MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bersara, Itu Jaminan Bagi Seorang Pekerja!

Satu-satunya jaminan bagi seorang pekerja ialah anda kita berhenti atau diberhentikan kerja...

Tenghari tadi saya hadir majlis meraikan persaraan dua kakitangan syarikat, iaitu Kak Yani dan Kak Suzi. Kak Yani kerja di syarikat kami sejak tahun 1978!

Wah... Dua tahun sebelum saya lahir. 32 tahun dia kerja di sini. Dia staff paling lama di syarikat kami.

Hadir ke majlis persaraan tadi, hati saya rasa berbelah bagi. Perlu sedih atau perlu gembira?

Seronok Kerja Baru Seronok Hidup

Umumnya, orang nak bersara rasa sedih sebab nak tinggalkan kawan-kawan. Tapi dalam masa yang sama rasa gembira sebab BEBAS katanya! Tak payah pergi kerja lagi.

Oh, rupanya ramai orang tak suka kerja barangkali. Kerja adalah satu bebanan. Dan kalau boleh, semua orang tak nak pergi kerja!

Hmm... Isu seronok atau tak seronok kerja ni saya dah pernah sentuh dalam artikel lalu bertajuk “Seronak Kerja, Baru Seronok Hidup“.

Ramai orang kerja sebab duit – termasuk diri saya sediri (buat masa ini).

Boleh ke tak kerja tapi dapat duit?

Nak ‘Bebas’ Tapi Berduit?

Hah ha... Sebab nak duit dan tak nak kerja inilah ramai orang masuk skim cepat kaya yang heboh baru-baru ni. Cuba-cuba, mana tahu ada rezeki katanya.

Sebenarnya, nak bebas tapi berduit memang ada jalannya. Itu dipanggil financial freedom. Jalan yang sah, dan rezeki yang halal.

Dan sememangnya itulah yang saya cari sejak tahun 2005 dulu. Itulah jalan yang dilalui orang orang kaya-kaya di dunia, tetapi orang kebanyakkan ramai tak tahu atau tak sanggup bayar harganya..

Saya nak ‘bebas’ sebab saya rasa banyak perkara yang saya kena sempurnakan dalam hidup selain daripada kerja.

Dan disebabkan realiti kerja yang sememangnya semakin lama semakin menekan kita, ramai anak muda saya nampak beralih ke bidang lain selain dari makan gaji.

Mereka nak kawal pendapatan mereka, dan dalam masa yang sama mereka ada sedikit fleksibiliti dalam hidup, sekurang-kurangnya.

Mencari Fleksibiliti Dalam Hidup

Ada yang pilih kerjaya sebagai ejen takaful,  ejen unit trust, bisnes MLM (yang jujur) dan ada yang berbisnes sendiri.

Mereka ada duit dan dalam masa yang sama, mereka ada masa bersama keluarga. Mereka nak kerja untuk hidup, bukan lagi hidup untuk berkerja!

Mereka nak menikmati hidup yang sebenar sejak dari muda lagi, tak perlu tunggu di hujung usia...

Ucapan Kak Yani tengahari tadi, menggambarkan kekecewaan beliau terhadap kerja – syarikat tempat beliau bekerja.

Pada beliau, syarikat makin hari makin tak pedulikan kebajikan pekerja, berbanding dulu katanya...

Bos Kita, Masa Depan Kita

Itu kisah kerjaya Kak Yani. Kita pula macam mana?

Nak tahu tak apakah masa depan kita dalam kerjaya kita sekarang?

Mudah saja... Lihatlah bos kita sendiri...

Pendapatannya, gaya hidupnya, tekanan kerjanya, itulah masa depan kita – kalau kita terus buat apa yang kita buat sekarang!

Kalau suka gaya hidup bos kita tu, mungkin kita di landasan yang betul. Tapi kalau tak minat dengan gaya hidup bos tu, tukarlah arah kita sekarang!

Bagi saya, itulah yang lebih adil untuk diri kita dan majikan kita.

Jaminan Bagi Seorang Pekerja

Kita tak perlu lagi komplen pasal syarikat yang bayar bonus sikit, kenaikan gaji yang sikit, benefit yang makin mengecil dan sebagainya, sebab kita adalah seorang pekerja.

Dan kita perlu ingat, jaminan bagi seorang pekerja ialah samada kita terpaksa berhenti kerja atau diberhentikan (samada disebabkan pencen ataupun hilang upaya untuk bekerja).

Itulah jaminan terakhir bila kita seorang pekerja kata Kiyosaki.

Habis, nak buat apa?

Menjadi Bos Sendiri

Salah satu perkara mengurangkan kegelisahan saya terhadap majikan ialah buat bisnes sendiri lepas habis waktu kerja.

Pukul 9.00 pagi – 5.00 petang, itu waktu untuk majikan saya. Lepas pukul 5.00 petang, itu waktu untuk membina masa depan saya sekeluarga.

Bila ada bisnes sendiri (disamping makan gaji), kami boleh kawal pendapatan sendiri. Nak duit lebih, kerja kena lebih.

Jadi kalau duit gaji tak cukup, kami tambah pendapatan dengan bisnes sendiri...

Bila ada bisnes sendiri, saya tak tertekan dengan kerja dan tak terlahu mengharap sangat kenaikan gaji, bonus ataupun benefit dari majikan. Alhamdulillah...

Bersikap Adil Terhadap Majikan

Mungkin sayalah staff yang paling tak kisah dengan apa juga ‘masalah’ dengan majikan.

Apa juga masalah, saya kena hadap dan kena terima seadanya. Sebab itu majikan yang saya pilih... Tak perlu komplen sana sini di 'warong' makan tengahari...

Kalau saya nak semua yang saya nak, saya kena jadi bos sendiri! Bos lepas pukul 5.00 petang...

Saya fikir, itulah jalan yang lebih baik daripada merungut pasal majikan tak habis-habis... Allahu a’lam.

“Most of people waste their lives waiting for the ‘perfect time’ to do X, Y or Z. Whether it’s the best of times or the worst of times, it is only the time we got. The difference between people who live paycheck to paycheck and people who are financially free is how they use their daily allotment of 1440 minutes a day.” – Burke Hedges, The Parable of Pipeline

Zulkifli
Damasara Heights

3 Ogos 2010
22 Syaaban 1431

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • assalamualaikum..sy nak tanya..jika kita tidak mendapat sebarang offer letter daripada majikan, adakah kita boleh berhenti kerja tanpa memberitahunya? (majikan yang tidak pernah mengambil tahu hal kebajikan pekerjanya)

  • Wslm Cik Ct..

    Saya tak mahir bab rule Human Resource. Tp cadangan saya, buat la surat. Serahkan surat seminggu sebelum berhenti. Berhenti cara baik. Mana la tahu suatu hari nanti kita terdesak kerja balik dgn dia.

    Wallahu a’lam.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >