Saturday, May 28, 2011

Dinar Kelantan No. 1, Dinar PG No. 2

Dinar Restu
Mana bagus, Dinar Kelantan atau Dinar Public Gold?

Ni soalan yang selalu orang tanya saya.

Pada saya, Dinar Kelantan no. 1, Dinar Public Gold (PG) no. 2. Melihat pada permintaan, saya nampak Dinar Kelantan mempunyai permintaan paling tinggi. Mungkin sebab 'supply'nya kurang, dan buatannya sangat cantik. Kalau kita nak jual, memang senang cari pembeli. Dinar PG pun ok. Tapi dinar yang lain, agak susah sikit bila nak jual.

Jenis-jenis Dinar di Malaysia

Dinar Mekah (Sri Ayu)
Hari ni, dah ada macam-macam jenis dinar. Dinar Darul Takzim, Dinar GCP, Dinar Restu, Dinar Mekah (Sri Ayu), Dinar Negeri Perak dan ada beberapa jenis dinar lagi. Saya pun tak ingat namanya. Kalau nak dinar paling murah ialah Dinar Sri Ayu. Memang murah.

Dinar Public Gold
Adakah emas paling murah yang paling baik?

Tak semestinya. Terpulang pada diri masing-masing. Kalau beli emas memang untuk simpan emas dalam jangka masa yang sangat lama, carilah emas paling murah. Tapi kalau untuk 'investment', nak jual dalam masa setahun dua, belilah emas yang paling tinggi permintaannya. Senang nak jual nanti.

Beli Murah, Jual Pun Murah

Dinar GCP
Kalau beli emas paling murah, jual pun paling murah juga. Murah satu, yang lagi penting ialah nak cari pembeli. Kalau susah dapat pembeli, terpaksa tolak pada pengeluar dengan harga yang lebih rendah. Dan yang paling rugi kalau pengeluar letakkan spread (harga diskaun) yang paling tinggi!

Kalau tanya saya, dinar paling baik ialah Dinar Kelantan. Yang kedua, Dinar PG.

Wallahu a'lam.
Dinar Negeri Perak

Zulkifli
Damansara Damai
28 Mei 2011
24 Jamadil Akhir 1432

Artikel berkaitan:

Monday, May 23, 2011

Orang Melamar Tak Akan Menyesal

Kedua-dua pihak perlu pro-aktif. Sama ada lelaki atau perempuan, mereka perlu pro-aktif untuk cari pasangan hidup.

Muslimah lagi kritikal mencari calon suami berbanding muslimin sebab suami adalah pemimpin dalam keluarga. Isteri pengikut. Kalau dapat pemimpin yang salah, susahlah isteri. Banyak benar kes isteri yang dapat suami kaki pukul isteri. Dan sekarang ni banyak kes ibu tunggal, dan banyak juga kes IBU TINGGAL! Saya tengok real case dekat apartment saya.

Memang ada ramai kenalan lelaki yang masih bujang, tapi bila nak recommend untuk jadi suami orang, aduh... Fikir 2, 3 kali... Persoalan solat ramai yang tak settle. Tak payah tengok jauh, masa dikampus pun kita boleh tengok. Berapa kerat jer kawan-kawan siswa yang jaga solatnya. Saya memang tak berani recommend sesiapa yang saya tahu solatnya dia tak berapa jaga... Orang yang jaga solatnya, BIASANYA dia seorang yang bertanggungjawab... Mungkin itu syarat pertama untuk lulus jadi calon suami/ isteri...

Orang Melamar Tak Menyesal

Nasihat saya, tak kira muslimin ataupun muslimat, kalau benar-benar berkenan pada sesiapa untuk dijadikan calon isteri atau suami yang baik, lebih baik kalian melamar. Saya yakin, kalian tak akan menyesal.

Saya tengok beberapa orang yang menyesal sebab dia tak melamar. Berkenan, tapi dok diam. Akhir sekali melepas.

Thursday, May 19, 2011

ARBA: Idola Usahawan Muslim

Abdul Rahman b. Auf.

Saya hampir lupa pada idola usahawan muslim yang bernama Abdul Rahman b. Auf sehinggalah Ustaz Ghazali Ibrahim ingatkannya masa kuliah tengah hari tadi.

Kata Ustaz Ghazali, sesiapa yang terlibat dengan perniagaan, mesti kenal siapa Abdul Rahman b. Auf.

Saya terus buka buku catatan kuliah saya, dan catit beberapa info tentang Abdul Rahman b. Auf. Azam saya lepas ni, saya nak bongkar siapa dia usahawan muslim terulung itu.

Billionnaire Yang Dijamin Masuk Syurga!

Menurut En. Zul Razak, sahabat saya sepejabat katanya, majoriti daripada 10 orang yang dijamin masuk Syurga ialah billioinnaire! Billionnaire! Bukan millionnaire... Eh, betul ke ni? Saya tak pernah selidik pulak sampai macam tu... Menarik ni... nanti nak kena bongkar siapa 10 sahabat yang dijamin masuk Syurga tu...

Saturday, May 14, 2011

'Rehatkan' Diri Dengan Ke Masjid

Mesyuarat antara AJK Masjid dan wakil surau seluruh Damansara Damai. Malam ini adalah titik permulaan kepada kerjasama jitu antara semua penggerak masjid dan surau.

Berbeza. 

Itulah yang boleh saya komen tentang masjid-masjid dan surau-surau seluruh negeri Selangor pasca PRU-12. Memang jauh bezanya. Sebelum PRU-12 dulu, jiwa saya memberontak nak balik Kelantan sebab rindukan majlis-majlis ilmu yang ada di sana. Tapi sekarang, saya fikir saya nak 'pencen' di sini. 

Monday, May 9, 2011

Nilai Islam Pada Sebuah Bisnes

“Salam. En. Zulkifli. Saya ada sedikit masalah/ kekangan. Saya minta maaf banyak2 sebab tak jadi nak beli, tapi saya sangat berpuas hati dengan cara Encik. Kalau ada rezeki lebih lepas ni, mungkin kita boleh berurusan jual beli. Maaf sekali lagi ye. Salam.” – Sufian, 13 Januari 2010
SMS yang saya terima daripada salah seorang bakal customer. Asalnya dia nak beli gold bar 20g hasil dari promosi melalui facebook, tapi tetiba ada masalah, so terpaksa cancel rundingan. Masa tu, kat tangan saya ada sekeping emas yang nak dijual. Dia nak book emas tu, dan offer untuk bayar deposit RM300 pada hari tu juga. Dan janji nak ambik hujung minggu.

Bisnes, Bukan Sekadar Duit

Tuesday, May 3, 2011

Bersara: Jaminan Bagi Seorang Pekerja

Satu-satunya jaminan bagi seorang pekerja ialah anda akan berhenti atau diberhentikan...

Tenghari tadi saya hadir majlis meraikan persaraan dua kakitangan syarikat, iaitu Kak Yani dan Kak Suzi. Kak Yani kerja di syarikat kami sejak tahun 1978! Wah... dua tahun sebelum saya lahir. 32 tahun dia kerja di sini. Dia staff paling lama di syarikat kami.
Hadir ke majlis persaraan tadi, hati saya rasa berbelah bagi. Perlu sedih atau perlu gembira?
Umumnya, orang nak bersara rasa sedih sebab nak tinggalkan kawan-kawan. Tapi dalam masa yang sama rasa gembira sebab BEBAS katanya! Tak payah pergi kerja lagi.
Oh, rupanya ramai orang tak suka kerja barangkali. Kerja adalah satu bebanan. Dan kalau boleh, semua orang tak nak pergi kerja! Hm, isu seronok atau tak seronok kerja ni saya dah pernah sentuh dalam artikel lalu bertajuk "Seronak Kerja, Baru Seronok Hidup".
Nak 'Bebas' Tapi Berduit?
Ramai orang kerja sebab duit - termasuk diri saya buat masa ini. Boleh ke tak kerja tapi dapat duit? Hah ha... sebab nak duit dan tak nak kerja inilah ramai orang masuk skim cepat kaya yang heboh baru-baru ni (klik di sini). Cuba-cuba, mana tahu ada rezeki katanya.