Nasib Baik Ada Orang Berniaga

by on January 24, 2011

Anak-anak kami memang serasi dengan Susu Bio Lac
Semalam kami sekeluarga travel balik Pasir Mas. Ada bisnes appointment dan sambil jenguk Mama & Abah. Ikutkan plan, nak bertolak dalam kul 4.00 pg, tapi bagun pagi, tengok2 jam dah 6.00 pagi! Aduh… Saya tengok isteri masih terbaring menyusukan Hifdzi dan barang2 pun belum siap untuk saya angkut ke kereta.

Cuti Thaipusam

Bila keluar lewat, confirm takleh lalu Jalan Batu Caves sebab Thaipusam. So, terpaksa la keluar ke Jalan Duta, lepas tu ambik DUKE untuk ke LPT Gombak. Punca lewat sebab isteri terpaksa menyusukan (breastfeed) Hifdzi, sebab susu Bio Lac Hifdzi dah nak habis.

Bila breastfeed, Hifdzi yang dah berumur 6 bulan tak berapa kenyang. Nak susu botol juga. Nak pergi beli, kedainya jauh – dekat Hospital Tawakkal. Lagi pun, kedai tutup kul 6.30 lagi. Tak tahu ada tak kedai yang jual barang2 Era Edar Marketing kat area Damansara Damai atau Sg. Buloh. Masa tu terfikir, bagusnya kalau ada stokis area Damansara Damai. Memudahkan…

Ada Peniaga, ‘Rahmat’ Bagi Orang Ramai

Sebenarnya, itulah pentingnya peniaga pada kita semua. Bila ramai peniaga, kita boleh dapat barang keperluan dengan mudah, jimat masa, jimat duit dll. Lagi bagus kalau peniaga tu buat bisnes secara mobile. Barang boleh terus deliver ke rumah bila-bila masa yang kita perlu. Kita boleh dapat barang terus tanpa keluar rumah!

Itulah bagusnya kalau sahabat-sahabat jadi ejen, dealer, stokis kepada syarikat-syarikat yang bagus. Saya memang recommend kawan-kawan yang nak cari side income supaya jadi ejen mana-mana syarikat yang genuine menjual produk. Dan saya nampak, jadi orang tengah adalah jalan terbaik untuk buat bisnes bagi orang yang sibuk. Tak payah fikir production.

Paling Mudah, Jadi Orang Tengah

Kami ada jadi ejen, dealer, dan distributor beberapa syarikat yang kami memang pakai produknya. Dalam masa sama, kami juga jual coklat, muffin dan kek yang isteri saya buat sendiri di rumah. Memang semuanya kami boleh buat duit.

Tapi apa yang kami benar-benar realise, bisnes jadi orang tengah (ejen, dealer, distributor) jauh lebih mudah. Kita cuma fikir pasal marketing, dan bagi servis terbaik untuk customer. Tak perlu fikir production, nak beli barang, nak simpan stok-stok bahan kalau ada immediate order. Tak perlu berpenat-penat nak buat produk (seperti muffin) bila ada customer order.

Bagi kami, apa-apa bisnes pun bagus asalkan ia genuine menjual produk. Tapi, bagi rakan-rakan yang berkerja, dan baru berjinak nak buat bisnes, mungkin ada baiknya bermula dengan jadi ejen, dealer ataupun jadi pengedar syarikat yang dah tersedia menjual produk yang berkualiti.

Fokus bukan sahaja pada menggerakkan produk, tapi apa yang lebih penting ialah mengubah diri dari ulat dalam kepompong kepada rama-rama cantik yang boleh memilih mana-mana bunga yang dia suka untuk dapatkan manisannya.

Apa-apa Bisnes Pun Bagus

Berbalik pasal susu Bio Lac Hifdzi tu, alhamdulillah, nasib baik ada stokisnya di Pasir Mas. Kami sampai rumah Mama Abah dalam pukul 6.30 ptg. Pukul 7.00 ptg saya terus call Cikgu Fauziah (stokis Era Edar di Pasir Mas). Nasib baik dia masih lagi aktif dengan bisnesnya… hati saya lega… kalau tak, merengek la Hifdzi sepanjang malam sebab lapar tak dapat susu botol. Kul 9.15 mlm, kami ke rumah Cikgu Fauziah dekat Shell Pasir Mas untuk dapatkan 3 peket susu Bio Lac.

Masa ambik produk tu, Cikgu Fauziah kelam kabut sikit sebab katanya rekodnya tengah celaru dan dia mintak kad keahlian Era Edar saya untuk pengeluaran kupon bonus katanya. Ah, saya tak kisah semua tu, yang penting Hifdzi dapat minum susu botol malam nanti. Kalau dia nak jual susu tu pada harga retail pun saya sanggup beli. Sebab, kami sangat perlukan susu tu…

Fokus Pada Membangun Diri

Terima kasih Cikgu Fauziah. Saya bernasib baik sebab dia masih lagi berniaga… Bergembiralah bagi sesiapa yang berniaga. Kerana berniaga salah satu jalan terbaik untuk memberi manfaat kepada ramai manusia. Akhirat dia dapat, mudah-mudahan “dunia” Allah pakejkan sekali. InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Pasir Mas

21 Januari 2011

p.s. sesiapa di Pasir Mas yang nak dapatkan produk Era Edar seperti Susu Bio Lac, Examo, Salindah, boleh contact Cikgu Fauziah (09-7908597). Ini free promotion untuk beliau kerana telah memudahkan saya.

Artikel berkaitan: Berbisnes Mencari Akhirat

{ 11 comments… read them below or add one }

1 ima-zahra December 3, 2011 at 4:46 am

ASsalamualaikum, Zulkifli

Saya Fatimah, owner RealShoppe.Com – kedai yang menjual barang Era Edar di Jalan Pahang. Tempat terdekat untuk dapatkan Susu Biolac ialah di The Store Sg Buloh. Hubungi saya 0173971570 / 03-40244859.

Terima kasih kerana menjadi pengguna setia Susu Biolac dan lain-lain.

http://www.realshoppe.com

Reply

2 farhana_fiona April 12, 2012 at 3:25 am

Saya duduk kepong.memang tgh cari bio lac,lepas ni saya ke sg buloh cari susu biolac

Reply

3 Mohd Zulkifli Shafie April 13, 2012 at 3:27 am

Alhamdulillah… Saya pun nak cari bio lac untuk anak kami yang bakal lahir awal bulan Jun ni, insyaAllah.

Reply

4 Lidya September 4, 2015 at 12:25 pm

hai, susu biolac yg jual kt the store sg buloh ni, ble tau nama kedai dia tak?

Reply

5 Mohd Zulkifli Shafie December 3, 2011 at 10:10 am

Wa’alaikumussalam pn. fatimah, t.kasih atas makluman. InsyaAllah, lepas ni boleh la saya ambik barang di Sg. buloh. Sebelum ni ambik barang kat jalan pahang jer. T.kasih. :-)

Reply

6 adda syuhada April 17, 2012 at 3:50 am

anak sy plk makan growell tu..susah tul nk cri..sy dok area bdr mahkota cheras..ari tu cll ejen area cheras tp smpai sudah xberangkat

Reply

7 Mohd Zulkifli Shafie April 17, 2012 at 3:57 am

Macam mana puan bagi anak makan growell? Apa manfaat yang puan nampak lepas makan growell? Saya dah try banyak kali bagi anak makan, tapi asyik menolak jer.. Last skali expired macam tu jer.. :)

Reply

8 Muna bt. Azizan November 19, 2013 at 12:07 pm

Saya dok area laman midah belakang ppukm.. Ada dealer tak..?

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie November 19, 2013 at 2:56 pm

Saya tak pasti puan.

Reply

10 Muna bt. Azizan November 19, 2013 at 3:05 pm

Mcm mana nak dptkn susu biolac.. Dah x stok

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie November 19, 2013 at 4:13 pm

Saya biasanya beli kat sebelah hospital tawakal. Website dia http://www.realshoppe.com/.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: