Kereta Lama Tapi Terasa Baru

by on March 8, 2010

Post image for Kereta Lama Tapi Terasa Baru

Tadi minta Hamidi, kawan yang jadi ejen Takaful Ikhlas renewkan insuran kereta yang akan mati 10 April 2010 ni. Tapi bila dia masuk dalam sistem, ah… fail… sistem dah tak terima sebab katanya umur kereta saya dah 16 tahun. Takaful Ikhlas cuma terima sampai 15 tahun sahaja.

Ah, tahun ni saya kena renew di pejabat Pos katanya. Mungkin syarikat insuran lain pun dah tak terima. Kalau syarikat insuran tak terima, maksudnya saya kena beli insuran konvensional yang dikendalikan oleh MMIP Services Sdn. Bhd. Ah… terpaksa ambil insuran ‘haram’… sebab ‘darurat’.

Alhamdulillah… walaupun kereta kami dah berumur 16 tahun, tapi kami memang berpuas hati. Pertamanya tak terbeban dengan hutang ansuran kereta. Kami beli tahun 2004, tahun 2005 habis bayar.

Bahagia Dengan Apa Yang Ada

Kedua, kos kereta tak begitu mahal sebab beli 3rd hand. Itu jer yang mampu kami beli waktu tu. Kami jimat duit, jimat hutang, jimat dari bebanan fikiran. Walaupun harganya agak murah, kereta Nissan Sunny kami masih berfungsi dengan baik, dapat bawa kami sekeluarga dari point A ke point B dengan selamat dan selesa, alhamdulillah.

Ketiga, penggunaan petrolnya agak jimat. Syukur, alhamdulillah.

Keempat, bumper kereta agak kuat. Dah beberapa kali kena sondol dengan kereta lain, tapi kereta kami masih steady walaupun kereta yang menyondol tu teruk.

Kelima, bahagian dalam kereta agak luas, dan seatnya agak selesa i.e. lembut. Itulah antara komen rakan-rakan bila masuk dalam kereta Nissun Sunny tahun 1994 kami.

kereta nissan sunnyWalaupun kereta umur dah lama, tapi ia dah cukup untuk keperluan kami.

Lama Tapi Terasa Baru

Walaupun ada kawan-kawan cakap kereta kami agak klasik bagi seorang eksekutif muda macam saya, tapi kami rasa ‘bahagia’ dengan apa yang ada. Kereta kami jaga betul-betul. Walaupun lama, tapi kelihatan seperti kereta baru – sentiasa bersih dan berkilat.

Ada juga kawan-kawan gelarkan sebagai Nissan Skyline! Fuh… ini puji ke perli ni? (“,)

Apa pun, untuk tahun ni, saya kena ready bayar premium insuran lebih sikit. Mungkin kena loading sehingga 100% kata Hamidi. Kereta dah tua katanya. “Beli kereta barulah Zul…” kata Hamidi.

Zulkifli
Damansara Damai
8 Mac 2010
22 Rabiul Awal 1431

{ 1 comment… read it below or add one }

1 Anonymous May 14, 2010 at 1:11 pm

saya ada kereta lama ford laser tahun 1981 tapi boleh renew insuran takaful. Tapi ejen insuran hanya bagi limit 3 kereta satu hari aje. Kena ikut turn dulu. Tapi lambat… yang penting dah hidup

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: