Monday, September 28, 2009
Minyak Naik: Rakyat Gembira?
Wednesday, September 23, 2009
Friday, September 18, 2009
Rugi Tak Bersekolah Agama
KEJAR AKHIRAT, DUNIA IKUT SEKALIAda seorang kakak tu tanya saya tentang sekolah menengah agama. Anak dia bakal naik ke tingkatan 1. Dia tak pasti sejauh mana potensi sekolah agama. Bila saya explain, baru dia tahu sekolah agama ni sebenarnya satu kelebihan. Agama dapat, dan dunia tak ketinggalan. Bahkan boleh saya katakan produk sekolah agama ini lebih ramai yang berjaya dalam hidup. Kenapa? Sebab orang beragama ni Tuhan suka. Bila Tuhan suka, manusia pun suka. Bila Tuhan dan manusia suka, insyaAllah dia akan berjaya dalam apa kerja yang dia buat. 
Monday, September 14, 2009
Dakwah Non-Muslim: Cari Persamaan

[Ali Imran 3:64]
Ayat ini selalu dibacakan oleh Brother Shah Kirit bila beliau membincangkan tentang dakwah non-muslim. Tuhan ingatkan kita tentang 'tips' dalam mengajak non-muslim kembali kepada Tuhan, khususnya ahlil kitab - Yahudi & Nasrani - dengan membincangkan tentang persamaan antara Islam dan agama mereka. Yang hakikatnya, semua mengaku Allah adalah Tuhan.
Saturday, September 12, 2009
Berbuka Awal Tapi Maghrib Lewat?

Wednesday, September 9, 2009
Ikutlah Pemimpin Yang Ikut Nabi
Berpolitik di Facebook Tengok post kawan-kawan dalam Facebook pasal hal politik. Dok bertelingkah, berdebat hal politik. Ish, bosan sebenarnya tengok orang dok bergaduh pasal hal politik ni. Berita online, berita TV pun dalam setahun ni pun banyak cerita politik. Ish, bosan dan buang masa dan kekadang naik menyapah. Mungkin itulah antara alasan saya malas ikuti berita di TV. Kalau tertengok pun, mungkin sebulan sekali! Sebabnya, terlalu banyak politiking – terutamanya orang Melayu Muslim. Baik parti pemerintah, baik pembangkang... Kembalilah Pada Tuhan Bila bertelingkah begini, Tuhan suruh balik pada Dia dan Rasul Dia. Dia Tuhan, Raja segala raja, Pencipta, Penguasa, Hakim bagi semua, baik UMNO baik PAS. Nak balik pada Allah dan Rasul macam mana? Tak boleh tanya orang politik yang hanya berpolitik. Kena tanya alim ulama yang wara' sebab dia pewaris Nabi. Nak buat apa pun keputusan di Dunia kena tanya Tuhan, kena rujuk pada Nabi. Semua urusan kita di dunia ada kena mengena dengan Tuhan baik dari sudut politik. Tak boleh lari dari nilaian Tuhan sebab Dia Maha Halus penilaiannya. Kekadang kesian tengok orang bercakap hal politik 'kedai kopi'. Cakap-cakapnya seolah-olah tak ada kena mengena dengan Tuhan. Tuhan bagi dia seolah-olah hanya ada di masjid saja. Oh, kesiannya... Politik Bukan Barang Mainan Politik ni soal kepimpinan dan pemerintahan. Politik yang selamat lagi menyelamatkan macam mana? Kena tanya Nabi. Kena ikut Nabi. Nabi wawasannya jauh. Jauh lebih jauh dari Wawasan 2020. Wawasan Nabi pada Akhirat sebab Akhirat ni destinasi semua manusia. Akhirat negeri kekal bagi semua manusia. Kalau kepimpinan ni hanya di nilai dari sudut material, Tuhan tak perlu hantar Nabi. Sebab tamadun-tamadun sebelum kenabian Muhammad S.A.W jauh lebih hebat dari Islam. Islam ketika tu bangkit di celah dua tamadun besar Rom dan Parsi. So, apa hebatnya Muhammad S.A.W kalau nak bandingkan Rom dan Parsi? Ikutlah Pemimpin Yang Ikut Nabi Pastinya ada kerja besar Tuhan hantar Nabi dicelah dua tamadun hebat tu. Tak lain tak bukan, nak selamat semua manusia di NEGERI KEKAL manusia iaitu negeri Akhirat. Ingatlah kawan-kawan semua, Dunia ni tempat TRANSIT, Akhirat tempat TUJU. Kalau nak pilih pemimpin, pilihlah yang paling hampir dengan kepimpinan Nabi S.A.W, yang apa pun keputusan, dia akan fikir keselamatan rakyatnya di Akhirat, NEGERI KEKAL semua manusia kelak. Wallahu 'alam.
Sunday, September 6, 2009
Cara Membezakan MLM dan Skim Cepat Kaya
Friday, September 4, 2009
Belajar Berniaga Masa Di Kampus

Berniaga Masa di Kampus
Mungkin ada baiknya sahabat kampus belajar/ berlatih berniaga masa di kampus lagi. Banyak manfaatnya. Tapi baru sekarang saya realise... Dah terlambat.
Dulu saya tengok sahabat Allahuyarham Rozi berniaga, saya buat tak kisah jer. Rupa-rupanya memang betul cara beliau. Dan sekarang baru saya realise beliau sebenarnya seorang yang sangat hebat.
Kenapa dia hebat?
Sebab zaman belajar lagi dia boleh survive hidup tanpa satu sen pun bantuan dari ibubapa atau apa-apa pinjaman. Semuanya hasil duit dia berniaga di kampus, dan duit dia berniaga musim universiti cuti. Dan yang menariknya, walaupun beliau sibuk dengan berniaga dan berpesatuan, beliau adalah antara pelajar yang cemerlang!
Latihlah Diri Dengan Berniaga
Kalau masa belajar dia dah boleh survive sendiri, inikan pula bila dah habis belajar. Saya perhati, orang berniaga ni orang yang hebat. Cara dia berfikir tak sama dengan orang makan gaji. Susah payah dalam berniaga membuatkan jiwa dia kental. Ada jati diri.
Mungkin itu sebab Nabi S.A.W juga Tuhan didik dengan berniaga.
Oh, ruginya dulu tak biasakan diri dengan berniaga. Bila zaman ekonomi meleset begini, orang macam Allahuyarham Rozi tu tak akan hadapi banyak masalah. Sebab orang berniaga otaknya ligat. Sentiasa ligat mencari peluang...
Harapkan majikan pada musim macam ni, oh... susah... Sebabnya, NILAI dan 'nasib' kita ditentukan oleh majikan, bukan diri kita sendiri seperti orang berniaga.
Wallahu a'lam.
Zulkifli
Damansara Heights
3 September 2009
.jpg)