MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Push To The Limit!

February 22, 2011

Umur muda lagi... badan kuat lagi... masa pun banyak lagi... inilah masanya untuk push to the limit... rugilah kalau hanya berserah pada nasib.

 

Nak balik kerja Kelantan sebab orang tua dah makin uzur, dan tak ada sapa yang nak tengok. Tapi susah nak cari kerja yang sesuai di Kelantan. Ini nasihat saya dan sahabat-sahabat kepada Akhi Din (bukan nama sebenar) dalam forum kami di yahoogroups. Dan nasihat ini juga adalah untuk saya sendiri.

 

NASIHAT SAYA,

 

Senang jer Din. Anta kena ada bisnes sendiri. Supaya hidup kita, kita yang control. Kalau nak buat residual income dengan cepat, ana akan buat takaful. Ana rasa ana boleh pergi jauh kalau buat takaful. Tapi ana belum fikir buat takaful sebab ana ada jalan lain yang lebih 'susah', tapi boleh dapat apa yang ana cari dalam hidup.

 

Ana memang strongly suggest semua sahabat involve dalam bisnes. Banyak manfaatnya. Kita muda lagi... badan sihat lagi... masa banyak lagi... duit pun banyak lagi... So, inilah masanya untuk "push to the limit"! Maksimumkan potensi sebenar kita. Mulakan bisnes hari ni. Susah-susah pun tak per. Sahabat ana (i.e. Hifdzi) pesan, buat bisnes sampai Tuhan kesian pada kita.

MasyaAllah. Ana kagum dengan beliau. Dari sudut rohani, dia jauh lebih tinggi dari ana. Dari sudut bisnes dan material, dia jauh lebih kaya dari ana. Ana nampak kekayaan dia jauh mengatasi sahabat-sahabat kami yang sama batch di KISAS. Itulah dia bisnes. Ada naik, ada turun. Ada kalanya dia boleh dapat collection sehingga RM1 juta! Adakalanya dia penat fikir dapatkan bisnes. Itulah dia warna-warni kehidupan. Orang berbisnes ni, hidupnya penuh warna-warni. Orang biasa, hidupnya satu warna jer.

 

So, warnailah kehidupan kita. Supaya hidup ini penuh bermakna. Sebelum kita tinggalkan dunia yang sementara ni.

Sekadar berkongsi fikir dan rasa.

Wallahu a'lam.

 

Zulkifli

1 Februari 2011

Damansara Heights

 

NASIHAT UKHTI SUFI SOLEHAH,

Seorang pengusaha tadika Islam sendiri.

 

Cabarlah diri untuk bisnes. Kalau kita bisnes, Allah adalah majikan kita. Sapa usaha lebih, Allah bagi lebih. Waktu kerja, Allah bagi kita pilih. Waktu cuti, Allah bagi kita pilih. Waktu untuk keluarga pun, Allah suruh kita pilih sendiri.

 

Bisneslah... nescaya kalian akan nampak berbagai-bagai jalan yang tak pernah nampak sebelum ni. Kita akan kenal bermacam-macam orang dalam dunia ni. InsyaAllah, Allah bagi firasat yang baik kalau betul jalan dan amalannya. (cam ahli sufi lak.. +))

 

Betul Zul kata. Warna-warnikanlah hidup kita! Setiap orang mesti cuba...

 

Sufi Solehah

Sepang, Selangor

 

NASIHAT CHE NA

Seorang Akauntan, dan usahanita.

 

Salam.

 

Che Na sokong 1000% bagi sapa yang nak buat bisnes. InsyaAllah, di sana ada ruang, masa, kekuatan dan segala-galanya bagi orang yang selama ini kononnya punya pelbagai alasan untuk mengatakan 'tidak' pada bisnes.

 

Bisnes, bisnes... berbisneslah kerana Allah...

Dalam kesibukan itulah kita jumpa kelapangan...

Dalam kekalutan itulah kita jumpa ketenangan...

Dalam ketakutan itulah kita jumpa keberanian...

Dalam kelemahan itulah kita jumpa kekuatan...

Dalam kekosongan itulah kita jumpa keterbilangan...

 

Itupun segalanya kita perolehi dengan niat kerana Allah...

 

KK with love...

 

Che Na

Kota Kinabalu

 

*Alangkah ruginya masa yang berlalu sebelum ini...

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>