Bagi sahabat yang telahpun bebas dari hutang, tahniah! Satu berita baik yang saya nak kongsikan, kita sebenarnya boleh memanfaatkan pinjaman untuk menggandakan kekayaan!
Maksud Sebenar "Bebas Hutang"
Dulu saya fikir, orang yang bebas hutang ialah orang yang bebas daripada segala bentuk pinjaman. Tapi bila saya study balik, itu bukan maksud sebenar “Bebas Hutang”. Walaupun memang bagus hidup tanpa buat apa-apa pinjaman, tapi kita akan terlepas peluang-peluang untuk gandakan kekayaan menggunakan teknik yang digunakan oleh orang kaya-kaya di dunia iaitu OPM (use Other People's Money).
“Bebas Hutang” juga bermaksud kita ada pinjaman, tetapi bebas daripada segala tanggungan atas pinjaman. Caranya ialah kita memanfaat apa yang dikatakan Good Debt untuk gandakan kekayaan sedia ada.
Good Debt ialah hutang yang membuatkan kita lebih kaya, iaitu hutang yang disandarkan kepada aset yang sentiasa meningkat nilainya! (Topik pasal Good Debt saya pernah sentuh dalam artikel “Hutang Berkat vs Hutang Mudarat”). Untuk mudah faham, saya dedahkan pinjaman yang saya dah buat disaat saya menulis artikel ni, iaitu;
Pinjaman #1: Perumahan
Saya membeli sebuah apartment kos sederhana, tingkat 1, persekitaran terurus baik, dekat dengan KL, mempunyai reserved parking, dan mudah disewakan. Rumah ni boleh dapat penyewa pada bila-bila masa. Bila penyewa keluar, terus orang berebut nak sewa. Dan nilai hartanah meningkat sekitar 10% setahun.
Ansurannya RM550 sebulan, tetapi ia ditanggung oleh penyewa sebanyak RM550 sebulan, dan saya dapat insentif daripada syarikat sebanyak RM250 sebulan sebab membeli rumah! Berita lebih baik, pinjaman perumahan tu dilindungi oleh Takaful. Kalau saya mati, waris saya dapat rumah tu free!
(Pinjaman dibackup dengan hartanah, dan takaful, dibayar oleh penyewa)
Pinjaman #2: Peribadi
Saya buat pembiayaan peribadi dari Bank Islam sama dengan jumlah yang saya layak keluarkan dari EPF, Akaun 2. Saya gunakan kesemua duit pinjaman peribadi tu untuk membeli emas & perak yang nilainya naik at least 20% setahun. Ansurannya RM550 sebulan, tetapi duit ansuran tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pengeluaran EPF RM550 sebulan (sama kadar ansuran membeli rumah).
Berita lebih baik, kalau saya mati, pinjaman peribadi tu dilangsaikan oleh Takaful (pakej pinjaman), dan waris saya akan dapat emas & perak tu percuma bersama baki duit EPF yang belum lagi dikeluarkan!
(Pinjaman dibackup dengan emas & perak, takaful, dibayar dengan duit simpanan EPF)
Pinjaman #3: Ar-Rahnu
Saya pajak sebahagian emas saya untuk dapatkan tunai, dan tunai tu saya rolling untuk bisnes emas yang confirm untung! Kos pajak 1.10% sebulan, tapi saya biasanya dapat keuntungan at least 5% sebulan menggunakan duit pajak (duit orang lain). Kalau saya mati, waris saya cuma perlu ambik duit yang saya namakan “Dana Pajak”, bayar pada Ar-Rahnu untuk tebus balik emas-emas tersebut.
(Pinjaman dibackup dengan emas, untuk urusniaga emas yang confirm untung)
Kalau sahabat perhatikan, kesemua 3 jenis pinjaman yang saya buat bercirikan:
- Pinjaman membeli aset yang sentiasa meningkat nilainya.
- Ianya dibackup dengan aset sedia ada, serta dilindungi takaful.
- Ansuran bulanan ditanggung oleh orang lain, bukan duit gaji saya.
- Kalau mati atau hilang upaya, saya & waris tak menanggung hutang walaupun 1 sen.
Bagi saya, teknik menggandakan kekayaan menggunakan duit orang lain (OPM) ni hanya sesuai untuk sesiapa yang telah pun berjaya buang tabiat dan mindset suka berhutang. Bagi yang masih dikelilingi hutang, dan masih rasa selesa dengan Bad Debt yang sedia ada, saya tak syorkan guna teknik ni. Takut ia membuatkan tabiat suka berhutang jadi makin parah!
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
18 November 2011
22 Dzulhijjah 1432
p.s. Nanti saya tuliskan artikel khas cara saya menggandakan kekayaan menggunakan duit EPF Akaun 2, insyaAllah. Kalau tinggal macam tu jer dalam EPF nanti rugi sebab dah la dividend ciput, dan investmentnya pulak HALAM (bercampur halal dan haram).
Artikel berkaitan:


En. Zul,
ReplyDeleteBoleh terangkan lg tentang pinjaman peribadi, ansurannya dibayar guna epf akaun 2
Teknik ni cuma sesuai bagi sesiapa yang beli rumah, dan ada duit dalam akaun 2 EPF. Buat pengeluaran utk ansuran perumahan, tapi guna duit tu utk bayar personal loan 100%.
ReplyDeleteBuat personal loan tu sbb tak nak rugi time value of money. Katakanlah dlm akaun 2 ada 30k, buat loan 30k utk beli emas. Apply pengeluaran EPF 30k utk ansuran perumahan, tp guna duit tu buat bayar loan.
Salam Zul, sekadar bertanya dan mohon penerangan. Berbalik kepada persoalan yang sama. Umumnya,untuk mendapat manfaat atas EPF Akaun 2. Anda boleh mengeluarkannya hanya untuk pembayaran rumah pertama yang anda beli. Ini bermakna, anda hanya boleh terus mengkreditkan wang EPF Akaun 2 ke dalam akaun rumah tersebut. Persoalan, bagaimana boleh digunakan untuk membayar loan peribadi anda? Ada kaedahnya, namun cuma penerangan sedikit kurang terperinci. Apa pandangan tuan?
ReplyDeleteWslm,
ReplyDeleteEPF akan kredit duit ke akaun peribadi kita, bukan akaun housing loan. Kalau ada tunggakan, baru EPF akan batalkan cara bayaran i.e. bayaran terus akaun housing loan.
Boleh saya tahu siapa nama tuan?
Maaf tuan tanah saya mencelah, anymous boleh refer blog saya berkaitan kaedah pengeluaran epf http://matkedah.com/blog/2011/04/28/syabas-kwsp/
ReplyDeleteIts ok Mat Kedah.. Silakan... :)
ReplyDeleteSalam en zulkifli, terima kasih atas perkongsian artikel...nk tanya skit..jika kita telah kuarkan wang epf kerana masuk skim pencen..adakah akaun 2 tu ada lg?
ReplyDeleteWslm tuan, alhamdulillah.. Moga bermanfaat... kalau masuk skim pencen? Saya pun tak pasti ada lagi tak duit akaun 2. Mungkin tuan boleh direct cek dgn EPF. Setakat saya berurusan sebelum ni, EPF memang efisyen.
ReplyDeleteterima ksih atas jawapan en zul...insyaallah sy akan tnya kt bhgian epf..
ReplyDeleteSama2.. Moga berjaya, insyaAllah.
ReplyDeleteSalam tuan, boleh tak tuan jelaskan maksud sebenar tuan "Buat personal loan tu sbb tak nak rugi time value of money". Apa yang dimaksudkan dengan tak nak rugi time value of money tu..Bukahkah personal loan akan menyebabkan kita membayar lebih kerana interest yang dikenakan terhadap pinjaman. Harap dapat dijelaskan. Terima kasih.
ReplyDeleteSalam Zul, Terbaek..
ReplyDeleteRugi "time value of money" tu maksudnya, kalau saya buat pengeluaran EPF RM500 sebulan, dan beli emas sikit-sikit sampai RM40,000, saya memang untung, tapi kalau boleh beli lump sum RM40,000 (contohya), ia lebih untung.
ReplyDeleteHarga emas naik 20% setahun, sedangkan kalau saya buat loan, caj 'interest' tak sampai 5% setahun. Dengan cara buat loan, saya akan untung at least 15% setahun berbanding beli sikit2.
Wallahu a'lam.
T.kasih Nan (AL iT Communication) sbb berziarah ke blog yg tak seberapa ni.. :)
Terima kasih saudara Zulkifli di atas artikel dan tips yang amat menarik :)
ReplyDeleteSebagai penghargaan, saya ingin berkongsi yang saudara boleh membuat pinjaman peribadi Bank Rakyat yang member kadar interest rate hanya 3.25% sahaja. Dengarnya promosi ni sampai bulan 4 2012 sahaja. Best kan? :)
Semoga saudara berjaya dalam kehidupan.
Alhamdulillah Raja Noor Izzuddin. Puji-pujian bagi Allah. Memang menarik offer tu. InsyaAllah, moga kita semua berjaya dunia dan akhirat. Amiin ya Allah.
Deletesalam tuan zul
ReplyDeleteblog sangat bagus, penerangan berkesan. Ada tak tips menyelesaikan hutang kad kredit guna emas ? Minta pandangan tuan
Faiz
Wslm Faiz,
DeleteT.kasih berziarah ke blog ni. Setakat yang saya faham, cara terbaik settlekan hutang kad kredit ialah dengan buat pembiayaan peribadi i.e. personal loan. Buat loan, bayar lump sum. Kalau ada lebih, baru guna buat beli emas.
Hutang kad kredit ni bahaya. Boleh jadi barah kewangan sebab interest rate dia terlalu tinggi. Mengalahkan kos upah pajak di Ar-Rahnu.
Wallahu a'lam.
Salam tuan . Mohon pencerahan. Utk apply loan bg tujuan utk langsaikan semua hutang credit card. Rata2 nya perlukan slip gaji dan hanya bekerja swasta dan gov . Mcm saya housewife tp ada bisnes kecilan . Bagaimana utk apply ? Semestinya tidak layak. Tetapi niat utk kumpulkan semua hutang dan but installment fokus kpd 1 acc hutang shj. Boleh tuan kongsikan info?
Deletesaya amat tertarik dengan blog saudara.. banyak informasi yang saya perolehi.. saya ingin bertanya kepada saudara mengenai pembelian apartment.. saudara ada maklumkan bahawa company telah memberi wang insentif RM250 sebulan kepada saya.. soalan saya, berapa lama insentif itu dibayar kepada saudara ?
ReplyDeleteAlhamdulillah Din... puji-pujian bagi Allah.
DeleteOh, insentif tu dipanggil Housing Loan Interest Subsidy. Company akan bayar sekali saya bekerja dengan company ni dan selagi loan tu belum habis bayar. Itulah yang ditulis dalam Scheme of Service.
Owh.. Maksudnya, "Housing Loan Interest Subsidy" tu, company tuan la yg bg ye ? Sy keje gomen.. Gomen ad bagi subsidy camtu x ? Hehe.. Juz asking..
ReplyDeleteBetul tu Din. Company akan tanggung 50% daripada portion interest. Oh, government tak ada sebab gomen dah offer Housing Loan dgn interest rate yang sangat murah.
DeleteAs salam. Terima kasih atas tips2 dan cerita yg menarik untuk saya kongsikan dan buat panduan. Saya nk minta pendapat saudara, pada masa ni sy ada existing personal loan 100k yg saya buat sebelum ni secara overlapping + hutang credit card. Sy berhajat untuk settle hutang credit card secara lump sum, cdgnya nk buat loan lain yg offer interest lebih rendah dan byr habis personal loan, credit card dll. dan dari bakinya mungkin nk simpan asb atau buat gold investment. Pohon pendapat saudara. Sekian, tk. - mel
ReplyDeleteWslm Mel,
DeleteT.kasih berziarah ke blog saya yang seadanya ni. Kalau ianya bermanfaat, puji-pujian bagi Allah.
Saya tak pasti situasi kewangan sebenar Mel. So, cadangan saya ni mungkin tak tepat. Pada saya, kala nak settle kad kredit, better buat full settlement guna personal financing. Lepas bayar, potong terus semua kad kredit kecuali satu kad jer dan disiplinkan diri dgn penggunaannya.
Saya pun pakai kad kredit, tapi saya tak pernah guna kecuali untuk bisnes. Saya gubakannya sebagai advance, bukan sbg hutang. Maksudnya, duit memang ada, tapi guna kad semata2 utk memudahkan MODE of payment, itu jer.
Pasal buat personal loan utk settle loan yang lain tu saya tak pasti untung ke tidak. Kalau loan baru interest ratenya lagi rendah, ia mmg lebih untung secara teorinya. Actual calculation, kena study dulu. Satu lagi, make sure ambik hanya Islamic loan jer supaya berkat.
Antara gold dan ASB, saya syorkan beli gold jer coz jauh lebih untung.
Wallahu a'lam.
terima kasih atas nasihat & pandangan. sebenarnya kalau ikut situasi kewangan, agak tight disebabkan kad kredit tu, kalau tanpa hutang tu, insyaAllah boleh survive.
Deletecumanya situasi skrg, personal loan sediada 100k , jd sy fikir sy nak buat loan 200k, nak selesaikan personal loan, c.card etc. so saya cuma hadap satu loan sj. jd sy nk mintak pndgn wajar atau tidak sy buat loan sebanyak tu.
dr byrn tersebut, ada baki, dan dari baki tu saya bercadang nk buat simpanan. kalau saudara syorkan beli gold lebih untung, insyaAllah akan saya pertimbangkan dan sy mohon tunjuk ajar. - mel
terima kasih.
Niela yg sy takut sgt brhutang scara loan nie.. Hutang mmg x kan habis.. lepas bt 1 loan, msti bt lg loan yg lain scara overlapp.. Klu loan berkat xpe.. So, sy pon nak mintak pandangn Tuan zul jugak mngenai perkara nie.. Boleh x sy bt personal loan utk kegunaan sendiri (terdesak) dan pada masa yg sama kita aisngkan sedikit wang dari loan tersebut utk tujuan pelaburan (spt emas & saham)? Pandagan sy, xla rasa rugi sgt bila baya installment bulan2 sbb kita ad "sedikit" keuntungan daripada pelaburan tu..
DeleteMel,
DeleteElok juga tu. Hadap 1 loan jer dan jangan buat loan lagi kecuali jenis loan yang membuatkan kita lebih kaya. Duit lebih tu buat beli emas. dan kalau nak lebih untung, kena buat bisnes.
Din, kalau dah terdesak nak buat mcm mana.. buat loan ikut keperluan jer.. if ada duit lebih, buat beli emas. Kalau nak lebih untung, kena berniaga coz untung pelaburan ni sikit jer berbanding dgn perniagaan.
Wallahu a'lam.
Assalam..En. Zul, sy cuma nk dapatkan pendapat.Saya bercadang nk buat loan utk membeli 2 ekar tanah serta rumah yg telah siap di kampung dgn harga RM50K. Sy tidak mempunyai cash serta bercadang nk buat loan bank. Bolehkah En.Zul terangkan cara-caranya serta bank mane @ interest dsbnya untuk pemahaman sy. TQVM..
ReplyDeleteWslm Tuan,
DeleteBuat loan bank mana-mana pun ok, asalkan gunakan Islamic Financing dan 'interest' rendah. Saya tak nampak kelebihan mana-mana bank, tuan kena survey sebab interest rate dia selalu berubah-ubah.
p.s. maaf sebab saya baru perasan comment ni. Baru dapat reply.
SALAM...
ReplyDeletesaya bercadang nak buat personal loan rm20k tp sy nak gunakan duit itu 3 tahun lagi bole bagi cadangan untuk sy menggandakan duit tersebut. TQ
Wslm,
DeleteKalau nak gandakan duit loan RM20k, beli emas (pelaburan) dan berniaga emas sebab perniagaan emas ni tak ada modal sebenar. Kalau tuan beli emas Public Gold RM20k, secara automatik layak jadi dealer. Pada bila-bila masa emas tu boleh dijual dan tuan boleh dapatkan tunai pada bila-bila masa.
Maksudnya, sementara menunggu kenaikan harga emas, tuan dapat hasil daripada komisyen jual beli emas. Bisnes emas ni mudah jer, tuan tak perlu penjual. Yang penting, belajar tentang pelaburan emas, kemudia EDUCATE / bagi kesedaran orang lain tentang pentingnya menyimpan emas.
Kalau tak buat bisnes emas pun, simpan emas tu sendiri memang untung sementara menunggu 3 tahun.
Wallahu a'lam.
Salam Saudara Zul,
ReplyDeleteSaya mahu minta pendapat tuan untuk situasi saya...saya ada hutang kredit kad 4K dan saya bayar RM 200 sebulan....saya bercadang untuk membuat full settlement kredit kad tu dengan wang simpanan yang ada...atau saya gunakan wang simpanan yang saya peruntukan untuk membayar kad kredit ini untuk membeli emas...terima kasih
Wslm En. Junid,
DeleteSaya syorkan settlekan kesemua hutang kad kredit tu dulu. Kalau ada berbaki baru guna untuk beli emas. Lepas tu, disiplinkan diri dengan penggunaan kad kredit. Potong semua kad kredit kecuali satu. Yang satu ni, jangan guna untuk berhutang, tapi gunakan sebagai "advance" jer.
Sebelum nak slash, pasti duit dah ready untuk bayar. Lepas slash, terus bayar amount yang slash tu secepat mungkin. Saya biasanya akan settle dalam masa 2, 3 hari lepas slash. Saya gunakan kad kredit sebab mode of payment jer, bukan untuk berhutang.
Wallahu a'lam.
Terima kasih saudara Zul atas nasihat dan pandangan yang diberikan...semoga terus menulis artikel dan info yang amat berguna dan bermanfaat untuk semua.
DeleteAlhamdulillah... Doakan moga Allah permudahkan saya terus berkongsi ilmu & pengalaman yang Allah bagi pada saya. Tq.
Deletesalam tuan zul..bleh tuan trngkan lbih lnjut tak utk pinjaman ar-rahnu tue..tak faham sgt..hehe :)
ReplyDeleteWslm Tuan,
DeleteAr-Rahu sediakan pinjaman bercagarkan emas. Kalau tuan ada emas, tuan boleh dapatkan pinjaman daripada ar-rahnu dengan cara mencagarkan emas tuan kepada ar-rahnu untuk tempoh tertentu. Biasanya untuk tempoh 6 bulan. Kalau nak panjangkan tempoh, tuan boleh sambung pada bila-bila masa dengan cara perbaharui surat pajak.
Biasanya, Ar-Rahnu akan bagi jumlah pembiayaan sekitar 65%. Kalau nilai emas tu RM10,000, maksudnya, tuan akan dapat pinjaman RM6,500. Kos / caj 'sebenar' dikenakan sekitar 1.15% sebulan atas nilai pinjaman.
Duit tu, tuan boleh gunakan untuk apa sahaja aktiviti yang menguntungkan terutama sekali untuk rolling modal bisnes.
Wallahu a'lam.
tuan saya kurang faham dengan teknik beli emas dan simpan. jika saya beli emas dengan nilai 10k saya perlu tunggu waktu emas naik dan jual dan beli semula emas atau saya boleh dapat beza kenaikan secara automatik? saya jenis yang tak pandai dan malas melabur. harap tuan dapat bantu
ReplyDeleteWslm tuan,
DeleteEmas ni bagi saya ialah aset paling ideal untuk dijadikan simpanan jangka panjang. Ia tak menjanjikan pendapatan berbentuk dividen yang kita akan dapat setiap hujung tahun. Konsepnya, macam tuan beli rumah. Tuan beli hari ni, dan harga rumah tu akan naik. Bila jual, baru tuan akan untung. Selagi tak jual, selagi tu tak untung.
Cara paling mudah untuk melabur dalam emas, beli hari ni dan simpan untuk tempoh at least setahun. Lebih lama lebih baik. Bila nak pakai duit, baru jual. Purata kenaikan harga emas dalam tempoh 10 tahun sekitar 15% - 20%. Lepas ditolak susut nilai ketika jual, tuan akan dapat keuntungan sekitar 10% - 15% setahun.
Wallahu a'lam.
salam tuan blog,
ReplyDeletenak minta pandangan, saya jenis orang takut berhutang (sbb hutang buat saya tak nyenyak tido malam).. so apa yang saya lakukan sekarang, beli kereta loan short term dan plan nak beli apartment (rege lebih kurang 120k).. plan nye nak hutang dalam 10thn je.. adakah ini baik dalam konteks melabur?
alhamdulillah keje stabil dan increment pun stabil.. klau umur panjang nak bebas hutang umur 45thn dan bersara umur 50thn..(umur 30).. mohon pandangan..
Wslm tuan,
DeleteAlhamdulillah, bagus tu tabiat tak suka berhutang. Saya pun macam tu.
Loan kereta memang lebih baik buat short term. Kalau beli rumah untuk investment, better panjangkan tempoh untuk rendahkan monthly installment & dapatkan positive cashflow. Loan rumah ni takpe panjangkan sebab value dia sentiasa meningkat.
Wallahu a'lam.
salam sejahtera,
ReplyDeletesy grace..sy ada terbaca artikel ttg gandakan wang guna emas ni melalui Gold Investment Account kt public bank. adakah benar harga emas akn naik stp thn? krn emas adlh komoditi.sy pun berhasrat menggandakan wang.misal kata sy ada rm3000 dan bt GIA utk tempoh masa setahun..brp keuntungan yg akn sy dpt dan brp byk emas yg perlu ditinggalkan dlm akaun
Salam sejahtera Grace,
DeleteMemang harga emas sentiasa naik setiap tahun sejak 10 tahun lepas cuma kadar kenaikan tu berbeza. Ada tahun yang kenaikan cuma 7% dan ada juga sampai 35%. Tahun 2012 kenaikannya cuma 7%.
Keuntungan simpan emas ni tak tetap, ia depends pada kenaikan harga emas dunia tapi secara puratanya sekitar 10% - 20% setahun.
Pelaburan emas ada 2 jenis iaitu:
1. Akaun Pelaburan Emas (GIA). Beli emas dapat buku & emas sebenar tak ada.
2. Emas fizikal. Beli emas, dapat emas. Urusan jual belinya macam beli emas di kedai emas.
Antara 2 jenis tu, saya prefer emas fizikal sebab emas tu benar-benar wujud & saya simpan sendiri. Secara purata, keuntungan simpan emas sekitar 10% - 15% setahun lepas tolak susut nilai ataupun dipanggil "spread".
Salam,
ReplyDeleteSaya bercadang nak buat pinjaman peribadi maksimum RM200 k.Saya bercadang nak guna duit pinjaman itu untuk saya gandakan dan sekaligus saya dapat bayar instalment pinjaman selama 20 tahun dalam masa yang singkat.Katakan dalam masa 5 tahun saya dapat selesaikan jumlah pinjaman.
Soalannya,boleh tak tuan bagi pendapat jika ada cara atau peralatan kewangan yang saya dapat gunakan untuk menggandakan wang RM200 k ni menjadi 2-3 kali ganda dalam masa 5 tahun?
Saya merancang untuk menggunakan sepenuhnya RM200 k tu untuk -
1.Berniaga.
2.Melabur.
Boleh tak tuan cadangkan jenis perniagaan yang boleh bagi short term keuntungan untuk saya membayar instalment pinjaman dan jenis pelaburan yang saya dapat dividen bulanan/tahunan?
Wslm Tuan,
DeleteSetakat ni saya nampak, pelaburan paling cepat untuk gandakan keuntungan ialah hartanah (landed house) dan silver. Hartanah lebih stabil, tapi kena pilih lokasi yang betul. Silver dijangka akan berlaku kenaikan besar, tapi harganya tak stabil. Kalau dia naik, dia akan naik 2, 3 kali ganda daripada emas. Kalau turun pun sama.
Kalau bisnes, apa-apa bisnes pun bagus. Kena ada ilmu, mentor, dan network yang baik. Tapi bisnes ni ambil masa untung matang. Saya belum nampak short cut to success sebab jalan short cut tu biasanya Allah akan tunjukkan kepada mereka yang usahakan jalan long cut dengan sabar.
Wallahu a'lam.
salam, sy nak tnya kalau sy nak beli tanah lot tp tanah tu xde geran dan xblh buat govt loan.. boleh tak kalau sy guna personal loan untuk beli tanah tu?? untung/rugi guna personal loan beli tanah lot?? harap tuan dpt mbantu sy
ReplyDeleteWslm. Kalau guna personal loan untuk beli tanah tu memang tak ada masalah dari sudut proses. Cuma untung rugi tu saya tak pasti sebab tanah tu tak ada geran. Kalau mudah dijual bila nilai dah naik nanti, mungkin ia berbaloi.
DeleteWallahu a'lam.
grace,
ReplyDeletemohon encik memberi penerangan lebih lanjut tentang pelaburan perak ni..perak jenis apa yang terbaik dan di mana mahu beli..senang tak kalau mahu jualbalik?TQ
Kalau nak beli perak, beli samada dari Public Gold atau Nubex.com.my. Nak jual balik senang jer. Jual balik pada PG atau Nubex.
DeletePotensi kenaikan perak jauh lebih tinggi dari emas cuma harga perak tak stabil berbanding emas. Kalau emas naik, perak naik 2, 3 kali ganda berbanding emas. Kalau turun pun sama.
So, saya syorkan beli emas dulu. Kalau ada extra baru beli silver.
Assalamualaikum...
ReplyDeletesaya nak tanya kalau sy buat pinjmn peribadi dalam jangka masa yang panjang adakah ia akan merugikan saya? sbb kena byr interest yg tinggi.. kalu duit tu saya laburkan dan settle awal pinjaman tu adakah ia lbh baik?
Wslm,
DeleteKalau buat pinjaman untuk beli aset yang sentiasa meningkat nilainya macam emas, perak, tanah dan hartanah, insyaAllah untung. Kalau beli untuk benda yang sentiasa susut nilainya (liabiliti), memang rugi.
Buat pelaburan dengan duit pinjaman ok, cuma sebaik-baiknya pakai cash. Kalau nak buat loan juga, gunakan teknik yang saya kongsikan dalam artikel ni. Wallahu a'lam.
assalamulaikum en.zul,
ReplyDeletesaya nak minta pendapat, sy baru berumur 23tahun dan penjawat awam.. sy bercadang untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak 80k bagi membeli rumah secara cash yg bernilai 55k dan selebihnya sy akan gunakan utk membeli kereta. adakah tindakan sy ini dianggap tindakan yg merugikan? sy kurang arif dlm soal pinjaman dan 'interest'. jd sy nak tahu apekah "pro and cons" bagi tindakan yg sy akan lakukan ini?
kerjasama en.zul sgt sy hargai. terima kasih.
Wslm tuan,
DeleteSebelum buat keputusan samada untung atau rugi, tuan kena bandingkan kadar interest yang dikenakan untuk housing loan, car loan dengan personal loan. Buat perbandingan. Kalau caj personal loan lebih rendah, mungkin boleh pertimbangkan personal loan.
Pasal beli rumah, kelebihan membeli secara personal loan ialah kita tak kena seperti bank loan agreement fees dsb. Kekurangannya ialah tak boleh keluarkan duit EPF (akaun 2) in case nak buat full-settlement atau untuk ansuran bulanan.
Wallahu a'lam.
assalamualaikum..saya rizal.
ReplyDeleteboleh x tuan zul cadangkan bisnes kpda saya sbg permulaan..saya kerja gov dan bercdg membuat bisnes secara sambilan...
trima ksh tuan zul..
Wslm En. Rizal,
DeleteSaya syorkan En. Rizal buat apa-apa bisnes MLM yang En. Rizal memang suka produknya. Kena pilih betul-betul, jangan sampai join MLM Skim Cepat Kaya yang tak utamakan produk & servis. Kalau En. Rizal ada kecenderungan tentang industri kewangan, mungkin boleh consider jadi ejen Takaful ataupun Unit Trust. Wallahu a'lam.
hai sya jackson.. sya ingin bertanya, seperti sekarang loan ASB saham mmg hangat d perkata kan oleh pihak bank dan mengalak kan supaya kita buat loan.. antara gold invesment berbanding ASB loan.. mana satu lebih mnguntungkan..?
ReplyDeletesaya juga mempunyai 1 soalan... bagaimana degan RE_loan seperti rumah atau kereta.. kalau rumah, kita dapat tahu harga rumah akan sentiasa naik seperti emas...tetatpi adakah RE-Loan ini juga mnguntungkan?
Hai Jackson,
DeleteAntara ASB dan gold investment, saya prefer gold investment (physical gold). Kalau nak invest dalam ASB, better by cash (bukan pakai loan) sebab kebanyakkan mereka yang pakar tentang kewangan rasa loan tu tak berbaloi.
Re_loan? Saya tak pasti apa maksud "re_loan". Adakah sama dengan "refinancing" atau "overlaps"?
hai tuan ZUL. sya ingin meminta padangan dari pihak tuan.. saya mepuanyai masalah, dulu saya berkerja d sebuah syarikat kecil, dgan scale gaji saya telah pun mmbuat loan kereta, dan pada 3 bulan yg lepas saya tidak d bayar gaji dan membuatkan saya berhenti.saya membuka stall makanan dari sedikit simpanan saya akan tetapi keuntungan dari stall makanan saya tidak dapat menampunghidup saya, loan kereta saya tidak d bayar kerana saya perlu membayar sewa rumah saya dan sewa stall dan juga keperluan harian. dalam masa yang sama, saya mencari perkerjaan yg lain. syukur saya dapat perkerjaan start pada 12/3 ini. tetapi masalahnya kereta saya tidak d bayar selama 4 bulan, saya cuba membuat loan tpi tidak berjaya.dan saya ingin bertanya pada pihak tuan macam mana saya boleh memdapatkan duit secepat mungkin atau apa2 sahaja yang boleh menguntungkan dalam masa singkat ini sebelum kereta saya d tarik . so apa yang harus saya lakukan untuk menyelesai masalah ini.... sekiranya masalah saya tidak berkaitan dgan topic blog tuan saya minta maaf.. saya amat2 memerlukan nasihat. terima kasih.
ReplyDeleteTuan,
DeleteSaya syorkan tuan berjumpa pihak bank dan bincang permasalahan ni. Bagi tahu permasalah sebenar tuan dan bincang apa penyelesaian terbaik yang dia cadangkan. Biasanya bank akan tarik kereta bila kita tak berunding dengan mereka.
Wallahu a'lam.
Salam.
ReplyDeleteEncik Zul, ptut x org bujang mcm sy ni buat insurans. Biasa insurans ni org yg dah berumah tangga je y buat. Boleh x encik zul kongsi kan insurans mana paling bagus.
tq.
Wslm,
DeleteApa maksud tuan sebagai "buat insurans". Ambil perlindungan insurans atau jual insurans? Perlindungan insuran perlu, tapi minimum belum ada tanggungan macam orang dah berumahtangga.
Wallahu a'lam.
salam...sy ada beli gda cimb dngn harga 170.72/grm...dan sy beli 99grm...wajarkh sy jual semya dan beli fizikal gold-dinar or gold bar?mohon pencerahan.tq.puan k.
ReplyDeleteWslm tuan,
DeleteKalau tuan sanggup absorb rugi, boleh jual, tak ada masalah. Saya memang prefer emas fizikal berbanding emas 'maya'. Emas CIMB pun boleh keluarkan emas fizikal dengan syarat pengeluaran minimum ialah 100 gram. Cuma saya tak pasti syarat jual baliknya macam mana.
Wallahu a'lam.
salam....bgmn dikatakan emas naik setiap thun.....sdgkn sy beli gda pd 2011...tp hari ni jadik -ve pula..betulkah apa yg sy fikirkn ini iaitu dengan mnjual gda sy skrg boleh mengurangkn kerugian sy dengan cr jual gda sy dan beli sewaktu harganya rendah?
DeleteWslm,
Delete1. Kalau ikutkan trend tahun 2000 - 2012, memang betul harga emas naik setiap tahun. Tapi tahun 2012 - 2013, harga emas terganggu disebabkan krisis hutang negara-negara Eropah yang menyebabkan USD melonjak. Harga emas berkadar songsang dengan USD. USD naik, emas jatuh. USD turun, emas naik. Mengikut pakar, nilai USD sendiri pun sebenarnya lemah. Dan pada bila-bila masa ia akan runtuh dan ketika tu orang akan selamatkan kekayaan kepada emas.
2. Itu antara kelemahan GDA / akaun emas. Bila harga emas jatuh, kita cuma ada "nombor" jer dan tak boleh buat apa-apa. Kalau jual, pasti rugi. Berbeza dengan emas fizikal, bila harga emas jatuh, kita masih ada emas dan emas tu tak berkurangan walaupun satu gram. In case nak pakai duit untuk rolling, boleh pajak jer emas tu. Dan mungkin boleh digadaikan dan duit tu gunakan untuk beli lagi emas. Teknik tu dipanggil Teknik Manipulasi Ar-Rahnu.
Wallahu a'lam.
salam.boleh diterangkn dgn lbh detail berkaitn teknik manipulasi ar rahnu?sy rs bukankh ianya hnya menmbh hutang?
ReplyDeleteWslm tuan,
DeleteSecara umumnya, teknik manipulasi ar-rahnu tu kita dapatkan pinjaman bercagar dari ar-rahnu untuk dijadikan modal samada:
(1) beli lagi emas bila berlaku penurunan mendadak
(2) nak guna duit untuk rolling bisnes yang confirm menguntungkan
Untuk situasi 1, bila berlaku penurunan mendadak, guna duit ar-rahnu untuk beli lagi emas pada harga rendah. Dan emas tu semestinya mestilah spread rendah sekitar 5% - 6%. Bila harga emas naik balik sekitar 10%, masa tu kena jual kesemua emas yang dibeli dengan duit pajakan. Guna hasil jualan tu untuk tebus emas (bayar pinjaman & caj upah simpan) dan lebihan tu adalah keuntungan.
Wallahu a'lam.
salam en zul..
ReplyDeletesaya nk tanya emas fizikal berbentuk dinar leh ke pajak?kalu boleh kt mana mintak beri nama tempat.
tq..diatas pencerahan.
zai
Wslm Pn. Zai,
DeleteEmas fizikal boleh dipajak. Kalau nak pajak emas Public Gold, boleh download senarai di link ni: http://bit.ly/11reQ1j.
Wassalam.