Friday, February 26, 2010

Limau Mandarin Menyebabkan Batuk?


Sehari dua ni kami suami isteri dok batuk-batuk. Tapi tak lah serius sangat. Tadi tengok kat dapur tinggal lagi sebiji limau mandarin, baru teringat pesan Pakcik Taifor katanya limau mandarin boleh menyebabkan batuk.

Saya ingatkan limau tu yang menyebabkan batuk. Tapi katanya, kulit limau mandarin tu ada banyak racun supaya buah tu tahan, dan supaya jadi manis kot. Dan pastinya limau mandarin yang siap berbungkus tu belum lagi dibasuh racunnya.

Basuh Dulu Buahnya

Jadi pesan Pakcik, basuh dulu buahnya sebelum makan. Atau sekurang-kurangnya, pastikan jari yang terkena kulit limau tak tersentuh dengan isi sebelum disuapkan ke mulut.

Hm, patut la. Hari tu saya bawa balik lebih kurang sekotak limau mandarin dari pejabat kawan saya. Terpaksa ambik. Kalau tak ambik, nanti buah tu rosak. Tak ada orang nak makan katanya sebab terlalu banyak kat pejabat dia.
Jadi, kalau nak makan limau mandarin, ingat-ingat la sikit.

Zulkifli
Damansara Damai
12 Rabi'ul Awwal 1431
26 Februari 2010

Sunday, February 21, 2010

Berbisnes Mencari Akhirat

Dapat untung, dapat kaya, itulah rukun iman bagi kapitalis.

"Ish... ana tak nak la nak menjual, sheih. Em, takut jatuh 'martabat' (sebagai best student!)" jawapan saya pada sahabat bila diminta menjual untuk tambahkan dana bagi menggerakkan dakwah di kampus.
"Kenapa jatuh martabat pulak. Nabi berniaga, tak jatuh pun martabat kenabian!" Balas sahabat saya. 'Sakit' pipi saya. Terasa seperti dipelempang oleh tazkirah tersebut. Nabi juga berniaga. Jadi, siapa saya hingga rasa terhina untuk berbisnes?

Tuesday, February 16, 2010

Hidup Untuk Mengalirkan Kebaikan

Air yang mengalir itu baik. Ia mengalirkan apa sahaja bendasing dan kotoran yang ada bersamanya.
Alhamdulillah... baru jer lepas derma darah tadi. Ni kali kedua derma darah dalam hidup. Kali pertama dua tahun lepas (2008). Tahun lepas nak derma tapi tak lulus sebab ambil antibiotik. Tahun ni lulus, alhamdulillah.

Sebelum tahun 2008, memang tak pernah derma. Bukan tajuk jarum, tapi rasa macam tak selesa jer kena cucuk di lipatan tangan. Macam geli pun ada. He3x. Tapi bila ingatkan saudara kita di Iraq dan Palestin, ah, apa la sangat derma darah.

Ada seorang sahabat saya memang suka derma darah. Tak silapnya setiap 6 bulan. Dia pergi sendiri ke hospital semata-mata nak derma darah! Huh... memang saya kagum.

Darah Yang Mengalir Itu Baik

Dulu saya tak berapa faham kenapa beliau begitu excited untuk derma darah. Tapi bila saya faham hukum sunnatullah (sains) bahawa barang yang mengalir itu adalah baik, dan akan menjadi lebih baik.

Sepertimana air. Air yang mengalir itu baik. Ia mengalirkan apa sahaja bendasing dan kotoran yang ada bersamanya. Manakala air bertakung pula tersimpan di dalamnya pelbagai penyakit. Tempat membiaknya nyamuk-nyamuk yang bakal membunuh manusia. Dan lama-kelamaan, ia akan menjadi busuk!

Harta Mengalir Membawa Kebaikan

Begitulah juga dengan harta. Allah suruh kita keluarkan zakat, perbanyakkan sedekah supaya harta kita bersih lagi suci. Dan harta yang suci itu akan membawa berkat dalam hidup. Yang sikit pun terasa cukup. Dan harta yang di keluarkan itu, akan mengalirkan kebaikan dalam hidup orang lain - mereka

Darah manusia pun begitu juga. Darah yang kita derma, Allah gantikan pula dengan darah yang baru. Darah yang lebih segar dan membuatkan kita lebih sihat. Organ-organ badan kita juga akan aktif, untuk hasilkan darah yang lebih baik.

Khalifah Tuhan Mengalirkan Kebaikan

Dan hidup manusia pun juga begitu. Tuhan utuskan kita ke dunia adalah untuk mengalirkan kebaikan. Menyalurkan rahmat dan kasih sayang Tuhan kepada manusia. Itulah peranan Khalifah Tuhan. Bukan hanya fikirkan diri sendiri saja.

Orang yang hanya fikir diri sendiri, tak menyalurkan kebaikan pada orang lain, akan menjadi busuk. Hatinya menjadi busuk. Di hatinya akan membiaknya penyakit-penyakit mazmumah. Hidupnya menjadi busuk.

Barang yang busuk tak berguna. Bahkan ia memudaratkan orang lain. Memang patut saja Tuhan lemparkan ke neraka!

Kebaikan Kita Buat, Manfaatnya Kita

Begitulah hukum Tuhan atas makhlukNya. Bila kita memberi, bukan bermakna kita rugi. Bahkan Allah gantikan pula dengan yang lebih baik. Digantikan lebih banyak dari apa yang kita beri. Allah akan pulang balik kepada kita.

Sebab tu Tuhan berkali-kali ingatkan dalam Quran, apa sahaja kebaikan yang kita buat, kebaikan itu adalah untuk diri kita sendiri (bukan untuk Allah). Bahkan kebaikan itu akan kembali semula pada kita. Tapi keyakinan itu hanya dimiliki oleh orang yang beriman.

Moga Allah memelihara kita menjadi hambanya yang beriman, amiin.

Zulkifli
Damansara Heights
9 Februari 2010
25 Safar 1431

Monday, February 8, 2010

Today A Reader, Tomorrow A Leader

Naqib yang hebat, melatih 'ayam' menjadi helang!
Nazri, adik kampus tanya saya, apa yang perlu dia buat untuk jadi naqib?

Soalan yang sangat pro-aktif. Saya cukup kagum dengan sikap pro-aktif Nazri. Tak pernah saya tanya pimpinan ataupun naqib dengan soalan tu masa di sekolah mahupun di kampus. Pada diri Nazri, saya nampak beliau adalah 'bintang' pemimpin Islam yang cemerlang di masa depan!

Belajar Mengasihi, Rajin Membaca

Berdasarkan sedikit pengalaman, beberapa cadangan saya beri. Selepas belajar ambil peduli (caring), dan mengasihi orang lain, saya cadangkan supaya pertingkatkan diri dengan rajin-rajin membaca. Sebabnya, naqib adalah pemimpin.

Naqib bertanggungjawab memimpin anggota keluarga (usrah) supaya bukan sahaja jadi seorang mukmin, tapi mukmin yang mahukan orang lain juga jadi mukmin - pendakwah. Anggota usrah bukan saja rasa cukup dengan diri sendiri jadi mukmin, tapi mereka juga nakkan orang lain turut sama jadi mukmin.

Maksudnya, naqib adalah pemimpin bagi pemimpin!

Naqib: Pemimpin Bagi Pemimpin

Sebagai pemimpin, sepatutnya kita berjalan sekurang-kurangnya selangkah ke hadapan (one step ahead), dan anggota usrah mengikutnya dari belakang. Apa yang kita buat, pengikut perhatikan kita dari belakang seperti mana kita perhati dan mengikut imam dalam solat.

Secara idealnya, naqib adalah role model bagi seluruh anggota usrah. Dan anggota usrah mahu jadi lebih baik sebagaimana naqibnya!

Itulah yang saya fikir dulu. Saya cukup kagum dengan naqib-naqib saya di sekolah dan universiti.

Naqib Adalah Role Model

Ustaz Amir Ramadhan, Ustaz Rafie, Akhi Hisham Fauzi (KB), Akhi Adnan Rozob (Pahang), Akhi Ghazali (Sabah), Akhi Dzorif (Kuala Kangsar), dan Akhi Zabri (Putrajaya) adalah antara naqib (di sekolah dan universiti) yang saya kagumi. Dari mereka, saya bukan saja dapat ilmu Islam dan dakwah, tapi mereka telah memberi impak yang besar dalam pelbagai aspek hidup saya!

Dulu, saya adalah seorang introvert - sangat pemalu dan sangat rendah hati (tak yakin pada diri). Hinggakan nak daftar masuk universiti, saya minta mama yang daftarkan! Tak terlintas difikiran untuk saya keluar ke depan, dan bercakap di depan puluhan, bahkan ratusan hadirin.
Tapi melalui naqib, saya diberi keyakinan. Naqib membuatkan saya percaya pada kemampuan diri. Saya berlajar public speaking dari mereka. Saya dilatih untuk bercakap dalam majlis-majlis.

Naqib: Melatih 'Ayam' Menjadi 'Helang'!

Bermula dari bercakap di perjumpaan usrah-usrah yang kecil, hingga Allah beri kekuatan untuk saya jadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), dan Ketua Fasilitor Minggu Wawasan Siswa! Terpaksa berucap di depan ratusan pelajar, pensyarah-pensyarah, dan termasuk Pengarah dan Timbalan-timbalan Pengarah Kampus!

Oh, itu semua didikan Allah melalui insan-insan yang saya gelarkan "naqib".

Sungguh besar impak seorang naqib pada anggota usrah. Tanpa mereka, tak mungkin saya mampu memimpin organisasi-organisasi kecil dalam masyarakat hari ini. Tanpa mereka, saya tak mampu berucap dan berhadapan dengan para ibubapa anak-anak PASTI yang saya diamanahkan sebagai Pengurusnya...

Macam mana seorang naqib boleh memimpin dengan baik?

Today A Reader, Tomorrow A Leader

Antara attitude yang saya nampak pada naqib-naqib adalah mereka seorang readers! Mereka rajin membaca. Bahkan banyak koleksi-koleksi kitab yang tersimpan dalam almari buku saya sekarang ni adalah atas cadangan naqib.

Akhi Dzorif (salah seorang naqib saya di kampus) sangat obses dengan membaca. Kalau ada bahan bacaan yang baru dibeli, ah mintak maaf. Jangan la potong line dia membaca. Selagi dia tak habis baca, memang kami (anggota usrah) tak dapat cilok (pinjam)! Dia benar-benar seorang readers!

Dan sikap yang ada pada beliau, hari ini melekat juga pada saya!

Anggota Usrah Meniru Naqib

Antara kelemahan saya bila ke kedai buku, ialah terbeli buku! Hinggakan isteri selalu 'merungut', "Abang beli buku baru lagi? Mana nak simpan? Almari buku tu pun dah penuh!"

Membaca dah jadi tabiat. Ke mana-mana pergi, saya tak selesa tanpa bawa buku untuk dibaca. Bukan saja dunia dakwah, bahkan dunia luar pun sama. Dalam apa bidang sekalipun, membaca tetap penting apabila kita memimpin.

Prinsipnya, seorang pemimpin, mestilah terlebih dulu jadi seorang yang rajin membaca. Membaca bukan sekadar membaca, tapi membaca dengan harapan untuk pertingkatkan diri. Sentiasa mencari ruang untuk perbaiki diri.

Dunia Kerjaya Pun Sama

Dalam dunia bisnes, mentor kami selalu tekankan supaya rajin membaca. Menurut beliau, kajian menunjukkan orang yang berjaya di dunia, membaca sekurang-kurangnya 14 buku setahun, tapi orang orang biasa hanya membaca tak lebih 2 buku setahun!
Sebab tu orang berjaya hidupnya luar biasa, dan orang biasa hidupnya biasa-biasa saja. Sebab tabiatnya terlalu biasa!

Untuk bulan ni, mentor kami cadangkan buku bertajuk "The 5 Secrets You Must Discover Before You Die" karangan John Izzo Ph.D. Saya baru saja dapatkan buku ni. Belum tahu apa kandungannya. Tapi yang pastinya, buku-buku yang dicadangkan semuanya untuk pertingkat diri kami sebagai hamba dan khalifah Tuhan di muka bumi!

Wallahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Heights
8 Februari 2010
24 Safar 1431