MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kumpul Emas, Miliki Hartanah

November 11, 2010

Hari tu, ketika saya ke office Public Gold cawangan Sunway, saya sempat berbual panjang dengan seorang staf mereka yang berbangsa Cina.

Raymond namanya.

Waktu tu, hari dah nak masuk maghrib. Semua orang dah balik. Tinggal Raymond, dan dua orang dealer Public Gold lain tersebut termasuk saya.

Pengalaman Belajar Uji Ketulenan Emas

Yang bestnya, saya berpeluang tengok cara mereka uji berat dan ketulenan emas menggunakan alat yang dinamakan ‘densimeter’.

Saya rasa sangat excited sebab itulah pengalaman pertama saya pegang syiling dinar emas dan gold bar seberat 20 gram, 50 gram dan 100 gram.

Walaupun emas itu bukan milik saya, tetapi dapat pegang sahaja pun sudah rasa excited, apatah lagi memilikinya!

Sebelum dapat tahu keuntungan menyimpan emas, saya memang tidak ambil peduli langsung pasal emas.

Saya fikir, emas hanyalah urusan orang perempuan.

Tapi lepas belajar ilmu yang betul tentang emas, dan berpeluang tengok sendiri proses menguji ketulenan emas, ia satu pengalaman yang menarik minat untuk saya explore lagi keuntungan menyimpan emas.

Simpan Emas Untuk Anak-anak

Masa Raymond test ketulenan emas tu, dia tanya kepada saya, “You tahu tak macam mana orang Cina simpan emas untuk pendidikan anak-anak mereka?”

Wah! Soalan yang benar-benar mencabar rasa ingin tahu saya.

Tidak pernah pula saya tahu ada yang jadikan emas sebagai simpanan pendidikan anak-anak.

Beliau cerita pengalaman seorang customer Public Gold yang berbangsa Cina.

Katanya, bila seorang anak itu lahir, ibu bapa dia akan belikan kepingan emas seberat 100 gram untuknya.

Setiap kali sambut hari lahir anak tu, mereka akan beli sekeping emas 100 gram lagi!

Dana Pendidikan Anak-anak

Bayangkan selama 18 tahun mereka buat perkara yang sama. Maknanya ketika hari lahir anaknya yang ke-18, anak tu dah ada 18 keping emas 100 gram yang bersamaan 1,800 gram emas!

Kalau ikut nilai sekarang, nilai emas tersebut mampu membeli sebuah rumah teres secara tunai!

Kalau digunakan untuk biayai pengajian universiti, jumlah itu sudah cukup untuk tampung keseluruhan kos pengajian.

Siap ada lebihan yang boleh digunakan untuk beli sebuah kereta dan mungkin boleh digunakan untuk bayar deposit beli sebuah rumah!

Simpan 1 Gram 1 Bulan Setiap Anak

Pada pendapat saya, kalau tak mampu simpan 100 gram emas setiap kali sambut hari lahir anak pun, belilah syiling 1 dinar (emas seberat 4.25 gram) sebagai hadiah. Ataupun setidak-tidaknya emas seberat 1 gram.

Yang penting, jadikan tabiat menyimpan untuk masa depan anak-anak. Mulakan dulu apa yang mampu.

Bila kemampuan meningkat, tambah jumlah simpanan emas itu dari semasa ke semasa.

Berdasarkan kajian yang saya buat, kalau kita simpan 1 gram emas setiap bulan untuk setiap anak sejak dari awal kelahirannya, ketika usia 18 tahun, anak itu sudah ada lebih 216 gram (1 gram x 12 bulan x 18 tahun) emas.

Nilai 216 gram emas itu mampu cover kos pengajian universiti tempatan (aliran sastera) pada hari ini.

Saya percaya, disebabkan sifat emas yang kekalkan kuasa beli selama 1,400 tahun sebagaimana teori “1 dinar seekor kambing”, nilai 216 gram itu juga masih mampu membiayai kos pengajian universiti 18 tahun akan datang. InsyaAllah.

Simpan Emas Untuk Pergi Haji

Selain simpanan untuk pendidikan masa depan anak-anak, emas juga sesuai untuk apa sahaja simpanan jangka panjang seperti simpanan untuk deposit beli rumah, dan untuk naik haji.

Menurut kajian saya, walaupun kos haji dalam mata wang Ringgit semakin meningkat, hakikatnya kos haji sebenarnya telah pun turun lebih 50 peratus sejak 20 tahun yang lalu sekiranya ia dibayar dalam bentuk emas!

Ini fakta yang agak mengejutkan saya.

Kalau 20 tahun dulu kita perlukan 260 gram emas, tetapi hari ini 60 gram emas sudah cukup untuk membiayai kos haji melalui Tabung Haji!

Kos Haji Makin Naik?

Hakikat yang kita perlu tahu, kos haji dan harga barang sentiasa meningkat adalah disebabkan kuasa beli duit kertas yang sentiasa menyusut dalam jangka panjang.

Kalau kita simpan duit itu dalam bentuk emas, kita selamat daripada kesan inflasi tersebut.

Jadi, kalau hendak pergi haji simpanlah emas.

Untuk pendidikan anak-anak, simpanlah emas.

Nak simpan duit untuk majlis perkahwinan, simpanlah emas. Emas juga adalah aset fizikal yang tahan inflasi sebagaimana “real property” (hartanah).

"Real Property" Mampu Milik

Sebelum saya tahu tentang emas, saya hanya terfikir tentang hartanah.

Saya nak simpan kekayaan saya dalam bentuk rumah-rumah yang boleh disewakan, ataupun beli tanah yang boleh mendatangkan hasil.

Saya tak fikir untuk buat untung besar. Tapi lebih kepada melindungi kekayaan daripada kesan inflasi sebab harga hartanah sentiasa naik.

Untuk pendidikan anak-anak sebagai contohnya, paling ideal ialah beli sebuah hartanah untuk setiap anak. Selain harga hartanah yang semakin meningkat, kita dapat menjana pendapatan daripada sewaan setiap bulan.

Cuma masalahnya, selain proses jual belinya memakan masa yang lama, kita perlukan modal yang besar untuk membeli sesebuah hartanah.

Kumpul Emas, Miliki Hartanah

Walaupun harga hartanah itu dikira mengikut harga ‘kaki persegi’, tetapi kita tak boleh beli hanya ‘sekaki’ setiap bulan sebagaimana emas yang mampu dibeli walaupun cuma ‘1 gram 1 bulan’.

Jadi lepas faham tentang emas, saya konsisten menyimpan emas setiap bulan walaupun cuma 1 gram.

Kalau ada bajet besar, saya beli hartanah. Kalau bajet kecil, saya simpannya dalam bentuk emas terlebih dahulu.

Bila cukup modal, emas itu boleh dijual untuk membeli rumah yang boleh disewakan dengan sewaan berbaloi sebagai salah satu sumber pendapatan pasif saya.

Langsai Hutang, Tambah Harta

Akhir sekali, apa pun bentuk simpanan, ia sangat ideal bagi mereka yang sudah bebas daripada hutang.

Kalau banyak hutang, cukupkan simpanan kecemasan berjumlah tiga bulan gaji terlebih dahulu, selebihnya fokus langsaikan hutang.

Lebih-lebih lagi kalau ada hutang kad kredit; kadar faedahnya mencecah 18 peratus setahun. Sangat tinggi!

Ia tidak berbaloi berbanding dengan potensi keuntungan kebanyakan pelaburan di Malaysia.

Jadi, letakkan azam untuk bebas daripada hutang seterusnya memiliki harta yang cukup supaya kita bukan sekadar plenty of money, tetapi yang lebih penting ialah peace of mind (jiwa tenang)... Insya-Allah.

Zulkifli
Damansara Damai
27 Oktober 2010
19 Dzulkaedah 1431H

Meeting dengan Tuan Faizul Ridzuan (Founder FAR Capital dan juga guru hartanah no. 1 Malaysia) dalam proses buat MOU untuk bantu murid-murid saya dalam G100 supaya dapat beli 1 hartanah 1 tahun. 3 Januari 2021 di Mount Kiara, KL. 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalam… Menarik ni, kalau boleh tulis hubungan emas & zakat mngkin org dah minat dgn emas (termasuk ana)cuma zakat plak mcmne?

  • Azfar,

    (1) Zakat Emas Tak Dipakai

    Zakat emas simpanan (emas tak dipakai) ni 2.5% kalau cukup nisab 85gram. Kalau cukup/ lebih 85g, kena zakat 2.5%.

    Contohnya kalau ada 100g, zakat emas ialah nilai emas semasa bagi 100g emas, darab dengan 2.5%. Itulah zakat emas yang tak dipakai.

    (2) Zakat Emas Dipakai

    Kalau barang kemas dipakai walaupun sekali dalam setahun, zakatnya dikira kalau melebihi uruf. Uruf di KL buat masa ni ialah 150g. So, kalau orang rumah ada barang kemas 150g, baru kena zakat 2.5% atas lebihan 150g tu.

    Wallahu ‘alam.

    • Wslm tuan,

      Emas perhiasan hanya sesuai untuk perhiasan. Ia lebih mengutamakan kecantikan, bukan keuntungan. Umumnya, emas perhiasan ni susut nilai sekitar 25% bila kita jual balik.

      Emas pelaburan (dinar, gold bar) memang dikeluarkan khas untuk pelaburan. Ciri-ciri paling utama susut nilainya rendah. So, untung jauh lebih cepat berbanding emas perhiasan. Kalau tuan nak beli emas untuk dipakai, tapi dalam masa sama nak buat pelaburan, boleh beli barang kemas i-series Public Gold. Susut nilainya cuma 10%.

      Wallahu a’lam.

    • Camna nk dptkan brg kemas i- series?design n paten cmna?harganya lebih rendah ka mahal dr emas perhiasan di kedai?maaf byk tya.bleh tuan jelaskan.sya berhasrat melabur dan pd masa yg sama bleh dipakai emas tu.terima kasih.

    • Nak dapatkan emas tu boleh beli melalui mana-mana dealer Public Gold atau direct ke office Public Gold. Kalau puan perlu bantuan saya, boleh sms pada saya 019-3368009.

      Design dia standard. Puan boleh cek di web Public Gold. Gunakan link ni:

      http://www.publicgold.com.my/v1/index.php?option=com_wrapper&view=wrapper&Itemid=799

      Harga dia lagi murah dari emas perhiasan di kedai emas dan tak ada caj upah. Memang sesuai sangat untuk dipakai dan dalam masa sama sesuai buat pelaburan.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >