MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Selesaikan Masalah Hidup Dengan Qurban

October 29, 2011

Qurban

Pernah satu masa dulu, saya fikir ibadah Qurban ni sunat biasa-biasa jer. Nak buat, buat. Tak nak buat pun tak apa. Tapi bila saya dapat tahu yang Nabi S.A.W pernah pesan yang siapa tak buat ibadah qurban sedangkan dia mampu, jangan datang dekat dengan masjid Nabi! Uh, saya terus wajibkan diri untuk qurban setiap tahun. Saya jadikan qurban sebagai bajet wajib dalam bajet tahunan kami.

 

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W berpesan: "Barang siapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan qurban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat (masjid) kami". (H.R. Ahmad & Ibnu Majah).

 

Dulu saya tak buat qurban sebab bajet agak tight masa tu. Tapi bila saya fikir balik, kita keluarkan duit kerana Tuhan sebenarnya rezeki akan datang melipah ruah. Dulu nak masukkan duit dalam tabung masjid hari Jumaat pun berkira. Tapi dok fikir-fikir, sampai bila aku nak macam ni. Hulur jer lah duit tu. InsyaAllah rezeki datang lagi banyak sebab memang Tuhan dah jamin.

 

Infaq Cara 'Boros', Rezeki Pun 'Boros'!

 

Alhamdulillah, lepas kami sedikit 'boros' untuk infaq, rezeki Tuhan pun datang pada kami sekeluarga pun 'boros' juga! Banyak rezeki datang yang kami pun tak sangka-sangka. Dan untuk kikis sifat kedekut dari keluarkan infaq, kami disiplinkan diri untuk potong 12.50% setiap kali kami dapat untung bisnes. 10% untuk tabung infaq, dan 2.5% untuk zakat. Kami tolak siap-siap sebelum 'lesap'... (",)

 

Dulu kami kira 12.5% atas untung bersih. Iaitu untung lepas tolak berbagai-bagai kos berkaitan. Tapi rupa-rupanya cara macam tu tak praktikal. Kononya nak infaq, tapi bila tolak sana sini, rasa macam sikit pulak untungnya dan tak jadi infaq. So nak mudah, kami potong 12.50% atas gross profit! Bukan net profit.

 

Malu juga kekadang pada Tuhan bila berkira sangat, padahal rezeki tu Tuhan yang bagi. Bukan duit kita pun. Tuhan yang gerakkan customer untuk beli dari kita. Tuhan yang buka berbagai pintu supaya duit masuk pada kita. Kedekut sangat lah kalau berkira keluarkan infaq sebab kalau Tuhan tak bagi, satu sen pun kita tak dapat. So, jangan berkira sangat bila nak keluarkan infaq. Keluarkan jer, nanti sure Tuhan gandakan rezeki kita. Itu memang Dia dah janji.

 

Selesaikan Masalah Hidup Dengan Qurban

 

Berbalik pada soal qurban ni, Ustaz Azhar EZ Qurban pesan, selain berqurban sebab ianya sunat muakkad (sunat yang hampir pada wajib), ibadah qurban juga boleh dijadikan sebagai 'tawassul' untuk apa sahaja hajat kita. Bila buat ibadah qurban, mintaklah apa sahaja yang kita hajatkan dari Tuhan especially hajat-hajat yang besar. Mungkin kita ada masalah dalam hidup. Mintalah Tuhan selesaikan masalah kita dengan ibadah qurban tu sebab hakikatnya Dialah penyelesai segala masalah.

 

Memang betul kata Ustaz. Lepas saya amalkan 'tawassul' setiap kali qurban, memang nampak hasilnya. Dan terlalu banyak kisah-kisah benar orang yang Allah selesaikan masalah dia lepas dia bertawassul dengan ibadah qurban. Itu berdasarkan pengalaman Ustaz sendiri dengan orang yang buat qurban dengan dia.

 

So, pendek cerita, saya syorkan semua sahabat buat ibadah qurban. Kalau rasa sempit dengan masalah kewangan, buatlah ibadah qurban dan mintaklah Tuhan lapangkan rezeki. Apa sahaja masalah, mintaklah Allah selesaikan...

 

Kalau nak buat qurban tapi bajet agak tight, boleh quran di Kemboja bersama EZ Qurban. Masuk website dia, isi borang, dan buat bayaran. Saya dah banyak kali buat qurban dan aqiqah dengan EZ Qurban. Memang betul-betul EASY... Alhamdulillah..

 

Wallahu 'alam.

 

Zulkifli
Damansara Heights

27 Oktober 2011

29 Dzulkaedah 1432

 

p.s. Untuk faham pasal ibadah qurban, boleh baca artikel "Ibadah Qurban Dalam Islam" di website Jemaah Islam Malaysia (JIM). Saya rasa artikel dia agak detail.

 

Artikel berkaitan:

 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

    • Tuan, tawassul di berdoa ‘bercagarkan’ amalan ibadah yang kita buat. Dalam berdoa tu, mintak dengan Allah kabulkan doa tu dengan ibadah qurban yang kita buat. Contohnya, “Ya Allah, dengan ibadah qurban yang aku laksanakan ini, Engkau sembuhkanlah penyakit yang aku tanggung ini wahai Tuhan”. Mintaklah apa sahaja dari Allah, sebab Dialah pemilik segala kekayaan.

      Wallahu a’lam.

  • Assallamualikum…tuan rasa syukur dapat lanjutan ilmu dari bacaan ini, sebab seorang rakan yang baru saya kenali ketika buat haji dulu sanggup berkorban unta dan beberapa kambing…untuk keluarganya…masa tu saya tak jelas sangat kenapa…kini bila baca blog tuan Allah telah lanjutkan pengetahuan ilmu saya tentang kepentingan “Qurban” alhamdulilah terima kasih ya Allah.

  • ASSALAMUALAIKUM ENCIK ZUL..! ALHAMDULILLAH SAYA MASA RAYA HAJI TAHUN LEPAS BARU DAPAT LAKSANAKAN IBADAH KORBAN..! TAK BERKEMAMPUAN NAK SEMBELIH SEEKOR LEMBU SAYA MASUK 1/7 BAHAGIAN OK TAK..? AZAM SAYA MUDAH2AN ADE REZEKI SAYA NAK MASUK 2BAHAGIAN PULAK..! INSYAALLAH AMEEN..!

  • Alhamdulillah.. lps je baca tulisan en zul ni.. baru faham dan jelas mengenai qurban. saya terus buat qurban utk thn ni. Mmg betul.. klu ikutkan sgt kemampuan smpi bila2 pon tak akan buat. Terima kasih sgt atas perkongsian ilmu ini. Moga en zul sekeluarga dilindungi Allah sentiasa 🙂

  • Assalam,maaf still x jelas maksud bertawassul tu. waktu berdoa lepas solat ke ye..ada waktu2 tertentu ke mcmane?bleh jelaskan lagi?tq

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >