Friday, July 29, 2011

Binalah Impian Merentasi Kepentingan Diri

Kalau ada rasa ada benda yang tak cukup dalam hidup, buatlah sesuatu...

Kalau rasa perhatian pada keluarga dan anak-anak adalah sesuatu yang BERMAKNA, buatlah sesuatu...

Kalau rasa pendidikan anak-anak sesuatu yang BERMAKNA, buatlah sesuatu...

Kalau rasa perhatian pada ibubapa sesuatu yang BERMAKNA, buatlah sesuatu...

Kalau rasa bagi sumbangan pada dakwah dan perjuangan Islam adalah sesuatu yang BERMAKNA dalam hidup, buatlah sesuatu...

Kalau rasa...

Kalau rasa...

Kalau rasa...

Maka BUATLAH SESUATU sebab HIDUP HANYA SEKALI. Samada kita ‘ambil risiko’ untuk dapatkan sesuatu yang BERMAKNA dalam hidup, ataupun bersiap-sedia untuk MENYESAL di hari tua sebab kita tak berusaha untuk sempurnakan sesuatu yang SANGAT BERMAKNA dalam hidup.

Saturday, July 23, 2011

Bina Jenama Dengan Strategi Satu Produk

Fokus satu produk sahaja.

Itu antara strategi yang diajar oleh Chef Li masa berkursus Asas Usahawan Penjaja dan Peniaga Kecil. Chef Li gelarkannya sebagai Single Menu Strategy (SMS). Walaupun kita ada kemahiran buat 20 jenis biskut raya, tapi untuk berniaga, lebih baik kita fokus satu produk sahaja. Produk yang betul-betul kita mahir, untung maksimum, dan mudah dibuat - tak rumit!

Fokus Satu Produk Sahaja

Untuk raya kali ini, isteri saya cuma buat 1 jenis biskut raya sahaja untuk dijual, iaitu Biskut Sugee! Biskut yang kami anak beranak suka, mudah dibuat dan margin keuntungannya berbaloi. Alasan utama kami memilih HANYA Biskut Sugee ialah:

Monday, July 18, 2011

Dinar Kelantan & Public Gold, Mana Lebih Baik?

Saya dapat email dari seorang pembaca berkenan dua artikel saya sebelum ini bertajuk "Dinar Kelantan vs Dinar Public Gold" dan "Dinar Kelantan No. 1, Dinar PG No. 2" yang mungkin boleh mengelirukan. Antara dua jenis dinar tersebut, yang mana lebih baik?

Jawapan ringkas saya;

Kelebihan Dinar Public Gold

Kelebihan #1: Dinar PG lebih baik disebabkan spreadnya rendah iaitu lebih kurang 6% sahaja berbanding Dinar Kelantan yang spreadnya sekitar 10%. Ini bermaksud, keuntungan Dinar PG LEBIH CEPAT berbanding Dinar Kelantan. Jika kenaikan harga emas sebanyak 11%, maksudnya pembeli Dinar PG dah dapat untung sebanyak 5% (11% - 6%) sedangkan pembeli Dinar Kelantan cuma untung 1% (11% - 10%).

Friday, July 15, 2011

Sumber Informasi Usahawan Malaysia

Informasi bisnes berkualiti.

Itulah sebab tiap-tiap hari saya akan baca Majalah Niaga yang dikendalikan oleh FlareBiz Network. Daripada menela'ah Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo, blog yang entah apa-apa, ada baiknya kita baca majalah online yang cerita tentang bisnes, kejayaan, motivasi dsb. Masukkan input positif setiap hari dalam kepala, insyaAllah lama-lama fikiran akan jadi positif - AUTOMATIK!

Saya mula tahu tentang Majalah Niaga ni daripada sahabat saya, Mohd Razani. Bila baca, baca, dan baca, uh... tak dinafikan. Kandungannya sangat berkualiti.

Bukan seorang penulis, tapi lebih kurang 15 penulis tetap yang memang ada kredibiliti mengikut kepakaran mereka masing-masing. Mereka bukan bercakap ikut sedap mulut, tapi mengikut pengalaman sebenar dan kajian mereka tentang bisnes.

Sunday, July 10, 2011

Bisnes: Ilmu Teknikal Sahaja Tak Cukup

Kata Chef Li, pandai memasak sahaja tak cukup untuk berjaya dalam bisnes makanan.

Untuk bisnes lain pun macam tu. Ramai orang pandai internet, design logo dan website yang cantik, blogging, tapi tak ramai mampu memanfaatkan skil mereka untuk dapat pendapatan dengan internet. Bisnes apa sekalipun, ilmu teknikal sahaja tak cukup.

Teringat masa mula-mula saya buat bisnes direct selling tahun 2003 dulu. Masa tu, saya cuma fokus pada memahirkan diri dengan produk. Saya benar-benar tahu luar dan dalam tentang produk yang saya jual. Dan saya memang kagum dengan produk yang saya jual.

Ilmu Teknikal Lain, Ilmu Bisnes Lain

Tapi hasilnya... kurang memberangsangkan. Lebih sedih bila ada hati-hati yang sakit dengan cara saya jalankan bisnes. Saya sibuk ke sana ke mari, habis duit, habis masa. Tak tahu yang mana patut dilayan sebagai pelanggan, yang mana dilayan sebagai partner. Saya assume, semua orang perlu diconvert menjadi partner sebab saya nak kembangkan bisnes saya. Saya banyak menghabiskan masa mengubah ayam menjadi helang! Huh... memang susah...

Wednesday, July 6, 2011

Langkah Pertama Menyimpan RM1 Juta!

Sabtu lepas (25 Jun 2011), saya join talk Fahrin Ahmad vs. Irfan Khairi. Talk tentang kejayaan, kewangan dan motivasi. Masing-masing bercakap tentang kejayaan dari perspektif masing-masing. Salah satu survey menarik yang dibuat, IK minta semua peserta berdiri.

Dia tanya, kalau hilang pekerjaan, siapa boleh survive cuma 1 bulan? Sila duduk. Kurang 3 bulan? Sila duduk. Kurang 6 bulan? Sila duduk. Nah... cuma tinggal tak lebih 20% peserta yang masih berdiri - mampu survive lebih 6 bulan kalau hilang pekerjaan! 80% yang duduk tu akan hilang segala-galanya kalau hilang perkerjaan atau hilang upaya untuk bekerja dalam masa 6 bulan! Mengerikan. Mereka akan 'mati' sebelum mati... Kereta mewah tu kena tarik. Rumah yang dibanggakan tu kena sita. Anak bini yang disayangi kena kejar along. Astro Beyond tu tak payah la cerita... (",)

Friday, July 1, 2011

Kejayaan Sebenar Bisnes Internet

Dalam bulan Mei dan Jun, saya ada join beberapa talk Irfan Khairi (IK) tentang pemasaran internet. Tujuannya, saya nak explore sejauh mana saya boleh memanfaatkan internet untuk mengukuhkan dan mengembangkan bisnes kami yang sedia ada.

Habis buku-buku IK saya baca. Beberapa kursus telahpun saya daftar dan bayar sepenuhnya. Antaranya, Seminar Revolusi Media Sosial pada 15 Oktober 2011 nanti. Dan saya memang kagum pada beliau yang kaya, muda, humble, jujur dan bijak. Memang tabik spring!

Dalam memerhati bisnes internet, sedikit yang boleh saya simpulkan sebagai pemerhatian awal. Bukan mengkaji, tapi memerhati.

Trend Kurang Sihat Bisnes Internet

Bisnes Internet walaupun kos operasinya murah, tapi kos belajarnya tak begitu murah. Kena habis seribu dua juga sebelum nak bermula. Tapi still dianggap murah untuk memulakan bisnes.