MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Persiapkan Waris RM1.2 juta Sebelum Mati

November 23, 2011

Di saat saya tulis artikel ni, saya dah ‘persiapkan’ untuk waris RM1.2 juta (walaupun saya belum jutawan) kalau saya kembali kepada Tuhan di waktu saya masih muda. Sebenarnya, kita tak perlu jadi jutawan untuk pastikan waris ada ‘harta’ yang cukup mereka survive setelah pemergiaan kita. Toolsnya ialah lindungan takaful!

Bagi orang ‘muda’ seperti saya, risiko terbesar kematian disebabkan KEMALANGAN, bukan KESIHATAN. Walaupun saya dah bersedia dengan lindungan takaful untuk “kesihatan”, saya bagi perhatian besar pada lindungan “kemalangan”.

Tinggalkan Waris Beban Hutang?

Saya rasa terpanggil untuk tulis artikel ni lepas pemergian seorang sahabat saya pada awal tahun ni disebabkan kemalangan jalan raya. Beliau tinggalkan seorang isteri, 5 orang anak kecil, dan ‘beban hutang’ sangat besar yang terpaksa ditanggung oleh waris.

Masa tu saya fikir, kalau aku pesan pada dia pasal lindungan takaful masa berziarah ke rumah dia dua bulan sebelum dia meninggal, at least waris dia tak lah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah sedih dengan pemergian dia, ditambah lagi dengan beban hutang yang besar terpaksa ditanggung, hingga ‘sesak dada’ memikirkannya.

Jana RM5,000 Sebulan Tanpa Bekerja

Untuk pastikan isteri saya tak perlu fikir pasal duit sepeninggalan saya, saya siapkan lindungan takaful Personal Accident (Kemalangan Diri) sekitar RM1.2 juta. Dia tetap akan kehilangan suami, tapi dia tak hilang sumber pendapatan, insyaAllah.

RM1.2 juta tu sebenarnya cukup untuk jana passive income at least RM5,000 sebulan selama-lamanya, tanpa perlu bekerja, tanpa sentuh pun duit RM1.2 juta tu walaupun 1 sen. Caranya ialah laburkan duit RM1.2 juta di tempat yang selamat, berisiko rendah dengan pulangan sekurang-kurangnya 5% setahun, seperti Tabung Haji.

Kos ‘Membeli’ Lindungan Takaful

“Berapa ‘premium’ insurannya?”

Takaful Personal Accident murah jer, cuma RM100 setahun untuk setiap lindungan RM100,000. Kita boleh dapatkan cover RM10,000 dengan bayaran serendah RM10 setahun. Tapi tak ada mana-mana takaful yang bagi cover sehingga RM1 juta kecuali income bulanan kita lebih RM10,000 sebulan. So, untuk cukupkan cover, kita kena ambik cover daripada beberapa takaful. Contohnya lindungan RM400,000 dari Takaful Ikhlas, RM400,000 dari BSN Prudential, dan RM400,000 dari Takaful Malaysia. So, total cukuplah RM1.2 juta.

Dan berita lebih baik, biasanya mana-mana syarikat (majikan) dah sediakan lindungan takaful atau insurans untuk kakitangan. Mungkin jumlah covernya sehingga 3 tahun ataupun 5 tahun pendapatan. So, kalau nak cukupkan RM1.2 juta, just top-up jer lah.

Penyumbang Takaful, Untung Kiri Kanan

“Kalau tak claim, rugilah duit bayar takaful tu?”

He he he... Kekadang saya rasa kelakar bila orang cakap macam tu. Bagi saya, dua-dua untung. Claim untung, tak claim pun untung. Bila claim, maksudnya kita dah mati. Apa untungnya waris kalau kita mati? RM1.2 juta tu bukan nilai sebenar nyawa kita. Kalau boleh dibeli, saya pasti waris kita tak nak duit tu.

Kalau tak claim, kita tetap untung. Pertamanya, kita tak mati ataupun hilang upaya. Keduanya, ramai orang tak sedar, duit yang kita bayar untuk takaful tu adalah tabarru’ yang bermaksud “sedekah”. Duit tu adalah sedekah, dan sedekah tu salah satu jalan mengundang rezeki daripada Allah. Duit tu juga akan jadi saham di hari kehidupan yang kekal selamanya, iaitu Akhirat. So, tak ada istilah duit burn sebab bayar takaful!

Dapatkan Perlindungan, Bukan Simpanan

Kos saya bayar sumbangan takaful sebulan at least RM100 sebulan, dan duit tu 100% tabarru’ (sedekah), bukan saving. Saya tak buat saving melalui takaful sebab pulangannya sangat minimum berbanding saving di tempat lain.

Selain dari Personal Accident, saya juga ambik lindungan kesihatan, dan Takaful Kesihatan kosnya lagi mahal daripada Personal Accident. Kalau Personal Accident, kosnya cuma RM100 setahun (untuk cover RM100,000), tapi untuk kesihatan, kosnya at least RM50 – RM100 sebulan. Itu terpulang pada bajet masing-masing.

Saya Bukan Ejen Takaful atau Insurans

Ringkas cerita, saya syorkan semua sahabat cek balik lindungan takaful masing-masing. Jangan anggap ianya remeh. Saya yakin, kalian cuma akan percaya yang ianya penting bila musibah betul-betul terkena pada kalian, ataupun orang terdekat dengan kalian. Dan yang paling penting, saya ceritakan pasal lindungan takaful demi kebaikan semua, dan saya bukanlah ejen mana-mana takaful untuk mempromosikan tentang takaful.

Daripada saya menyesal sekali lagi sebab tak pernah cerita pasal takaful sebagaimana berlaku pada sahabat saya hari tu, lebih baik saya cerita sekarang. So, ‘beli’ takaful sekarang!

“... Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu kaya, itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan miskin, sehingga mereka terpaksa meminta-minta sesama manusia. Sesungguhnya apa sahaja yang kamu sedekahkan dengan maksud mencari redha Allah s.a.w, pasti kamu diberi pahala, termasuk makanan yang kamu berikan kepada isterimu...” (HR Bukhari dan Muslim)

[Riyadhus Solihin (6), Sahih Bukhari (1295), Sahih Muslim (1628)]

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
18 November 2011
22 Dzulhijjah 1432

p.s. Saya juga ada seorang kenalan yang kematian suami disebabkan kemalangan, tetapi suaminya telah siap dengan lindungan melebihi RM1 juta. Setelah kematian suami, dia terus berhenti kerja (dan tak perlu kerja lagi sepanjang hayat) untuk fokuskan perhatian kepada dua orang anaknya yang masih kecil. Ini juga kisah live yang saya tengok depan mata sendiri.

“Tak perlu bimbang tak sempat nikmati harta yang kita usahakan. Syurga itu lebih baik bagi orang beriman. Tuhan tak akan sia-siakan harta yang kita tinggalkan untuk kesenangan ahli waris. Semuanya akan di convert untuk kesenangan kita di Akhirat” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 16 November 2023

“Setiap duit yang kita belanjakan dan tinggalkan untuk ahli keluarga kita juga dianggap sedekah. Bahkan sedekah itu lebih utama dari sedekah kepada orang lain. Kita dapat 2 pahala. Satu pahala sedekah. Kedua pahala silaturahim.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 16 November 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Salam Zul, satu pandangan dan perkongsian ilmu yang sangat baik. Cuma ingin mendapatkan kepastian, untuk memperolehi RM1.2juta perlindungan takaful maka perlu membuat sumbangan (tabarru’) sebanyak RM1200 setahun. Sebagai contoh, bagi perlindungan takaful accident Takaful Malaysia RM400 setahun, BSN Prudential RM400 setahun dan Takaful Ikhlas RM400 setahun. Barangkali ada yang melihat ia agak banyak. Tapi pasti ada solusinya kerana anda akan dapat apa yang anda fikirkan. Tak gitu?

  • Salam tuan, terima kasih atas pandangan yang baik untuk pengurusan kewangan. Sekadar mendapatkan kepastian, manfaat RM1.2juta boleh diperolehi dengan mendapatkan perlindungan takaful kemalangan berjumlah RM400,000 dengan bayaran RM400 setahun bagi satu takaful provider. Ini bermakna, bagi memperolehi manfaat RM1.2juta perlu membayar RM1200 setahun (RM400 setahun per takaful provider x 3 institusi takaful)= RM1200 setahun. Bukankah jumlah ini agak besar perlu di tabarru’ kan bagi manfaat RM1.2juta tersebut. Ada kaedah lain ke bagi mereka yang isteri tidak bekerja dan tinggal di kota metropolitan.Sekadar pandangan.

  • Wslm tuan,

    Sebenarnya, kita tak perlu sedekahkan sebanyak RM1,200 setahun walaupun jumlah tu cukup berbaloi untuk disekahkan bagi cover sebanyak 1.2 juta. Biasanya, setiap orang dah ada cover PA; antaranya (1) Di cover oleh majikan, seperti staf GLC. (2) takaful sihat dan pendidikan pun ada cover PA sebahagiannya, (3) PA khas yang disediakan oleh syarikat atau badan tertentu, contohnya Amway Malaysia sediakan free PA untuk semua pengedarnya.

    So, kita just top-up amaun yang tak cukup jer.. Bila ambik takaful, jangan fikir saving, tapi PROTECTION.. Takaful bukan tempat terbaik untuk saving..

    Wallahu a’lam..

    • Asalamualaikum wrt wbt

      En zul..

      Mohon penerangan lanjut sikit… semalam saya jumpa agen takaful etika .. tanya pasal PA… adalah sikit sebanyak dia terangkan pasal PA dan life… cuma yang diberitahunya.. jika polisi takaful PA.. walaupun ada 3 takaful berlainan syarikat.. hak claim akan dibahagikan… hanya 1 sahaja dapat (400k)… bukan 3 sekaligus(1.2M) .. berlainan dengan insuran convensional…. adakah ini betul…. atau agen itu tersilap…

      mohon tuan bagi info sikit…

    • Wslm Pokju,

      Ejen tu silap tu. Kalau polisi yang cover caj hospital, memang boleh claim satu jer. Kalau ada 4 polisi yang cover caj hospital, kita cuma boleh claim 1 jer. Tapi kalau PA, semua boleh claim. Kalau 4 polisi, semua kita boleh claim. Ini disebabkan nilai nyawa kita tak ada had nilainya, tapi kalau caj hospital, dia had kepada actual cost yang incurred.

      Saya dah 9 tahun bekerja dalam industri insuran dan takaful. Tak kira samada takaful atau conventional, kalau polisi PA sama jer.

      Pokju mintak ejen tu cek balik statement saya ni.

      Wallahu a’lam.

    • Terima kasih atas pejelesan en Zul..
      saya amat menghargai…

      nak tanya sikit.. agak2 lah … pada pandangan en Zul.. takaful mana yang terbaik utk buat caruman saving ke… PA ke..

      satu lagi… syarikat takaful mana paling baik jika nak jadi agen… ( pada pandangan en Zul )

    • Sama2 Pokju,

      Pokju, secara jujurnya, saya tak tahu yang mana terbaik. Tapi sekadar PERSEPSI umum saya, takaful yang best ialah BSN Prudential Takaful dan Takaful Ikhlas. Kalau sebagai customer, Pokju kena buat comparison polisi takaful yang mereka tawarkan secara detail.

      Jadi ejen mana yang bagus, setakat sampai ke telinga saya, ejen BSN Prudential Takaful dibawah Al Isra agensi sebab SISTEM LATIHANnya yang katanya sangat establish dan berdisiplin.

      Pokju jgn telan bulat2 apa yang saya cakap ni. Kena buat sikit kajian sebelum bermula, ok?

      Wallahu a’lam.

  • Salam Tuan Zul

    Saja nak tanya tuan Zul ni pernah kerja kurnia insuran tak atau pernah menetap di johor. Rasa macam kenal jer. Dulu ada tak belajar kursus komputer di jb? Mungkin saya tersilap orang, maafkan saya

    • Saya tinggal area jb saya pun ada kwn nama zulkifli mirip tuan. Dah lama tak jumpa dia hehehe pelanduk dua serupa kot..

      Satu info yg berguna untuk dikongsi bersama. Cuma waktu ini saya cuma ada p.a insuran takaful
      100k. Saya merancang untuk ambil insuran yg cover untuk penyakit. Waktu sekarang ni orang muda pun boleh senang kene penyakit.

      Dahulu arwah ayah tiri saya meninggal kena stroke akibat penyakit diabetis. Masa tu keadaan keluarga kami susah sangat hanya Allah yg tahu. Sebab tu saya merasa insaf dan cuba bermohon kepada yg Esa permudahkan urusan kita nanti.

      Saya difahamkan ada setengah insuran hanya cover hilang upaya masa accident tapi hilang upaya sebab penyakit tak cover. Pada pendapat tuan Zul insuran mana yg bagus untuk cover penyakit pula? Terima Kasih

    • Oh, ye ker.. Mesti orang dua serupa nih.. 🙂

      Kalau PA, dia hanya cover kematian & hilang upaya akibat kemalangan jer. Untuk hilang upaya seba kesihatan dia tak cover. Yang tu kena ambik polisi kesihatan.

      Mana-mana takaful ok, asalkan make sure polisi yang kita ambik tu untuk cover risiko sebenar. Jangan sampai dikeliru dgn saving & investment yang ditawarkan. Fokus kepada lindungan risiko jer. Untuk kesihatan, saya ambik cover Takaful Malaysia sejak tahun 2005 lagi.

      Wallahu a’lam.

  • Walau bagaimanapun apabila berlaku kemalangan jalanraya yang melibatkan kehilangan nyawa, post-mortem akan dilakukan. Punca kematian akan ditentukan samada mati kerana kemalangan atau faktor lain. Contoh pernah mangsa kemalangan mati bukan disebabkan kemalangan tapi akibat serangan jantung yang seterusnya menyebabkan mangsa gagal mengawal kereta yang dipandu hingga melanggar kenderaan lain. Dalam kes ini, waris tidak dapat menerima benefit dari takaful/insuran personal accident tersebut.

    • Saya faham tu tuan. Tapi siapa ambil personal accident, at least dia dah cover sebahagian risiko. Risiko terbesar bagi orang muda ialah kemalangan jalanraya. Kalau nak cover semua risiko pun boleh, tapi bayaran takafulnya lebih tinggi.

    • Untuk insiden sebegini boleh dipertikaikan juga..maksud saya kita boleh fight kat mahkamah kenapa mangsa tidak dibayar manfaat takaful..hanya sebab kemalangan yg dialami kerana mula2 dia kena serangan jntung..adakah semua serangan jantung akan sebabkan kematian? Jawapannya sudah tentu tidak..jadi sungguh tak dapat difahami kenapa insurans compny atau takaful provider ‘liat’ nak byr mangsa (dlm kes ni)…

  • salam saudara zul,

    perkongsian yg menarik, sy ada jugak terfikir mcm saudara zul tntang membeli beberapa jenis polisi insuran yg berlainan. tapi baru2 ni sy tanya seorang ustaz, dia kata haram mengambil polisi nyawa untuk tujuan keuntungan dan berlebih2an. polisi insuran yg pertama adalah harus, tapi yang kedua, ketiga dan selebihnya sudah jatuh haram. macamana tu? tq
    -syed

    • Wslm Tuan Syed,

      Pertama sekali, insuran yang saya maksudkan disini ialah takaful. Saya pun tak pasti macam mana mengambil takaful untuk lindungi orang yang ditinggalkan boleh dianggap sebagai keuntungan sebab nyawa kita tak ternilai. Kalau diberi pilihan kepada isteri saya antara RM1.2juta (bila saya mati) untuk dia teruskan hidup, atau saya terus hidup tapi dia tak dapat RM1.2juta, pastinya isteri saya pilih saya terus hidup. Isunya ialah SURVIVAL waris (income replacement) yang kita tinggalkan bila kita dah mati. Bukankan Nabi pesan meninggalkan waris dalam keadaan senang tanpa meminta-minta itu lebih baik berbanding kita tinggalkan mereka sehingga mereka terpaksa merempat minta belas kasihan daripada orang lain?

      Ambil 2, 3 insuran bukan untuk buat keuntungan, tapi disebabkan setiap takaful ada limit cover masing-masing. Kalau satu takaful boleh cover sampai jumlah yang saya perlukan, saya cuma akan ambil satu takaful jer.

      Wallahu a’lam.

    • Wslm,

      PA cuma cover kemalangan jer yang menyebabkan hilang upaya kekal dan kematian tapi medical card tu berbeza. Ia cover bill hospital. Kalau sakit, maksudnya kita ada option untuk ke hospital swasta untuk dapatkan rawatan lebih cepat berbanding menunggu giliran rawatan di hospital kerajaan.

      Samada perlu atau tak, tuan kena cek samada majikan cover atau tidak. Kalau dah cover, keperluan kepada medical card tak berapa mendesak, unless dibuang kerja, berhenti kerja atau limit yang majikan tanggung dah habis limit.

      Wallahu a’lam.

  • Salam Tuan Zul…
    Terima kasih kerana berkongsi artikel yang sangat menarik.

    Saya ingin bertanya pendapat tuan. Apa pendapat tuan mengenai Personal Accident yang ditawarkan oleh pihak-pihak bank seperti Bank Islam/Maybank dll. Ok tak dari segi patuh syariah dan dari segi senang/susah nak claim if anything happen. Sbb ada pendapat yang menyatakan agak susah nak claim jika ambil insurans dgn pihak bank.. Apa pendapat tuan?

    *Saya dah ada medical kad BSN Prudential. Selepas baca artikel tuan rasa berminat nak ambil PA pula cuma tak tau nak pilih yang mana..Harap dapat membantu… Moga Allah membalas segala jasa baik tuan.. InsyaAllah…

    • Wslm Pn. Saidah,

      1. Kalau ditawarkan tu polisi Takaful, tak ada masalah. Kalau ada telefonis call, tanya dia samada ia takaful atau insuran konvensional. Kalau takaful, ok. Kalau convensional, terus tolak ketepi. Semua takaful ok sebab mereka ada majlis pengawasan syariah masing-masing.

      2. Proses claim senang jer. Semua syarikat takaful & insuran di Malaysia tertakluk kepada guideline yang dikeluarkan oleh Bank Negara. Kalau musibah tu memang dilindungi dalam polisi takaful tu, confirm mereka akan bayar. Kalau nak cepat proses, puan kena rajin follow-up. Tak ada takaful yang berani untuk tak bayar claim yang mereka patut bayar sebab lesen mereka boleh ditarik balik kalau pengguna buat report pada Bank Negara.

      3. Puan kena kira dulu berapa jumlah protection yang puan perlukan. Lepas tu cek samada polisi sedia ada tu dah cukup atau belum. Kalau belum, boleh top-up pada polisi sedia ada atau tambah polisi lain / dengan syarikat lain. Katakanlah PruBSN tu cover RM200k, sedangkan puan perlukan RM500k, maka top-up la lagi RM300k.

      Wallahu a’lam.

  • Salam,
    Saya nk mencelah sikit pasal Takaful. Saya pernah mendengar mmg bagus ambik Takaful Kesihatan. Kalau kematian menimpa…waris akan dapat apa yg telah dperuntukkan.
    Namun apabila sakit…Takaful Kesihatan akan cover juga bergantung pada jenis sakit. Tetapi apa yang saya kurang setuju..ialah Takaful Kesihatan akan cover bergantung pada tahap kemudharatan yg menimpa. Sbg contoh sekiranya pemegang policy terkena kanser tidak semestinya Takaful Kesihatan akan cover. Ini kerana terdapat di dalam policy takaful menjelaskan kanser tahap berapa baru akan dicover. Sbgai contoh sekiranya pesakit menghadapi kanser tahap 1…Takaful tak akan cover sehinggala pesakit mendapat kanser tahap 4. Yang mana pada masa kanser tahap 4 itu kita boleh katakan pesakit dh betul2 nazak. Bermakna untuk kanser tahap 1,2 dan 3 segala pembiayaan akan ditanggung sepenuhnya oleh pesakit. Begitu juga dgn sakit2 yang lain. Pohon penjelasan dan pandangan tuan.

    • Wslm En. Man,

      Memang betul. Kebanyakkan polisi takaful cover kanser tahap 3 & 4. Kanser tahap 1 & 2 kita perlu add-on dengan bayaran tambahan (rider). Kalau kita tak ambil yang add-on tu, memang takaful hanya akan bayar pada kanser tahap 3 & 4 sahaja.

      Wallahu a’lam.

  • salam en zul, mohon share ilmu ini d blog saya,sgt2 bermanfaat,moga Allah melapangkan en zul n keluarga supaya lebih byk lagi post yg berguna boleh d hasilkan =)

  • assalamualaikum,

    seronok baca perkongsian en zul mengenai takaful dan saya setuju dengan fakta2 en zul.

    sekadar promosi utk perbandingan buat sesiapa yang mahukan sebut harga perlindungan takaful bersama MAA Takaful blhlah dimajukan pada saya zunaidi.ahmad@gmail.com ataupun 01115484137.

    en zul, sy minta izin berkongsi artikel bermanfaat ini.

  • Apa pendapat tuan tentang takaful hajj MAA. Simpanan + protection untuk pergi haji? harap boleh perincikan pendapat tuan.

    Sekian, terima kasih.

    • Wslm Pn. Murni,

      Tunjuan utama insuran dan takaful ialah untuk perlindungan, bukan simpanan. Bila nak ambil insuran / takaful, fokus kepada perlindungan. Produk berbentuk simpanan tu diwujudkan supaya ianya nampak menarik walhal hakikatnya, rugi kalau menyimpan melalui takaful sebab caj dikenakan.

      Wallahu a’lam.

  • Salam,

    En Zul, perlukah saya mengambil ketiganya sekali gus, Medical Card, PA dan Takaful kesihatan, adakah pelan yang menggabungkan salah satu dari keperluan ini dan apakh pelan terbaik untuk family

    • Wslm tuan,

      Saya ambil kesemuanya. Tapi setiap orang keperluannya berbeza. Untuk dapatkan pelan terbaik, saya syorkan tuan consult dengan ejen takaful. Nanti buat pertimbangan sebaiknya, yang mana perlu, yang mana tak perlu, yang mana utama dan yang mana bukan keutamaan.

      Wallahu a’lam.

  • salam,

    mohon pencerahan, PA cover untuk kematian akibat kemalangan sahaja tapi adakah LIFE insurans juga cover untuk kematian akibat kemalagan atau setakat critical illness sahaja?
    terima kasih.. 🙂

    • PA cover untuk kematian akibat kemalangan manakala Life Insurans pula cover kematian samaada disebabkan penyakit, juga akibat akibat kemalangan.

      Sebagai contoh:

      Ali memiliki Life Insurance coverage sebanyak RM100,000 dan PA coverage sebanyak RM50,000.

      SENARIO A : Jika Ali meninggal disebabkan kematian selain dari akibat kemalangan, Jumlah pampasan yang akan dibayar syarikat insurans kepada waris Ali hanyalah RM100,000.

      SENARIO B : Sekiranya kematian Ali adalah disebabkan kemalangan,
      Syarikat insurans akan membayar kedua – duanya (RM150,000 = RM100,000 + RM50,000) sekali iaItu Pampasan Life insurans dan juga Pampasan PA.

      Joey Hafis | Perunding Takaful Sepenuh Masa
      http://www.joeyhafis.com

  • Assalammualaikum En Zul, saya tertarik dengan kupasan perkongsian dalam ni. Saya adalah seorang guru , isteri saya pula adalah guru tabika kemas bertaraf kontrak. Saya telah insuranskan kedua2 orang anak saya berumur 4 tahun (RM100 – Prudential Medical Card) & 2 tahun (RM100 – Prudential Medical Card ) & saya sendiri (RM200 – Prudential Medical Card).

    Manakala isteri saya Takaful Ikhlas (RM100).

    Adakah ini sesuai untuk keluarga saya? Saya dan isteri masih tiada menghidap penyakit serius. Manakala anak-anak pula cuma kadang2 asma nya datang.

    Ditambah dengan seorang lagi baby baru lahir ni.

    Apa cadangan tuan supaya saya bole pertimbangkan untuk kurangkan bebanan bayaran insurans ni?

    Boleh hubungi saya @ whatsapp 011-10541809 jika tuan lapang.

    Saya amat harapkan nasihay tuan.

    • Wslm En. Fardi,

      Sesuai atau tak sesuai kena nilai keperluan sendiri. Bila ambil takaful, paling penting kena ambil kira apa jenis coverage yang diperlukan? Berapa jumlah yang cukup untuk setiap coverage.

      Persoalan ni boleh bincang terus dengan perunding takaful.

  • Assalamualaikum

    Saya nak bertanya apa yang di maksudkan takaful kesihatan? Takaful kesihatan masuk merangkumi dalam medical card ke? @ ianya berbeza?

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >