Friday, November 26, 2010

Oh Tuhan, Bimbinglah Kami...

Hidup ni rasa nak dapatkan macam-macam. Rumah lapang, kereta besar, harta banyak dsb. Tapi di hujung hidup, manusia tetap kembali pada Tuhan sehelai sepinggang. Tak ada satu pun yang dibawa...
Oh, manusia benar-benar hidup untuk mati... hidup rupa-rupanya untuk berbakti... Untuk berbuat bekal setelah mati...
Kekadang, bila sibuk cari dunia, kita lupa hujung pangkalnya. Kekadang, apa yang kita cari, sebahagiannya dah sedia kita miliki. Duit yang kita cari, bukan untuk duit. Tapi ada sesuatu yang kita nak disebalik duit.
Oh, tenang dan damainya jiwa bila dapat khusyuk dalam solat & ibadah... jiwa & minda benar-benar dapat rehat dengan ibadah... Tenang dan lapangnya jiwa bila dapat berjemaah di masjid... Damainya jiwa bila dapat bertadabbur Al-Quran, bersunyian bersama Tuhan ketika qiam... Puasnya hidup bila dapat bantu mereka yang memerlukan... Gembiranya hati bila jumpa keluarga dan sahabat yang soleh...
Oh bahagianya hidup didampingi isteri yang solehah... anak-anak yang terdidik..
Oh Tuhan... hidupkan kami dalam iman... matikanlah kami dalam iman... masukkan kami ke dalam SyurgaMu dengan iman...
Oh Tuhan, anugerahkanlah kami isteri dan anak-anak penyejuk hati kami... Jadikanlah kami imam bagi orang yang bertaqwa...
Oh Tuhan, berikanlah kepada kami hasanah di dunia... dan berikanlah kami hasanah di Akhirat... dan lindungi kami dari azab neraka... Perkenankanlah ya Allah... wahai Tuhan sekalian alam...
(Monolong di pagi Jumaat, 26 November 2010, 20 Dzulhijjah 1431)

Monday, November 22, 2010

Dinar Kelantan vs Dinar Public Gold

Dinar (logam emas) dan Dirham (logam perak) Kelantan.

Nak kongsi pada semua sahabat yang berminat dengan emas iaitu pasal Dinar Kelantan vs Dinar Public Gold (PG). Yang mana lebih untung?

Beza harga beli dan jual balik (spread):
  • Dinar Kelantan – 10%
  • Dinar Public Gold – 6%

Dinar PG Lebih Cepat Untung

Untuk makluman sahabat, Dinar Kelantan agak tinggi spreadnya - perbezaan harga jual dan harga beli iaitu sekitar 10%. Saya baru jer call dan confirm dengan cawangan Ar-Rahn Kelantan di KL pagi tadi. Sahabat boleh juga cek harga semasa di website Ar-Rahn Kelantan (klik di sini).

Dari sudut ‘pelaburan’, lagi besar spread, lagi lambat dapat untung. Katakanlah harga emas dah naik sebanyak 10%, bagi sesiapa beli Dinar Kelantan, mereka cuma baru balik modal jer i.e. kenaikan harga 10% - spread 10%. Tapi bagi sesiapa simpan Dinar Public Gold, dia telah pun dapat untung sebanyak 4% (10% - 6%).

Sunday, November 21, 2010

Kenangan KISAS SPM 1997

Pelajar kelas 5-12 - Aliran Agama (SPM 1997)

Kertas terakhir SPM 1997. Kalau hari ni, hari terakhir pelajar akan pecah cermin tingkap sekolah, tapi bagi kami hari kesyukuran. Semua pelajar lelaki pakai serban untuk kertas terakhir.

Lepas habis exam, kami ke Shah Alam. Jamuan perpisahan.

Jalan kaki balik dari Bandar Klang. Bukan dekat tu untuk ke KISAS di Kg. Jawa. Ni masa bulan puasa. Hari yang sedikit terkilan sebab tak bangun tahajjud di malam ganjil Ramadhan. Cuaca siang hari tu agak tenang, sedikit suram seolah-olah lailatul qadar baru sahaja berlalu.

Kumpulan Nasyid Shoutul Mujahidin. Masa tu kami selalu berentap dengan All For Ummah (SMAPKL), Anugerah (SMAKL), Mirwana (Ma'ahad Hamidiah). Masa tu belum banyak sekolah yang ada kumpulan nasyid sendiri. Kami selalu dipanggil ke universiti area KL/ Selangor buat persembahan.

(Terjumpa foto-foto ni masa balik kampung Raya Haji minggu ni)

Wednesday, November 17, 2010

Bisnes Dulu Baru Melabur


Ada ramai yang tanya saya pasal pelaburan (terutamanya tentang emas), walaupun saya bukanlah orang yang layak bagi nasihat pelaburan. Ada juga yang tanya pelaburan apa yang paling baik.
Soalan standard saya ialah kenapa nak melabur? Ada yang jawab sebab nak buat income.
Kenapa Nak Melabur?
Pada saya, pelaburan bukan tempat yang sangat baik untuk buat duit bagi orang kebanyakkan. Pelaburan sebenar hanyalah tempat yang ideal untuk orang kaya-kaya sahaja. Kalau setakat RM20,000, RM30,000, berapa sangat yang kita boleh dapat?
Kalau nak buat duit, lebih baik cari kerja ataupun buat bisnes! 'Return on investment'nya jauh lebih tinggi kalau kita kerja ataupun bisnes.
Habis tu, kenapa saya beli emas? Sebabnya duit tu dah tak produktif. Daripada duit tu tak bergerak dan sentiasa susut dimakan inflasi, lebih baik saya tukar kepada emas. Duit tu memang saya tak pakai dalam masa setahun.
Melabur Sebab Duit Dah Tak Produktif
Dulu masa saya start bisnes main-main, saya keluarkan modal RM400. Bila ada orang order barang, saya guna duit tu untuk beli produk dan hantar pada pelanggan. Dapat untung saya simpan. Dapat lagi untung, saya simpan lagi, lagi dan lagi. Tapi sampai satu tahap, simpanan hasil bisnes main-main saya dah jadi RM7,000.
Lama-lama, saya perasan, bisnes kecil-kecilan saya tak perlukan modal pusingan sampai RM7,000. RM7,000 tu terlalu besar. Duit yang bergerak keluar masuk untuk pusing bisnes cuma RM3,000. Lagi RM4,000 tu memang tak bergerak. Duit tu dah tak efisien lagi...
Melupakan Simpanan Dengan Emas & Perak
So, saya fikir-fikir, daripada duit tu tak bergerak, lebih baik saya campakkan ke tempat lain yang lebih baik. Sebahagiannya saya campak dalam tabung haji untuk dapat dividen, sebahagiannya saya beli silver bar. Dan akan datang, duit extra hasil bisnes, saya akan beli dinar emas, gold bar dan syiling emas.
Kalau lebih RM600 beli emas, kalau lebih RM1,000 - RM4,000, beli gold bar ataupun syiling kijang emas. Itulah lebih kurang plan saya untuk akan datang.
Kenapa asyik nak beli emas dan perak? Sebabnya, saya nak lupakan duit tu. Ia adalah simpanan untuk dilupakan. Salah satu sebab kenapa orang kaya jadi kaya ialah dia simpan duit secara konsisten, dan duit tu tak diusik-usik.
Melabur Jangka Panjang dan REAL Property
Dan saya perhati, memang itulah cara orang bisnes buat. Bila duit bisnes dah melimpah ruah, dia akan campakkan duit tu dalam pelaburan. Dan apa yang Chef Li bagi tau, kebanyakkan "jutawan senyap" suka melabur dalam real property dan pelaburan bersifat jangka panjang. Ada duit beli rumah (untuk disewakan), beli tanah, beli lot kedai dsb. Kalaupun mereka beli saham, mereka akan beli untuk jangka panjang. Bukannya beli hari ni, esok jual.
Orang bisnes melabur bukan sebenar-benarnya untuk buat duit, tapi sebabnya duit tu dah tak lagi efisien untuk pusing bisnes mereka. Itu benar-benar duit lebihan, bukan duit yang nak pakai sehari dua.
Jadi, kalau nak melabur sebab nak buat duit, saya rasa ianya tak berbaloi. Sebabnya, pelabur sebenar melabur lepas mereka buat duit dari bisnes. Berbisnes dulu baru melabur...
Wallahu a'lam.
Zulkifli
Damansara Heights
15 November 2010
9 Dzulhijjah 1431
Dan bila asset yang mereka laburkan dapat jana pendapatan pasif yang besar dan konsisten, masa tu mereka mula retire. Mungkin mereka akan jual bisnes mereka. Mereka hidup sebagai pelabur sepenuh masa. Sepertimana Robert T. Kiyosaki, penulis buku best seller Rich Dad Poor Dad.

Friday, November 12, 2010

Emas Juga REAL Property!

Simpan emas bagus untuk pendidikan anak-anak dan pergi haji.
Hari tu, masa ke pejabat Public Gold di Sunway Mentari, sempat sembang lama dengan Raymond, staff Public Gold. Masa tu dah nak maghrib. Orang semua dah balik. Tinggal staff Public Gold, dan dua orang dealer termasuk saya.
Pengalaman Belajar Uji Ketulenan Emas
Sempat tengok macam mana dia test berat dan ketulenan emas dan perak. Dan mungkin, itulah kali pertama saya sentuh dinar emas dan kepingan emas seberat 20 gram, 50 gram dan 100 gram! Emas orang punya, bukan saya punya... (",)
Sebelum tahu pasal emas ni, saya memang tak ambik peduli sebab saya ingatkan emas ni hal orang perempuan jer.
Satu pengalaman menarik yang dikongsikan oleh Raymond sambil tengok dia test emas-emas yang orang jual balik pada Public Gold.
Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak
"You tahu tak macam mana orang Cina simpan emas untuk education anak dia?" Wah... teringin juga nak ambik tahu.
Katanya, masa anak tu lahir, dia akan beli kepingan emas 100 gram dan simpan. Setiap kali birthday anak dia, dia akan beli sekeping 100 gram. Bayangkan 18 tahun dia buat macam tu. Maknanya masa birthday ke-18, anak tu ada 18 keping emas 100 gram! Bersamaan 1,800 gram emas! Kalau ikut nilai sekarang, value emas dia ialah RM270,000! Wah... lepas duit belajar, siap boleh beli kereta, dan ada baki lagi...
Pada saya, kalau tak mampu simpan emas 100g setiap kali birthday anak, belilah dinar, ataupun gold bar 20g. Janji ada TABIAT menyimpan untuk anak-anak.
Satu perkara yang kita kena ingat, untungnya simpan emas ialah ia tahan inflasi. Kalau simpan duit, nilai RM270,000 18 tahun akan datang mungkin tak sebesar mana. Tapi bila simpan 1,800 gram emas, kuasa belinya pada 18 tahun akan datang tetap sama dengan kuasa beli 1,800 gram hari ni, bahkan mungkin lebih.
Nak Pergi Haji, Simpan Emas
Satu ilmu penting yang saya belajar masa ke Seminar Perniagaan Emas hari tu ialah, kalau nak pergi haji, simpan emas. Sebabnya, kita tak perlu takut kalau kos pergi haji meningkat. Kos haji meningkat, maksudnya kuasa beli duit kertas menyusut! Tapi kalau simpan emas, emas tu nanti cukup untuk pergi haji, bahkan mungkin akan lebih lagi. Sebabnya harga emas meningkat, nilai duit kertas menyusut!
Jadi, nak pergi haji simpan emas. Untuk pendidikan anak-anak, simpan emas. Nak simpan duit kawin, simpan emas. Sebabnya, emas juga adalah REAL PROPERTY.
Dulu saya ada terfikir nak "protect wealth" dengan beli hartanah. Beli rumah untuk disewakan, ataupun beli tanah. Bukan nak buat untung sangat, tapi nak lari dari inflasi sebab nilai hartanah sentiasa naik. Tapi masaalahnya, modal tak besar. Keduanya urusan jual beli hartanah bukan mudah. Makan masa.
Emas Juga Adalah Real Property
Bila dah tahu pasal emas, alhamdulillah... saya senang hati sekarang. Modal kecik pun boleh beli REAL PROPERTY! Kalau ada dalam RM600, belilah dinar. Kalau ada dalam RM3,000 - RM4,000, belilah gold bar, ataupun syiling emas. Emas juga adalah REAL PROPERTY! Mungkin ia adalah real property yang MOBILE! Boleh disimpan dan dibawa ke mana-mana.
Apa-apa pun simpanan, ianya sangat ideal bagi orang hidup 'tanpa' hutang! Kalau banyak hutang, langsaikan hutang dulu. Lagi-lagi kalau hutang kad kredit. Sebabnya, interest dia 18% setahun! Wow... banyak tu. Boleh set-off dengan kadar kenaikan harga emas setahun!
Jom, pakat-pakat hidup tanpa hutang. Bukan sekadar plenty of money, tapi yang lebih penting ialah peace of mind kata mentor saya.
Wallahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
27 Oktober 2010
19 Dzulkaedah 1431

Monday, November 8, 2010

Jom Qurban 1431

"Barang siapa yang mendapati dirinya mempunyai kelapangan/ kemampuan (rezeki untuk berkorban), tetapi dia tidak mahu berkorban, maka jangan sesekali mendekati tempat solat kami" - Hadis Riwayat Ahmad
Peringatan Nabi S.A.W.
Siapa mampu, dia kena buat ibadah Qurban. Hukumnya sunat muakkad. Sunat yang dituntut. Sunat yang hampir pada wajib.
Tahun lepas, saya buat Qurban melalui EZQurban. Tahun ni belum decide lagi, tapi cadangannya nak buat dengan Ustaz Riduan Mohamad Nor, di bawah program Qurban di Peta Luka Umat Islam.
Kepada kawan-kawan yang ada kemampuan, jangan lupa dengan ibadah Qurban. Ia memang optional, tapi ia dekat kepada WAJIB, hinggakan Nabi S.A.W tak bagi datang dekat dengan masjid baginda bagi sesiapa yang buat sambil lewa dengan ibadah Qurban.
Moga dengan ibadah Qurban tahun ni, Allah memberikan keampunan dan kebajikan kepada kita semua. Amin...
Zulkifli
Damansara Heights
8 November 2010
2 Dzulhijjah 1431
Artikel lalu yang berkaitan:
1. Aqiqah & Qurban Bukan Hal Remeh
2. Qurban: Ibadah Gotong-Royong - pengalaman qurban tahun lepas.

Thursday, November 4, 2010

Clearence BNM Tentang Public Gold


Hari tu ada sahabat tanya, adakah Public Gold dapat clearence Bank Negara? Jawapannya "Ya". Saya baru jumpa salinan surat kebenaran daripada Bank Negara. Rupa-rupanya boleh download jer dari website Public Gold, dekat bahagian PG Milestone.


Apa yang kita tak perlu takut sebab PG cuma terlibat jual dan beli emas sahaja. Tak ada sebarang skim pelaburan ditawarkan. Bagi duit dapat emas, bagi emas dapat duit. Itu jer. Emas tu kita simpan sendiri. Kalau bagi duit tapi cuma dapat kertas dan janji keuntungan, itu memang kena hati-hati. Banyak scam pelaburan emas kebanyakkan mengunakan cara tu.
Aduh... banyak sangat posting pasal emas sekarang ni. Terpaksa menulis lagi sebab lepas posting pertama pasal emas hari tu, banyak soal jawab yang datang. Ramai orang berminat nak tahu lebih mendalam tentang emas nampaknya.
Sekadar Membantu
Ada juga orang jauh sms saya di awal pagi lagi. Saya pun tak kenal dia sebelum ni. Dia nak jadi 'billionnaire' emas katanya. Alhamdulillah, begitu besar wawasan beliau. Moga Allah mempermudahkannya. Sebab jauh, saya tak dapat serve dia, jadi saya bagi no. contact ejen yang terdekat dengan tempat dia. Sekadar membantu.
Kalau dia dapat kebaikan, moga dengan kebaikan itu Allah kembalikan pada kami sekeluarga, insyaAllah.
Wallahu a'lam.
Zulkifli
Damansara Heigths
4 November 2010
27 Dzulkaedah 1431

Wednesday, November 3, 2010

Quick Review Tentang Emas Fizikal


Ramai kawan tanya pasal emas seminggu dua ni. Ada yang email, ada yang call, ada yang sms. Macam-macam soalan. Ada yang saya tak sure, saya terus contact sifu emas saya. Dia lagi banyak tahu sebab dah lebih 10 tahun dia buat reseach pasal emas. Dia simpan emas sejak tahun 2000 lagi.

Kat bawah ni saya buat 20 point Quick Review untuk memudahkan rujukan sahabat-sahabat semua. Moga bermanfaat.

Point #1: Harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang. Purata kenaikan harga emas ialah 20% setahun. Kalau nak simpan, minimun setahun. Guna duit yang agak-agak tak pakai dalam masa setahun.

Point #2: Emas tahan inflasi dan kegawatan ekonomi. Simpan emas, tak akan takut kenaikan harga barang, tak takut bila duit RM lemah, tak takut kalau negara tak stabil, berlaku peperangan dsb.

Point #3: Kalau ada hutang kad kredit, langsaikan hutang dulu. Tak berbaloi ada hutang kad kredit, dalam masa yang sama beli emas.

Point #4: Emas senang ditukar kepada cash. Tak perlu risau pasal nak jual balik. Kalau sayang nak jual, boleh pajak jer di Ar-Rahnu.

Point #5: Emas hanya boleh dibeli secara tunai. Beli cara hutang, hukumnya haram.

Point #6: Emas simpanan kena keluar zakat 2.5% kalau lebih 85gram.

Point #7: Jenis emas fizikal yang ada di Malaysia dan bagus untuk simpanan; (1) Kijang Emas Bank Negara, (2) Dinar Kelantan, (3) Emas & Dinar Public Gold. Selain tiga ni, ada banyak lagi, tapi tak berapa famous.

Point #8: Cara terbaik untuk simpan emas ialah beli emas Public Gold. www.publicgold.com.my dan www.publicdinar.com. Sebabnya banyak. Antaranya, senang beli, senang jual. Saya dah kaji.

Point #9: Mana nak beli emas? (1) Kijang Emas, pergi ke Maybank tertentu, (2) Dinar Kelantan, cari di Ar-Rahnu tertentu, (3) Public Gold, cari di company Public Gold, atau contact ejen Public Gold lagi mudah.

Point #10: Mana nak simpan? Kalau sikit, simpan kat rumah. Tapi kena kreatif. Kalau banyak, takut tak lena tidur, simpan di Safe Deposit Box di bank, ataupun syarikat swasta. Kalau tanya saya, lebih baik pilih syarikat swasta sebab nilai insuransnya tinggi. Nilai sewa dia berbaloi, sekitar RM80 – RM550. Tengok saiz box.

Point #11: Berapa modal? Kalau modal kecik (min. RM600), beli dinar. Kalau modal besar (min. RM3,000), beli gold bar, syiling emas, Kijang Emas.

Point #12: Mana untung beli barang kemas compare dengan dinar, dan gold bar? Dinar dan gold bar lagi untung. Barang kemas rugi bila nak jual balik kat kedai emas.

Point #13: Emas Public Gold, mana untung beli direct dari syarikat atau melalui ejen? Harganya sama, tapi lebih untung beli dari ejen, sebab boleh dapat free consultation, guidance dan lain-lain bantuan dari ejen yang anda percaya. Silap-silap, dapat free delivery.

Point #14: Kat mana office Public Gold? Kat KL di Sunway Mentari. Di KB, Jln Kebun Sultan. Yang lain, di Ipoh, Penang (HQ), Sungai Petani.

Point #15: Macam mana nak beli? Contact saya. Kalau tak dapat bantu, saya akan bagi contact ejen-ejen Public Gold yang terdekat.

Point #16: Macam mana buat untung dengan emas ni? (1) Beli dan simpan sekurang-kurangnya setahun. (2) Jual hanya bila perlu duit cash, kalau tak, simpan jer. (3) Berniaga emas – lagi untung, tapi modal besar, dan kena berhati-hati dengan hukum hakam dia. Takut terlibat dengan riba.

Point #17: Ok tak kalau masuk Skim Pelaburan Emas? Kebanyakannya adalah SCAM – penipuan. Juahkan diri dari mana-mana SKIM pelaburan emas. Berhati-hati kalau beli emas, tapi tak dapat emas fizikal.

Point #18: Mana bagus, buka Akaun Simpanan Emas di Maybank, Public Bank dan Kuwait Finance House berbanding emas fizikal? Beli emas fizikal lagi bagus. Maybank & Public Bank belum ada pengesahan halal.

Point #19: Mana untung simpan dalam ASB, Tabung Haji berbanding beli emas? Jauh lebih untung beli emas. Purata kenaikan emas 20% setahun. Tabung Haji (5%), ASB (6.5% lepas tolak zakat). Belum tolak infasi 4%.

Point #20: Kat mana nak tengok harga emas semasa? (1) Kijang Emas http://www.bnm.gov.my/ - berubah setiap hari (2) Dinar Kelantan http://islamicmint.com.my/ - berubah setiap hari (3) Public Gold www.publicgold.com.my dan www.publicdinar.com – berubah setiap 20 minit. Kena contact ejen untuk lock price kalau nak beli.

Soalan Bonus:

Soalan #1: Public Gold dapat pengesahan Bank Negara tak? Jawapannya tak perlu sebab PG cuma ‘kedai emas’. Yang terlibat dengan jual beli emas sahaja. Bagi duit dapat emas fizikal, bagi emas fizikal dapat duit. Tak ada apa-apa skim pelaburan ditawarkan.

Soalan #2: Adakah ada jaminan emas ni akan sentiasa naik? Tak ada jaminan. Harga emas juga boleh jatuh. Tapi dia tak akan jatuh lingkup sebab emas sentiasa berharga sepanjang zaman. Masa sekarang lagi kritikal beli emas sebab dunia tengah berperang matawang. Jadi selamatkan ‘kekayaan’ anda kepada emas sekarang!

Soalan #3: Macam mana nak tahu emas Public Gold tulen ke tak? Boleh test di ofis PG, atau mana-mana kedai emas, atau Ar-Rahnu. Kalau emas tak tulen, Ar-Rahnu akan tolak. Silap-silap dia akan panggil polis, atas dakwaan cuba menipu!

Pasal emas ni, jangan percaya cakap saya. Tapi anda semua perlu buat kajian sendiri. Apa yang saya tulis, itu cuma ilmu dan pandangan saya yang serba kekurangan. Dan saya bukan pakar dalam mana-mana bidang yang saya tulis. Tulisan saya hanya taraf sembang ‘kedai kopi’ jer.

Sekiranya ada manfaat, puji-pujian bagi Allah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
3 November 2010
26 Dzulkaedah 1431

Artikel ini telah saya upgradekan ke dalam bentuk ebook ringkas yang lebih berinformasi dan dikemaskini dari masa ke masa. Sahabat semua boleh download di sini (klik di sini).

Artikel berkaitan: