Ya, betul... Tak perlu kesempurnaan untuk berjaya!
Alhamdulillah...
Tahniah kepada sahabat yang mula berjinak-jinak dengan bisnes terutamanya sahabat saya Razani yang memulakan bisnes internetnya.
Beliau adalah antara ‘penasihat’ IT saya. Ada apa masalah tentang internet, saya biasaya akan rujuk beliau dulu.
Berbakti Kepada Lebih Ramai Manusia
Teruskan usaha kalian memulakan bisnes. Manfaatkan minat, kecenderungan, ilmu dan bakat kalian untuk berbakti kepada lebih ramai manusia melalui bisnes.
Saya nampak terlalu banyak jalan untuk buat duit. Siapa yang mahir internet, itu satu advantage untuk tambah pendapatan yang lebih besar.
Asalkan bisnes kita membantu, memudahkan, dan menguntungkan orang lain, insyaAllah, itu ruang yang baik untuk tambah pendapatan. Bukan sahaja pendapatan, tapi yang lebih penting ialah keseronokkan dan kepuasan hidup.
Buat dengan betul dan sabar, insyaAllah kalian akan berjaya!
Bukalah Pintu Untuk Tuhan Lorongkan Rezeki
Bukalah sebanyak mungkin pintu untuk Allah lorongkan rezeki.
Buat dengan betul dan sabar, insyaAllah, nanti kalian akan nampak ada jer rezeki dari jalan tak disangka-sangka.
Buat duit ni jadi macam pergi keluar makan jer nanti. Rasa lapar, keluar cari makan. Rasa nak duit, ‘keluar’ rumah, insyaAllah ada jer rezeki.
Kekadang tak keluar rumah pun, rezeki datang sendiri.
Rezeki bisnes ni jauh lebih lapang daripada menagih kenaikan gaji dan bonus hujung tahun.
Itulah yang saya rasa.
Saya belum kaya. Tapi dengan bisnes, saya rasa rezeki tu lebih lapang. Tak risau bila tak ada duit sebab kita boleh control duit masuk.
‘Panggil’ jer duit, nanti duit akan ‘datang’.
Tapi sebelum dapat skill untuk ‘panggil’ duit, kena banyak belajar, banyak bersabar. Perbetulkan mindset supaya bermindsetkan peniaga. Uh, bestnya berniaga.
Bisnes Menghidupkan Persahabatan Lama
Antara yang saya suka berniaga ialah boleh dapat ramai kawan dan menghidupkan persahabatan lama.
Semalam lunch dengan kawan-kawan bekas Kolej Islam di Central Market. Diorang nak tahu pasal emas untuk dijadikan sebahagin dari portfolio investmentnya.
Kebetulan mereka tahu saya dealer Public Gold melalui facebook, diorang ajak la jumpa nak tahu lebih lanjut.
Minggu lepas beberapa kawan di universiti contact nak tahu pasal emas. Lama tak contact, tetiba mereka contact saya untuk tahu pasal emas.
Jadi saya guide setakat apa yang saya tahu.
Berapa untung saya dapat?
Tak payah kira lah. Kita tolong orang, Allah tolong kita...
Jangan risau pada rezeki. Itu kerja Tuhan. Kerja kita ialah usaha.
Jangan sibuk-sibuk dengan kerja Tuhan kata guru saya, Ustaz Ahmad Faisal Abdul Hamid dalam kuliah tasaufnya.
Jadilah Sahabat, Bukan Salesman
Ramai orang ‘fobia’ buat bisnes dan takut dengan orang bisnes sebab takut hilang kawan. Tapi saya nampak, bisneslah jalan terbaik untuk menghidupkan persahabatan lama.
Apa rahsianya?
Rahsianya ialah jangan jadi salesman!
Sebaliknya, jadilah sahabat yang mahukan kebaikan pada sahabat yang lain. Bantu dan memudahkan orang lain setakat yang boleh.
Kita tolong orang, Allah akan tolong kita. Sekali lagi, rezeki tu jangan risau.
“Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih untuk saudaranya sebagaimana dia kasih untuk dirinya sendiri.” [Direkodkan oleh Imam al-Bukhari]
Punca Kawan-kawan Lari
Ramai orang buat bisnes hanya fikir nak dapat untung. Jumpa kawan fikir untung.
Push push kawan suruh beli barang yang dia jual. Itu la ramai orang lari.
Mungkin kawan kita tu beli, tapi dalam keadaan tertekan dan tak redha. Sekadar nak jaga hati kawan.
Best ker dapat untung cara macam tu?
Entahlah... Mungkin boleh kaya, tapi dia hilang bahagia!
Untung Sebenar Apabila Saling Meredhai
Bagi kami suami isteri, lebih baik hilang duit dari hilang kawan.
Beli apa pun dari kami, kami akan bagi money-back guarantee. Kalau rasa tak puas hati, pulang jer balik barang yang kami jual. Jangan segan silu untuk pulangkan balik.
Kalau beli cup cake, muffin, tart, choclate gift, biskut raya, vitamin atau apa sahaja yang kami jual tu tak bagus, tak puas hati, kami minta return balik barang tu walaupun dah dibuka, dimakan dsb.
Kami akan return balik duit pembeli – TANPA SOAL!
Itulah jaminan kami.
Akhirat Dapat, Dunia Tuhan Pakejkan Sekali
Keuntungan sebenar bagi kami ialah apabila wujudnya kasih sayang dan saling meredhai antara penjual dan pembeli. Bila saling meredhai, dari situlah akan datangnya kasih sayang Tuhan.
Akhirat kita dapat, dunia Tuhan pakejkan sekali.
Kalau berniaga untuk duit jer, memang rugi.
Sebab duit dan harta benda semua kita akan tinggalkan. Kita akan balik pada Tuhan sehelai sepinggang.
Ya, sehelai sepinggang. Bila-bila masa jer Tuhan akan panggil.
Tapi kalau kita cari keberkatan melalui bisnes, bisnes akan jadi harta yang kekal untuk kita nikmati di hari kehidupan yang tak mati-mati lagi – Akhirat.
Wallahu a’lam.
terbail zul, artikel yg baik
bila balik kelate, hehe boleh minum air sekali. faizul dr kuching
Alhamdulillah.. T.kasih Faizul.. nanti balik Klate insyaAllah kita boleh minum2.. plannya Raya Haji ni balik, insyaALlah.. Faizul balik bila?
Assalamualaikum..
Terima Kasih diatas maklumat berguna ini..
Tahniah, ramainya anak di usia muda..
Saya cuma separuh je..
Wslm. Alhamdulillah…
[…] Jadilah Sahabat, Bukan Salesman […]
[…] Lepas jadi ejen, jangan duduk diam. Bagi tahu pada kawan-kawan yang anda jadi ejen syarikat. Kalau sesiapa nak dapatkan produk dan servis, anda boleh BANTU (bukan jual). Manfaatkan medium yang ada samada telefon, sms, whatsapp, facebook, twitter hatta blog sekalipun. Kongsikan kenapa anda suka dengan produk tu dan macam mana produk tu boleh jadikan hidup anda lebih baik. Jangan sekali-kali menjual. Saya ulang lagi sekali, jangan menjual. Kalau anda menjual, orang akan lari! Jadilah seorang sahabat yang nakkan kebaikan untuk sahabat yang lain… (rujuk “Jadilah Sahabat, Bukan Salesman“) […]
[…] Jadilah Sahabat, Bukan Salesman […]
Sebuah artikel yg sangat menarik…menaikkan semangat untuk berniaga…thanks..berkongsi ilmu..
Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.
[…] Mudah Memulakan Bisnes Sendiri 2 Petanda Asas Menilai Sesuatu MLM Bagaimana Orang Kaya Jadi Kaya? Jadilah Sahabat, Bukan Salesman Bisnes, Buka 9 Pintu Untuk Dibayar Buat Bisnes Dengan Mindset Pekerja? Ilmu, Pembeza Antara Peniaga […]
assalamualaikum,en.zul..apa habaq, lama dh xbaca blog en.zul,alhmdulillah,makin banyak artikel yg menarik n memotivasikan diri saya, en.zul masih ingat saya x?
Wslm En. Ariffin.
Alhamdulillah. Saya masih ingat En. Ariffin. Ada kelapangan jemput datang minum2 di Damansara Damai. 🙂
[…] Lepas jadi ejen, jangan duduk diam. Bagi tahu pada kawan-kawan yang anda jadi ejen syarikat. Kalau sesiapa nak dapatkan produk dan servis, anda boleh BANTU (bukan jual). Manfaatkan medium yang ada samada telefon, sms, whatsapp, facebook, twitter hatta blog sekalipun. Kongsikan kenapa anda suka dengan produk tu dan macam mana produk tu boleh jadikan hidup anda lebih baik. Jangan sekali-kali menjual. Saya ulang lagi sekali, jangan menjual. Kalau anda menjual, orang akan lari! Jadilah seorang sahabat yang nakkan kebaikan untuk sahabat yang lain… (rujuk “Jadilah Sahabat, Bukan Salesman“) […]
ilmu yang bermanfaat..tq
Alhamdulillah..
Assalamualaikum tuan Zul.. Saya tersesat ke sini.. Tapi.. alhamdulillah, perkongsian ilmu yang sgt berguna dri Tuan.. Tiba2 rasa suka dgn blog ni.. Sesungguhnya, rasa cemburu pn ada jgk sb sy sedar perkongsian tuan sgt bermanfaat dan tuan tidak lokek ilmu utk menjawab soalan yg diberi.. “Erti hidup pd yang memberi..”
Moga sentiasa dlm redha dan rahmat Allah sentiasa..
Wslm Pn. Syuhada,
Terima kasih berziarah ke blog ini. Alhamdulillah, mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.