Saturday, January 29, 2011

Farewell Party for Sigwind IAD

Makan nasi beriani Restoran Mahbob lunch hour tadi. Memang sedap. Lauk ayam madu, dan kari kambing. Alhamdulillah...

Ni kali kedua kami buat farewell party di Restoran Mahbob, Bangsar.
Harga berpatutan, dan sesuai untuk majlis sederhana.

Sigwind, kami gelar "Chief Haji". Sebab dia hari2 pakai serban. :) Dan dia banyak tahu perihal syariah compliance, sebagai auditor di anak syarikat takaful kami. Bertugas di Internal Audit Department lebih kurang 7 tahun. Kontrak beliau tamat bulan February 2011.

Tumpang kereta Gurru. Naik skali dengan Din & Irman i.e. supervisor kami.
(Catatan 26 Januari 2011)

Tuesday, January 25, 2011

Nasib Baik Ada Orang Berniaga

Anak-anak kami memang serasi dengan Susu Bio Lac
Semalam kami sekeluarga travel balik Pasir Mas. Ada bisnes appointment dan sambil jenguk Mama & Abah. Ikutkan plan, nak bertolak dalam kul 4.00 pg, tapi bagun pagi, tengok2 jam dah 6.00 pagi! Aduh... Saya tengok isteri masih terbaring menyusukan Hifdzi dan barang2 pun belum siap untuk saya angkut ke kereta.
Cuti Thaipusam
Bila keluar lewat, confirm takleh lalu Jalan Batu Caves sebab Thaipusam. So, terpaksa la keluar ke Jalan Duta, lepas tu ambik DUKE untuk ke LPT Gombak. Punca lewat sebab isteri terpaksa menyusukan (breastfeed) Hifdzi, sebab susu Bio Lac Hifdzi dah nak habis.
Bila breastfeed, Hifdzi yang dah berumur 6 bulan tak berapa kenyang. Nak susu botol juga. Nak pergi beli, kedainya jauh - dekat Hospital Tawakkal. Lagi pun, kedai tutup kul 6.30 lagi. Tak tahu ada tak kedai yang jual barang2 Era Edar Marketing kat area Damansara Damai atau Sg. Buloh. Masa tu terfikir, bagusnya kalau ada stokis area Damansara Damai. Memudahkan...
Ada Peniaga, 'Rahmat' Bagi Orang Ramai
Sebenarnya, itulah pentingnya peniaga pada kita semua. Bila ramai peniaga, kita boleh dapat barang keperluan dengan mudah, jimat masa, jimat duit dll. Lagi bagus kalau peniaga tu buat bisnes secara mobile. Barang boleh terus deliver ke rumah bila-bila masa yang kita perlu. Kita boleh dapat barang terus tanpa keluar rumah!
Itulah bagusnya kalau sahabat-sahabat jadi ejen, dealer, stokis kepada syarikat-syarikat yang bagus. Saya memang recommend kawan-kawan yang nak cari side income supaya jadi ejen mana-mana syarikat yang genuine menjual produk. Dan saya nampak, jadi orang tengah adalah jalan terbaik untuk buat bisnes bagi orang yang sibuk. Tak payah fikir production.
Paling Mudah, Jadi Orang Tengah
Kami ada jadi ejen, dealer, dan distributor beberapa syarikat yang kami memang pakai produknya. Dalam masa sama, kami juga jual coklat, muffin dan kek yang isteri saya buat sendiri di rumah. Memang semuanya kami boleh buat duit.
Tapi apa yang kami benar-benar realise, bisnes jadi orang tengah (ejen, dealer, distributor) jauh lebih mudah. Kita cuma fikir pasal marketing, dan bagi servis terbaik untuk customer. Tak perlu fikir production, nak beli barang, nak simpan stok-stok bahan kalau ada immediate order. Tak perlu berpenat-penat nak buat produk (seperti muffin) bila ada customer order.
Bagi kami, apa-apa bisnes pun bagus asalkan ia genuine menjual produk. Tapi, bagi rakan-rakan yang berkerja, dan baru berjinak nak buat bisnes, mungkin ada baiknya bermula dengan jadi ejen, dealer ataupun jadi pengedar syarikat yang dah tersedia menjual produk yang berkualiti.
Fokus bukan sahaja pada menggerakkan produk, tapi apa yang lebih penting ialah mengubah diri dari ulat dalam kepompong kepada rama-rama cantik yang boleh memilih mana-mana bunga yang dia suka untuk dapatkan manisannya.
Apa-apa Bisnes Pun Bagus
Berbalik pasal susu Bio Lac Hifdzi tu, alhamdulillah, nasib baik ada stokisnya di Pasir Mas. Kami sampai rumah Mama Abah dalam pukul 6.30 ptg. Pukul 7.00 ptg saya terus call Cikgu Fauziah (stokis Era Edar di Pasir Mas). Nasib baik dia masih lagi aktif dengan bisnesnya... hati saya lega... kalau tak, merengek la Hifdzi sepanjang malam sebab lapar tak dapat susu botol. Kul 9.15 mlm, kami ke rumah Cikgu Fauziah dekat Shell Pasir Mas untuk dapatkan 3 peket susu Bio Lac.
Masa ambik produk tu, Cikgu Fauziah kelam kabut sikit sebab katanya rekodnya tengah celaru dan dia mintak kad keahlian Era Edar saya untuk pengeluaran kupon bonus katanya. Ah, saya tak kisah semua tu, yang penting Hifdzi dapat minum susu botol malam nanti. Kalau dia nak jual susu tu pada harga retail pun saya sanggup beli. Sebab, kami sangat perlukan susu tu...
Fokus Pada Membangun Diri
Terima kasih Cikgu Fauziah. Saya bernasib baik sebab dia masih lagi berniaga... Bergembiralah bagi sesiapa yang berniaga. Kerana berniaga salah satu jalan terbaik untuk memberi manfaat kepada ramai manusia. Akhirat dia dapat, mudah-mudahan "dunia" Allah pakejkan sekali. InsyaAllah.

Wallahu a'lam.
Zulkifli
Pasir Mas

21 Januari 2011
p.s. sesiapa di Pasir Mas yang nak dapatkan produk Era Edar seperti Susu Bio Lac, Examo, Salindah, boleh contact Cikgu Fauziah (09-7908597). Ini free promotion untuk beliau kerana telah memudahkan saya.

Artikel berkaitan: Berbisnes Mencari Akhirat

Thursday, January 20, 2011

Buku: The Economic of Integrity


"The Economics of Integrity".
Saya tertarik dengan tajuk buku ni. Kawan saya bagi dua minggu lepas. Mungkin sebab dia tahu saya suka baca buku self-development, dan atas meja workstation saya pun tersusun dua baris buku self-help, business, financial dan kekeluargaan.
Buku baru ni menarik perhatian saya. Saya belum baca lagi. Cuma baca summary, front page, page belakang, topik dan sub-topik. Dengan dua baris ayat ni, mungkin kita dapat baca apa yang nak disampaikan oleh penulis.
"With examples that range from milk to mortgages, Bernasek shows how integrity is in fact our greatest economic asset; it forms the invisible bedrock of our economy. In this "New Era of Responsibility", Bernasek's message is both essential and urgent".
Tingginya Nilai Ekonomi Islam
Buku ni mengingatkan saya betapa tingginya nilai ekonomi Islam. Betapa hebatnya ilmu bisnes yang diajarkan Nabi S.A.W. Integriti, atau bahasa agamanya adalah "taqwa", adalah asset terbesar untuk kita pergi jauh dalam bidang ekonomi, perniagaan dsb.

Tak payah tengok jauh, kita tengok kedai motor jer lah. 'Masalah' kebanyakkan penunggang motosikal macam saya ialah nak cari kedai motor yang bagus bila motor rosak. Bukan saja pandai repair, tapi dia amanah untuk repair motor kita.
Integriti Kedai Motor
Part yang boleh pakai lagi, tak perlu ditukar. Kalau janji bagi barang baik, dia mesti bagi barang baik. Masalah orang kebanyakkan, kita memang tak tahu barang tu benar-benar rosak ke tak. Pomen suruh tukar, kita pun terima jer lah. Kalau dia tipu, kita pun tak tahu.

Dia cakap barang ni original, kita pun tak tahu mana yang ori, mana yang local. Bayangkan kalau kita tahu pomen tu bagus, dan amanah, saya sure... orang jauh pun akan datang. Orang mesti bercakap-cakap pasal pomen. Dan word-of-mouth memang sangat powerful.
Dua bulan lepas, saya rugi RM50 repair motor. Lampu depan terlalu malap. Pomen cek, dia cakap bateri dah tak elok. Eh, saya rasa beteri ni belum setahun pun lagi. Bila buka, nampak macam ada oxidation pada kepala bateri. Dia cakap kena tukar, saya pun setuju jer lah sebab masa tu saya nak bergegas ke Sunway untuk business forum. Bila dah pasang bateri baru, lampu masih malap. Aduh... saya panggil taukey dia.
Rosak Sikit Pun Nak Ditukar
Bila taukey cek, bukan bateri yang problem, tapi dia punya relay. Bila tukar relay, lampu pun terang benderang. Saya tanya balik, bateri ni rosak ke tak? Katanya tak rosak, tapi tak berapa elok dah. Habis tu, boleh pakai lagi ke tak? Erm... boleh lagi. Saya pun suruh dia tukar balik bateri. Pakai bateri asal.
Toukey Cina tu cakap, "nanti saya rugi bang, dah tak boleh jual sebab dah pasang. I bagi u diskaun". Aduh... kalau buat hal dengan kedai motor ni, dah tak ada kedai motor lain yang agak okay di Damansara Damai. Saya pun dengan berat hati terima jer lah... hm... memang kali ni aku kena 'tipu'...

Next time, kalau pomen suruh tukar itu dan ini, kena hati-hati. Mungkin kita kena double cek dengan workshop lain kalau ianya major repair. Kalau dia nak bukak enjin, ops... jangan bagi. Mesti dapatkan second opinion. Sebab kalau bukak nanti, itu ini semua dia cakap kena tukar. Upah bukak & pasang jer pun bukan murah.
Mintak Second Opinion
Hari tu, enjin motor macam semput. Saya bawak ke workshop, dia cakap sikit jer ni. Kena bukak kepala enjin jer. Boleh siap dalam 20 minit. Bila bukak... ops.. itu rosak, ini rosak... entah betul ke tak. Last sekali, kena bukak lagi sampai habis satu enjin. Sebelum bukak, saya tanya boleh siap ke malam ni? Dua jam boleh siap. Tapi dalam hati saya dah tak sedap hati. Mana boleh siap pasang satu malam kalau dah bukak satu enjin. Nak cancel tak boleh sebab enjin dah habis bukak.

Hati saya dah geram. Esok paginya lepas subuh kena ke Singapore ada business conference. Last sekali, saya tahu yang saya dah kena tipu... motor kena overhaul walaupun belum sampai masa. Janji siap malam tu juga, tapi esok pun mungkin tak siap. Terpaksa la motor kesayangan saya berehat di workshop tu tiga malam. Balik dari Singapore baru boleh ambik. Kos kesemuanya ialah RM690! Aduh... satu lagi pelajaran hidup untuk saya.
Ekonomi Berasaskan Taqwa
Wah, bagusnya kalau masing-masing ada intergity. Manusia cipta pelbagai konsep ekonomi, tapi akhirnya, ekonomi yang mengikut kehendak Tuhan juga yang berjaya. Ekonomi berasaskan taqwa. Mungkin istilah modennya, "The Economic of Integrity".
Subahanallah...
Zulkifli
Damansara Damai
13 Januari 2011
9 Safar 1432

Sunday, January 16, 2011

Bercinta Melalui Bisnes!

Bernikah sebab nak bersama. Tapi kerjaya yang 'memisahkan' kehidupan suami isteri. Bukankah baik kalau boleh terus bercinta melalui kerjaya?
Dah lama teringin baca buku ni. Walaupun masih ada beberapa buku self-help yang belum habis dibaca, malam tadi saya beli juga buku ni. Ini inspirasi yang saya dapat dari Leadership Weekend Conference minggu lepas. Inspirasi untuk meningkatkan nilai diri melalui membaca.
Cara Membaca Dengan Betul
Seorang businessman dari India berkongsi katanya dalam masa 12 tahun, dia tak pernah habis baca walaupun satu buku! Buku memang banyak, tapi dia cuma baca beberapa part penting yang dia terus boleh apply samaada dalam kehidupan seharian ataupun dalam bisnes.
Rupa-rupanya, baca buku ni ada caranya. Kita bukan baca buku untuk ambik exam katanya. Tapi untuk membangun diri. Yang paling penting ialah tabiat suka membaca. Buku adalah "a collection of people wisdom". Membaca adalah cara paling cepat dapat untuk wisdom.
Nilai Sebenar Sebuah Buku
Biasanya seorang penulis menulis hasil dari kajian, pemerhatian, pengalaman dan jatuh bangun mereka sendiri dalam hidup. Kalau penulis tu dah berpengalaman 20 tahun dalam bidang yang dia tulis, maksudnya bila membaca, kita jimat masa 20 tahun!
Kalau penulis tu pernah kerugian jutaan ringgit, dan dia kongsikan pengalaman macam mana untuk elakkan kerugian macam dia, wah... kita beruntung. Buku yang harganya cuma RM25 telah menyelamatkan duit kita sebanyak jutaaan ringgit. Wah... itulah 'kuasa' buku.
Saya tahu nilai buku. Sebelum saya buat keputusan untuk tukarkan simpanan kepada emas hari tu, saya beli eBook Pelaburan Emas tulisan sifu emas Syukor Hasyim. Harganya RM80 terlalu murah bagi saya. Dengan melabur cuma RM80, ia menyelamatkan duit saya, dan menjimatkan masa saya selama 10 tahun! Pengalaman melabur dalam emas selama 1o tahun dijual kepada kita semua cuma dengan harga RM80... Oh... terlalu murah bagi mereka yang tahu nilainya...
Satu Topik Sehari
Sekarang ni, saya masih menela'ah buku "Focus on Your Dream". Memang menarik. Habis buku tu, saya nak terus sambung buku "In Business and In Love" and "The Magic of Thinking Big". Cara saya baca buku kali ni ialah:
  • Mulakan memahami kesimpulan apa yang nak disampaikan penulis - baca muka depan, baca muka belakang, baca keseluruhan topik dan sub-topik yang ada.
  • Baca mana-mana topik yang menarik perhatian saya.
  • Target 1 topik sehari.
  • Baca waktu yang tak produktif - sebelum tidur, masa menunggu.
  • Highlight mana-mana point penting untuk future reference.

Wallahu a'lam.

Zulkifli

Damansara Heights

12 Januari 2011

8 Safar 1423

In Business And In Love introduces you to what many couples have found to be the best way to make their marriages stronger and more meaningful - working together as husband and wife. Operating a marriage-based business can give your marriage and the rest of your life a whole new enriching dimension that you simply can't get any other way.

Wednesday, January 12, 2011

Bisnes, Buka 9 Pintu Untuk Dibayar

"Zul, berapa harga muffin ni?" tanya Din, kawan sepejabat lepas saya bagi dia rasa muffin coklat yang isteri saya buat untuk dijual di pejabat.

"Tiga ringgit 4 biji" jawab saya. Muffin coklat Najdah lagi sedap dari muffin coklat kenduri yang isteri dia bekalkan ke pejabat. Nampak sama, tapi rasanya memang berbeza. Memang sedap.

Din terus ambik calculator dan "Aku nak order 50 biji la Zul. Jumaat ni boleh bawak tak?".

Test Market Muffin Coklat

Alhamdulillah… Semalam Najdah suruh bawa muffin coklat yang dia buat untuk dijual di pejabat. Aduh... nak menjual ni memang saya segan sikit. Malu nak promote.

"Oklah Yang. Abang bawak dan letak kat pantry. Orang beli ke tak beli, Abang tak tahu la" jawab saya yang tak berapa bersemangat nak jual muffin ni. Takut tak ada sambutan. Kalau bawa nasi lemak, kuih muih sarapan pagi, itu memang sah ada orang beli sebab orang malas keluar cari breakfast. Tapi kalau muffin ni, em... tak sure ada demand ke tak.

Saturday, January 1, 2011

Aisyah Masuk Darjah 1

Pagi Aisyah ke sekolah agama di Masjid Damansara Damai. Amal Hayati happy... dah masuk PASTI kelas 5 tahun. Alhamdulillah.

Aisyah masuk darjah 1. Satu lagi transisi hidup bagi kami sekeluarga. Hari ni, lapor diri di SK Damansara Damai 1, dan daftar sekolah agama di Masjid Dsara Damai. SKDD adalah sekolah paling ramai pelajar di daerah Petaling Utama. Pelajar darjah 1 ada 510 orang, 14 kelas.

Persekitaran baru bagi Aisyah. Hari orientasi, semua murid darjah 1 kena ambik ujian penilaian tahap membaca. Kebetulan semua top student PASTI An-Nur tahun 2010 masuk 1 kelas dengan Aisyah.