Kekalkan ‘Nikmat’ Dengan Bersederhana

by on July 14, 2010

Untuk kekalkan nikmat sebagai nikmat, makan biasa-biasa sudahlah. Jangan biasakan bermewah-mewah. Sesekali tu boleh la, especially bila meraikan hari-hari teristimewa.

Alhamdulillah… baru jer lepas pekena satay tengahari tadi dengan kawan-kawan sepejabat di Satay Kajang Haji Samuri, dekat Uptown Damansara. Kenyang betul, sampai rasa macam pening-pening sikit. Mungkin terlalu kenyang – terlalu ‘mewah’.
Tengah makan-makan tadi, terfikir juga, makan satay dah tak senikmat dulu. Dulu, kalau dapat makan satay, wah… special benar rasanya. Jarang-jarang dapat makan, dan jarang-jarang mampu makan. Tapi sekarang, anytime jer kalau nak makan. Mungkin nikmat dah tak jadi nikmat bila terlalu mudah nak dapat.
Makanan Mewah, Akhirnya Ke Tandas Juga…
Sebelum kerja dulu, memang tak biasa makan di hotel, di restoran mewah dsb. Fast food pun cuma sekadar KFC jer. Atau McDonald sekali sekala. Pizza Hut pun tak pernah makan. Tapi bila dah ada duit sendiri, dan sedikit berduit, macam-macam nak try. Pizza Hut, Kenny Rogers, Domino, Secret Recepi, Satay Kajang Haji Samuri dsb.
Dan bila ikut kawan-kawan pulak, ‘terpaksa’ makan di Chilli’s, Ayutthaya, Victoria Station, Laksa Shake, Restoran Nelayan, dan macam-macam hotel di KL ni. Ah… semua restoran tu tak pernah saya kenal sebelum ni. Hanya kenal bila dah bekerja dan berkawan dengan kawan-kawan yang biasa ke tempat-tempat makan begitu.
Kekadang terfikir juga, makan mewah-mewah dan berhabis duit, akhirnya makanan tu terpaksa dibuang keesokan harinya – di lubang tandas. Tak ada apa yang special. Makan cuma sekadar untuk sihat dan dapatkan tenaga untuk terus hidup. Tak lebih dari itu.
Lebih Gemar Makanan Kampung
Dan bila fikir betul-betul, makanan kegemaran saya tetap makanan kampung. Makanan dan masakan orang kampung yang simple sahaja. Ada nasi, ikan atau ayam goreng, ulam, dan budu cap “Ketereh”! Uh, jauh lebih jelira (menyelerakan) berbanding makan di tempat-tempat mewah.
Kekadang isteri tanya saya, “Abang nak makan apa untuk celebrate?” Jawapan saya yang standard ialah Nasi Kukus atau Nasi Goreng USA Damansara Damai! Wah, itulah yang special bagi saya di Damansara Damai. Memadailah dengan itu. Lebih murah, dan lebih menyelerakan bagi bekas orang kampung macam saya…
Tapi kalau untuk celebrate isteri dan anak-anak, saya pergi ke tempat-tempat makan pilihan mereka, mengikut selera mereka.
Takut Hilang Nikmat Pada Nikmat
Dan satu lagi aspek yang saya terfikir, nikmat sudah hilang nikmat bila kita selalu dan terbiasa dengan mewah. Dulu kalau dapat makan KFC, wah… sangat-sangat special. Tapi sekarang, dah tak selera dengan KFC. Dah terlalu biasa.
Jadi, untuk kekalkan nikmat sebagai nikmat, makan biasa-biasa sudahlah. Jangan biasakan bermewah-mewah. Sesekali tu boleh la, especially bila meraikan hari-hari teristimewa. Kerana itulah hadnya nikmat dunia…
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Heights
14 Julai 2010
2 Sya’ban 1431

{ 6 comments… read them below or add one }

1 pemudakampung July 15, 2010 at 5:16 am

sedapny…last mkn satay hj samuri masa prktikal dkt hosptl kajang…djdkan menu berbuka puasa…Nikmat,tapi duit pun nikmat…itulah hakihat,nkmt perlu diperolehi dengan pengorbanan…(berniaga satay kjg hj samuri dkt swk mesti laku…he3)

Reply

2 Mohd Zulkifli July 15, 2010 at 9:58 am

Saiful,

Nanti datang KL, jangan lupa calling2 a.zul. A.zul belanja satay kajang, insyaAllah..

He3x.. (“,)

Reply

3 Suhai August 1, 2014 at 11:09 pm

As salam..
Wah byk nikmat bacaan yg belum sya tatapi dlm blog Tuan. Alhamdullilah.. harap dpt mengali maklumat dlm blog Tuan.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie August 2, 2014 at 7:56 am

Wslm Pn. Suhai,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

5 faezah August 7, 2014 at 11:59 am

asalamulaikum..en zul

betul ler..dlu masa kecik2..nak makan satay sebulan sekali punya susah..yela org susah..adik beradik 5 org..semua kecik2..sya anak sulung..abah kerja sorg….sedih bila ingat…sekarang ALHAMDULILLAH..syukur dengan rahmatNYA…kami 5 beradik berjaya dengan karier masing2.wpun biasa2 jer…skang nak makan satay ..kami buat sendiri jer.. cedok resipi dri seorg otai peniaga satay keturunan jawa…ingat nk kembangkan bakat buat business.. tp belum ada keyakinan lg…jer bg petua sikit camner..nk bg ada keyakinan sikit…tq en.zul..:)

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie August 7, 2014 at 1:17 pm

Wslm Pn Faezah,

Alhamdulillah…

Berniaga satay, untungnya bukan pada satay tapi pada nasi impit dan air. Untung satay tu sendiri sebenarnya tak banyak.

Itu ilmu yang saya dapat masa belajar kelas usahawan penjaja dan masakan komersil bersama Chef Li.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: