Sunday, June 26, 2011

Ronda Kuala Terengganu

 
Sentiasa beri ruang anak-anak mendapat pengalaman baru.

Sebelum beli tiket melancong ke tempat orang, apa kata melancong di tempat sendiri dulu. Makna sebenar pada melancong ialah dengan siapa kita pergi, dan apa yang kita buat bersamanya.
Keseronokkan sebenar bukan hanya bila tiba ke destinasi, tapi sepanjang perjalanan menuju destinasi.

Klik untuk melihat foto kami sekeluarga di blog isteri saya:

Tuesday, June 21, 2011

Orang Berniaga Paling Banyak Menyimpan

Tadi saya terbaca Majalah Niaga Edisi 17. Tertarik dengan temuramah bersama Chef Li (Dato' Dr. Rusly Abdullah), Jutawan Senyap. Beliau menyentuh tentang simpanan.

Mana-mana jutawan, semuanya bercakap tentang menyimpan dan disiplin dalam menyimpan duit. Azizi Ali, Irfan Khairi, Chef Li, semuanya menekankan tentang simpanan. Kekayaan bukan berapa banyak duit yang kita dapat, tapi berapa banyak yang kita simpan.

Kata Chef Li, "Sekiranya anda mempunyai RM1 juta, tetapi jumlah hutang pun bernilai RM1 juta, anda bukan digelar jutawan, tetapi kosongwan. Sekiranya anda mempunyai harta, tetapi tiada duit, anda digelar hartawan. Sekiranya anda tidak mempunyai harta, dan juga wang, itu dipanggil ketidaktahuan. Ertinya, ukuran jutawan dikira dengan jumlah wang yang anda simpan".

Di bawah ni saya senaraikan intipati temubual bersama Chef Li tentang simpanan:

Thursday, June 16, 2011

Jadilah Sahabat, Bukan Salesman

Bisnes adalah jalan berbakti kepada lebih ramai manusia.
Ya, betul… Tak perlu kesempurnaan untuk berjaya!

Alhamdulillah…

Tahniah kepada sahabat yang mula berjinak-jinak dengan bisnes terutamanya sahabat saya Razani yang memulakan bisnes internetnya. Beliau adalah antara ‘penasihat’ IT saya. Ada apa masalah tentang internet, saya biasaya akan rujuk beliau dulu.

Berbakti Kepada Lebih Ramai Manusia

Teruskan usaha kalian memulakan bisnes. Manfaatkan minat, kecenderungan, ilmu dan bakat kalian untuk berbakti kepada lebih ramai manusia melalui bisnes. Saya nampak terlalu banyak jalan untuk buat duit. Siapa yang mahir internet, itu satu advantage untuk tambah pendapatan yang lebih besar.

Asalkan bisnes kita membantu, memudahkan, dan menguntungkan orang lain, insyaAllah, itu ruang yang baik untuk tambah pendapatan. Bukan sahaja pendapatan, tapi yang lebih penting ialah keseronokkan dan kepuasan hidup. Buat dengan betul dan sabar, insyaAllah kalian akan berjaya!

Sunday, June 12, 2011

Bertelefon: Senyum & Sebutlah Namanya

Saya: Saya nak bercakap dengan Pn. Norasyikin, Bahagian Pentadbiran Pembiayaan.

Pegawai Bank (PB): Maaf Encik, dia cuti hari ni. Ada apa ye Encik?

Saya: Oh, saya nak dapatkan bank statement untuk housing loan saya. Semalam saya ada hantar email.

PB: Kejap ye. Saya cek sekarang.

PB: Ok, memang ada email tu. Nanti Pn. Norasyikin masuk, dia akan siapkan statement tu.

Saya: Em, boleh saya tahu siapa yang bercakap ni?

PB: Saya Azli.

Saya: Ok Azli, boleh saya tahu bila saya boleh dapat statement tu?

PB: Esok, insyaAllah siap!

Saya: "Ok, ok. Terima kasih ye Azli". Balas saya dengan penuh senyuman.

Cuba anda baca balik perbulan di atas, bayangkan saya bercakap di telefon dengan penuh senyuman. Tentu nadanya berbeza bukan? Walaupun skipnya sama, tapi kesannya pasti berbeza.

Friday, June 10, 2011

Hutan Lipur Lintang


Berkelah di Hutan Lipur Lintang, Highway Karak. Lagi best dari Ulu Yam. Jarak 30 km dari tol Gombak. Klik pada foto untuk lihat foto-foto di blog isteri saya.

Tuesday, June 7, 2011

Kalau Belajar, Mesti Dapat 3 Pointer...

Kita kejar akhirat, dunia Tuhan pakejkan sekali.
"Kalau pergi universiti dan belajar, mesti dapat 3 pointer mak cik. Kalau rajin sikit lagi, mesti pointer dia 3.50 ke atas! Yang tak lulus tu sebenarnya dia bermain di universiti. Bukan mengaji..." kata saya pada makcik yang anaknya akan ke universiti.

Makcik tu tunjukkan surat tawaran anak dia pada saya. Mungkin dia tahu saya pernah jadi best student di universiti. Jadi, dia mintak la pandangan sikit.

Tak Pandai Mengaji, Atau Tak Menjadi?

Ikut pada pemerhatian saya, kalau pergi universiti dan belajar betul-betul, mesti dapat 3 pointer. Kalau rajin sikit lagi, 3.50 ke atas. Yang tak lulus tu bukan sebab tak pandai mengaji, tapi sebab tak menjadi. Masuk U sibuk dengan bermain. Jalan sana sini dengan motosikal yang dia baru beli dengan loan PTPTN. Dapat loan, beli Hp mahal-mahal. Beli laptop, layan game siang malam sampai tak tidur malam. Lepas tu, ponteng kuliah. 

Thursday, June 2, 2011

Buat Bisnes Dengan Mindset Pekerja?

Kisah 1: Penjual Durian

"Dik, durian yang dah buka ada tak?" Tanya saya di gerai durian depan Shell Damansara Damai.

"Oh, sorry bang, belum buka lagi", balas kuli penjual durian. Maksud dia, kalau nak beli, datang kemudian sebab lori baru jer sampai. Belum sempat nak buka pun lagi durian-durian tu ke dalam paket.

Tetiba datang taukeynya, "Nak durian jenis mana Encik?".

"Saya nak yang dah buka. Nak 6 paket" balas saya.

"Ooo... Kejap, kejap yer. Saya packing sekarang". Terus dia buka durian-durian tu dan letakkan dalam paket-paket polistrin.

Huh, nasib baik taukeynya datang. Kalau tak, mungkin saya beli di gerai lain. Rezeki saya sebab dapat beli, dan rezeki dia dapat customer pertama untuk hari tu.

Kisah 2: Kedai Speed Mart 99

Badan rasa nak demam. Tapi sebab ada barang perlu beli, saya terpaksa keluar beli barang di Speed Mart 99. Lepas beli, tetiba saya baru perasan, ada satu barang yang saya dah bayar, tapi tertinggal. Terus saya cepat-cepat pergi balik ke kedai tu. Lagi 5 minit nak tutup.

Sampai jer depan kedai, cepat-cepat pekerjanya tutup pintu walaupun dia dah nampak saya sampai.