MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bongkar Potensi, Tingkatkan Nilai Diri

April 6, 2010

Potensi diri

Bila gaji RM1,600 akan jadi RM1,610? Tunggu setahun!

Oh, itulah yang 'mengganggu' fikiran saya waktu awal bekerja dulu. Setahun bekerja, akhirnya dapatlah kenaikan gaji RM50.

Tag Harga Seorang Pekerja

Ish... apakah nilai peningkatan kualiti diri saya cuma RM50 setahun? Suka tak suka, saya perlu terima, sebab saya seorang pekerja. Nilai saya ditentukan oleh majikan saya. Tapi bila berseorangan, saya terfikir-fikir apakah benar potensi sebenar saya cuma RM50 - RM150 setahun?!

 

Ya, itulah nilai saya selagi mana saya bermentaliti seorang pekerja. Apa yang majikan bagi, itulah saya. Tak lebih, dan tak kurang.

Jiwa saya kekadang berperang kerana saya rasa nilai saya dikawal oleh orang lain. Isteri saya bekerja dua minggu sebagai 'salesgirl' sebuah syarikat pada tahun 2003, pendapatannya lebih RM1,000. Maksudnya, sebulan pendapatannya lebih RM2,000! Tapi saya cuma RM1,600. Wah... jauh lebih besar daripada saya. Dia cuma pemegang diploma, saya graduan ijazah!

Di mana bezanya antara beliau dan saya? Bezanya pada CARA mendapatkan pendapatan. Beliau dibayar atas POTENSI sebenar DIRInya, sebaliknya saya dibayar atas NILAI yang diletakkan oleh MAJIKAN saya!

Membongkar Potensi Diri

Saya rasa nilai saya bukan sebegitu. Setahun bekerja, dan kecewa dengan kenaikan harga yang diletakkan oleh bos kepada saya (bahkan hampir semua pekerja sebenarnya), saya mula membongkar potensi diri saya sebenar. Saya mulakan dengan membaca.

Saya bongkar kedai-kedai buku dengan buku tentang kewangan dan keusahawanan. Subhanallah, banyak benar 'wisdom' yang saya dapat daripada buku-buku. Bahkan banyak ilmu tentang kekayaan tak pernah saya belajar di sekolah, hatta dalam bidang perakaunan & kewangan di universiti!

Bergaul Dengan Usahawan


Daripada buku-buku, Tuhan tunjukkan jalan untuk realisasikan apa yang ada dalam buku kepada praktikal. Saya hadir kursus-kursus keusahawanan. Antaranya yang dikendalikan oleh Dato' Dr. Rusly Abdullah (Chef Li), penulis buku best-seller "Jutawan Senyap" dan "Orang Kaya Bertaqwa".


Banyak siri-siri kursus dan modul yang saya ikuti bersama Chef Li. Hinggakan saya dah familiar dengan anak beranak beliau. Isteri pertama, isteri kedua, dan anak-anak beliau yang turut sama kendalikan kursus bersama beliau.

 

Mengenali Keusahawanan Muslim

 

Saya kagum dengan keluarga Chef Li. Beliau jalankan bisnes bersama keluarga. Dan beliau berbisnes bukan lagi mencari duit, tetapi benar-benar untuk membantu ummat! Wawasan beliau untuk melahirkan seramai mungkin usahawan muslim, dan mengimpikan orang Melayu menjadikan keusahawanan sebagai budaya sebagai mana orang Cina!

Kata beliau, "Apa lagi yang saya nak? Duit cash RM100 ribu, RM500 ribu, RM3 - RM4 juta semua saya dah rasa"! Dari Chef Li, saya benar-benar belajar tentang keusahawanan muslim. Ribuan ringgit juga saya habis mengikuti modul-modul beliau. Dan saya rasa benar-benar berbaloi.


Daripada kursus Chef Li, saya berpeluang berkenalan dan bergaul dengan golongan usahawan dari pelbagai ceruk Malaysia. Ada yang datang dari Sabah dan Sarawak hanya untuk berkursus dengan Cef Li. Dan dari pergaulan, saya dapat mutiara yang sangat berharga, iaitu cara berfikir seorang usahawan!

 

Berbeza Cara Berfikir

 

Setelah bergaul, baru saya faham apa yang ditulis oleh Robert T.Kiyosaki dalam bukunya bertajuk "Cashflow Quadrant". Katanya, beza antara 4 jenis cara manusia dapat pendapatan (Makan Gaji, Bekerja Sendiri, Pemilik Perniagaan, dan Pelabur) adalah pada cara mereka berfikir. Mentaliti keempat-empat kuadrant sangat-sangat berbeza.


Beza antara golongan kaya dan golangan kebanyakkan adalah apa yang mereka FIKIR, dan apa yang mereka BUAT. Kalau kita nak jadi kaya, kita kena fikir macam mana orang kaya fikir, dan buat apa yang orang kaya buat!

 

Selagi kita fikir cara seorang pekerja berfikir, dan buat apa yang kita selalu buat, selama itulah kita akan dapat apa yang kita selalu dapat. Gaji mungkin bertambah dari tahun ke tahun, tapi kehidupan kita tetap sama. Sibuk semakin sibuk, seiring dengan bertambahnya gaji kita. Kehidupan sentiasa statik dan mendatar. Bahkan kita boleh jangkakan bagaimana kehidupan kita 5 tahun akan datang dengan apa yang kita buat sekarang!

 

Membaca: Keluarkan Dari Kebodohan

 

Bila saya fikir dalam-dalam, memang satu kebodohan jika saya terus buat apa yang selalu saya buat, tapi mengharapkan apa yang orang kaya dapat! Benar-benar satu kebodohon. Tapi itulah yang difikir orang kebanyakan.

 

Uh... buku-buku tulisan orang berjaya seperti Azizi Ali, Robert T. Kiyosaki, Chef Li dll benar-benar menyedarkan saya.

 

Buku Azizi Ali bertajuk "Pesara Jutawan" menyedarkan saya tentang kebodohan mengimpikan persaraan yang indah, sedangkan masih kekal buat apa yang saya selalu buat. Sesiapa yang baca tu pasti akan tersedar dari tidur bahawa persaraan tak seindah yang diimpikan. Bahkan ia perkara yang menakutkan bagi ramai orang kalau mereka benar-benar berfikir! Ya, cukup menakutkan!

 

Buku dan Pergaulan Mengubah Cara Berfikir

 

Apa yang boleh saya simpulkan, buku-buku yang saya baca, dan pergaulan saya dengan ramai usahawan telah mengubah cara saya berfikir. Berfikir seperti seorang usahawan merdeka. Nilai kita, kita sendiri yang tentukan.

 

Bukan bermakna berhenti kerja, tapi buat sesuatu di luar waktu kerja yang boleh meningkatkan NILAI diri kita. Kita boleh tukar masa lapang, masa tergolek di depan TV, masa membaca akhbar, masa bermain game, masa menonton wayang untuk membina masa depan.

Seorang usahawan, melihat masa sebagai duit.

Setiap saat, cukup-cukup bernilai. Nak dapat extra RM50 - RM150 setiap bulan tak perlu tunggu setahun. Bila masanya, kita yang 'tentukan'. Bukan lagi mengharap-harap dan berkeluh kesah dengan majikan, setiap kali bonus dan increment tahunan.

 

Saranan Mentor Jutawan

 

Saya akhiri perkongsian ini dengan mutiara penting yang saya dapat dari dua penulis;

 

(1) Chef Li - setiap orang mesti berbisnes dan terlibat dengan perniagaan. Nak berniaga apa? Berniagalah apa sahaja yang halal asalkan berniaga. Suatu hari nanti, anda akan jumpa apakah perniagaan paling serasi dengan anda.

 

(2) Azizi Ali - setiap orang mesti ada pendapatan kedua. Pendapatan kedua tak semestinya bekerja part-time, tapi apa sahaja jalan yang boleh dapat pendapatan selain daripada pendapatan bekerja. Ia penting untuk dana persaraan anda.

 

Wallahu a'lam. Moga bermanfaat.


Zulkifli

Damansara Heights

6 April 2010

21 Rabiul Akhir 1431

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Abu Thaqif, bisnes terlalu banyak. Untuk orang sibuk, ana tak cadangkan terlibat dengan pengeluaran atau pemprosesan.

    Ana rasa yang lebih sesuai ialah jadi orang tengah. Cari supplier produk yang bagus dan produk tu memang anta sendiri puas hati. Lepas tu recommend pada kenalan terdekat. Ana yakin setakat nak dapat extra RM50 – RM150 sebulan buat permulaan bukan perkara yg sukar, kalau kita bermentaliti seorang usahawan.

    Bisnes macam ni tak perlu modal besar, dan tak perlu masa yang khusus untuk berbisnes. InsyaAllah suatu hari nanti nta akan jumpa bisnes yg sesuai dgn anta. Yg penting, mulakan sekarang, dgn apa yang ada.

    Ada beberapa pantang larang kena tahu, antaranya jgn bermula dengan HUTANG. Kata Chef Li, biar kecil asal berhasil! Ada masa, baca buku2Chef Li, insyaAllah nta akan dapat banyak idea bisnes yg berkonsep “biar kecil asal berhasil”.

    If ada masa, ana akan sambung perkongsian topik bisnes ni. InsyaAllah.

  • Assalam…hasil bacaan dari blog ini, saya mula telah pun membaca buku petunjuk jalan kekayaan..& Insya Allah akan membaca lagi buku-buku tulisan Chef Li yg lain…Saya juga seakan berminat untuk ke kursus anjuran beliau..dan ingin mengetahui apa yg dimaksudkan dengan amalan kesogihan spt yg dinyatakan..sbgai seorang yg telah mengikuti kursus beliau, apakah amalan ini benar dikongsikan dan di dalam kursus yg mana satu?

    • Wslm tuan,

      Alhamdulillah, tahniah sebab membaca buku-buku tulisan Chef Li. Sangat bagus dan memberi inspirasi. Memang ramai pembaca buku Chef Li tercari-cari apa dia “Amalan Kesogihan”.

      Berdasarkan apa yang saya ikuti dari kursus beliau, amalan tu bukan sesuatu amalan “luar biasa” atau “magic” yang menjadikan kita kaya. Ia amalan dan tabiat supaya hati kita sentiasa terikat dengan Tuhan. Memang ada Chef Li bagi doa-doa untuk diamalkan supaya kita lazimkan diri dengan doa & hubungan dengan Allah.

      Apa pun, ia back tu basic. Jaga solat, solat awal waktu, berjemaah, baca Quran, sentiasa bersedekah, jaga hubungan baik dengan ibubapa dll sebab semua tu adalah basic untuk kita berjaya dunia & akhirat.

      Wallahu a’lam.

  • Salam tuan,
    Apa yang Cik Li tu ckp…mmg betul. Saya dah start bisnes online sejak tahun 2006. Pada masa tu segala benda saya jual. Adakala rugi adakala untung. Sampai satu masa saya dah jumpa bisnes yang serasi dgn saya…yang boleh saya jana keuntungan tanpa ubah fokus saya. Dulu fokus saya selalu berubah-ubah kerana asyik bertukar produk jualan. Bila tukar produk jualan…cara kita mengendalikan perniagaan turut berubah. Saya rasa kita semua kena fokus dlm sesuatu bidang. Baru boleh jadi pakar dan bila dirujuk…customer akan percaya dgn kepakaran kita.

  • Alhamdullilah saya dah dapat bisnes yang sesuai..tp perlu mantapkan ilmu di dada supaya cara berniaga saya betul..terima kasih atas perkongsian..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >