MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Simpan Emas Cepat Pergi Haji

December 9, 2010

Nak cepat naik haji, menabunglah duit dalam bentuk emas.

Ia lebih baik dan lebih cepat cukupkan kemampuan untuk naik haji, insyaAllah.

Rugi kalau simpan duit kertas.

Kos haji makin turun jika dibayar dengan emas.

Tapi kenapa tiap-tiap tahun kerajaan umumkan kenaikan kos buat haji?

Punca Kos Haji Naik

Sebabnya nilai duit kertas semakin menyusut disebabkan inflasi dan kejatuhan ringgit.

Tapi bagi sesiapa simpan emas, tak risau la kalau kerajaan umumkan kenaikan kos haji.

Sebabnya, kuasa beli duit emas sangat stabil.

Makin lama harga emas makin mahal.

Ia petanda nilai duit semakin murah menyebabkan kita perlu bayar duit yang lebih banyak untuk dapatkan emas (atau barang keperluan) yang sama.

Allahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
9 Disember 2010
2 Muharram 1432

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Asalamualaikum wrt wbt en zul

    artikel dinar dan haji mmg menarik …

    cuma Mohon en zul tulis artikel (jika tidak keberatan ) berkenaan pinjaman pelajaran untuk anak2 yang belajar di menara gading… dengan menyimpan emas…( bagi membayar pinjaman pelajaran selepas tamat belajar )

    setakat ini saya belum jumpa perbincangan ttg pelaburan emas bagi pinjaman pelajaran anak2…

    jika dapat dikupas dengan lebih detail.. ia akan dapat meyedarkan lagi masyarakat kita agar dapat menyiman emas daripada simpan duit dlm saham amanah…

    atau boleh juga buat pro dan contra ( kelebihan dan kekurangan ) antara sijil takaful pelajaran anak2 dan simpan emas utk pelajaran anak2…

    semoga en zul tidak keberatan…

    wassalam,,,

  • saya tertarik dgn artikel ni,..simpan emas cepat pegi haji,..
    sy berkira2 nk tukar simpanan tabung haji utk beli emas,.tp mana satu elok beli dinar or barang kemas?

  • Aslmkm en.zul, alhmdullillah dgn penulisan tuan dapat juga saya ilmu Berguna Sebelum memulakan pelaburan emas…semoga Allah berkati segala usaha tuan.. Satu kemusykilan saya iaitu bagaimana nak menggunakan teknik pajakan ar rahnu tuk bayar ansuran kereta…harap tuan dapat menerangkan caranya secara terperinci…wassalam

    • Wslm En. Shahazli,

      Alhamdulillah, moga artike ni bermanfaat, insyaAllah.

      Teknik pajakan kurang sesuai untuk rendahkan kos pembelian kereta sekarang ni sebab trend harga yang agak unpredictable sejak 2012. Ada risiko. Saya syorkan buat car loan dan bayar macam biasa jer. Kalau nak rendahkan kos ansuran kereta, simpan emas sambil berniaga emas. Duit komisyen tu boleh cover ansuran kereta. Itu cara lebih mudah dan selamat, insyaAllah.

  • Assalam tuan

    Saya pernah melabur emas di atas kertas melalui Maybank dan Public Bank
    saya bercadang untuk melabur emas fizikal tetapi risau kecurian atau kehilangan. Jika saya ingin membeli emas fizikal, di mana perlu saya simpan…

    Saya tercari-cari artikel tuan mengenai cara menyimpan emas tapi tidak terjumpa. mohon panduan

    terima kasih

  • Assalamualaikum wbt.,

    Tuan ada tulis kat atas “simpan emas sambil berniaga emas”. Macammna tu? Mohon pencerahan.

    TQ.

    • Wslm Pn Wan,

      Saya maksudkan simpan emas sambil berniaga emas Public Gold. Caranya dengan buat belian RM20k dalam 1 resit dan automatik jadi dealer Public Gold. Lepas tu boleh belajar cara memanfaatkan posisi sebagai dealer untuk jana lebih keuntungan; antaranya beri kesedaran kepada orang lain simpan emas dan bantu mereka.

  • Assalam. Tq en zul atas panduan dan artikels yg sangat baik sbg pedoman. Dulu sy pernah tersilap melebur dlm Skim Serambi Emas 30:70 kerana kurang ilmu emas dan perak. Alhamdulillah skrg sy memang mbeli emas utk pelaburan jangka panjang dgn niat nak naik Haji. Semoga Allah mberkati dan merahmati.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >