Tuesday, August 24, 2010

The Future Will Belong To Leaders!

"The future will not belong to "managers" or those who can make the number dance. The world will belong to passionate, driven leaders - people who not only have enormous amount of energy, but who can energise those whom they lead" - Jack Welch, CEO of General Electric
Kata-kata Jack Wealch ni saya jadikan poster dan tampal di rumah. Tapi poster tu dah buruk, jadi saya cabut dan tulis di blog ni.
Kehidupan dan Kepimpinan
Poster tu mengingatkan saya betapa pentingnya ilmu dan kemahiran memimpin. Nak berjaya dan pergi jauh dalam apa-apa bidang sekalipun, kepimpinan sangat penting. Dalam rumahtangga, kerjaya, bisnes, dakwah, jemaah, kemasyarakatan dsb.
Kepimpinan menyentuh perihal manusia, kerenah manusia, dan memenangi hati manusia. Macam mana nak menggerakkan manusia yang pelbagai latarbelakang pendidikan, berbagai peringkat umur, berbagai kerenah ke arah satu matlamat, perlu ilmu dan skil kepimpinan.
Manusia, Faktor Terpenting
Saya buat bisnes kecil-kecilan. Dan saya benar-benar realise, faktor penting adalah manusia. Bukan sangat pasal produk ataupun pengurusan bisnes. Berhadapan dengan kerenah manusia yang pelbagai, benar-benar mendidik diri sebenarnya.
Patut la rakan-rakan dalam Arqam, Rufaqa dan Ikhwan Global menjadikan bisnes sebagai medan mendidik ketaqwaan diri. Baru saya faham maksud mereka, bisnes "bermodalkan taqwa untuk mendapat taqwa". Bisnes, salah satu proses untuk menjadikan kita orang bertaqwa.
Ganjaran Terbesar Bukanlah Harta
Patut la Bill Britt, seorang usahawan di US, yang ada rangkaian perniagaan yang sangat besar di seluruh dunia, dan menjadi mentor kepada ramai usahawan akan 'menghadiahkan' mesej yang penting kepada semua mereka yang berjaya di bawah bimbingan beliau yang berbunyi;
"The highest reward for man's dedication to excellence is not what one GETS from it, but what he or she BECOME through it"
Oh, kata-kata Bill Britt tu memahamkan saya, kejayaan bukan apa yang kita dapat. Tapi siapa yang kita jadi. "Siapa kita" lebih penting dari "apa yang kita ada". Apa yang kita ada (harta) boleh hilang sekelip mata. Tapi kalau diri kita dah terbina, harta akan datang pada bila-bila masa.
Fokus Pada Membina Diri
Bagi orang bisnes, rumah besar, kereta besar, duit banyak hanyalah hadiah atas kejayaan. Kejayaan sebenar ialah perubahan yang berlaku pada diri dia sepanjang proses membina bisnes. Jadi, kalau nak berjaya, fokus paling penting adalah membina diri sendiri.
Untuk pertingkatkan ilmu dan kemahiran kepimpinan, mentor saya cadangkan baca buku yang sangat bagus bertajuk "5 Ancient Principles of Leadership". 5 prinsip penting yang dikupas dalam buku ni saya ringkaskan seperti di bawah:
1. Make them feel appreciated
2. See their potential, not their flaws
3. Lead with authority, not power
4. Love them first
5. Make them feel they are part of something special
Wallahu 'alam.
Zulkifli
Damansara Heights
24 Ogos 2010
14 Ramadhan 1431

Thursday, August 19, 2010

Hifdzi Mengingatkanku Pada Tuhanku


18 Ogos 2010, genap sebulan umur Hifdzi, anak kelima kami. Semuanya sihat, alhamdulillah. Dah siap kami aqiqahkan melalui EzQurban pada hari ketujuh kelahirannya.

Hifdzi sangat cool. Tak meragam. Menangis cuma bila nak susu ataupun tak selesa dengan pampers. Tak ada masalah, alhamdulillah... puji-pujian bagiMu Ya Tuhan...

Kelahiran Hifdzi, melengkapkan keluarga kami. Fathi dah ada geng sekarang. Tambah sorang lagi teman untuk ke surau dan masjid, insyaAllah.

Memilih Nama "HIFDZI"

Sejak awal isteri mengandung, saya memilih nama “Hassan”, sempena nama Asy-Syahid Hassan Al-Banna, pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin, tokoh gerakan Islam yang sangat dikenali.

Nama “Fathi” pun, saya pilih sempena nama Ustaz Fathi Yakan, juga tokoh gerakan Islam. Sesiapa yang pernah mengikuti usrah, pasti pernah kenal tulisannya bertajuk “Apa Erti Saya Menganut Islam”. Tahun kelahiran anak kami Fathi, adalah tahun kembalinya Ustaz Fathi Yakan bertemu kekasihnya.

Jadi anak kelima, saya bercadang meletakkan nama “Hassan”.

Tapi nama belum finalise. Gerak hati isteri, dia tak selesa nama Hassan.

“Habis tu, ayang suka nama apa?”. Saya tanya isteri pagi sebelum ke JPN. Saya kurang berminat letak nama anak-anak sempena abjad! Abangnya “Fathi”, maka adiknya mesti bermula dengan huruf “F”.

Sejak kelahiran Fathi, saya sedar, nama yang diberi bakal membentuk peribadi anak itu nanti. Permerhatian saya, ada banyak persamaan pada orang yang bernama Zulkifli. Jadi untuk letak nama anak kelima kami, saya perhati peribadi orangnya dahulu.

Nama Membentuk Peribadi

Fikir punya fikir, isteri tanya, “Siapa kawan Abang yang paling baik?”.

Terus fikiran saya teringatkan sahabat saya Hifdzi. “Kita letak nama Hidzi jer lah Yang?”. Isteri setuju. Lepas berSMS, sahabat saya Hifdzi pun setuju! Kami buat keputusan, saya terus ke JPN. Saya suka nama “Hifdzi”, sebab saya suka peribadi sahabat saya Hifdzi.

“Hifdzi”. Maksud literalnya ialah "penjagaanku (hafiz)"...

Huraian dari sudut hakikatnya. "Ingatanku" iaitu tanda ingatkan kami kepada Allah melalui pemberian anak. Mudah-mudahan anak tersebut membuatkan kami sentiasa ingat pada Allah..

Sempena Nama Sahabat Karib

“Hifdzi” adalah nama sahabat karib saya. Beliau adalah antara sahabat yang paling alim dan wara' yang pernah saya kenal. Kami bersahabat sejak di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Bila ada masalah yang agak rumit dalam hidup, saya rujuk pada beliau. Nama anak sulung kami "Aisyah" pun kami pilih atas cadangan beliau.

Beliaulah sahabat saya yang memperkenalkan pengajian menadah kitab, dan berguru dengan guru tasauf kami iaitu Paksu Hamid, di Kg. Gunong, Pasir Putih (Kelantan). Lepas SPM, saya ikut-ikut beliau pergi menadah kitab sana sini.

Hifdzi Yang Ku Kenali

Di KISAS dulu, beliau adalah rakan sebilik saya. Sepanjang persahabatan kami sejak di KISAS hingga ke pondok, saya tak pernah perasan bila dia tinggal solat tahajjud. Bila celik mata jam 5.00 atau 5.30 pagi, mesti dia tengah bertahajjud atau bersimpuh atas sejadah dengan tasbihnya - dah siap tahajjud menanti subuh. Dan sampai hari ni pun, saya yakin dia jarang-jarang sekali tinggal tahajjud.

Satu lagi keistimewaan Hifdzi ni, kalau jumpa dia mesti jadi insaf sikit. Sembang topik apa pun, mesti akan terkait dengan Tuhan... aduh.. bukan sembang yang di buat-buat, tapi secara automatik mesti tercakap tentang Tuhan.. Mungkin sebab dia terlalu dekat dengan Tuhan..

Tapi Hifdzi ni agak sempoi orangnya.. pakai macam orang biasa jer.. tak nampak ciri-ciri ‘ustaz’ langsung. Di luar dia tak pakai kopiah, berjubah dan berserban.. Cuma bila mengadap Tuhan jer biasanya dia lengkap dengan uniform begitu..

Komitmen Hifdzi Dalam Berguru & Beribadah

Saya kagum pada konsistennya beliau dalam beribadah dan sangat komited mencari guru. Dan beliau memang rapat dengan ramai guru, hinggakan seorang dari guru kami menggelarkan beliau sebagai "guru". Kerana ilmunya, kekadang guru kami pun ada rujuk pada beliau.

Dari sudut kerjaya, Hifdzi seorang lawyer dan businessman. Dia ada firma dan syarikat sendiri di KL ni. Ramai client dia suka pada dia sebab dengan bantuan Allah, dia selalu dapat bantu client selesai sesuatu masalah secara holistik. Luaran dan dalam.. rohani dan jasmani.

Dari sudut material, saya tak tahu berapa income dia, tapi beliau beli rumah lebih RM400,000 di Denai Alam. Terakhir jumpa dia beberapa bulan lepas, nampak dia pakai Mercedes S280.

“Wah, anta dah pakai Mercedes yer Zi?”

“Tak lah… itu kereta company”. Company dia bersama abangnya.

Aduh… dengan umur sebegitu muda, rendah diri orangnya.. mungkin itu bonus dari Tuhan untuk dia..

Dari sudut mendidik anak-anak... aduh... dia benar-benar komited didik anak-anak sejak dalam perut lagi, secara konsisten. Saya memang surrender bab ni.. Mungkin rohani dia cukup kuat untuk berkomunikasi dengan anak sejak dalam rahim lagi.

Hifdzi Mengingatkanku Pada Tuhanku

Saya biasa ziarah beliau 6 bulan atau setahun sekali.. lepas jumpa dia, insaf sekejap.. lepas tu lupa, balik macam asal.. Aduh.. apalah nak jadi dengan aku nih.

Saya tak mampu tiru Hifdzi... Mudah-mudahan anak kami yang diberi nama "Hifdzi" ni, jadi baik sebagaimana sahabat karib saya, Hifdzi... insyaAllah..

Zulkifli

Damansara Heights

19 Ogos 2010

9 Ramadhan 1431

Sunday, August 15, 2010

Lebih Cergas Bila Berpuasa


Hari ni hari kedua puasa. Alhamdulillah.
Dua hari semenjak puasa ni, badan rasa ringan, perut rasa lapang dan selesa, badan rasa cergas, dan aktif. Alhamdulillah. Memang sangat berbeza berbanding sebelum puasa.
Sebelum puasa, badan selalu rasa berat, asyik ulang-alik pergi toilet jer kat pejabat. Bila lepas sarapan pagi dan makan tengahari, rasa agak mengantuk, agak slow untuk kerja dan otak agak lembab. Mungkin itulah antara hikmah kita kena selalu puasa.
Otak Cergas Bila Berpuasa
Dah dua hari puasa ni, badan rasa cukup rehat. Kerja pun jadi laju dan efisien. Otak jadi lebih fokus pada kerja. 'RAM' agak laju sikit bila puasa. Mungkin sebab kekenyangan menyebabkan otak kita jadi lembab sikit.
Hm, memang betullah, sepatutnya ken puasa sunat Isnin dan Khamis secara konsisten supaya lebih sihat, rohani dan jasmani. Mungkin lepas habis Ramadhan ni, nak kena tanam azam untuk komited dengan puasa sunat. Supaya sentiasa sihat dan cergas, insyaAllah.
Zulkifli
Damansara Heights
12 Ogos 2010
2 Ramadhan 1431

Wednesday, August 11, 2010

Beli Rumah Tanpa 'Hutang'

Apartment kos rendah kurang sesuai untuk tujuan pelaburan. (gambar hiasan)
Tadi Nasir, sahabat saya sms minta pandangan, okay tak kalau dia beli rumah tingkat 3, di Apartment Idaman Damansara Damai dengan harga RM55,000.
Balas saya ringkas, kalau tingat 3 dengan harga tersebut, bagi saya agak mahal. Kalau ikutkan, RM55,000 tu mungkin dah setara dengan harga pasaran, tapi bagi saya ianya mahal kalau kita nilai dari sudut pelaburan hartanah.
Saya cadangkan Nasir, kalau nak beli, beli rumah tingkat 1. Harganya mungkin sekitar RM60,000 - RM65,000. Ia masih berbaloi untuk jangka panjang sebab ia mudah disewakan.
Beli Tingkat 1 atau Ground Floor
Saya dah hampir 7 tahun tinggal di rumah apartment. Rumah yang kami beli dan duduk sekarang, adalah rumah yang kami sewa sejak tahun 2005 lagi. Jadi, soal penyewaan rumah apartment yang tak ada lift ni, saya rasa memang tak berbaloi beli rumah tingkat 3, 4 dan 5. Memang agak susah untuk disewakan. Kalau dapat sewakan pun, harganya agak murah berbanding ground floor atau tingkat 1. Dan lebih tak berbaloi, biasanya penyewa tak akan bertahan lama... tak tahan panjat tangga...
Saya pernah ada pengalaman setahun menyewa di tingkat 4! Aduh... sungguh memenatkan. Memang tak tahan terutamanya bila ada anak kecik. Dan lagi susah bila isteri mengandung. Hati riang ceria bila balik kerja, tapi bila panjat tangga 4 tingkat, muka jadi suram sebaik saja sampai di muka pintu! Penat.... Itu belum kes ada barang tertinggal...
Awas Dengan Penyewa Low Cost Mentality
Bagi yang agak serius nak beli rumah apartment, untuk duduk dan pelaburan hartanah, seboleh-bolehnya elakkan membeli low cost apartment. Bukan faktor murah. Tapi faktor utama ialah masalah dengan penyewa yang low cost mentality! Ini yang susah ni...
Rumah tak dijaga dengan baik, liat bayar sewa, dan mungkin kurang jaga dari sudut kebersihan. Kalau bukan sebab penyewa sekalipun, apartment mungkin berhadapan dengan masalah maintenance. Maintenance yang tak begitu baik menyebabkan kawasan kurang bersih dan tak begitu terurus.
Biasanya, bagi siapa yang biasa duduk di apartment kos sederhana ataupun kondominium, mereka mesti tak selesa tinggal di apartment kos rendah. Antara sebabnya, persekitaran yang kurang bersih.
Tambahan Pendapatan RM140 Kerana Beli Rumah
Sebelum saya buat keputusan beli rumah yang kami duduk sekarang, banyak faktor kami pertimbangkan. Beberapa buku hartanah saya baca. Dan hasilnya alhamdulillah, kami tak menanggung 'hutang' pada membeli rumah.
Sebabnya, kami bayar bank RM555, tapi kalau disewakan, kami boleh dapat sewa RM550. Maksudnya, kami cuma bayar installment bank RM5 sebulan! Dan yang lagi best, majikan bayar subsidi faedah pinjaman perumahan RM220 sebulan!
Kalau ikut perkiraan sebenar, aliran tunai bersih kami setiap bulan ialah RM140 sebulan i.e. RM220 - RM5 - RM75 (maintenance fee). Kami dapat tambahan pendapatan RM140 sebulan kerana beli rumah berbanding dulu, kami hangus duit sewa RM450 sebulan - nilai sewaan dulu.
Dan berita lebih baik ialah rumah tingkat 1 dan ground floor di apartment kami amat senang disewakan. Biasanya, kalau penyewa keluar, paling lama kosong cuma sebulan! Melainkan tuan rumah buat keputusan untuk tak disewakan.
Buat Hutang Tanpa Berhutang
Em, banyak lagi kalau nak cerita pasal hartanah ni. Ciri-ciri rumah macam mana yang bagus untuk dibeli tak sempat saya kongsikan sekarang. Apa yang paling penting, saya masih bebas dari segala 'hutang', walaupun saya membeli rumah secara hutang.
Seboleh-bolehnya, saya nak terus kekal hidup tanpa berhutang! InsyaAllah.
Zulkifli
Damansara Heights
11 Ogos 2010
1 Ramadhan 1431

Saturday, August 7, 2010

Anak-anak Perlu Bermain

Bawa anak-anak ke playground dekat Seksyen 5, Kota Damansara pagi tadi.

First time singgah playground ni, alang-alang ada urusan kat area situ.

Seingat saya, waktu umur begini, kami keluar bermain setiap hari! Sekurang-kurangnya di halaman dan keliling rumah.

Tapi bila tinggal di rumah apartment, ruang bermain untuk anak-anak sangat terhad. Bukan salah mereka kalau mereka meragam, lompat atas sofa dsb. Sebab mereka PERLU BERMAIN.

Kalau boleh, nak bawa mereka keluar bermain tiap-tiap hari. Tapi disebabkan waktu sangat terhad sekarang, cuma seminggu dua kali sahaja.

Playground di sini bersih, peralatannya agak terjaga. Alhamdulillah. Next time, boleh singgah lagi, insyaAllah.

Anak-anak perlu bermain untuk 'hidup'.

Mereka belajar dengan bermain. Bermain, maksudnya mereka belajar.

Tuesday, August 3, 2010

Birthday Amal Hayati Ke-4

Pejam celik, pejam celik, Amal Hayati dah berumur 4 tahun dah. Puji-pujian bagiMu Ya Tuhan...

Kek Cheese Choc Secret Recipe pilihan Amal.

Fathi menunggu keknya.

Celebrate di Secret Recipe Sri Damansara.

Bestnya kek tu... Alhamdulillah...

Sambung di rumah...

Hadiah birthday Amal...