MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bina Jenama Dengan Strategi Satu Produk

July 22, 2011

Bina jenama

Fokus satu produk sahaja. Itu antara strategi yang diajar oleh Chef Li masa berkursus Asas Usahawan Penjaja dan Peniaga Kecil. Chef Li gelarkannya sebagai Single Menu Strategy (SMS). Walaupun kita ada kemahiran buat 20 jenis biskut raya, tapi untuk berniaga, lebih baik kita fokus satu produk sahaja. Produk yang betul-betul kita mahir, untung maksimum, dan mudah dibuat - tak rumit!

Untuk raya kali ini, isteri saya cuma buat 1 jenis biskut raya sahaja untuk dijual, iaitu Biskut Sugee! Biskut yang kami anak beranak suka, mudah dibuat dan margin keuntungannya berbaloi. Alasan utama kami memilih HANYA Biskut Sugee sebab:

Kelebihan Fokus Satu Produk

#1 - Kami anak beranak suka makan. Pendek kata, kalau tak jual pun, memang Najdah akan buat. Pada saya, Najdah buat sendiri lagi sedap dari beli di kedai. Tak macam yang jual di kedai, sugee yang Najdah buat tak terlalu rapuh (tak mudah hancur) dan tak muak dimakan.

#2 - Mudah dan cepat dibuat. Najdah dah jumpa 'rahsia' untuk siapkan sugee dalam masa yang cepat! Jimat masa. Tak seperti tahun-tahun dulu. Lagi satu, proses nak buat tak perlu terlalu fokus. Sambil layan kerenah anak-anak pun boleh.

#3 - Tak perlu stok 'ingredient' yang banyak. Bila buat cuma 1 produk, tak perlu beli banyak stok bahan buat biskut. Cuma stok bahan sugee sahaja. Tak perlu stok tart nenas, almond london, dsb.

#4 - Margin keuntungan melebihi 100%. Ini adalah margin minimum bila nak pilih sesuatu produk. Lagi tinggi, lagi baik. Kalau tak dapat 100%, tinggalkan produk tu kata Chef Li - takut buat penat jer.

#5 - Dah ada 'regular customer'. Belum masuk bulan Sya'ban pun lagi, dah ada customer tahun lepas tanya, "Kak Najdah buat lagi tak biskut sugee tahun ni?". Demi penuhi permintaan peminat setia, Najdah perlu buat. Lagi pun, tak banyak orang jual biskut sugee berbanding biskut lain seperti tart nenas, almond london dsb. (Hari ni nak hantar 1 tempahan di Putrajaya!)

Strategi SMS Untuk Penjenamaan

Sebenarnya, strategi SMS ni banyak kelebihannya. Selain ianya memudahkan, ia juga akan jadi 'trademark' perniagaan kita. Bila sebut ayam goreng, orang ingat KFC. Bila sebut burger, orang ingat McDonald. Bila sebut donut, orang ingat Dunkin Donut. Bila sebut aiskrim, orang ingat Baskin Robin! Itulah kelebihan strategi SMS. Nanti, bila sebut Biskut Sugee, orang teringat Najdah! (",)

Kata Chef Li, 10 businessman Amerika boleh duduk sebaris, tapi semua jadi millionnaire! KFC tetap jaul ayam goreng walaupun musim selesema burung. Baskin Robin tetap berniaga aiskrim walaupun musim hujan. Mereka tetap setiap dengan produk mereka.

Tapi 10 businessman Melayu, takde sorang pun jadi millionnaire. Contohnya, bila seorang buka kedai berniaga Almond London, kedai sebelahpun akan berniaga Almond London, hatta si peniaga Tart Nenas pun akan turut sama keluarkan produk Almond London. Tart Nenas dia jual, Almond London pun dia nak jual! Habis semua produk di nak jual! Secara tak langsung, ia melemahkan jenama Tart Nenasnya sendiri.

Terlalu Banyak Produk, Customer Confuse!

Bila Chef Li ditanya tentang berniaga Nasi Campur, Chef cakap, "sudahlah berniaga nasi campur (semua lauk dia jual)... cari satu produk lain dan benar-benar fokus 1 produk sahaja".

Pengalaman Irfan Khari pun sama sebenarnya. Salah satu sebab kenapa Irfan Khairi cuma dapat 3 customer masa tahun pertama perniagaan internet ialah terlalu banyak produk dia tawarkan. Menurut IK, macam-macam produk design dia boleh buat. Tapi bila dia cuma fokus kepada design cover buku SAHAJA pada tahun kedua, bisnesnya mula meletup! Dia dikenali sebagai book cover designer! Masa tu lah dia dapat customer dari seluruh dunia termasuk Japan dan Germany. Satu book cover dia diupah USD200! Tak peliklah income bulanan dia mencecah RM80,000 sebulan ketika tu. Dan tak peliklah dia jadi jutawan dalam masa cuma 3 tahun sahaja!

Itulah dia penangan Single Menu Strategy. Memang tak akan sama, orang berilmu dengan yang tak berilmu. Orang berilmu, buat perkara sama dengan cara berbeza! Dan hasilnya pasti berbeza, insyaAllah.

Wallahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
16 Julai 2011
14 Sya'ban 1432

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Chip, dlm kontek restoran, SMS strategi bukan bermaksud 1 menu sahaja, tp maksudnya, kita mesti dominate killer produk kita. Produk lain cuma sbg pelengkap produk yg ada. Kalau kita tengok McDonald, bukan sahaja ada burger, ayam goreng pun ada. McDonald dominate dlm kategori Burger.. yg lain tu sambil2 jer..

    Kak Wan, mmg bagus strategi ni.. cuma antara masalah awal org baru berniaga ialah kita tak tahu yg mana nak fokus.. Sblm kita boleh pilih 1 killer produk, kita perlu mencuba macam2 produk dulu.. Nanti baru kita faham, yang mana sepatutnya kita fokus.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >