Monday, December 20, 2010

Protect Your Brain!

"Saya tak baca news paper, saya tak tengok berita (TV)! Saya cuma baca buku-buku motivasi dan bacaan yang membina masa depan saya. Tak payah baca la news paper (akhbar). Mengarut semua tu. Lagi-lagi Harian Metro. Kita boleh hidup nya kalau tak baca news paper pun!..."

Antara pesanan Tuan Syukor Hashim (sifu pelaburan emas Malaysia) kepada saya masa saya call dia minggu lepas untuk tanya beberapa persoalan pasal pelaburan emas.

Orang Berjaya Tak Baca Akhbar 

Saya terkejut dengan pesanan beliau. Saya fikir, mentor bisnes saya dan rakan-rakan beliau jer yang tak baca paper (akhbar). Rupa-rupanya, orang berjaya yang lain pun sama. Mungkin inilah salah satu tips untuk berjaya iaitu “Jangan baca akhbar!”

Wednesday, December 15, 2010

Rugi Beli Kereta

Daripada beli kereta baru, lebih baik beli hartanah baru. Harga kereta sentiasa susut, tapi nilai hartanah sentiasa naik, naik dan naik.
"I tak beli kereta"

"I cuma beli property dan gold jer. Hari tu I beli rumah kat area Mutiara Damansara RM1.2 million, sekarang dah nak siap. Price sekarang ni around RM2.5 million. Kalau I jual sekarang, senang-senang jer I boleh dapat RM1 million!"

Kata Kak Liz sambil membelek-belek koin Dirham Kelantan saya.
Terkejut. Dalam diam-diam, rupanya Kak Liz ni orang kaya.
Kak Liz ni jenis orang sempoi jer. Pakai kereta Proton Iswara lama jer. Tapi rupa-rupanya, asset dia dah melebihi jutaan ringgit! Jutawan senyap kata Chef Li.
Gaji Besar Belum Tentu Kaya
Memang macam tu lah yang saya perhati orang kaya-kaya. Orang kaya bagi saya bukan orang yang berpendapatan besar, tapi dia ada asset melebihi jutaan ringgit, dan asset tersebut sentiasa bagi pulangan berterusan.
Kebanyakkan 'jutawan senyap' ni tak bermegah-megah dengan kereta. Dia tahu nilai kereta yang sentiasa susut. Rugi kalau sentiasa tukar kereta baru. Asalkan dapat ke sana ke mari dengan selamat dan agak selesa, itu dah memadai. Tak bergaya pun tak apa, asalkan kaya.
Biar Tak Bergaya, Asalkan Kaya
Saya tengok seorang businessman Cina pun macam tu. Umurnya dalam 30an. Pendapatannya sekitar RM300,000 setahun. Tapi pakai kereta Toyota Camry jer walaupun pendapatan bulanannya mampu untuk bayar installment Mercedes ataupun BMW! Katanya, dia tak kaya. Biasa-biasa saja. Tapi dia cash rich. Kalau nak beli rumah cash pun boleh!
Saya tengok, banyak perbezaan antara orang kaya dengan orang biasa. Paling berbeza ialah CARA BERFIKIR.
Orang biasa-biasa suka sangat beli kereta. Bila masuk kerja, dia akan beli kereta PALING MAMPU! Beli apa sahaja, dia akan beli yang paling mampu sampai tak lagi berbaki untuk disimpan.
Nak Kaya, Berbelanjalah BAWAH Kemampuan
Bila naik gaji, dia akan tukar kereta baru. Tambah lagi installment yang dia paling mampu!
Tapi bila saya baca buku-buku kewangan, antara sebab kenapa ramai orang tak kaya-kaya (selain kad kredit) ialah suka bertukar-tukar kereta! Tak caya, try la kira.
Hari ni beli kereta baru, dalam satu malam, nilainya jatuh sekurang-kurangnya RM5,000! Wow... banyak tu...
So, memadailah pakai kereta biasa-biasa saja. Asalkan dapat pergi dari point A ke point B dengan selamat, dan agak selesa, pakai jer lah kereta tu. (",)
Zulkifli
Damansara Heights
3 Disember 2010
27 Dzulhijjah 1431
p.s. Kalau anda ada asset RM1.2 juta, anda boleh dapat passive income sekurang-kurangnya RM6,000 - RM7,000 setiap bulan. Duit pencen seumur hidup.

Friday, December 10, 2010

Simpan Emas Cepat Pergi Haji


Untungnya siapa simpan emas untuk pergi haji. Kalau nak cepat pergi haji, simpan emas banyak-banyak. Rugi simpan duit kertas.
Kenapa tiap-tiap tahun kerajaan umumkan kenaikan kos buat haji? Sebabnya nilai duit kertas semakin menyusut. Tapi bagi sesiapa simpan emas, tak risau la kalau kerajaan umumkan kenaikan kos haji. Sebabnya, kuasa beli duit emas sangat stabil.

Sunday, December 5, 2010

Emas Putih Mahal, Tapi Rendah Nilainya


Memang cantik.

Itulah yang boleh saya komen pasal Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan.

Pagi tadi saya ke program New Dealer Orientation di ofis Public Gold Sunway. Lepas habis training dalam pukul 1.20 tghr, Fithrie Bijak Emas (Master Dealer) dah tunggu kat luar training room dengan satu plastik Dirham Kelantan.

First Time Tengok Dirham

Sebelum ni memang saya tak pernah tengok Dirham Kelantan secara fizikal. Sekali tengok, aduh... terus jatuh hati. Memang cantik. Ada kalimah syahadah, dan ayat quran yang sentuh tentang 1ummah.

Kebetulan harga silver hari ni turun sikit, saya ambik 15 biji koin 2 dirham Kelantan buat koleksi. Sebagai tambahan kepada simpanan perak saya. Gunakan dana bisnes yang dah terlebih-lebih.

Nanti nak beli Dinar Kelantan pulak untuk koleksi. Kalau dari segi untung, Dinar Public Gold lagi untung sebab spread dia kecik. Tapi untuk koleksi, memang Dinar Kelantan sangat memikat.

Dinar & Dirham Kelantan Cantik Untuk Koleksi

Dinar dan Dirham Kelantan keluaran 2010 sebenarnya design baru yang dikeluarkan oleh World Islamic Mint (WIM). Kalimah syahadah dan ayat quran tu akan diguna pakai untuk semua dinar dan dirham keluaran WIM. Yang berbeza cuma pada logo negeri ataupun kerajaan, itu saja.

Bagi sesiapa nak beli Dinar Kelantan, buat masa ni dah out of stock. Saya telefon Ar-Rahn KL hari tu, katanya tahun depan baru ada. Mungkin Januari baru sampai. Katanya, tempat minting di Dubai, wallahu a'lam.

Resit Belian Kena Simpan Baik-baik

Kursus New Dealer Orientation (NDO) tadi memang bermanfaat. Selain dapat new knowledge, dapat kembangkan networking.

Banyak persoalan saya pasal urus niaga emas clear lepas NDO tadi. Antaranya pasal macam mana Public Gold monitor money laundering activity, iaitu mengubah duit yang dapat secara illegal (seperti merompak, mencuri, rasuah) supaya jadi legal dengan membeli emas.

Bagi sesiapa yang beli emas, kena pastikan dia simpan tiga perkara. (1) Emas yang dibeli. (2) Sijil Ketulenan Emas. (3) Resit belian. Tiga benda ni memang penting, terutamanya bila nak guna untuk pajak ataupun apply pinjaman. Kalau salah satu tak ada, takut nanti bermasalah. Takut pihak Ar-Rahnu ataupun bank tak terima. Tak ada resit, mungkin salah satu tanda emas tu dia dapat dengan cara tak sah!

So, bagi sesiapa yang dah beli emas, terutamanya yang dah beli dari saya, pastikan simpan betul-betul resitnya.

Emas Putih Mahal Tapi Rendah Nilainya

Dan menarik juga, dapat kenal jenis-jenis emas. Kalau siapa tak ada ilmu emas, silap-silap kena tipu kat kedai emas masa berjual beli barang kemas. Contohnya pasal emas putih. Emas putih harganya lebih mahal dari emas 999 biasa. Ia dijual pada harga platinum (logam termahal), tapi tak ada value bila nak jual balik. Ia cantik, tapi rugi...

Satu lagi pasal emas 916. Emas paling bernilai ialah emas 999 dan 916. Emas 999 sangat lembut. Kalau gigit pun boleh lekuk. Emas 916 pulak keras sikit. Barang kemas kebanyakannya pakai emas 916, tapi emas 916 tak cukup kuat untuk pegang batu permata. Jadi kalau beli barang kemas 916 tapi ada permata, kena cek betul-betul. Biasanya separuh dia pakai emas 916, sebahagian lagi emas yang rendah kualiti macam emas 750.

Apa yang kita takut, emas dia gabung 916 dan 750, tapi dijual dengan harga 916 semuanya!

Etika Dealer Emas

Perkongsian dari Ms Denise tadi memang bermanfaat. Dan penting juga belajar pasal kod etika dealer emas. Dealer yang suka lelong-lelong emas di Facebook, jual harga rendah dari harga pasaran, kalau Public Gold dapat detect, dia akan kena black list! Itu memang kena ingat-ingat.

Apa pun, syukur alhamdulillah... nasib baik Allah gerakkan hati nak ke NDO. Ingatkan macam malas jer coz saya belum ada cita-cita nak jadi taukey ataupun saudagar emas. Sekadar simpan sendiri, dan bantu kawan-kawan terdekat jer.

Tapi bila terlibat dengan jual beli emas walaupun tak banyak, saya mesti tahu benda-benda asas pasal urusan jual beli ni. Takut terlanggar etika, tak ikut prosedur, tersalah advise pada customer dll.

Habis kursus, dapat sijil. Dapat kenal dua tiga orang dealer yang aktif. Dapat beli dirham, alhamdulillah.

Zulkifli
Damansara Damai
27 November 2010
21 Zulhijjah 1431

Saturday, December 4, 2010

Jejak Fakir Ramadhan 1431

Agihan bantuan Ramadhan 1431 surau syarikat ke Kg. Belimbing, Kuala Selangor. (foto Ramadhan lalu, baru sempat post)

En. Ahmad (Pengerusi Surau) berbaju biru mengetuai team Jejak Faqir

Singgah sekejap di Kompleks Kelip-Kelip, tunggu Ketua Kampung.

Kami pergi berlima. Saya, En. Ahmad, Abg Radzi, Azhar & Abg. Zamri.
Berziarah orang susah dapat membersihkan jiwa.
Tengok orang susah, timbul rasa syukur.
Tak pernah terfikir ada orang sesusah ini. Duduk di pondok kecil dalam semak. Menurut ketua kampung, walaupun susah, dia gigih bekerja dan tak mintak simpati pada orang.

Thursday, December 2, 2010

Mohon Sumbangan Untuk Adik Nur Farha Afifah

Assalamualaikum w.b.t.

Ringkasan.

Nama Pesakit : Adik Nur Farha Afifah bt. Mohd Dawami (8 bulan)

Sakit : Jantung Berlubang (4 injap) dan Sindrom Down

Kos Pembedahan : RM45,000 di Hospital Gleanegal Pulau Pinang

Sumbangan Diterima : RM20,000

Perlu Lagi : RM25,000

Cara Sumbangan :

0301 8020 7244 10 (Bank Islam) atau

0301 0086 0195 27 (CIMB)

atas nama Mohd Dawami b. Awang Senik

  1. Mohon jasa baik dari semua untuk menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban sahabat saya Mohd Dawami B. Awang Senik untuk pembedahan anaknya yang menelan kos RM45,000. Collection yang beliau dapat setakat ini baru dalam RM20,000. Dia perlukan lagi RM25,000 untuk pembedahan jantung anak kedua beliau.

  1. Beliau adalah antara sahabat baik saya masa di UiTM Kelantan. Sekarang bekerja sebagai Setiausaha Kerja di Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dengan pendapatan yang tak seberapa.

  1. Anak beliau sekarang ni dimasukkan ke Wad Hospital USM Kubang Kerian. Apa yang saya faham dari perbualan telefon sebentar tadi, HUSM tak ada kepakaran pembedahan jantung yang melibatkan 4 injap. IJN pun tak terima sebab anak beliau mengidap down sindrom. Kos dan penjagaan pesakit jantung down sindrom sama seperti menjaga dan merawat 3 orang pesakit jantung biasa.

  1. Pembedahan akan dibuat pada akhir bulan Disember 2010 ini di Hospital Gleanegal Pulau Pinang, jika beliau dapat melunaskan deposit, dan bersedia dengan kos pembedahan yang dianggarkan sekitar RM45,000.

  1. Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun beliau, ataupun melalui saya. Moga sumbangan anda walaupun bernilai RM1 mempunyai nilaian yang besar di sisi Allah.

No. Telefon beliau 013-930 1559 (Dawami)

Wassalam.

Zulkifli

Damansara Heights

3 Disember 2010

26 Dzulhijjah 1431

Wednesday, December 1, 2010

Elakkan Si Kecil Rasa Tersisih

Bila dapat adik baru (Hifdzi), Fathi rasa agak tersisih. Tapi masih boleh dikawal.
Bila dapat adik baru, anak kecil biasanya akan rasa tersisih. Faktornya, ibunya terpaksa berbagi tumpuan. Dia lagi rasa tersisih kalau kita jauhkan adiknya untuk dia tengok, kurang bagi peluang untuk dia usap-usap dan sayang adiknya, atau tutup terus pintu bilik. Simpan adik dia dalam bilik, dia duduk luar bilik jer.
Kami faham sikit sebanyak benda ni lepas anak dah 2, 3 orang. Apa yang kami perhati, benda ni kita boleh kurangkan. Walaupun ada adik baru, si abang atau kakaknya tak lah rasa tersisih sangat.
Bagi Peluang Secukupnya
Antaranya kita kena bagi peluang secukupnya untuk si kakak atau si abang untuk datang dekat untuk tengok, usap dan sayang adik barunya selalu. Mungkin ada baiknya letak baby baru tu dalam playpan (baby court), dan si kakak/ abangnya boleh selalu tengok-tengok. Kalau simpan adiknya dalam bilik, dan kita tutup pintu untuk halang dia masuk, ini confirm dia akan rasa tersisih dan kecik hati.
Ajar Cara Sayang, Berikan Penghargaan
Kedunya, ajar anak kecil cara sayang dengan betul. Kekadang, dia nak sayang tapi dia sayang cara yang tak betul - agak kasar. So, kita kena ajar cara sayang dengan betul. Ajarkan dia cara nak usap dan cium adiknya, ajar dia diam bila adik tengah tidur. Bila dia nak usap, kita pengang tangannya dan tolong dia usap perlahan-lahan.
Kalau dia buat dengan betul, kita kena bagi penghargaan. Kami biasanya akan cakap, "Waahh... pandai Fathi..." dan kami tepuk tangan bila dia sayang adiknya Hifdzi dengan betul. Fathi biasanya tersenyum bangga, dan sama-sama tepuk tangan atas kejayaan sebab dapat sayang adiknya dengan cara yang betul.
Libatkan Dia Uruskan Adiknya
Ketiga, libatkan dia untuk uruskan adiknya. Bila isteri saya nak siap-siapkan Hifdzi, dia akan mintak Fathi atau kakaknya untuk hulurkan lampin, bedak, susu dsb. Dan ucapkan "thank you" bila dia tolong. Dia mesti rasa bangga sebab dapat sama-sama tolong siapkan adiknya.
Kami bagi dia peluang duduk dekat, tapi still kita kena supervise.
Anak-anak kecik ni jiwa bersih. Dia nak buat yang baik, tapi dia tak tahu cara yang terbaik. Dia nampak kita suap dia makan, mungkin dia pun akan ambik makanan dan suap ke mulut adiknya yang baru sebulan dua. Bukan nak dera adik, tapi nak sayang. So, kita kena bagi peluang, dan bagi bimbingan.
Tips-tips yang saya kongsikan ni, insyaAllah dapat kurangkan rasa tersisih bila anak kita dapat adik baru. Dia still akan rasa tersisih, tapi taklah sampai kecik hati dan 'benci' dengan kehadiran adik barunya.
Kalau sesiapa ada tips-tips bagus, sila kongsikan. Moga semua dapat manfaat, insyaAllah.
Zulkifli
Damansara Heights
29 November 2010
23 Zulhijjah 1431