MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Momentum Penting Untuk Bisnes

March 16, 2011

Momentum
Bisnes cara slow-slow ni lebih susah berbanding cepat… Momentum itulah isunya…

Mulakan dengan pantas! Pesan Irfan Khairi…

Saya setuju dengan pesanan IK…. Saya pernah ada pengalaman tentang tips ni… Tips ni sebenarnya pasal momentum bisnes atau apa sahaja benda baik yang kita nak buat… saya pernah try buat bisnes slow dan secara “on and off”… tapi lama-lama momentum makin hilang… bila hilang momentum, nak start balik jadi lebih susah dari mula-mula start bisnes… dari sedikit pengalaman, saya boleh simpulkan, buat bisnes kita mesti cepat… sifu kami pesan, kena buat bisnes “5-malam” seminggu!

Kenapa 5 malam?

Sifu kami tanya, “Mana lebih senang, buat bisnes ‘5 malam’ ataupun ‘2 malam’ seminggu?”

Kami fikir, 2 malam lagi senang…

Dia tanya balik, “bayangkan, hari ni buat bisnes… 2 hari duduk rumah tengok TV.. hari ketiga nak keluar rumah jumpa orang untuk urusan bisnes… senang atau susah?”…

Ahhh…. Baru kami faham… kalau dah 2, 3 hari duduk tergolek depan TV, lepas tu nak keluar buat bisnes, memang susah! Sebabnya, kita akan kehilangan momentum… kita akan lebih selesa menonton ‘idiot box’ di rumah berbanding jumpa orang untuk urusan bisnes… sebab tu, bisnes cara slow-slow ni lebih susah berbanding cepat… momentum itulah isunya…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights

16 Mac 2011 (Khamis)

11 Rabiul Akhir 1432

Kredit untuk Irfan Khairi atas artikel yang menarik bertajuk “Mulakan Dengan Pantas!” di bawah.

Mon 14 Mar 2011

Lakukan segala-galanya dengan pantas

Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi

Pantas! Itulah kuncinya…

Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu dengan pantas. Itulah yang dinamakan undang-undang “sebab dan kejadian”. Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya juga akan terima dengan cepat.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya untuk mencapai kejayaan pada usia muda? Apakah rahsianya untuk mengumpulkan wang yang banyak pada usia muda?

Jawapannya adalah amat mudah. Mulakan dengan pantas! Mulakan proses anda mencapai matlamat anda dengan pantas dan mulakan proses mengumpul kewangan anda dengan cepat.

Satu pengajaran yang boleh kita ambil dari tycoon perniagaan billionaire British terkenal, Sir Richard Branson, pengasas Virgin companies adalah beliau melakukan segalanya dengan pantas.

Menurut biografi Richard Branson, bermula pertama kali perbincangan untuk membina syarikat penerbangan Virgin Airlines, Syarikat tersebut memulakan penerbangan pertamanya 5 bulan kemudian! Wah, betapa pantasnya seorang billionaire melakukan kerja.

Melakukan kerja dengan pantas adalah kunci untuk memulakan momentum motivasi. Bayangkan acara lumba lari pecut apabila semua atlit pecut berbaris di garisan mula. “Ke garisan… sedia… MULA!” kesemua pelari tersebut bermula dengan deras!

Ingat tak ketika sukan olimpik, adakalanya terdapat “foul start” dan pengadil terpaksa menghentikan perlumbaan sejurus selepas bermula. Perasan tak, ramai pelari akan terus berlari dan ada yang sehingga ¼ jalan pun, masih lagi berlari oleh kerana permulaan yang pantas memberi momentum yang pantas. Ianya sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba!

Begitulah juga dengan motivasi diri. Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan, MULAKAN SEGERA perniagaan tersebut! Sekiranya anda ingin mula merancang kewangan anda, MULAKAN SEGERA dengan membuka akaun simpanan baru! Sekiranya anda ingin mempelajari ilmu baru, MULAKAN SEGERA ke kedai buku dan dapatkan buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut.

Pembunuh kejayaan adalah “membuang masa” atau procrastination. Dengan memulakan sesuatu dengan pantas, anda membunh pembunuh ini. Momenntum akan dibina dan ia akan menjadi sukar untuk anda hentikan diri anda sendiri!

Irfan Khairi

14 Mac 2011

http://www.irfankhairi.com/

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >