Buat Bisnes Dengan Mindset Pekerja?

by on June 1, 2011

Kisah 1: Penjual Durian
“Dik, durian yang dah buka ada tak?” Tanya saya di gerai durian depan Shell Damansara Damai.
“Oh, sorry bang, belum buka lagi”, balas kuli penjual durian. Maksud dia, kalau nak beli, datang kemudian sebab lori baru jer sampai. Belum sempat nak buka pun lagi durian-durian tu ke dalam paket.
Tetiba datang taukeynya, “Nak durian jenis mana Encik?”.
“Saya nak yang dah buka. Nak 6 paket” balas saya.
“Ooo… Kejap, kejap yer. Saya packing sekarang”. Terus dia buka durian-durian tu dan letakkan dalam paket-paket polistrin.
Huh, nasib baik taukeynya datang. Kalau tak, mungkin saya beli di gerai lain. Rezeki saya sebab dapat beli, dan rezeki dia dapat customer pertama untuk hari tu.
Kisah 2: Kedai Speed Mart 99
Badan rasa nak demam. Tapi sebab ada barang perlu beli, saya terpaksa keluar beli barang di Speed Mart 99. Lepas beli, tetiba saya baru perasan, ada satu barang yang saya dah bayar, tapi tertinggal. Terus saya cepat-cepat pergi balik ke kedai tu. Lagi 5 minit nak tutup.
Sampai jer depan kedai, cepat-cepat pekerjanya tutup pintu walaupun dia dah nampak saya sampai.

Tengok jam, masih 5 minit berbaki sebelum jam 10.00mlm. Saya ketuk-ketuk pintunya, tapi tak dibuka! Aduh! Geramnya rasa. Dalam 10 minit juga saya ketuk pintu baru berjawab dari dalam, katanya “Kami dah tutup Encik”.
Ish… geramnya… “Saya bukan nak beli barang. Ada barang saya tertinggal tadi”, balas saya. “Sekejap yer”, jawabnya lagi. Tunggu punya tunggu, 20 minit baru buka! Hati rasa dah membuak-buak. Dah la badan rasa tak sihat, terpaksa berdiri menunggu luar kedai sampai 20 minit!
Keluar jer pekerja-pekerjanya, terus saya tanya, “Bukan ker kedai ni sepatutnya tutup pukul 10 malam? Saya datang sini nak ambik barang jer pun perlu tunggu sampai 20 minit ker?!”
Mindset Pekerja vs Pemilik Bisnes
Agak-agaknya, apa mereka akan buat kalau mereka adalah taukey kedai. Kedai tutup pukul 10.00 malam, tapi customer datang 9.59 malam? Suruh customer balik ataupun kita akan layan walaupun terpaksa extend waktu operasi ke 10.10 malam? Tentunya kita layan, betul tak?
Itulah bezanya mindset pemilik bisnes dan pekerja. Pekerja akan buat paling minimum. Taukey akan buat segalanya secara maksimum. Walaupun terpaksa korbankan sedikit waktu rehatnya, hatta mungkin cuti hujung minggunya.

Bisnes Dengan Mindset Pekerja

Setakat apa yang saya belajar dan perhati, ramai orang yang baru nak buat bisnes rasa susah sebab mindsetnya belum berubah. Buat bisnes dengan mindset seorang pekerja, memang susah.
  • Buat kerja minimum tapi nak hasilnya maksimum.
  • Kurang inisiatif, tunggu kena cucuk baru nak jalan. Dah ada bisnes sendiri, tapi masih menunggu arahan ‘bos’ untuk bergerak.
  • Kurang ambil berat tentang orang sekeliling (pelanggan, rakan niaga, business partner) sebab dalam kerja makan gaji, kita cuma ‘ambil berat’ tentang bos sahaja sebab bos yang tentukan pendapatan kita.
  • Tak sanggup melabur untuk ilmu. Tunggu dapat hasil bisnes dulu baru nak pergi seminar bisnes? Sebab masa kerja, kita dah terbiasa pergi kursus hanya bila jabatan hantar dan sponsor.
  • Tak sanggup berkerja keras, lebih selesa tergolek depan TV di hujung minggu. Terasa berat nak korbankan waktu rehat dan hari cuti untuk bisnes sebab kita rasa ‘berhak’ untuk berehat.
Perubahan Dalaman Perlu Masa 6 Bulan
Kenapa jadi macam tu? Sebab mindset pekerja memang dah jadi darah daging kita. Memang perlukan masa untuk berubah. Kata Robert T.Kiyosaki, kalau nak ubah mindset, kita perlukan masa sekurang-kurangnya 6 bulan. Bukan 6 hari, tapi 6 bulan.
Maksudnya, kalau nak memulakan apa-apa bisnes, kita mesti duduk dalam persekitaran bisnes dan bergaul dengan orang bisnes sekurang-kuranganya 6 bulan. Hadir seminar, hadir workshop dan forum-forum bisnes, barulah mindset akan mula berubah.
Daripada buang masa dengan banyak tidur, tergolek depan TV, merayau-rayau di shopping complex, bukan ker lebih baik kita habiskan masa dengan baca buku-buku, hadir seminar, dan bergaul dengan orang bisnes!
Awas! Nasihat saya, jangan sesekali bergaul dengan orang bisnes dan berjaya. Nanti anda juga akan terpengaruh untuk berjaya (“,). Sebabnya, kita adalah produk kepada persekitaran kita. Buku apa yang kita baca, dengan siapa kita bergaul, ia bakal menentukan siapa diri kita!
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Heights
30 Jun 2011
28 Jamadil Akhir 1432
p.s. Hari Rabu (25 Mei) minggu lepas, saya hadir satu Talk bersama Irfan Khairi  di Cititel Mid Valley, kebetulan tak ada apa-apa program malam tu. Datang untuk explore cara kembangkan bisnes kami dengan memanfaatkan medium internet. Alhamdulillah, sangat menarik. Dan paling penting, saya dapat ramai kenalan baru yang juga ada bisnes sendiri. Itulah bagusnya datang workshop & seminar!

{ 5 comments… read them below or add one }

1 menusuk hati June 3, 2011 at 2:13 pm

ada terkena batang hidung sendiri jg ni..hu..macam dekat tempat kerja saya,sepatutnya tutup jam 5pm tapi 445pm dah tutup mesin.Alasan,kerja lebih masa sikit takda sapa nak bayar OT..hm..sharp jam 5pm department dah gelap..

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie June 9, 2011 at 1:58 am

He3x Saiful..

Org makan gaji mmg majoritinya macam tu.. tapi bila nak masuk dunia bisnes, banyak mentaliti makan gaji kita kena tukar.. buat bisnes, kena fikir macam orang bisnes.. bila buat bisnes, tapi mentaliti masih seorang pekerja, itulah yang jadi susah.. :)

Pengalaman..

Reply

3 menusuk hati June 11, 2011 at 6:37 am

terimakasih!(“,)b

Reply

4 azraf August 5, 2011 at 3:17 am

saya suka membaca blog saudara, banyak ilmu, tips, etc yang dapat. Saya bekerja makan gaji(kerajaan) dan isteri saya berjinak dengan perniagaan internet (http://www.manjakuhappy.com)
mungkin selepas ini kita boleh bertukar-tukar fikiran berkaitan perniagaan. STK

Reply

5 Mohd Zulkifli Shafie August 5, 2011 at 8:15 pm

Alhamdulillah Azraf..

Salam ukhuwah & selamat berziarah ke blog saya yg tak seberapa ni. InsyaAllah Azraf. Kita boleh bertukar fikiran ttg bisnes. Nnt boleh add saya di facebook “Mohd Zulkifli Shafie” ye, atau email (ibnushafie@gmail.com), sms pun boleh 019-336 8009 (Zul).

Menarik website manjakuhappy tu. Alhamdulillah. Nanti isteri Azraf boleh connect dgn isteri saya. Kami bisnes sama2. Alhamdulillah.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: