MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kenapa Berkuda, Memanah dan Berenang?

April 8, 2010

Dah lama terfikir-fikir, kenapa Nabi S.A.W dalam hadis sohihnya suruh kita ajar anak-anak berkuda, memanah dan berenang. Kuliah Zohor tadi, Ustaz Faisal Abdul Hamid huraikan tentang permainan dan hiburan dari surut Islam. Katanya, permainan ni ada 3 faedah iaitu:

(1) Keseronokan

(2) Keseronokan + Tingkatkan Kemahiran

(3) Keseronokan + Tingkatkan Kemahiran + Faedah Peperangan.

Baru saya faham, permainan berkuda, memanah dan berenang (walaupun Nabi S.A.W tak pernah berenang) memberi manfaat tiga dalam satu. Disamping ianya aktiviti menyeronokkan, menyihatkan badan, mengasah kemahiran, ia juga penting untuk peperangan pada waktu itu.

Menurut ustaz, saranan Nabi supaya berkuda, memanah dan berenang tak boleh kita fahami dalam bentuk yang rigid. Dalam zaman sekarang, memanah mungkin boleh kita samakan dengan menembak, dan berkuda mungkin sama dengan belajar memandu dsb.

Tadi Ustaz ada bagi tahu, semua permainan dibenarkan dalam Islam kecuali jika terdapat 5 unsur di bawah: (1) Memudaratkan, (2) Judi, (3) Terdapat perkara yang haram secara qat’i, (4) Penghinaan dan menjatuhkan maruah (5) Melampau dan mengabaikan yang wajib.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Tambahan dari segi kesihatan
    – berkuda dapat membersihkan perut. setelah menunggang kuda kali pertama najis yg dikeluarkan adalah hitam. Stok lama yg x dikeluarkan. Kuliah Ust Shuib Din
    – memanah – semua bhgn badan bersenam. Ust Ismail Kamus
    – memanah – dapat fokus dlm hidup. Saya sendiri

  • Tambahan..
    Menurut sy, 3 kegiatan tersebut adalah kunci kehidupan kita

    -Memanah melatih konsentrasi kita dan fokus pada tujuan serta tidak tergesa-gesa
    -Berenang menggerakkan semua anggota tubuh, sama halnya saat berusaha kita harus semaksimal mungkin
    -Berkuda, kita harus bisa mengendalikan diri sendiri dan juga orang lain dengan benar

  • Tambahan..
    berkuda, memanah dan berenang tu mungkin simbolik bagi kemahiran berperang untuk 3 medan yang berbeza:

    berkuda – army
    memanah – air force
    berenang – navy

    wallahualam

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >