutkan badan, memang tak larat, tapi sebab tanggungjawab, kena laksanakan juga.

Liga Futsal ni sebenarnya nak tarik golongan muda supaya dekat kepada Islam. Sebelum mesej dakwah disampaikan, pastinya pendakwah kena bina Jambatan Dakwah dulu. Main bola dan sukan begini, salah satu cara yang baik untuk bina Jambatan Dakwah.

Lebih kurang jam 9.20 saya sampai di gelanggang. Dua orang pengadil (bertauliah) India dah stand-by untuk perlawanan. Lebih kurang jam 9.40 perlawanan pertama bermula – Damai Muhtadin vs Indraloka.

Buat Seadanya, Apa Termampu

Sepatutnya, sambil mengurus, saya kena main wakil pasukan Damai Muhtadin. Tapi badan tak larat, tambah dengan kaki belum baik – terseliuh dua minggu lepas. So, saya cuma mengurus dan menonton.

Malam tadi penat sikit sebab petugas tak cukup. Cuma saya dan Akhi Suffi yang handle game malam tadi. Air minumam sepatutnya disediakan, tapi tak sempat nak bancuh. Hella (pembesar suara) pulak tak ada – digunakan di Gelanggang B. Nak buat pengumuman kena menjerit la sikit. Meja urusetia pun tak ada. Checklist dan dokumen perlawanan di tangan saya pun jadi bercelaru.

Masa telefon Suffi petang tu, kami dah bincang, just buat apa yang ada. Janji perlawanan berjalan mengikut jadual. Kekurangan, akan di baiki pada game akan datang. “Kita buat mudah jer Zul. Jangan susah-susahkan” pesan Suffi. Oklah, saya memang dah bersedia.

Overload Dengan Tanggungjawab

Habis perlawanan lebih kurang 11.10 malam. Saya terus ke Gelanggang Sungai Buloh untuk serahkan keputusan kepada Riyadh - Pengarah. Kat sana Ustaz Wan (Ketua Pemuda) pun ada sekali.

Sebelum tu Ustaz Wan ada call, tapi tak sempat angkat. Tengah handle game. Saya tak pasti kenapa Ustaz Wan call. Rasanya mungkin sebab sms saya tengahari tadi, mohon undur diri dari jawatan Exco Pemuda Subang – sebab saya dah overload dengan jawatan dan tanggungjawab.

Saya nak fokus pada khidmat masyarakat Damansara Damai. Banyak agenda di Damansara Damai, tapi tak berapa jalan. Nak buat semua, tapi semua tak menjadi. Sebab tu saya fikir, saya kena fokus pada satu dua benda saja. Biar ia betul-betul menjadi.

Lemah Semangat

Lepas serah keputusan pada Riyadh, catatan saya kena komen. Katanya ada kekurangan. Uh, saya dah tak boleh fikir dah. Saya minta diri balik awal. Tak sabar dah nak tidur. Badan rasa panas-sejuk.

Dalam perjalanan balik rasa lemah semangat. Badan tak sihat, tapi kuatkan diri. Pastu kena pulak komen. Tak ada apa-apa penghargaan walaupun dengan ucapan “Terima kasih”. Kalau fikir memang kecil hati, tapi, ah, saya tak ambil hati. Saya buat bukan kerana orang, tapi kerana Tuhan. Berbaik sangka. Kerana berbaik sangka adalah penting untuk mengekalkan ukhuwwah.

Kekadang, bila masing-masing sibuk, benda-benda (yang dilihat) kecik ni kita terlepas pandang.

Aisyah ‘Insist’ Duduk Di Rumah

Sampai rumah dalam pukul 11.30 malam. Aisyah buka pintu. “Ish, anak aku belum tidur” saya bercakap sendirian. Sebelum turun gelanggang tadi, Aisyah insist saya duduk rumah jer. “Aisyah nak Papa ajarkan Aisyah (selesaikan buku Matematik)…”. Aisyah menangis, tapi saya terpaksa keluar juga. “Papa nak masuk Syurga, Papa kena selesaikan tanggungjawab di luar (masyarakat) juga” saya cakap sendiri. Susah nak fahamkan Aisyah yang masih kecil.

Sebelum tidur, layan Aisyah buat kerja sekejap sambil pasang telinga dengar perkembangan terkini/ harian dari isteri. Uh, dah nak tidur, letih... Masuk toilet, ambik wudhuk pastu terus rebahkan diri ke tilam.

Sebelum terlelap, sempat pesan pada isteri “Yang, kalau Anis bangun (mintak susu) malam ni, nak mintak Ayang layan yer. Malam ni abang tak larat (macam hari-hari biasa)”. Dan terus terlelap…

Sms ‘Hadiah’ Dari Pengarah

Bagun pagi, buka handphone;

“Salam, ana ucapkan tahniah kepada semua atas kerja dan maaf atas kesilapan yang berlaku. Hargai kesilapan sebagai sesuatu yang berharga. Tahniah sekali lagi” – Riyadh

Sms pukul 12.20 semalam, tapi saya buka dan baca sebaik bagun tidur pagi tadi. Penat semalam rasanya kembali pulih bila baca sms dari pengarah program. Riyadh prihatin rupanya. Semua petugas dihantarkan sms ucapan “terima kasih dan tahniah”.

Belajar Menghargai

Itulah sikap yang sepatutnya ada pada orang mukmin, lagi-lagi seorang pendakwah. Maha Prihatinnya Tuhan, tak ada sikit pun amal kita yang Dia terlepas pandang. Apa yang baik, walaupun sekecil zarah, pastinya Dia akan bagi ganjaran [Az-Zalzalah 99: 7].

Ganjaran kita sesama manusia, tak semestinya diberikan harta atau wang ringgit. Walaupun dengan ucapan “tahniah dan terima kasih”, cukup besar maknanya bagi si penerima. Apatah lagi kita bekerja secara sukarela. Kalau energy level berkurang ke tahap 1, ia mungkin melonjak balik ke tahap 10! Hanya dengan satu ucapan penghargaan.

Belajarlah menghargai, tapi jangan terlalu berharap untuk dihargai…

Zulkifli
Damansara Damai
19 Mei 2009


“Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah sekali pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya” [Az-Zalzalah 99: 7]

“Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu” [An-Nisa’ 4: 86]


[Ada lagi satu nas (petikan Hadis/ Quran), tapi saya lupa. Mafhumnya lebih kurang, “jika orang berikan kebaikan pada kita, balaslah juga dengan kebaikan. Setidak-tidaknya dengan mendoakannya”. Kalau sahabat/ pembaca tahu, sila kongsikan untuk manfaat bersama yer. Jazakumullah…]

Wednesday, May 20, 2009

Jamuan Membersihkan Jiwa

Bila buat makan-makan, kawan-kawan lama rasa selesa untuk datang ke rumah. Makan-makan begini, lebih efektif untuk mengukuhkan ukhuwwah berbanding majlis-majlis usrah yang formal.
Buat kenduri kendara dengan memberi makan (membelanjakan harta) penting supaya timbul rasa qana'ah iaitu rasa syukur serta cukup dengan apa yang Tuhan kurniakan.

Nama-nama Kenduri

Antara nama-nama majlis kenduri/ jamuan sebagaimana dapat saya catit masa kuliah disampaikan oleh Ustaz Zulkarnaen Hamzah Al-Hafiz (Ustaz yang jadi host Kalam Suci - Astro Oasis) di syarikat kami ialah:
  1. Al-Qira -menjamu tetamu atau musafir yang datang jauh;
  2. At-Tuhfah - menjamu pelawat yang datang ke rumah;
  3. Al-Khurs - menjamu sempena kelahiran anak;
  4. Al-Ma’dubah - menjamu jemputan umum atau lebih famous dengan nama Majlis Doa Selamat;
  5. Al-Walimah - menjamu sempena perkahwinan. Walimah maksudnya "melayan". Kita yang melayan tetamu;
  6. Al-Aqiiqah - menjamu pada hari yang ke-7 kelahiran. Jika lepas hari ke-7 namanya kenduri Al-Ma’dubah walaupun sembelihan masih dianggap aqiqah;
  7. Al-Ghadiirah - kenduri sempena berkhitan;
  8. Al-Wadhimmah - menjamu ahli waris kematian dengan makanan asasi seperti nasi. Kita yang kena jamu, bukan waris si mati jamu kita;
  9. An-Naqii’ah - kenduri sempena pulang dari pelayaran, bermusafir, atau tinggal jauh untuk urusan keperluan, bukan tujuan melancong; dan
  10. Al-Waqiiah - kenduri selesai buat/ renovate rumah.

Orang Kampung Suka Buat Makan-makan

Bila Ustaz senaraikan jenis-jenis kenduri, saya fikir patutlah orang kampung suka buat kenduri kendara dan makan-makan. Anak nak masuk universiti, nak pegi haji/ umrah, kenduri maulid Nabi S.A.W dan macam-macam lagi.

Selain ia dapat membersihkan jiwa (antaranya dari sifat kedekut), ia dapat mengeratkan silaturrahim dan ukhuwwah. Memang saya realise benda ni.

Bila buat makan-makan, kita boleh saling mengenali dengan keluarga sahabat.

Kenduri Eratkan Ukhuwwah

Setahun dua lepas iaitu sebelum Fathi lahir, kami rajin juga buat makan-makan terutamanya masa birthday anak-anak. Ajak sahabat-sahabat di Damansara Damai datang makan tanpa bagi tahu ia sempena birthday sebab tak nak bebankan mereka membeli hadiah. Just bagi tahu buat makan-makan jer.

Masa buat makan-makanlah kami dapat saling mengenali antara sahabat. Kalau masa program, biasanya saya cuma jumpa para suami. Tapi bila buat makan-makan, para isteri boleh saling mengenali. Dan boleh kenal dengan lebih dekat ahli keluarga sahabat – termasuk anak-anak mereka.

Orang KL Kurang Berziarah

Bila buat jamuan macam tu, sahabat-sahabat selesa untuk datang. Kalau tak ajak, orang KL ni segan atau tak selesa nak berziarah.

Satunya, sebab rumah sempit. Duduk kat ruang tamu boleh nampak terus ke bilik tidur, dan dapur. Rasa macam kacau ‘privacy’ orang la pulak. Kadang-kadang, ruang tamu itulah juga tempat mereka sekeluarga tidur atau tempat anak-anak mereka bermain dan menonton TV.

Keduanya, orang KL ni selalu sibuk dan penat memanjang. Waktu malam, hari cuti, itu masa ‘privacy’ mereka untuk berehat atau bersama keluarga. Kalau pergi ziarah, takut mereka tak selesa.


Buat makan-makan sekadar termampu. Jangan sampai rasa terbeban. Asalkan ianya layak untuk dimakan oleh tetamu sudah memadai. Teringat masa 'belajar' di sekolah pondok dulu. Sahabat saya jemput ke beraya ke pondoknya. Yang dihidangkan cuma dua jenis kacang dan air kosong saja. Apa yang penting, raikan tetamu dengan apa termampu. Kerana kehadiran tetamu membawa rahmat, pemergian mereka menghapuskan dosa (kita).

Ada Duit, Tiada Ukhuwwah

Inilah antara faktor walaupun kenalan ramai di KL/ Selangor, tapi tak berapa ‘close’ sebab kurang saling berziarah. Orang KL (dan orang bandar-bandar mentropolitan lain) ni, tempat yang paling kerap mereka berziarah ialah Gaint, Tesco, Carrefour, Sogo dan tempat yang 'sama waktu' dengannya…

Akhirnya, duit ada, tapi tiada ukhuwwah dan persaudaraan dalam hidup bermasyarakat… Sedangkan ukhuwwah dan kasih sayang dalam bermasyarakat, antara perkara besar diusahakan Nabi S.A.W selepas membangunkan iman.

Zulkifli
Damansara Damai
13 Mei 2009


Rumah kami terbuka untuk diziarahi sahabat dan kenalan pada bila-bila masa. Tak perlu tunggu Rumah Terbuka pada Hari Raya. Datang ke Damansara Damai atau Sungai Buloh, jangan lupa singgah ke rumah kami yer. (",)

Friday, May 15, 2009

Sukan PASTI Subang 2009

Aisyah turut menyertai Sukan PASTI Kawasan Subang 2009. Aisyah memang excited dengan sukan. Tahun ni, saya dapat melihat PASTI An-Nur dari dua perspektif - sebagai Pengurus dan sebagai bapa pelajar.

Sukan tahun ni dibuat ditempat yang sama seperti tahun lalu iaitu Dewan MBSA Paya Jaras.

Menunggu giliran perlawanan bola sepak.

Pasukan Bola Sepak PASTI An-Nur 2009.

Akhi Nizam jadi pengadil di padang A.

Saya tak sempat menonton pasukan PASTI An-Nur bermain kerana bertugas di Padang B.

Guru-guru PASTI An-Nur (berbaju hijau) gigih melatih pasukan Bola Jaring.

Usaha gigih para guru mendatangkan hasil. Pasukan Bola Jaring An-Nur mendapat Naib Johan.

Saya penat dan 'pening' di Padang B. Penat jadi pengadil untuk anak-anak pra-sekolah ni. Belum faham peraturan permainan. Selagi pengadil atau penjaga garisan tak pengang bola, selagi tulah mereka akan berebut (menendang) bola!..

Perlawanan Akhir Bola Jaring antara PASTI An-Nur dan PASTI At-Tauhid dari Taman Ehsan, Kepong. Saya pun tak dapat tengok sebab jadi pengadil untuk penentuan tempat ke-3 dan ke-4 Bola Sepak di padang B.

Perasmian dan penyampaian hadiah oleh Akhi Zainurin selaku Pengerusi PASTI Kawasan (Parlimen) Subang.

Beratur menunggu penyampaian hadiah. Tahun ni, 8 daripada 9 PASTI di Parlimen Subang sertai Sukan Tahunan 2009.

Cikgu Ropiah (bertudung biru) menerima hadiah mewakili pasukan PASTI An-Nur Damansara Damai.

Guru PASTI At-Tauhid. PASTI At-Tauhid Taman Ehsan, Kepong menjadi juara kedua-dua acara untuk 3 tahun berturut-turut.

Pasukan Bola Jaring PASTI An-Nur. Dapat tempat ke-2 pada tahun ke-2 menyertai Sukan PASTI Subang. Alhamdulillah...

Pasukan Bola Sepak PASTI An-Nur berpuashati dengan saguhati. Apa pun, kelihatan semua ibubapa sangat excited tengok anak-anak bersukan. Kalah menang adat perlawanan.
Sukan tahun lalu - Sukan PASTI Subang 2008

Monday, May 11, 2009

Seronok Travel

Perjalanan bersama keluarga yang memakan masa 6 -8 jam bagi kami satu keseronokkan. (Foto: Panorama indah di Lebuhraya Pantai Timur)

Family Gathering di Kuantan
Malam tadi, kami sekeluarga balik dari Kuantan. Bertolak dari Damansara Damai petang Sabtu ke rumah adik saya (no. 3) bersama suaminya di Kuarters Pensyarah, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang.

Kami ke sana untuk 'family gathering' - jumpa mama, abah, adik no. 5 yang baru habis belajar di UPSI dan adik bongsu yang akan berdaftar di Kolej Matrikulasi Pahang. Mereka semua baru balik dari Langkawi, ikut abah kendalikan kursus YADIM sambil makan angin sejak Khamis, 7 Mei 2009.

Kenapa Saya Seronok Travel

Perjalanan ke sana lebih kurang 3 jam setengah. Perjalanan balik semalam terfikir, kenapa saya seronok travel.

"Yang (Sayang). Ayang tahu tak kenapa Abang suka travel?"

"Em, sebab suka tengok alam yang Tuhan buat?"

"Betul. Tapi ada lagi sebab yang lebih penting. Tahu tak apa dia?"

"Ayang rasa, sebab kita boleh sembang lama. Betul tak?"

Yer betul. Antara sebab saya suka travel jauh-jauh ialah sebab saya boleh sembang lama-lama dengan isteri. Macam-macam topik boleh sembang samada pasal anak-anak, keluarga, agama, dakwah, dan semasa.

Peluang 'Privacy' Bersama Isteri
Memang boleh dikatakan tak ada masa lain untuk kami sembang lama-lama selain dari waktu travel. Di rumah, kami cuma sempat bersembang bersama dalam waktu-waktu berbaki - menjelang tidur yang cuma beberapa minit. Yang lain, habis untuk aktiviti dan rutin harian. Kalau duduk di rumah pun, biasanya banyak masa dihabiskan untuk layan 4 orang anak kami yang masih kecil, dan mengurus rumah. Tak ada waktu khusus untuk bersembang.

Perjalanan yang memakan masa 7 ke 8 jam balik kampung - Kuala Terengganu atau Kota Bharu - adalah satu kesonokan bagi kami. Anak-anak biasanya akan tidur dalam perjalanan. Perjalanan yang sunyi memberi privacy pada kami untuk bersembang, bertukar-tukar pandangan, bermuhasabah atau mengalunkan lagu-lagu nasyid kesukaan saya bersama.

Faktor Keseronokan Lain
Pendek kata, faktor utama kenapa saya sangat excited bila berpeluang travel bersama isteri ialah peluang privacy bersama isteri. Selain tu, ada lagi beberapa keseronokkan sampingan, dan peluang yang biasanya saya manfaatkan ketika travel iaitu:
Kedua, menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Panorama hutan, bukit bukau yang indah sepanjang jalan dapat redakan stress hidup di hutan batu metropolitan.

Panorama indah di Jalan Bentong - Raub.
Nikmati Keindahan Alam

Aroma hutan dan kampung sepanjang perjalanan sangat menyegarkan. Ia mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak dan remaja. Sejak darjah 3, saya sangat obses dengan aktiviti berpengakap dalam hutan. Obses hingga layak ke ujian terakhir untuk mandapat "rambu" Pengakap Kanak-Kanak (pangkat tertinggi) peringkat Negeri Kelantan.

Zaman sekolah rendah juga banyak habis masa di kebun abah - tolong abah dan main dengan kawan-kawan 'kampung boy' dalam kebun.

Zaman remaja dan universiti biasa berkhemah dan bertamrin dalam hutan. Belajar dan berlatih dengan modul kepimpinan Islam sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan di kawasan jeram dan air terjun. Memang menarik.
Ketiga, masa travel adalah masa untuk saya berfikir dan menilai semula kehidupan.

Langit biru di Genting Sempah. Di KL, langit tak berapa biru sebab jerebu.

Menilai Semula Kehidupan

Selalu sibuk dengan rutin harian menyebabkan saya selalu terlepas pandang tentang matlamat yang ingin dicapai dalam hidup. Matlamat keluarga, kerjaya dan kehidupan umumnya. Pejam celik pejam celik, dah 6 tahun duduk di KL. Matlamat yang dirancang 5 tahun lalu masih lagi tertangguh hingga ke hari ni.

Masa isteri dan anak-anak tidur dalam perjalanan balik kampung, itulah masa yang baik untuk berfikir dan menilai semula tentang kehidupan. Apa yang saya dapat hari ini, banyak dipengaruhi apa yang saya rancang dan buat 5 tahun yang lalu.

5 tahun akan datang? Bakal dipengaruhi apa yang saya rancang dan buat pada hari ini...
Zulkifli
Damansara Damai
11 Mei 2009

Tuesday, May 5, 2009

First Time di Litar Lumba

Go-Kart Racing anjuran Kelab Sukan syarikat kami.
Sessi taklimat tentang ciri-ciri keselamatan dan peraturan perlumbaan. Majoriti dan pernah main, cuma saya dan beberapa orang yang tak pernah sentuh Go-Kart.

Go-Kart yang kami guna ialah berkuasa 80cc dengan kelajuan maksimum 60km/j. Ingatkan slow, tapi bila beraksi dilitar, rasanya macam tengok Formula 1.


First-time beraksi di litar lumba.

Memang challenging. Jauh beza dari Go-Kart kat Genting Highland. Awal-awal, macam risau juga. Tapi, dah masuk second & third lap, rasa best la pulak drift.

Qualifying Round: Saya tempat terakhir. Tak layak masuk ke Final Round - top 10 best laps.


Dua orang best racer setiap team terpilih ke Final Round. 4 Team bertarung; Seri Muka, Dodol, Otak-otak Otai dan .... ah, lupa apa nama lagi satu team. Tapi tema tahun ni ialah "tradisional".


Pelumba berpengalaman kebanyakannya ada 'advantange' di selekoh.

10 finalist bersiap sedia. Disusun ikut catatan masa Qualifying Round. 12 laps mesti ditamatkan.

Jefree racer berpengalam menjuarai Go-Cart Racing mewakili Team Seri Muka.

Friday, May 1, 2009

Tiada Lagi Musim Buah?

Buah durian, kegemaran isteri saya - 'hantu durian'.

Nazim, jiran sebelah rumah saya baru balik dari Scotland. Enam bulan dia berkursus kat sana. Katanya, sekarang ni, kat Scotland dah jadi dua musim jer iaitu Winter (sejuk) dan Summer (panas) jer. Musim bunga dan luruh dah tak ada macam dulu.

Tak Ada Lagi Musim Buah

Ish, mungkin fenomena ni lah yang dunia 'bising' tentang perubahan cuaca dunia - global warming. Kalau kat sana dah tak ada musim bunga, mungkin ada kaitan juga dengan tempat kita yang tak ada musim buah macam dulu.

Dulu saya ingat, setiap tahun mesti ada musim buah. Sejak saya darjah 5, kami sekeluarga tinggal di rumah baru dalam kebun abah seluas 4 ekar. Dalam kebun tu ada macam-macam pokok buah-buahan - dokong (duku), durian, rambutan, manggis, dan pisang.
Berkelah Dalam Kebun

Kalau musim buah, memang kami ajak kawan-kawan datang makan buah free. Masuk kebun, petik sendiri dan makanlah setakat yang mampu. Pastu, ambiklah tapau bawa balik. Memang tak larat la kalau kami jer yang makan. Sampaikan saya sendiri pun tak berapa minat makan buah - sebab dah banyak dan biasa sangat. Pernah juga saya ajak kawan-kawan masa kat universiti datang rumah kami, panjat pokok dokong (petik buah), kutip buah durian abah dan berkelah ramai-ramai. Memang best la berkelah dalam kebun.
Akibat 'Tangan' Manusia

Tapi itu semua kenangan dulu. 4, 5 tahun kebelakangan ni buah tak berapa menjadi. Mungkin salah satu faktornya ialah perubahan cuaca dunia yang tak menentu. Sebenarnya, Tuhan ada sebut dalam Quran bahawa kerosakkan yang berlaku pada dunia, adalah disebabkan tangan-tangan (perbuatan) manusia - yang tak menjaga alam amanah Tuhan.
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)." [Ar-Ruum 30:41]
Zulkifli
Damansara Damai
24 April 2009


Buah kat kebuh abah tak menjadi beberapa tahun kebelakang ni. Pokok berbunga tapi tak berbuah. Mungkin faktor perubahan cuaca dunia.
Kebun tu sebenarnya abah buka sejak saya darjah satu lagi. Memang hobi abah berkebun sejak kecil lagi. Sekadar hobi, bukan nak jual buah. Dulu, setiap kali balik sekolah (masa jadi guru), abah mesti masuk kebun. Saya dan adik beradik pun 'terpaksa' tolong abah berkebun. Lepas asar, abah pergi main bola. Sampai dah pencen pun, abah masih berkebun dan aktif main bola. Tapi, anak-anak tak ada yang fit macam abah.