Monday, March 28, 2011

Hot Air Balloon Fiesta 2011

3rd International Hot Air Balloon Fiesta 2011 di Monumen Alaf Baru, Putrajaya. 17 - 20 Mac 2011.
Event yang sangat menarik. Sesuai untuk santai bersama keluarga. Ini tahun ke-2 kami datang ke event ni.
Quality time bersama keluarga. Abg Kie (abang sulong), Kak Lin (kakak ipar), dan Noni (adik ke-5) pun join sekali. Kebetulan Noni 'transit' sehari untuk perjalanan dari KB ke Semporna.

Ambik foto berdua sesekali! (",) Bukan senang. Kebetulan Abg Kie & Noni ada. Boleh tolong pegang anak-anak & snap foto.

Kesian. Paramotor tersangkut pada tiang lampu sebab kipas dia patah masa nak landing.
Macam biasa. Lepas penat, pergi santai tepi tasik bawah Monumen Alaf Baru sambil tengok feri.

Friday, March 25, 2011

Kuliah Perdana Mac 2011


Ceramah Perdana Mac 2011, Surau Apartment Idaman, Damansara Damai. Klik untuk paparan lebih besar.
Semua ahli kariah Damansara Damai di jemput hadir bersama keluarga.

Monday, March 21, 2011

Kejayaan Perlukan 'Force Factor'

Kejayaan susah dicapai tanpa faktor memaksa. 'Zon selesa' boleh membunuh kejayaan kita!

Ahad lepas, kali pertama Najdah drive sendiri keluar dari Damansara Damai sejauh 15km radius. Dari Damansara Damai ke Jalan Ipoh untuk hadir satu Business Workshop.

Alhamdulillah. Dia dah boleh drive sendiri. Kalau emergency, insyaAllah dia tak perlu tunggu saya. Dia boleh bawa sendiri.

Matlamat Tanpa Force Factor...

Thursday, March 17, 2011

Momentum Penting Untuk Bisnes

Bisnes cara slow-slow ni lebih susah berbanding cepat… Momentum itulah isunya…

Mulakan dengan pantas! Pesan Irfan Khairi…

Saya setuju dengan pesanan IK…. Saya pernah ada pengalaman tentang tips ni… Tips ni sebenarnya pasal momentum bisnes atau apa sahaja benda baik yang kita nak buat… saya pernah try buat bisnes slow dan secara “on and off”… tapi lama-lama momentum makin hilang… bila hilang momentum, nak start balik jadi lebih susah dari mula-mula start bisnes… dari sedikit pengalaman, saya boleh simpulkan, buat bisnes kita mesti cepat… sifu kami pesan, kena buat bisnes “5-malam” seminggu!

Kenapa 5 malam?

Sifu kami tanya, “Mana lebih senang, buat bisnes ‘5 malam’ ataupun ‘2 malam’ seminggu?”

Kami fikir, 2 malam lagi senang…

Dia tanya balik, “bayangkan, hari ni buat bisnes… 2 hari duduk rumah tengok TV.. hari ketiga nak keluar rumah jumpa orang untuk urusan bisnes… senang atau susah?”…

Ahhh…. Baru kami faham… kalau dah 2, 3 hari duduk tergolek depan TV, lepas tu nak keluar buat bisnes, memang susah! Sebabnya, kita akan kehilangan momentum… kita akan lebih selesa menonton ‘idiot box’ di rumah berbanding jumpa orang untuk urusan bisnes… sebab tu, bisnes cara slow-slow ni lebih susah berbanding cepat… momentum itulah isunya…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
16 Mac 2011 (Khamis)
11 Rabiul Akhir 1432

Kredit untuk Irfan Khairi atas artikel yang menarik bertajuk “Mulakan Dengan Pantas!” di bawah.

Saturday, March 12, 2011

Susah atau Senang, Semuanya Untung!

Peliknya orang mukmin. Bila senang dia syukur, bila susah dia sabar. Senang atau susah, semuanya baik bagi mereka.
Kuliah zohor Khamis lepas, Ustaz Faisal Abdul Hamid (UM) kupas satu hikmah dalam Kitab Hikam (Tasauf) tentang ujian senang dan susah. 

Susah dan Senang

Menurut Ustaz, bila kita dekat dengan Allah, bukan bererti kita akan dapat kesenangan dunia. Segala yang kita nak semuanya akan dapat. Ia bukan macam kita rapat dengan orang besar. Hukum dunia, siapa yang rapat dengan orang besar, mereka akan senang. Mudah dapat projek, mudah segala urusan dan macam-macam lagi.

Tapi bila kita dekat dengan Allah, ujian susah dan senang tetap akan ada. Susah dan senang adalah proses untuk kita jadi muslim yang mukmin. Kalau sentiasa senang, kita akan jadi orang yang sombong. Bila sentiasa susah, ia boleh mendorong menjadi orang yang kufur. 

Saturday, March 5, 2011

Kenapa Nak Buat Bisnes?

Sebelum mulakan bisnes, kenal pasti dulu apa yang anda cari dalam sebuah kehidupan.
Nak mulakan bisnes, tapi tak tahu macam mana nak mula, bisnes apa yang bagus, boleh untung ke tidak, risikonya macam mana dan macam-macam lagi. Nasihat saya, persoalan HOW adalah nombor dua. Nombor satu ialah WHY nak buat bisnes?

Lukis Sebuah Kehidupan Yang Ideal

Semuanya mesti berbalik tentang apa yang kita nak cari dalam hidup. Sebelum buat bisnes, lukiskan dulu kehidupan ideal yang anda semua impikan. Lukis semua. Jangan fikir boleh tak boleh, logik ke tak logik. Sifu saya pesan, dari sudut membina impian, cuba fikir macam budak-budak. Kalau tanya budak kecik, mereka percaya semua mereka boleh lakukan, hatta menjadi ultraman!

Tuesday, March 1, 2011

Your kids are the REASON...

Kagum pada isteri. Kalau orang cakap duduk rumah senang la banyak masa boleh rehat, itu mungkin betul bagi orang yang anak dah besar, tapi bukan untuk orang yang beranak 5, yang masih kecil dan sangat aktif!
Sekadar foward artikel yang ditulis oleh orang rumah saya bertajuk Working Moms & Housewives di blog beliau i.e. http://www.najdah.blogspot.com/. Saya rasa ini artikel yang bagus untuk dikongsikan dengan para ibu dan yang sayangkan keluarga dan anak-anak. Najdah yang saya kenal masa awal perkahwinan dulu dah jauh bezanya dari sekarang. Saya personally anggap beliau sebagai seorang Iron Lady! Mungkin apa yang beliau pikul, tak mampu saya pikul sendirian. Saya sangat-sangat respek pada beliau.

Antara yang saya kagum;
  1. Dia boleh handle lima orang anak kecil (yang aktif) seorang diri, hatta dalam waktu berpantang sekalipun. Paling lama saya boleh handle 5 orang anak sendirian cuma 5 jam jer. Lepas tu dah tak larat dah rasanya.