Kejayaan Perlukan “Faktor Memaksa”

by on March 20, 2011

Post image for Kejayaan Perlukan “Faktor Memaksa”

Kejayaan susah dicapai tanpa faktor yang memaksa kita keluar dari ‘Zon Selesa’. Walaupun hakikatnya tidak selesa, zon yang kita anggap selesa itu membuatkan fikiran kita jadi buntu. Ia membunuh kemajuan dalam hidup kita! Jadi, kita perlukan ‘perkara besar’ dalam hidup yang boleh memaksa kita berubah dan keluar dari Zon Selesa itu.

Ahad lepas, satu lagi ‘breakthrough’ dalam kehidupan kami, iaitu kali pertama Najdah (isteri saya) memandu kereta sendirian keluar dari tempat tinggal kami di Damansara Damai ke tempat sejauh 15 kilometer radius! Iaitu dari Damansara Damai ke Jalan Ipoh untuk hadir satu bengkel perniagaan. Alhamdulillah. Dia dah boleh memandu sendirian. Kalau ada urusan ‘emergency’ selepas ini, insyaAllah dia dah tak perlu tunggu saya. Dia boleh bawa kereta sendiri.

Matlamat Tanpa ‘Faktor Memaksa’

Sebenarnya, saya letakkan matlamat supaya Najdah dapat bawa kereta sendiri sejak tahun 2004 lagi, tetapi macam-macam halangan (dan alasan). Anak kecik lagi, tak ada siapa boleh tolong ribakan anak. Susah nak bawa kereta sebab kami pakai kereta manual. Kereta kami besar sangat, kalau kereta kecil macam Perodua Kancil, senang la sikit. Payah nak naik jalan ‘berbukit’ untuk keluar dari apartment kami. Dan halangan yang paling besar masa tahun 2004 ialah kami tak ada duit simpanan kecemasan! Kalau berlaku kemalangan, kami tak ada duit simpanan untuk baiki kereta…

Akhir sekali, tahun 2008, saya tampal dalam bilik tidur kami, salah satu matlamat kami untuk tahun 2008 ialah Najdah boleh memandu kereta sendiri. Tetapi walaupun dah lebih dua tahun tampat matlamat itu di dinding, ia ‘tak jalan’ juga… Sebab paling utama ialah tak ada Faktor Memaksa!

Cuba bayangkan, walaupun hanya semata-mata nak beli apa-apa barang di kedai runcit yang jaraknya 400 meter dari rumah kami pun saya terpaksa berkejar balik dari pejabat untuk belikan, sedangkan kereta dan kuncinya memang sudah ada di rumah. Ada kereta tapi tak berani nak memandu sendiri… 🙂

kereta nissan sunnyKereta kami… KALAU pakai kereta Kancil automatik kan mudah… “Kalau” sentiasa menjadi alasan untuk ‘duduk diam’…

Faktor Memaksa dan Zon Selesa

Alhamdulillah, bila ada faktor memaksa, akhirnya semua masalah selesai. Masalah yang dianggap masalah selama ini sebenarnya bukan masalah sebenar. Bila Aisyah (anak sulong kami) mula masuk darjah satu pada tahun ini (2011), Najdah terpaksa bawa kereta sendiri untuk hantar Aisyah ke sekolah tiap-tiap hari. Nak tak nak, dia mesti bawa kereta, ataupun jalan kaki!

Walaupun jalan depan sekolah selalu sesak, tambah lagi cuaca panas, dan terpaksa dukung Hifdzi (anak kami yang ke-5 berumur 8 bulan) dan melayan kerenah Fathi (anak kami yang ke-4 berumur 2 tahun), dia terpaksa juga memandu kereta untuk hantar Aisyah ke sekolah. Kalau tak, memang tak ada siapa dapat hantar sebab saya bekerja di pejabat yang jaraknya lebih 20 kilometer.

Satu Lagi Matlamat Kami Tercapai

Alhamdulillah… puji-pujian bagiMu ya Tuhan… kerana memberikan Faktor Memaksa ini untuk kami bangkit. Kalau kami terus duduk di Zon Selesa, memang kami tak akan ke mana-mana. Duduk ‘tang tu’ juga…

Dan salah satu faktor penting kenapa Najdah dah boleh memandu sendiri ialah kepercayaan saya pada dia. Saya bagi penuh kepercayaan untuk dia memandu sendiri. Saya yakinkan dia yang dia memang ‘boleh’ dan saya tak komplen apa-apa. Kalau berlaku apa-apa kemalangan disebabkan dia baru dalam proses ‘belajar’ memandu sendiri, kami ada sedikit dana untuk ‘cover’ waktu kecemasan.

Alhamdulillah… satu lagi matlamat kami sudahpun tercapai… tambah lagi satu ‘tick’ dalam checklist kami…

Zulkifli
Damansara Heights
16 Mac 2011 (Rabu)
11 Rabiul Akhir 1432

[Kredit foto : magdalicious00]

{ 5 comments… read them below or add one }

1 NURUL March 23, 2011 at 5:31 am

Alhamdulillah.Tahniah kak naj.Tahniah abg Zul.Setuju dengan tulisan yg ditulis ni.”Force Factor” nye adalah anak anak yg disayangikan?:)
Allah bagi kekuatan dan permudahkan urusan abg dan kak naj sekeluarga..

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie March 23, 2011 at 8:58 am

Alhamdulillah..

Anak-anak la yg banyak jadi faktor memaksa kami untuk terus meningkat. Kalau ikutkan, anak2 menghadkan pergerakan kami tp anak-anak bukan ALASAN utk hadkan potensi, tapi SEBAB untuk terus bangun.

Moga Allah permudahkan Nurul sekeluarga juga. Amin..

Reply

3 zaza@mamaHanin March 30, 2011 at 9:47 am

alahaiii.. alhamdulillah.. tercapai jugak matlamat tu ek.. hehe..
kami istri2 nih mmg mcm tu lah akhi.. selagi hubby boleh buat, lagiii tuuu lah nk duk bergantung dengannya.. husband zaza pun kekadang komplen jugak, ader certain2 thing tu boleh buat pown kalu dia tak ada, tapi nakkk jugak tggu dia.. hehe..

psst: tentu chomel k.naj bawak keta.. (^_^)

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie March 31, 2011 at 12:31 pm

Alhamdulillah Zaliza..

Isteri2 ni perlu biasakan berdikari.. in case Tuhan ambik suami dulu, isteri tak la terkapai2.. 🙂

Suami pun sama.. kena belajar ambik tugas isteri sesekali.. at least apa yang isteri buat, suami pun boleh buat sama..

Reply

5 scheetah December 15, 2014 at 12:14 am

Selalu dengar push factor dan pull factor..hari ni dpt satu lagi, force factor…agaknya force factor lebih berkesabn kot ni berbanding push factor dan pull factor..heheheheh

Reply

Cancel reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: