MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

‘Rehatkan’ Diri Dengan Ke Masjid

Masjid
Mesyuarat antara AJK Masjid dan wakil surau seluruh Damansara Damai. Malam ini adalah titik permulaan kepada kerjasama jitu antara semua penggerak masjid dan surau.


Berbeza. 

Itulah yang boleh saya komen tentang masjid-masjid dan surau-surau seluruh negeri Selangor pasca PRU-12. Memang jauh bezanya. Sebelum PRU-12 dulu, jiwa saya memberontak nak balik Kelantan sebab rindukan majlis-majlis ilmu yang ada di sana. Tapi sekarang, saya fikir saya nak 'pencen' di sini. 

Masjid dan surau sangat meriah di Selangor. Ustaz-ustaz di sini saya rasa adalah ustaz yang terbaik di Malaysia. Cakap kitab apa kita nak belajar, semuanya ada insyaAllah.

Kalau Masjid Damansara Damai, boleh dikatakan tiap-tiap malam ada kuliah. Pendek kata, peluang untuk recharge iman dengan majlis-majlis zikrullah tak pernah lekang. Nak dengan tak nak jer sebenarnya.

Sebelum PRU-12

Sebelum PRU-12, Masjid Damansara Damai seperti hidup segan mati tak mahu. AJK entah ke mana. AJK pun bukan jenis kaki masjid. Imam pun problem. Lepas mengimamkan solat, terus lesap. Dan macam-macam lagi cerita pasal imam hinggakan Abg Ajis (pengerusi surau Apartment Indah) pernah terkeluar dari mulutnya;

"Aku tak solat (jumaat) kat masjid tu. Imam setan!"

Abg Ajis lari ke masjid Sg. Buloh untuk solat Jumaat. Tak sanggup bersolat dengan imam yang tak ada thiqahnya dikalangan jemaah.

Sebelum PRU-12, saya memang kurang ke masjid. Saya cuma bersolat di surau apartment jer. Saya tak tahu banyak isu pasal masjid, tapi beberapa kali bersolat di situ, memang terasa ada yang tak kena dengan masjid.

Masjid Selangor Pasca PRU-12

Lepas PRU-12, semuanya berubah.

Mesyuarat Agong diadakan secara telus. Program dan kuliah-kuliah masjid terurus dengan baik. Dana masjid bertambah-tambah. Masjid hidup. Ia satu rahmat untuk masyarakat Damansara Damai.

Tinggal lagi usaha untuk mempromosikan masjid supaya diimarahkan.

Saya tak pasti apa yang orang lain rasa bila ke masjid. Bagi saya, bila jejak ke masjid, hati rasa tenang, fikiran rasa lapang, santai, seronok, damai dan 1001 kebaikan bila datang ke masjid. Ibadah dapat, ilmu dapat, sahabat yang soleh dapat, ketenangan jiwa dapat, dan kalau ada rezeki, makan pun dapat! Dunia dapat, akhirat pun dapat.

Rugi rasanya siapa yang tak ke masjid.

'Rehatkan' Diri Dengan Ke Masjid

Kalau rasa penat, masjidlah tempat rehatnya. Kalau rasa stress, masjidlah tempat terapinya. Kalau rasa serabut, masjidlah tempat mencari damai. Kalau rasa sunyi, masjidlah tempat hiburannya... Tak perlu kos pun. Semuanya free!

Orang lain habis beribu ringgit pergi bercuti untuk berehat dan legakan stress! Tapi kalau dia tahu, di masjid dia boleh dapat lebih baik daripada itu! Hari-hari boleh pergi bercuti! Kalau tak percaya, cuba try...

Jangan pergi sekali, tapi pergi tiap-tiap hari...

Memupuk Diri Untuk Ke Masjid

Bagi orang yang jarang ke masjid, bukan mudah nak pupuk tabiat ke masjid. Sebab saya pun pernah rasa liat nak ke masjid masa saya mula-mula hijrah ke KL dulu. Tak tahu kenapa, lepas lama tak ke masjid, eh, rasa selesa pulak 'pekakkan' telinga bila 'dipanggil' Tuhan!

Astaghfirullah... mungkin nanti saya akan kongsikan macam mana saya pupuk balik tabiat ke masjid lepas lama selesa 'tergolek' di rumah walaupun mendengar azan... InsyaAllah...

Wallahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
2 April 2011

(dikemaskini pada 9 Mei 2011)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Salam tuan,
    Saya nak tahu kisah tuan pupuk tabiat ke masjid semula tu..mudah2an dapat saya jdkan panduan dlm family saya. dah ada ke entry tu.

    • Wslm tuan,

      Dulu saya pakai diari. Saya mula seminggu sekali. Setiap kali saya ke masjid, saya akan tulis dalam diari untuk mudah cek ‘performance’. Make sure seminggu sekali pergi ke berjemaah di masjid. Lama-lama, tingkatkan matlamat kepada 2 – 3 kali seminggu. Sekarang ni, sasaran minimum mesti sehari sekali samda subuh, maghrib atau isyak.

      Alhamdulillah, bila dah jadi kebiasaan, semuanya jadi mudah. Tak tak perlu catat dalam diari lagi dah sebab dah jadi tabiat. Alhamdulillah. Apa-apa pun, selain letakkan target, berdoa moga Allah ‘rezekikan’ solat berjemaah. InsyaAllah.

  • sebenarnya perasaan tuan seperti saya..dulu rasa nak balik selalu ke kelantan nak dengar ceramah,kuliah TGNa kat dataran ilmu..alhamdulilah kat selangor sekarang pun terutama di bangi banyak majlis2 ilmu

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >