Kereta Terbakar Kerana Surat Khabar!

by on March 13, 2010

Masa balik pejabat tengah malam tadi, tetiba ada kereta Bomba berkejar dari belakang motor saya berhampiran Tol Penchala Link. Bila lepas tol, nampak ada sebuah Proton Persona kalau tak silapnya, tengah terbakar.
Saya pun berhenti depan sikit, dan kebetulan kamera ada dipinggang. Snap dua tiga foto, pastu tanya orang yang berhenti kat situ.
Ada abang tu cerita katanya kereta tu terbakar sebab ada surat khabar sangkut bawah kereta. Saya tak sure sangkut bahagian enjin ataupun ekzos. Tapi katanya, ada lelaki bawa motor kejar kereta tu dari KL lagi sebab dia nampak kertas surat khabar terbakar bawah kereta.
Pemandu kereta tu pulak, adalah perempuan. Bila ada lelaki naik motor suruh dia berhenti (tengah malam pulak tu), apa lagi, lebih laju la dia pecut kereta dia. Bila lepas tol Penchala baru dia perasan kereta dia berasap. Dia berhenti, dan kereta dia hangus 100%!
Uh, saya tak pernah terfikir, surat khabar pun boleh menyebabkan kebakaran sampai macam tu sekali. So, moral of the story, jangan ambil mudah dengan surat khabar atau apa-apa kertas yang kita langgar masa bawa kereta. Kertas tu mungkin boleh membawa padah!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: