Kejayaan Sebenar Bisnes Internet

by on June 30, 2011

Dalam bulan Mei dan Jun, saya ada join beberapa talk Irfan Khairi (IK) tentang pemasaran internet. Tujuannya, saya nak explore sejauh mana saya boleh memanfaatkan internet untuk mengukuhkan dan mengembangkan bisnes kami yang sedia ada.
Habis buku-buku IK saya baca. Beberapa kursus telahpun saya daftar dan bayar sepenuhnya. Antaranya, Seminar Revolusi Media Sosial pada 15 Oktober 2011 nanti. Dan saya memang kagum pada beliau yang kaya, muda, humble, jujur dan bijak. Memang tabik spring!
Dalam memerhati bisnes internet, sedikit yang boleh saya simpulkan sebagai pemerhatian awal. Bukan mengkaji, tapi memerhati.
Trend Kurang Sihat Bisnes Internet
Bisnes Internet walaupun kos operasinya murah, tapi kos belajarnya tak begitu murah. Kena habis seribu dua juga sebelum nak bermula. Tapi still dianggap murah untuk memulakan bisnes.

Dan saya nampak, trend yang kurang sihat di kalangan mereka yang BARU menjalankan bisnes internet ialah tiada produk/ servis yang benar-benar bernilai ditawarkan kepada pelanggan. Mereka lebih fokus kepada marketing berbanding produk/ servis berkualiti.
Pada saya, memang boleh dapat duit daripada program affilite atau ebook yang rendah kualitinya gara-gara kaedah marketing yang berkesan, tetapi apa maknanya?
Kejayaan Sebenar Bisnes Internet
  • Kalau nak buat ebook, pastikan ianya benar-benar berkualiti dan bagi money-back guarantee.
  • Kalau nak buat testimoni terhadap produk kita atau orang lain, pastikan testimoni itu jujur dan telus. Bukan dibuat-buat.
  • Kalau nak bagi free gift, pastikan free gift itu juga benar-benar bernilai, bukannya sampah.
  • Kalau nak join affiliate, pastikan produk affiliate itu benar-benar bermanfaat.
  • Kalau nak menjayakan bisnes internet, bersiap sedia juga untuk ‘exposed’ kepada pelanggan. Bukan sekadar berselindung disebalik website, blog ataupun facebook sahaja.
Kejayaan sebenar sesuatu bisnes bukan pada berapa banyak duit yang ia dapat, tetapi sejauh mana bisnes tu dapat membantu dan menyelesaikan masalah manusia. Itulah dia nilai sebenar sesebuah bisnes. Kewujudan sesebuah bisnes sepatutnya memakmurkan lagi alam ciptaan Tuhan, bukannya menambah-nambah lagi masalah sedia ada.
Produk Dulu, Marketing Kemudian
Nasihat saya, kalau nak mulakan bisnes internet, pastikan kita memang mempunyai produk/ servis yang betul-betul boleh membantu dan menyelesaikan masalah orang lain. Lepas tu, baru manfaatkan internet untuk menyebar-luaskan lagi rahmat Tuhan kepada lebih ramai manusia melalui produk dan servis yang kita tawarkan.
Barulah bisnes yang kita bukan sekadar duit, tapi kita akan dapat kepuasan sebenar dalam hidup. Memang benar kata Nabi, sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. Apa kata kita jadikan bisnes sebagai jalan memberi manfaat kepada lebih ramai manusia… InsyaAllah.
Wallahu a’lam.
Sekadar pandangan.
Zulkifli
Damansara Heights
22 Jun 2011
20 Rejab 1432

{ 1 comment… read it below or add one }

1 Anonymous July 1, 2011 at 11:50 pm

salam. terima kasih atas perkongsian.
-roy q7, sabah

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: