MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Sesat di Saujana Putra

April 22, 2010

Rupa-rupanya, ada dua tempat namanya Saujana Putra. Agak mengelirukan…

Malam tadi pergi rumah kawan di Saujana Putra. Cek di Google Map, rumah no. 65, Jalan 6/5. Oklah, saya dah tahu sebab dah cek di internet.
Cuba Sampai On-Time
Solat maghrib di pejabat dan terus ke Saujana Putra. Janji nak sampai jam 8.30, tapi seperti biasa, untuk ke tempat yang saya tak biasa sampai, saya akan sampai awal. 8.15 saya dah sampai di Jalan 6/5. Tapi cari rumah 65 tak jumpa. Yang ada cuma 62, 64, 66, 68.
Ish… betul ke no. rumah ni. Atau mungkin kawan saya silap bagi no. jalan, ataupun silap no. rumah. Telefon kawan katanya dia pun sekarang di Jalan 6/5, tapi tak nampak pun ada kereta atau motor lalu kawasan tu.
Tengok saya berpusing-pusing area situ, datang guard Pakistan tanya saya nak ke mana. Saya tunjukkan sms kawan, dan dia cakap tak ada rumah no. 65 kat Jalan 6/5. Aiseyman… bila cek balik, ops… ini bukan Saujana Putra… ni Saujana Puchong… aduh… dah tersalah taman nampaknya… rasa macam dah betul dah masa search kat Google Map…
Nama Sama, Tempat Berbeza
Telefon kawan, katanya Saujana Putra tu kena ikut highway ke KLIA! Atas pada Putra Heights!… wah… melilau tanya orang dan telefon kawan-kawan. Mintak guide untuk ke Saujana Putra dari Saujana Puchong…
Last sekali, sampai juga di Saujana Putra, lebih kurang 9.20 malam. Uh… jauh perjalanan… mudah-mudahan luas pandangan… (“,) Pagi ni, try cek balik kat Google Map… aiseyman.. ada dua rupanya Saujana Putra. Satu Bandar Saujana Putra, satu lagi Taman Saujana Putra bersebelahan Saujana Puchong… Selalu confius…
Nama-nama Mengelirukan
SAUJANA: Saujana Putra, Saujana Utama, Saujana Impian, Saujana Damansara dan bermacam-macam Saujana lagi… HEIGHTS: Putra Heights, Damansara Heights, Country Heights, Country Homes dan macam-macam lagi… TTDI… TTDI Jaya… PUTRA: Putra Heights, Putra Perdana, Saujana Putra, Putra Permai, Putra Damai dll… huh hu… memang confius… Yang paling confius adalah DAMANSARA: Damansara Damai, Bukit Damansara, Damansara Perdana, Sri Damansara, Prima Damansara, Kota Damansara, Mutiara Damansara, Damansara Height, dan Damansara Kuantan pun ada!…
Kalau orang baru sampai KL/ Selangor ni, kena berhati-hati… Semua nama hampir sama, tapi tempat tu jauh-jauh semuanya… Jangan fikir TTDI Jaya tu cuma sebelah TTDI… jaraknya sebenarnya lebih 30km! Berhati-hati… Jangan jadi macam saya semalam. Nak ke Bandar Saujana Putra, tapi sampai di Taman Saujana Putra… confius2x…
Saya bagi tau isteri, nanti kalau kita jadi developer, kita bubuh nama Damansara Tendong lah! Sempena nama kampung saya. Kampung Tendong, Pasir Mas! he3x (“,).
Zulkifli
Damansara Heights
22 April 2010

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>