Friday, November 27, 2009

Qurban: Ibadah Gotong Royong

Qurban adalah ibadah gotong-royong.
Alhamdulillah... hari ni dapat join aktiviti qurban di kampung. Aktiviti rutin setiap kali Raya Qurban.

Biasanya, setiap kali Raya Qurban, abah akan book dua bahagian lembu. Samada untuk abah sendiri atau pass kat anak-anak.

Tapi tahun ni, abah book empat bahagian. Dua bahagian di kampung kami, dan dua bahagian lagi di rumah Ayah Lah (pakcik saya) di Kg. Kasa, Pasir Mas. Satu bahagian abah pass pada saya, satu untuk Noni (adik saya), dan dua lagi untuk Fauzan (adik ipar saya) untuk aqiqah anaknya yang baru lepas 40 hari.


Aqad jual beli dibuat sebelum acara menyembelih.

Tukang Sembelih

Hari ni, saya in-charge di kampung jer sebab dekat dengan rumah. Senang nak ulang-alik bawa anak-anak tengok lembu! Fauzan in-charge di Kg. Kasa. Abah pun join qurban di Kasa sebab abah kena jadi tukang sembelih.

Dan memang rutin setiap kali Raya Qurban, abah dijemput jadi tukang sembelih. Kekadang tu, sampai 5 – 6 ekor lembu sekali. Tapi anak-anak abah, setakat ni belum ada sorang pun lagi yang ada bakat jadi penyembelih! Seekor ayam pun tak pernah sembelih… He3x…


Profesional. Tak sampai 5 minit lembu dah rebah. 3 orang jer yang buat kerja rebahkan lembu.

Kemeriahan Raya Qurban Di Kelantan

Di Kelantan, saya rasa Raya Qurban lebih meriah berbanding Raya Puasa. Yang memeriahkan Raya Qurban ialah aktiviti gotong-royong ibadah qurban. Dan ibadah qurban sebenarnya memang ibadah 'gotong-royong' (berjemaah). Tak boleh buat sorang-sorang.

Menurut Ustaz Faisal, masa kuliah pasal Qurban haritu katanya, Nabi S.A.W suruh para sahabat yang akan laksanakan ibadah qurban supaya tambat kambing (yang bakal dikorbankan) depan rumah. Mesejnya, supaya orang lain tahu kita akan laksanakan ibadah qurban!

Ish, macam nak menunjuk-nunjuk la pulak?

Gotong royong melapah dan agihkan daging korban kepada 7 bahagian.

Tiada Persoalan Riya’

Yer, memang kena ‘menunjuk-nunjuk’ dalam ibadah jam'ieyyah (berjemaah). Ia berlainan dengan ibadah yang berbentuk fardi (sendiri-sendiri). Ibadah jam'ieyyah adalah syiar (lambang) Islam. Ia tak perlu disorok-sorok. Dan persoalan riya' atau tidak memang tak relevan untuk ibadah ini.

Menurut Ustaz, kalau zaman sekarang, memang kita tak boleh tambat kambing/ lembu depan rumah. Nanti kecoh la pulak satu taman (perumahan). Tapi tulis la nama jelas-jelas kat senarai orang yang akan sertai qurban di whiteboard surau. Jangan tulis "Hamba Allah"... Kerana mewar-warkan itu adalah sunnah.



Hah... bahagian ni saya surrender... fear factor! Nak bersihkan perut lembu tu bukan mudah. Mungkin kawan kita ni layak masuk program realiti Fear Factor!

Kelompok Qurban di Kampung

Jadi, pagi tadi kami bergotong-royong. Yang tak qurban pun datang tolong-tolong.

Di Kelantan, biasanya aktiviti qurban di uruskan oleh tuan lembu. Dalam satu kampung, mungkin ada 5 atau 6 kumpulan qurban. Aktiviti qurban biasanya tak dibuat di surau atau masjid sebagaimana di KL dan Selangor. Tapi buat di rumah tuan lembu.

Biasanya, satu tuan, ada 1 hingga 3 ekor lembu yang dijual untuk dikorbankan.

Gotong Royong Ibadah Qurban

Program qurban ni tak ada AJK sebagaimana di KL. AJKnya terdiri daripada peserta (pembeli) dan ahli keluarga mereka yang sertai qurban. Pakat-pakat bergotong royong bermula dari merebahkan lembu, hinggalah di agih-agihkan kepada peserta qurban.

Dan akhir sekali, tuan rumah akan buat sedikit jamuan makan tengahari untuk ‘AJK’.


Hafiz (adik saya) tolong timbang dan asingkan hasil korban kepada 7 bahagian.

Masakan Jamuan Makan Tengahari

Makan tengahari tu sebenarnya adalah ‘sumbangan’ para peserta. Sebaik sahaja aktiviti melapah bermula, biasanya sebahagian daging diambil dan di dihantarkan ke dapur untuk di masak secara bergotong-royong oleh kaum wanita.

Lepas penat-penat bergotong-royong, semua akan nikmati jamuan makan tengahari sebelum bawa balik bahagian masing-masing. Wah… masakannya memang best!

Lauk tradisi ialah daging goreng, daging singgang, perut muda rebus, budu dan sambal… huh… memang jelira (selera)!

Agihan Terus Tanpa Orang Tengah

Kalau di KL, agihan dibuat oleh AJK hinggakan penerima daging qurban tak kenal pun sapa peserta qurban.

Tapi di Kelantan, agihan dibuat oleh peserta qurban sendiri. Daging qurban tu akan dibawa balik ke rumah 100%. Kemudian barulah dibungkus dalam bungkusan kecil untuk diagihkan sendiri dari rumah ke rumah oleh peserta.

Hikmahnya, ia akan mengukuhkan silaturrahim dan ukhuwah antara peserta qurban dan penerima daging qurban sebab peserta bagi direct by hand, tanpa menggunakan orang tengah…

Rugi Tak Balik Raya Qurban

Musim Raya Qurban ni, biasanya ramai la yang buat makan-makan. Yang banyaknya ialah kenduri aqiqah.

Walaupun ramai yang tak rasa Raya Qurban ni satu perayaan yang besar (berbanding Raya Puasa), tapi saya, isteri dan anak-anak akan rasa ‘kehilangan’ sesuatu kalau tak balik Raya Qurban.

Setakat ni, cuma sekali jer tak balik beraya. Tak silapnya dalam 4 tahun lepas. Masa tu, memang benar-benar rasa rugi dan menyesal tak balik raya. Keseronokkan berkumpul sesama keluarga dan bergotong-royong memang tak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit…

Zulkifli

Pasir Mas

27 November 2009

10 Zulhijjah 1430


Wednesday, November 25, 2009

Urusan LTH di Kaunter BIMB Percuma!

Pagi tadi pergi ke kaunter Tabung Haji kat Maju Junction. Sebelum masuk pejabat, cepat-cepat ke LTH. Nak pergi lunch hour takut tak sempat. Orang ramai.
Masa di kaunter, dapat brosur makluman iaitu urusan pengeluaran, simpanan, cek baki, transfer baki boleh dibuat di mana-mana kaunter Bank Islam menggunakan BUKU.
Selama ni, tak tahu pun pasal kemudahan baru ni. Ingatkan urusan LTH hanya boleh dibuat di mesin ATM Bank Islam. Rupa-rupanya, buat urusan di kaunter guna buku akaun LTH pun boleh. Yang bestnya, ia free of charge!
Wah, mudah lah lepas ni. Alhamdulillah. Ibupejabat baru Bank Islam cuma selang satu bangunan jer dari pejabat saya - Damansara Heights. Tak payah lagi terkejar-kejar ke Maju Junction.

Friday, November 20, 2009

Silaturrahim: Jalan Lain Ke Syurga

"Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat (nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [An-Nur 24: 22]

Bila terbaca ayat Al-Quran dari Surah An-Nur 24: 22, saya teringat huraian Ustaz Mohd Faisal Abdul Hamid (Pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, UM) masa kuliah beliau di akhir Ramadhan yang lalu. Ustaz kupaskan betapa pentingnya menjaga hubungan silaturrahim. Silaturrahim maksudnya hubungan dengan orang yang ada pertalian darah dengan kita - keluarga.

Khabar Ifki
Ayat Quran tu sebenarnya adalah teguran Allah S.W.T kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq berikutan peristiwa Khabar Ifki (Berita Palsu) kerana Allah sayangkan beliau.

Berita palsu tu disampaikan oleh sepupu Abu Bakar kepada Abdullah bin Ubai (Bapa Munafiq). Dan kemudian, Abdullah Bin Ubai sebarkan berita palsu tu bahawa isteri Nabi S.A.W. Aisyah r.a yang juga anak Abu Bakar r.a. telah berzina. Sedangkan Abu Bakar lah yang sara hidup sepupunya sekeluarga yang hidup miskin di Madinah.

Apabila sepupu beliau tengok unta Aisyah di heret oleh sahabat Nabi bernama Sofwan, dia ceritakan kepada Abdullah Bin Ubai bahawa Aisyah telah berzina.

Sayangnya Allah Pada Abu Bakar r.a.

Lepas 40 hari, akhirnya turunlah ayat yang mengatakan Aisyah tak berzina. Lepas buat siasatan, Abu Bakar dapat tahu yang sepupunyalah punca fitnah tersebut. Maka beliau bersumpah atas nama Allah yang beliau tak akan lagi tolong (hentikan bantuan) sepupunya tersebut.

Malam tu juga Allah turunkan ayat Quran di atas (yang menyentuh tentang menjaga silaturrahim), iaitu lebih cepat dari ayat yang membersihkan nama Aisyah sedangkan ayat Quran yang membersihkan nama Aisyah hanya turun lepas 40 hari.

Bila Abu Bakar potong bantuan, Allah terus tegur. Sebab apa? Allah nak Abu Bakar masuk syurga, yang sepupu dia tu biarlah masuk neraka. Bila kita jaga hubungan silaturrahim, beri bantuan kepada keluarga kita yang susah, bukan nak mereka balas, tetapi kita nak janji Syurga dari Tuhan.

Buat Baik Pada Ibubapa & Menjaga Silaturrahim

Hari tu, Ustaz Faisal ada huraikan pesanan Nabi S.A.W yang bermaksud;

"Sesiapa yang nak umurnya panjang, rezekinya murah, dielak daripada mati yang mengaibkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahim"
Menurut Ustaz Faisal, dua perkara yang Allah balas "cash" di dunia iaitu buat baik pada ibubapa dan menghubungkan silaturrahim. Kalau buat baik pada ibubapa dan menjaga silaturrahim, balasnya terus Allah bagi di dunia lagi, tak payah tunggu Akhirat. Kalau derhaka pada ibubapa, dan memutuskan silaturrahim, azabnya juga Allah bagi "cash" di dunia lagi.

Kunci Bahagia...

Sebab tu, kalau nak bahagia dan berjaya dalam hidup, kena betul-betul jaga hubungan terutamanya dengan ibubapa dan mertua. Jangan sampai pergi melancong sana sini dua tiga kali setahun, sedangkan balik jenguk orang tua cuma sekali setahun! Itupun tunggu raya puasa jer. Berbelanja mewah itu dan ini boleh, tapi nak hulur duit pada mereka pun rasa tak cukup duit! Oh... nauzubillah... Orang begitu tak akan rasa bahagia...

Apa yang saya tahu, kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup kita tak akan dapat, hatta kita cari hingga ke hujung dunia sekalipun selagi hubungan kita dengan orang tua kita bermasalah. Hidup tak berkat dan sentiasa 'melarat'. Bila tak berkat, harta banyak mana sekalipun tetap tak bahagia! Hidup ni akan ada saja benda yang tak kena...

Kebajikan: Utamakan Keluarga dan Saudara-mara

Dan pasal silaturrahim pulak, Ustaz pesan, kalau nak buat kebajikan, nak keluarkan zakat atau sedekah, utamakan keluarga kita dulu. Tengok dulu kalau-kalau keluarga kita lebih memerlukan. Mungkin kita ada adik beradik dan sepupu-sepapat yang susah di kampung. Jadi, utamakanlah mereka dulu.

Soal mereka tak balas atau tak berterima kasih itu soal mereka. Tak ada kena mengena dengan kita. Yang kita nak bukan balasan dari mereka, tapi kita nak janji Syurga dan kasih sayang dari Tuhan. Bila Tuhan sayang, hidup kita akan cukup segalanya... Serba serbi akan jadi cukup walaupun mungkin mengikut kiraan matematik, ianya tak cukup...

Wallahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
18 November 2009

Senangnya Ada DVR...


Dah Lama Saya Cari Recorder
Alhamdulillah, dua bulan lepas saya beli Digital Voice Recording (DVR), jenama Sony. Memang bagus dan puas hati. Kualiti recording dia pun bagus. Antara function/ features dia:

  1. Boleh rakam suara yang berkualiti dalam format MP3.
  2. Boleh jadi MP3 Player.
  3. Boleh terus pindah data ke PC, guna USB port.
  4. Dia bagi sekali Rechargable Battery AAA, boleh caj terus kat PC guna USB port.
  5. Storage capacity 1GB. Kalau rakam guna format MP3 128mhz, boleh rakam hingga 17 jam. Biasanya nak guna sekejap jer. Untuk rekod kuliah/ kelas lebih kurang sejam ke tiga jam jer. Bila balik rumah terus pindah data ke PC.
  6. Pakej: Recorder, Earphone, 1 Rechargeable Battery (AAA), Ext. USB Cable, Externai Mic.
Saya beli yang 1GB, harga RM399. Kalau yang 2GB, harganya RM469. Tapi fikir-fikir, tak perlu yang besar sangat sebab data dia senang nak pindah/ simpan ke PC.
Harga agak tinggi, tapi NILAI manfaat yang saya dapat juah lebih mahal daripada tu. Sebenarnya, saya nak guna Recorder untuk kelas, dan ke majlis ilmu/ ceramah. Takut tertinggal info-info penting. Mungkin sebab tak sempat catat dan tak sempat nak faham sebab sibuk mencatit nota!
Kekadang bila hadir ke majlis ilmu, dok sibuk layan/ tengok-tengokkan Aisyah dan Amal. Tak boleh nak fokus sangat dengar kuliah. Kekadang tu, letih sangat sampai tertidur dalam kuliah (",)... Hadir kuliah sekadar ambil 'berkat'...

Dua Jenis DVR di Pasaran
Untuk makluman sahabat, di pasaran, cuma ada dua jenis DVR iaitu jenama SONY dan OLYMPUS. Tak banyak kedai yang jual sebab pemintaan dia tak berapa tinggi.
Lama juga saya pergi survey dan fikir. Saya survey kat Digital Mall & Low Yat. Awal Ramadhan hari tu separuh hari saya survey benda tu. Fuh... penat pusing Low Yat sebab tak banyak kedai yang jual. Kat Low Yat Plaza tu, saya rasa ada lebih kurang 5 atau 6 kedai jer yang jual. Dan setiap kedai tu jauh-jauh. Ada duduk kat tingkat 1, ada kat tingkat 3 dan 4.
Lepas lama survey, untuk buat final decision, ana survey lebih detail kat internet pulak iaitu di website SONY dan OLYMPUS. Lepas buat decision nak beli model mana, barulah saya turun ke Low Yat beli satu - RM399 (1GB).
Alhamdulillah... saya pakai memang puas hati. Apa yang kita dengar di telinga masa kuliah/ kelas, itulah yang dapat di rekod oleh DVR. Memang clear. Tak ada bunyi bising.
DVR Betul-betul Bermanfaat
Setakat pakai dah dua bulan ni, memang banyak betul manfaat yang saya dapat. Saya dapat rekod banyak kuliah ilmu di syarikat, dan kelas-kelas bisnes yang saya hadir. Datanya saya simpan elok-elok dalam PC kat rumah. Yang mana saya rasa nak buat revision, saya boleh dengar balik. Alhamdulillah...
Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada sahabat yang bagi pendapat dan cadangan dalam portal hari tu. Senang saya buat keputusan dan pilihan. Moga Allah merahmati sahabat semua.
Wallahu 'alam.
Zulkifli
Damansara Damai
18 November 2009

Sunday, November 15, 2009

Aqiqah & Qurban Bukan Hal Remeh


Had Umur Aqiqah?
Ada rakan sepejabat tanya pasal had umur aqiqah semalam. Apa yang saya tahu, ia sunat dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran anak. Tentang had umur tu, saya tak pasti.
Jadi, tadi saya call Ustaz Azhar, EZ Qurban Sdn. Bhd. nak dapatkan kepastian. Mungkin dia lebih 'pakar' bab fiqh aqiqah sebab bisnes dia ialah aqiqah dan qurban. Dan beliau pernah datang bagi kuliah tentang aqidah dan qurban di syarikat kami.
Jawapan Ustaz, hukumnya sunat muakkad untuk anak selagi dia belum baligh. Dan hukumnya harus bila anak dah baligh. Katakanlah ibubapa kita tak pernah aqiqahkan untuk kita, kita boleh buat untuk diri kita sendiri. Dan soal jawab pasal aqiqah (dan qurban) dah di FAQ web EZ Qurban tersebut.
Mudahnya Aqiqah Dengan EZ Qurban
Masa kelahiran Fathi (anak ke-4 kami) hari tu, kami buat aqiqah dengan EZ Qurban. Alhamdulillah... mudah. Kami laksanakan tepat hari ke tujuh. Kami bank-in duit hari ke-3 kelahiran Fathi, dan kemudian saya call Ustaz Azhar supaya aqiqah dilaksanakan hari ke-7.
Lepas tu, EZ Qurban hantar resit, sijil perlaksanaan aqiqah dan siap bagi foto kambing yang disembelih bersama nama "Fathi Mohd Zulkifli" dan tarikh perlaksanaannya sekali. Alhamdulillah. Memang reliable...
Kalau nak buat aqiqah cara biasa, memang tak sempat la hari ke tujuh. Sebab tujuh hari pertama kelahiran baru, biasanya kita kelam-kabut sikit. Banyak hal nak kena settle. Apatah lagi dalam proses transisi hidup daripada ber-anak tiga (3) kepada ber-anak empat (4). Nak kena coupe dengan keadaan baru.
Aqiqah & Qurban Bukan Hal Remeh
Pasal aqiqah ni, sebelum dengar kuliah dari Ustaz Azhar, saya anggap remeh jer. Nak buat bila 'mampu'. So, releks la dulu. Tunggu duit banyak baru nak buat. Tapi kalau ikutkan duit, memang tak pernah rasa banyak. Ada saving RM1,000 rasa sikit. Ada RM10,000 pun rasa sikit juga! Jadi, tak pernah rasa banyak. Mungkin dalam diri ni ada sifat kedekut...
Sebab ada sifat kedekut itulah Tuhan suruh kita keluarkan zakat dan infaq dari kekayaan yang Tuhan beri pada kita. Dan Tuhan juga suruh laksanakan ibadah qurban yang semua itu kita kena korbankan duit yang kita sayang kerana Tuhan!
Pentingnya ibadah qurban hinggakan Nabi S.A.W cakap jangan datang ke masjid baginda bagi orang yang tak laksanakan ibadah qurban sedangkan dia mampu...
Tawassul Dengan Ibadah Qurban
Dan qurban juga selain ia sunat muakkad (sunat yang hampir hukum wajib), qurban juga boleh digunakan sebagai 'tawassul' untuk apa sahaja hajat kita. Bila kita laksanakan ibadah qurban, mintalah apa sahaja yang kita hajatkan dari Tuhan.
Mungkin kita ada masalah dalam hidup. Apa sahaja masalah, mintalah Tuhan selesaikan masalah kita. Sebab keputusan selesai atau tidak semuanya di tangan Tuhan. Mudah-mudahan, Tuhan sempurnakan hajat kita kiranya ada ikhlasan dengan ibadah qurban yang kita laksanakan. InsyaAllah.
Setiap Anak Tertahan Dengan Aqiqahnya
Masa kuliah Ustaz Azhar tu, beliau kupaskan pesanan Nabi S.A.W yang bermaksud: “Setiap anak itu tertahan dengan aqiqahnya, disembelih baginya hari yang ke tujuh, dinamainya dan dicukur kepalanya.” Ustaz huraikan perkataan "tertahan" tersebut.
Ada tiga perkara yang mungkin tertahan iaitu:
  1. Tertahan tumbesaran, kecerdasan, dan kesihatan anak tersebut;

  2. Tertahan godaan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat (pandangan Ibn Qayyim); dan

  3. Tertahan dari memohon syafa'at kepada kedua ibubapanya selagi belum di aqiqahkan (pandangan Al-Laith).
Percepatkan Aqiqah Anak-anak

Jadi, lepas dapat kefahaman baru, kami percepatkan aqiqah Fathi. Buat hari ke tujuh. Alhamdulillah... puji-pujian bagi Allah... Fathi adalah anak kami yang paling senang dijaga dan tak banyak masalah. Mungkin itu antara hikmah mempercepatkan aqiqah untuknya.

Kakak-kakak Fathi dulu, ada yang jenis banyak menangis. Ada yang jenis tak tidur malam. Ada yang mudah sakit demam selsema dan macam-macam lagi. Mungkin juga disebabkan kami selalu tangguh-tangguhkan aqiqah untuk mereka semua. Tunggu Raya Haji baru nak buat aqiqah!

Saya disini sekadar berkongsi apa yang saya faham tentang ibadah qurban dan aqiqah. Untuk mendapat ilmu yang lebih sahih, rujuklah para alim ulama. Ini cuma perkongsian sesama teman tentang sedikit sebanyak yang saya tahu.
Mudah-mudahan sedikit sebanyak ada manfaatnya. InsyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai

13 November 2009 

Artikel berkaitan:

Tuesday, November 10, 2009

Tinggalkanlah Perdebatan


Semalam terbaca blog Ustaz Zaharuddin Abd Rahman iaitu pasal isu Program Derma Wang Pos. Dan kebetulan beberapa minggu lalu saya diapproach oleh seorang kenalan baru iaitu En. Sharif (bukan nama sebenar) dengan Program Ta'awon (Program Derma Wang Pos).
Masa business presentation bersama rakannya yang lalu, saya nampak macam ada yang tak kena dengan program tersebut. Dan saya yakin, ramai orang Islam akan keliru sebab namanya ialah ta'awoon (tolong menolong).
Terhidu Unsur Riba
Walaupun namanya agak 'mulia', tetapi berdasarkan sistem yang dibentangkan, saya terhidu unsur riba di dalamnya. Mereka fikir, riba boleh terhapus dengan 'ikhlas' - sumbangan ikhlas. Benda ni saya faham masa hadir di Seminar Pengaruh Riba Dalam Muamalat moden di Masjid Damansara Damai tahun lepas bersama Ustaz Zaharuddin Mohamad.
Jadi, dengan cara yang terbaik, saya terangkan pada En. Sharif dan rakannya tentang unsur riba di dalam program tersebut. Saya tak boleh bagi kepastian, tetapi saya minta mereka rujuk pada yang lebih pakar dalam Muamalat Islam. Saya berterima kasih kerana mereka tunjukkan peluang tersebut kepada saya dan saya sangat hargai.

Bisnes Bermalas-malas
Saya agak sangsi sebab program tu tak ada produk, tak payah menjual, tak payah belajar dan semuanya tak payah. Cuma masuk dan bagi 'sumbangan' sahaja, kemudian rekrut orang ramai masuk dalam network kita.
Saya sebenarnya memang terbuka untuk sesiapa sahaja tunjukkan peluang, tetapi peluang yang semuanya "tak payah", jawapan saya biasanya ialah "tak payah".
Pada saya, duit bukan segala-galanya. Duit itu perlu, tapi apa yang menjadi keutamaan saya ialah value (nilai) yang dipakejkan bersama duit. Memang betul boleh dapat duit, tapi kalau ada elemen haram, syubhah, mengambil 'kesempatan', dan bermalas-malas, saya tak begitu teruja. Peluang 'bisnes' yang semuanya "tak payah" hanya sesuai untuk orang yang malas!
Bukan Bisnes "Tak Bagus"
Orang yang malas memang tak akan berjaya. Sekalipun dah 10 jenis bisnes mereka join, semuanya tak akan menjadi. Malangnya, orang kitalah (Melayu) yang suka dengan bisnes yang malas. Sebab tu orang Melayu ramai yang tertipu dengan skim-skim cepat kaya!
Dah 10 bisnes dia join, tapi tak satu pun menjadi. Semuanya habis duit, bukan dapat duit. Alasan mereka mudah, "bisnes tu tak bagus"!
Sebenarnya bukan bisnes "tak bagus", tapi diri sendiri yang "tak bagus". Suka cari jalan mudah, suka bisnes yang "tak payah" buat itu dan ini. Tapi berangan-angan nak jadi jutawan!

Ingat Mengingati Sesama Teman
Lepas baca artikel Ustaz Zaharuddin tentang program wang pos tu, saya terus sms pada En. Sharif dengan cara terbaik supaya beliau rujuk artikel tersebut. Sebagai kenalan, saya ada tanggungjawab untuk ingatkan beliau. Sharing is caring...
Terkejut!
Tetiba datang satu sms kepada saya mengecam kerjaya saya, mengaitkan pencarum KWSP terlibat dosa sebab pelaburan KWSP yang tak halal 100% dan macam-macam lagi. Dan semua dakwaan beliau tersebut saya dah ada jawapannya. Semuanya dah dijawab oleh Ustaz Zaharuddin dalam buku "Wang, Anda dan Islam" yang tersusun elok di workstation saya ni.
Kalau ikutkan, teringin nak jawab satu persatu tetapi berdasarkan pengalaman, saya belajar satu pelajaran hidup yang penting iaitu tinggalkan perdebatan!
Tinggalkan Perdebatan
Ya, tinggalkan perdebatan adalah lebih baik kalau perdebatan itu bermotifkan menang-kalah. Bukan nak cari kebenaran. Sebabnya, perdebatan begitu biasanya merugikan.
Pertama rugi masa melayannya. Kedua rugi emosi melihat orang yang membutakan mata dan memekakkan telinga dari kebenaran. Dan yang paling penting ialah merugikan persahabatan. Perdebatan menang-kalah biasanya akan berakhir dengan mencalar persahabatan.
Jadi, saya buat keputusan untuk tinggalkan perdebatan. Sekurang-kurangnya saya tak rugi sms membalas hujah. Tugas saya cuma memberi peringatan, dan biarlah Tuhan yang merubahnya. Dan memang itulah pesanan Tuhan berkali-kali dalam Al-Quran kepada Nabi S.A.W iaitu supaya menyampaikan kebenaran dan memberi peringatan. Bukan merubah...
Wallahu a'lam.

"Janganlah bertengkar dalam apa juga perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan" - Asy-Syahid Hassan Al-Banna
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" [Al-Qasas 28:56]
Zulkifli
Damansara Heights
12 Oktober 2009

Thursday, November 5, 2009

Rehlah Keluarga Pemuda Damai 2009

Sampai jer di Teluk Kemang, Fathi demam. Terus kami ke Pekan Port Dickson cari klinik. Kali pertama sampai ke Pekan PD. Sebelum ni sampai ke pantai jer.

Fathi demam. Doktor masukkan ubat demam ikut punggung. Sejam lepas tu suhu badan dia turun jadi normal.

Singgah kawasan pasar malam dekat Pantai Port Dickson.

Kami berkampung di rumah UPM.

Menikmati sunset di Pantai Teluk Kemang.

Anak-anak sahabat. Antara yang seronok rehlah begini sebab ukhuwwah antara keluarga makin kukuh. Anak-anak bermain sesama anak-anak. Ibu-ibu sibuk bersembang dan memasak bersama.

Bapa-bapa macam biasa la. Bersembang dan siapkan BBQ.

Akhi Zainan selaku 'Pengarah' program. Antara sahabat yang sungguh berinisiatif dan proaktif.

Tak sabar-sabar beberapa hari sebelum berangkat lagi. Nak mandi pantai. Tapi pantai Teluk Kemang tak berapa best berbanding pantai-pantai di Pantai Timur.

Akhi Zainan bersama anak ketiganya - Adam berumur 2 tahun.

Anak-anak Akhi Anuar dan anak Akhi Zainan yang kat tengah tu. Foto sahabat-sahabat lain yang bermandi manda tak sempat ambik. Tak kebetulan dengan kamera.

Anis memang tak suka ke pantai. Sedih sebab terpaksa ke pantai juga.

Fathi excited nak main pasir. Mungkin satu pengalaman baru untuk dia.

Sebahagian keluarga Pemuda Damansara Damai. Sahabat kami Al Izudin dan isterinya terpaksa balik awal sebab isterinya nak bertolak balik ke kolej di Penang.
[Foto rehlah tahun lalu; "Rehlah Keluarga Pemuda Damai 2008"]