Repair Kereta & Nostalgia Nada Murni

by on February 17, 2011



Nombor 4810 maksudnya ia dikilangkan pada minggu ke-48, tahun 2010. Ia akan expired lepas 4 tahun dari manufacturing date.



Sabtu Ahad lepas, banyak spent masa untuk servise kereta dan motor. Tukar satu set tayar yang dah botak, tukar cooling coil air-cond yang bocor, tukar getah boot kereta yang dah keras, servis enjin kereta, servis motor dan pasang side box motor. Banyak juga habis kos, tapi puas hati sebab kereta dan motor kembali terasa baru.
Dana Motor & Kereta
Pasal kos tak ada masalah sangat sebab saya memang dah potong gaji siap-siap ke Tabung Haji sebagai dana Repair & Maintenance kereta dan motor, termasuk duit untuk road tax & insuran. In case tak ada duit bonus, kami tak pening kepala untuk kos berkaitan dengan kereta dan motor, insyaAllah.
Ada 1, 2 benda yang saya nak share. Pertama pasal tayar kereta.
Tayar ni sangat kritikal especially bagi kami yang selalu jalan jauh balik kampung. Masa cek tayar tu, terkejut sebab tak perasan tayar rupanya dah keluar benang! Bila-bila jer boleh meletup especially kalau cuaca panas. Alhamdulillah, balik kampung hari tu semuanya selamat.
Tak perasan tayar dah keluar benang. Itulah akibatnya bila tak buat alignment.
Pentingnya Allignment
Kenapa sampai botak macam ni? Sebabnya dah lama saya tak cek tayar dan tak buat alignment. Sepatutnya, kita kena buat alignment tayar setiap 10,000km atau dua kali servis. Kalau alignment dah tak betul, memang ia akan makan tayar. 
Dulu boleh dikatatkan setiap kali balik kampung mesti saya buat alignment, tapi bila 2, 3 kali semuanya ok, so lepas tu dah malas buat alignment. Assume semuanya ok.
Bila tukar tayar, satu perkara kita kena ingat iaitu kena cek bila manufacturing date tayar yang dipasang sebab tayar pun ada expiry date. Tayar akan expired selepas 4 tahun dari manufacturing date.
Tayar yang dibagi oleh kedai tayar 4810. Maksudnya, dibuat pada minggu ke-48 (daripada 52 minggu), tahun 2010. Masih baru. Tapi masa nak pasang tu, ada satu tayar nombor 2310 – tayar lama sikit. Saya mintak pomen tu tukar. Saya nak nombor 4010 dan ke atas.
Total tukar tayar habis RM550 termasuk balancing, alignment, dan adjust chamber yang dah lari sebab lama tak buat alignment.
Tayar Spare Pun Penting
Keduanya pasal tayar spare. Pernah tak dengar tayar meletup lepas tukar tayar spare? Itulah biasanya orang tak perasan. Tayar spare walaupun masih elok bunganya, tapi tayar tu dah expired – dah keras. Tayar spare pun kena check, dan tukar kalau perlu.
Masa balik kampung Raya Haji hari tu saya tukar tayar spare. Ambik yang murah jer i.e. RM80. Tayar baru, original, bunga pun penuh lagi, tapi orang tu tolak ke kedai tayar sebab nak pakai sport rim. So, tayar second hand (tapi baru) pun oklah untuk buat tayar spare.
Kedai Air-Cond Berintegrity
Ketiganya pasal kedai air-cond. Kalau nak repair air-cond, tapi tak tahu kedai mana yang boleh percaya, dan takut kena tipu, saya cadangkan satu kedai yang bagus iaitu AZBI Air-cond, di Sg. Pelong (Sg. Buloh), jalan ke Kuang. Saya dah 2, 3 kali ke kedai tu. Itupun atas cadangan seorang sahabat.
Kedai ni dijaga oleh adik-beradik. Mereka bekas didikan Arqam.
Masa saya first time datang, memang saya dah agak dah. Pomen-pomen nampak muka baik-baik, dan pakai kopiah. Sampai waktu lunch, datang isteri-isteri dan anak-anak bawa makan untuk lunch. Mereka makan sama-sama. Kos repair pun agak rendah. Dan yang paling penting, mereka semua jujur!
Biasanya, kalau hantar kereta ke workshop, saya mesti perhati satu per satu apa mereka buat. Takut kena tipu. Takut kena tukar apa yang tak patut tukar. Tapi di AZBI Air-Cond ni saya tak risau. Masa mereka repair, saya duduk lepak sambil kejar Anis, Fathi dan Amal yang berlari-lari dalam workshop!.. Aduuh…
Nostalgia Nada Murni
Berapa saja caj yang kena, saya tak persoal dan tak mintak diskaun langsung. Saya bayar jer. Sebab saya tahu, mereka buat terbaik untuk saya.
Dan yang bestnya hari tu, saya dapat copy lagu-lagu Nostalgia Nada Murni. Kebetulan masa menunggu dalam kereta, melayan ngantuk tidur lewat, tetiba terdengar lagu “Mana Milik Kita” yang diberi nafas baru. Terus rasa segar! Itu nasyid yang saya minat suatu ketika dulu. Saya terus tanya Anas (pomen), “mana dapat lagu tu?”… “Ooo.. tu kita orang copy dari Rabbani. Rabbani selalu datang repair van diorang kat sini”..
Sepanjang waktu, workshop ni sentiasa dipasang lagu-lagu nasyid mendidik jiwa… Wah… memang satu kelainan.
Alhamdulillah…
Zulkifli
Damansara Heights
17 Februari 2011
14 Rabiul Awwal 1431

{ 4 comments… read them below or add one }

1 raayeop January 19, 2015 at 3:12 pm

Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar.

Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

Website akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

Nak cari bateri dan package service kereta pun ada…

Reply

2 Riduan February 15, 2016 at 9:39 pm

Assalamualaikum Tuan,
Dimana kedai kereta yang boleh dipercayai dan mengenakan caj harga yang berpatutan area Damanasara Damai, Sungai Buloh.
Saya ingin menggantikan tayar usang dan membaiki lampu kereta.
Atau pun Tuan boleh cadangkan Bengkel kereta yang Tuan biasa pergi.
Saya baru menetap di Damansara Damai.
terima kasih Tuan.

Reply

3 Mohd Zulkifli Shafie February 16, 2016 at 3:05 am

Wslm En. Riduan,

Setakat ni, workshop yang saya paling selesa di Apartment Impian. Workshop milik Chinese yang ada tulis “Continental”. Setakat ni nasihat pomen-pomen dekat situ jujur. Kalau mereka boleh repair, mereka repair dan bagi tahu anggaran harga dulu. Kalau tak boleh, mereka akan recommend workshop lain.

Reply

4 Riduan February 17, 2016 at 8:51 pm

Baik Tuan, Terima kasih tuan.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: